21  Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Pas tidak menghadapi 
sebarang masalah sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan esok, kata Mursyidul 
Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Senarai
 calon, kita kira sudah selesai... tiada masalah," katanya kepada 
pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di  ini, hari 
ini.
Nik
 Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas laporan sebuah 
akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang membayangkan  kemungkinan 
pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 
diadakan.
Akhbar
 berkenaan membuat andaian itu berikutan apa yang disifatkan sebagai 
arahan supaya anggota Jemaah Menteri lelaki hadir  pada mesyuarat 
Kabinet esok lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher 
berwarna merah untuk sesi bergambar.
Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata kerajaan negeri Kelantan dijangka dibubarkan serentak dengan Parlimen.
Sementara
 itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasuruddin 
Daud berkata hari terakhir tempoh mandat lima  ahun Dun berkenaan ialah 
pada 28 April ini. - Bernama
