3  Jamadil Akhir  1434 H. [MOD] -
MISSOURI
 - Sekumpulan penyelidik berpendapat, mereka yang kerap melayari laman 
Facebook adalah tergolong dalam kumpulan yang  mempunyai masalah emosi.
Ketua 
penyelidik dari Universiti Missouri, Russell Clayton berkata, golongan 
itu terdiri daripada mereka yang dibelenggu dengan masalah kemurungan, 
pemabuk dan penagih dadah serta masalah mental yang lain.
Kajian 
yang diterbitkan dalam Jurnal Pengkomputeran dan Kelakuan Manusia turut 
mendapati, hasil dari soal selidik dilakukan terhadap 500 pelajar, 225 
daripadanya mengakui mengalami masalah emosi.
“Mereka menjadikan laman itu sebagai tempat meluahkan masalah dan 
perasaan. Pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan melampau dan kesepian
 pula lebih cenderung menggunakan Facebook sebagai platform untuk 
berhubung dengan orang lain,” katanya pada laporan DailyMail.
Clayton
 berkata, golongan ini terlalu terdesak untuk bertemu dan berhubung 
dengan orang dalam talian, berbanding bertemu di tempat awam.
Bagi 
yang ketagih alkohol, mereka lebih berminat memuat naik gambar dalam 
keadaan mabuk dan perkara itu adalah satu kepuasan buat golongan 
tersebut.
Sinar/-
