1  Jamadil Akhir  1434 H. [MOD] -
LEDANG: Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui ada 
menerima panggilantelefon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
 Razak pada Jumaat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 
(PRU-13).
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sama ada akan mempertahankan kerusi
 Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom atau bertanding di kerusi Parlimen 
Gelang Patah seperti yang disebut-sebut sebelum ini.
"Tadi saya ada dapat panggilan daripada Perdana Menteri, tetapi saya 
tidak dapat beritahu kerana orang surat khabar ada di sini. Mohon 
doa-doakanlah semuanya selamat.
"Walau apa kemungkinan, Insya-Allah, apa pun kemungkinan tiap-tiap 
minggu saya datang, terutama hari Jumaat balik ke Ledang (juga) 
hujung-hujung minggu (balik ke Ledang), apa pun kemungkinan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jalinan Mesra Bersama
 Rakyat Kampung Hang Tuah, Melepang dan Termil dan Penyampaian Hak Milik
 Geran Tanah Kurnia Jaya Mukim Gersik di Balai Raya Kampung Melepang, 
dekat sini, Jumaat.
Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Ledang, Ir. Hamim Samuri dan 
Setiausaha Badan Perhubungan MIC Johor, M. Asojan merangkap Pengerusi 
Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi 
negeri.
Sebelum majlis itu bermula, Abdul Ghani mengambil masa kira-kira 15 
minit berbual dengan Perdana Menteri sebelum kelihatan ceria dan 
bersemangat untuk menyampaikan ucapan.
Sebelum ini, Abdul Ghani disebut-sebut calon yang akan bertanding di 
Parlimen Gelang Patah menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada PRU-13
 kerana dikatakan paling sesuai menjadi calon di kawasan berkenaan.
Sementara itu, selepas merasmikan menyampaikan geran tanah berkenaan, 
ketika diminta mengulas perbualan telefon antara beliau dan Perdana 
Menteri, Abdul Ghani berkata: "Tunggulah dua tiga hari lagi akan 
diumumkan (pencalonan saya)."
mStar/-
