3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA
KEDAH - Keghairahan berkempen sempena pilihan raya kebiasaannya
diserikan dengan aktiviti menampal poster, bagaimanapun kini penyokong
semakin kreatif dengan membina replika pelbagai bentuk bagi menyatakan
sokongan mereka terhadap parti pilihan masing-masing.
Tinjauan
mendapati, pelbagai bentuk replika dibina, termasuklah wau bulan,
kereta kebal, dacing mahupun kereta api bagi merancakkan kemeriahan
perang bendera antara dua parti terbesar iaitu Barisan Nasional (BN) dan
Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang akan
berlangsung nanti.
Pengerusi
Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Padang Raja, Azizan Rawan berkata,
cadangan membina replika wau bulan itu sebenarnya disuarakan seorang
penduduk yang inginkan sebuah replika besar dapat dibina di kawasan
mereka.
Menurutnya,
mereka sepakat memilih replika wau bulan berbanding bentuk lain kerana
merasakan ia mempunyai makna langsung dan sampai ke hati sesiapa sahaja
yang melihatnya setiap kali melalui kawasan berkenaan.
“Dipercayai
apabila kita lihat bentuknya (wau bulan) sahaja, maka kita sudah faham
maksudnya, bahawa simbol bulan sinonim dengan parti apa.
“Tapi,
cuba fikir kalau kita bina bentuk lain, matlamat kita mungkin tidak
sampai kepada golongan sasaran. Begitu juga jika parti lain membina wau
bulan, pasti ia kelihatan pelik,” katanya.
Malah,
katanya, cadangan itu dipersetujui semua pihak, hingga ramai menawarkan
diri secara sukarela untuk mengumpul dana, mereka bentuk, mencari bahan,
memasang bendera dan menempatkannya di kawasan terlibat.
Sementara
itu, Ahmad Fauzi Ramli, 40, berkata, kerja membina wau bulan itu hanya
memakan masa dua hari atas kerjasama semua pihak yang sanggup meluangkan
masa mereka bagi menyiapkannya.
Katanya,
mereka saling tolong-menolong ketika memasang replika berkenaan yang
dijalankan pada waktu malam kerana waktu sedemikian lebih sesuai, tidak
panas, tenang serta tiada gangguan.
“Tiada
siapa akan marah dengan kerja yang kami lakukan. Lagipun ia dipasang di
kawasan yang tidak mengganggu orang ramai seperti tepi sawah,” katanya.
Menurutnya,
mereka bertindak dengan berhati-hati ketika melakukan kerja memasang
bendera dan membina replika berkenaan supaya tidak berhadapan dengan
sebarang risiko yang bakal mengancam nyawa.
Sinar/-