skip to main  |
      skip to sidebar
Kentayaan Akhbar
Saya  dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac  2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari  Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan  bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.
...
Saya  berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu,  sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh  dua orang yang saya tidak kenali.
Saya dibawa ke Hotel Flamingo  Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan  Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah  menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya  tadi.
Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara  Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi  duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.
Dato’  Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari  Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan  video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya  mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sepanjang tayangan video  tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan  beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu  terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko  air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat  itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan  bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998  dulu.
Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri  Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan  tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali  dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia  membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang  dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’  Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia  menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah  dipunyai oleh pihak perisikan Thai.
Sepanjang penayangan video  tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen  pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau  cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang  tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Selepas  penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia  memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.  Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’  Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia  akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.
Tan  Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan  memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat  dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli  Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar  komen-komen yang dibuat.
Selepas itu, saya keluar dan diiringi  oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan  memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut,  saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar  Ibrahim.
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1.  Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan  rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim  masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar  Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang  waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2.  Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu  pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih;  menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5.  Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan  jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan  perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
Selepas  itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli  Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa  dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan  seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330  petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan  menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa  perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan  oleh pihak mereka.
Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini  diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah  satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011
 
 
 
0 Responses so far.