skip to main |
skip to sidebar

- Lahir : Aradan, 28 Oktober 1956
- Jabatan : Presiden Iran yang keenam
- Pendidikan
: Gelar doktor dalam bidang teknik dan perencanaan lalu lintas dan
transportasi Universitas Sains dan Teknologi Iran (IUST)
- Beliau pernah menjadi Gabenor Wilayah Ardabil (1993-1997) dan Datuk Bandar Tehran pada 2004.
- Beliau dilihat sebagai memberikan kesan yang berbeza kepada iklim
politik sejagat. Sejak hari pertama beliau bertanding sebagai presiden
sehingalah kemenangannya sebagai presiden pada 3 Ogos 2005, kenyataan
dan pandangannya menjadi perhatian dan perkiraan.Sebahagian besar penganalisis mengaitkan kemenangan besar Ahmadinejad
dengan sikapnya yang populis walaupun konservatif. Mereka mengaitkan
kemenangannya dengan imej 'Mardomyar' atau sahabat rakyat sehingga
golongan sederhana pun mengundi beliau walaupun mengetahui beliau sangat
keras berpegang kepada khattul-Imam (garis-garis perjuangan yang
ditetapkan Almarhum Imam Khomeini).Kehidupan presiden yang miskin itu, dengan hanya sebuah kereta Paykan buatan Iran
yang buruk dan sebuah rumah buruk, ternyata menarik perhatian ramai.
Ahmadinejad hidup sederhana seperti pemimpin-pemimpinnya, Imam Khomeini
dan Ayatullah Sayyid Ali Khamenei (Rahbar).
- Semasa hayatnya, Imam memilih kehidupan yang sukar walaupun di puncak
kuasa. Ketika menjadi pemimpin nombor satu di Iran, pernah berlaku
berlaku bekalan elektrik terputus. Para pembantu membawa minyak ke rumah
sewaan Imam untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan pemanas atau
heater berfungsi.
- Namun, Imam menolak. Kalau rakyat dan mustadh'afin menggigil
kesejukan, Imam bertanya, mengapa pula dia harus bersenang-senang
memasang pemanas?
- Begitu juga dengan Rahbar. Pernah berlaku tetamu-tetamu yang
menziarahinya dihidangkan dengan minuman yang sepatutnya berais tetapi
tanpa ais. Apabila ditanya, mengapa tiada ais? Pembantunya memberitahu,
"peti ais rosak, belum ada duit lagi nak dibaiki". Terpulanglah sama ada
hendak mempercayainya atau tidak, pemimpin nombor satu Republik Islam
Iran yang kaya dengan minyak, salah satu kuasa minyak terbesar di dunia,
tidak ada duit hendak membaiki peti aisnya yang rosak!Itulah juga jalan hidup yang dipilih oleh Ahmadinejad. Ketika menjadi
pemimpin besar dan boleh mendapatkan wang semahu hati kalau dia mahu,
Ahmadinejad pernah menegur anaknya kerana terlalu lama mengakses
Internet kerana, "abah tak cukup duit nak bayar bil Internet
banyak-banyak". Begitu keterlaluan untuk diterima sebagai kebenaran?
- Sebab itulah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, ketika
menyimpulkan mengapa orang-orang seperti Ahmadinejad diberi perhatian
dan perkiraan, berkata, "orang gerun kepada dia sebab dia yang perintah
dunia, bukan dunia yang perintah dia". Maksudnya pesona kemewahan dunia
tidak mampu menumpaskannya.
-
Sambil mengakui pandangan itu, pandangan Almarhum Dr Kalim Siddique
ketika menilai kejayaan Imam Khomeini mungkin lebih tepat. Menurut Dr
Kalim, Imam berjaya kerana beliau berpegang dengan sistem nilai dan
logiknya sendiri, yang terbentuk dalam pengajian dan kemudian
komitmennya sebagai ulama di hauzah-hauzah dan husainiyah-husainiyah
(pusat-pusat pengajian Islam).
-
Beliau tidak membiarkan dirinya menjadi lembu yang diikat tengkuknya dengan sistem nilai dan logik Barat.
-
Jika beliau terlalu bimbang dengan pandangan, logik serta sistem
nilai Barat, dunia mungkin tidak menyaksikan kejayaan Revolusi Islam.
Perjuangan Imam sendiri mungkin tidak akan mendapat apa-apa dan tidak
akan mencapai kejayaan, jika beliau tunduk dan patuh kepada peraturan,
sistem nilai, logik serta disiplin ilmu Barat.
-
Memilih kehidupan yang susah itu sendiri sebenarnya mencerminkan
Imam, Rahbar dan Ahmadinejad berpegang kepada sistem nilai dan logik
yang berlainan. Ketika logik umum para pemimpin dunia, termasuk
sebahagian ulama dan pemimpin di Iran sendiri, memilih sistem nilai yang
mahukan para pemimpin menunjukkan kehebatan dan kehidupan yang penuh
kilau-kemilau kononnya "supaya dihormati musuh," mereka memilih sistem
nilai dan logik yang samasekali berlainan.
-
Mereka mungkin mencontohi logik dan sistem nilai yang dipegang oleh
Sayyidina Husain r.a. yang berlainan dari logik dan sistem nilai
orang-orang awam.
-
Ketika Ibnu Umar r.a. menasihati Husain supaya jangan menempah maut
dengan melakukan bara'ah atau pemisahan diri dari kepimpinan Yazid,
Husain memilih logik seorang syahid yang percaya bahawa di atas titisan
darahnya akan berlaku islah terhadap kehidupan beragama masyarakat yang
dinodai pemerintahan yang dilihatnya sebagai bejat dan akan berlaku juga
kebangkitan yang lebih hebat - Revolusi Islam Iran, yang menumpaskan
Shah si badut dan boneka Israel dan Amerika yang durjana, berpegang
kepada pendirian "setiap hari adalah 'Asyura dan setiap tempat adalah
Karbala".
-
Begitu juga Ahmadinejad. Beliau memilih untuk berpegang dengan logik
dan sistem nilainya sendiri yang dibentuk oleh madrasah Khomeini dan
Revolusi.
-
Dalam mempertahankan hak yang sah negaranya untuk memajukan tenaga
nuklear, beliau memilih untuk merongkai belenggu sistem nilai dan
peraturan yang dipaksakan kuasa-kuasa besar yang jahat yang
memperkudakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-
Malah dalam menilai sejarah pun, Ahmadinejad dengan berani
mengemukakan logik dan sistem nilainya sendiri dengan menyatakan
Holocaust adalah suatu cerita dongeng untuk kepentingan dan niat jahat
Zionis. Beliau malah mengajak ahli-ahli sejarah, ahli-ahli sains dan
pakar pelbagai bidang yang berkaitan untuk bersidang dan menilai
kebenaran Holocaust.
-
Ahmadinejad dan para pemimpin yang dikasihinya memberikan pelajaran
yang amat mudah kepada seluruh ummah. Jika mahu berjaya sebagai ummah
yang Rabbani, mencapai kemuliaan diri serta tidak dipandang enteng oleh
musuh-musuh, berpeganglah kepada sistem nilai, logik dan disiplin ilmu
dari khazanah agama kita sendiri, Islam.
0 Responses so far.