Siapa  tak tahu kisah Firaun. Bagi umat Islam, Firaun adalah manusia yang  menjadi lambang kejahatan dan kekufuran. Pemerintah Mesir kuno yang  berkuasa dan kaya-raya. Dengan tentera yang ramai dan tamadun yang hebat  tetapi zalim dan mengaku sebagai tuhan. Disebut didalam al-Quran lebih  60 kali.Di Makamkan  dalam binaan hebat pyramid. Diawet dan dikekalkan. Dibawa ke muzeum  untuk dilawati, dikagumi sepanjang zaman. Pernah dibawa ke Paris untuk  dikaji dan diberi sambutan hebat mengalahkan raja-raja di dunia. Firaun  nama yang cukup gah meskipun sudah mati beribu tahun yang lalu tetapi  dipuja manusia hingga kini. Sedangkan ianya agar diambil peringatan  sebagaimana Allah telah mengekalkan badan dan jasadnya seperti disebut  dalam surah Yunus-92:
Langit  tak selalunya cerah. Kebangkitan rakyat menentang firaun moden, Hosni  Mubarak menyebabkan rakyat berkumpul di Medan Tahrir yang disebelahnya  adalah Muzeum yang menyimpan pelbagai artifak dan mumia Firaun.  Kekecewaan rakyat dan penderitaan yang sekian lama membuak-buak  menyebabkan mereka memecah masuk ke dalam museum dan memecahkan beberapa  mumia firaun yang dianggap bersejarah itu.
Setelah Firaun moden di Tunisia melarikan diri, kebangkitan rakyat bak domino , melanda Mesir. Sejauh mana Mubarak dapat bertahan. Sebagai gah mereka-mereka yang zalim. Menindas rakyatnya sendiri menggunakan pelbagai tipu-helah untuk mengekalkan kuasa. Menggunakan tentera dan polis untuk membantai rakyatnya sendiri. Kalau Firaun ada orang yang menyediakan museum untuk dilawati apakah ada museum untuk orang yang seperti Mubarak? Dihujung usia dan dihujung kekuasaannya, ia amat dibenci oleh rakyatnya sendiri.
Perbanyakkanlah doa Nabi Musa ini semoga Firaun dan mereka yang sewaktu dengannya melihat azab didunia ini lagi.
Selama mana pula pimpinan UMNO nak teruskan legasi mereka???
فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ
Maka  pada hari Ini kami selamatkan jasadmu supaya kamu dapat menjadi  pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan Sesungguhnya  kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami.
Langit  tak selalunya cerah. Kebangkitan rakyat menentang firaun moden, Hosni  Mubarak menyebabkan rakyat berkumpul di Medan Tahrir yang disebelahnya  adalah Muzeum yang menyimpan pelbagai artifak dan mumia Firaun.  Kekecewaan rakyat dan penderitaan yang sekian lama membuak-buak  menyebabkan mereka memecah masuk ke dalam museum dan memecahkan beberapa  mumia firaun yang dianggap bersejarah itu.Setelah Firaun moden di Tunisia melarikan diri, kebangkitan rakyat bak domino , melanda Mesir. Sejauh mana Mubarak dapat bertahan. Sebagai gah mereka-mereka yang zalim. Menindas rakyatnya sendiri menggunakan pelbagai tipu-helah untuk mengekalkan kuasa. Menggunakan tentera dan polis untuk membantai rakyatnya sendiri. Kalau Firaun ada orang yang menyediakan museum untuk dilawati apakah ada museum untuk orang yang seperti Mubarak? Dihujung usia dan dihujung kekuasaannya, ia amat dibenci oleh rakyatnya sendiri.
Perbanyakkanlah doa Nabi Musa ini semoga Firaun dan mereka yang sewaktu dengannya melihat azab didunia ini lagi.
وَقَالَ  مُوسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً  وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَنْ  سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى  قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ
Musa berkata: "Ya  Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Telah memberi kepada Fir'aun dan  pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan  dunia, Ya Tuhan kami - akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan  Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci  matilah hati mereka, Maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat  siksaan yang pedih."Selama mana pula pimpinan UMNO nak teruskan legasi mereka???
