17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
1) Jika anda membaca Al-Quran empat  mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda  dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.
2) Jika anda membaca Sahih  Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum  tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa  2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)
3) Jika anda membaca Mukhtasar  Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat  sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.  (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).
4) Jika anda membaca 45 hadis  sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan  bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.
5) Jika anda membaca 16 hadis  sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan  bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)
6) Jika anda membaca kitab  Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari,  anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.
7) Jika anda membaca kitab  Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda  dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya  sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan  sahaja.
8) Jika anda membaca kitab Ahkam  Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat  menamatkannya dalam masa 2 minggu.
9) Jika anda menghafal satu  rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda  dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak  sampai 3 tahun.
10) Jika anda menghafal dua  hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis  Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.
11) Jika anda membaca dan  menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan  dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000  masalah feqah.
12) Jika anda menghafal 2  rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair  matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.
13) Jika anda menghafal 2 hadis  sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30  tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan  berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.
~  Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak  24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ?
~ Tahukah anda, di dalam Al  Qurâ??an terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT  juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ?
~ Tahukah anda, di dalam Al  Qurâan terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN  juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ?
~ Tahukah anda, di dalam Al  Qurâan terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga  berjumlah yang sama sebanyak 145 ?
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ?
Dimana 32 + 13 = 45
~ Luas Lautan 32/45 x 100% =  71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari  permukaan bumi. Dan ini terbukti
Sumber: www.jiwang.org

