2  Jamadil Akhir  1434 H. [MOD] -
Orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan Dr Mahathir semalam.
PENDANG
 - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau 
tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun ada 
yang mengatakan beliau kemungkinan turun gelanggang kerusi Parlimen 
Putrajaya.
Kenyataan
 itu sekali gus menamatkan desas-desus kononnya beliau akan bertanding 
di Putrajaya menentang Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.
“Saya 
sudah buat keputusan tidak akan bertanding lagi. Cuma nak tolong Umno 
dan Barisan Nasional (BN) sebab rasa terima kasih kepada parti yang 
melantik saya sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat.
“Saya 
nak kempen saja. Itu sebagai tanda balas budi kita kepada jasa Umno dan 
BN,” katanya selepas menyempurnakan himpunan rakyat peringkat Parlimen 
Pendang di sini, hari ini.
Mengulas
 kenyataan seorang pemimpin PR yang memintanya tidak memberi sebarang 
kenyataan kerana tidak ada jawatan dalam parti, Dr Mahathir berkata, 
kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab.
“Saya cuma amalkan kebebesan bersuara, saya ada hak. Dia tiada hak untuk halang saya daripada bercakap,” katanya.
Sinar/-
