26 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
JOHOR BHARU: Aktivis
Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) yang menjelajah ke Johor hari
ini berdepan sekumpulan samseng yang menghalang kemasukan mereka untuk
bertemu masyarakat di sini.
Dalam
kejadian pagi tadi, samseng-samseng tersebut cuba menahan kumpulan
mereka yang berkumpul di sekitar kawasan Masjid Tan Sri Ainudin Wahid di
sini bagi memulakan programnya.
Salah seorang dari mereka (gambar atas), meninggikan suara dengan memberi amaran agar aktivis Tolak keluar dari kawasan tersebut atau kereta mereka akan dirosakkan.
"Kau masuk sini minta kebenaran tak. Sekarang kau belah, aku terajang kereta ni nanti kan pecah, ko belah sekarang," katanya.
Sekumpulan anggota polis yang berada di tempat kejadian bagaimanapun segera meleraikan samseng-samseng ini.
Tidak mahu insiden yang tidak diingini berlaku, kumpulan aktivis Tolak tersebut kemudiannya bersurai.
Johor merupakan destinasi kedua jelajah mereka selepas Melaka semalam.
Bagi
meneruskan acara jelajah mereka, kumpulan itu kini ke KIP MART untuk
mengumpul tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan rakyat menolak Umno
BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Harakahdaily/-