1 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Naib
Presiden PAS, Datuk Husam Musa menang dalam samannya terhadap akhbar
The New Straits Times, dalam satu keputusan yang dibuat hakim Mahkamah
Tinggi Sivil Kuala Lumpur sebentar tadi.
Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan tuntutan Husam dengan mengarahkan
pihak NST membayar gantirugi terhadap Husam yang ditohmah terbabit dalam
penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan.
Peguam yang mewakili Husam, Md Yunos Shariff berkata, pihak mahkamah
menetapkan tarikh 17 Mei depan untuk membincangkan pengurusan kes dan
segala aspek berkaitan gantirugi.
Harakahdaily/-