Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi




23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal” dan “tidak jujur”, kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Taib juga menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat oleh badan anti-rasuah itu.

"Mereka tidak layak terima kerjasama dari saya kerana mereka nakal dan tidak bertindak jujur.

"Biarkan mereka (SPRM) buat kerja. Selagi mereka berlaku adil saya tidak takut," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini.

Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui satu video oleh NGO antarabangsa Global Witness itu akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Malah, beliau juga berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga kepada BN di Sarawak dalam pilihan raya umum ke-12.

"Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini," katanya lagi.

Ditanya lagi sama ada pendedahan tersebut memberi kesan terhadap sokongan rakyat di Sarawak terhadap BN, Taib berkata kesannya amat kecil.

"(Kesannya) Minimum. Ia tidak bersesuaian dengan sentimen penduduk tempatan," katanya lagi.

Malaysiakini/-








  1. Tuan Guru Nik Aziz telah dilahirkan pada 1931 di Kampung Pulau Melaka,Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
  2. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar, adalah seorang alim dan mengasaskan sebuah sekolah pondok di Pulau Melaka.
  3. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Ittifaqiah di Jertih,Terengganu. Beliau menuntut dengan Tok Guru Haji Abbas Haji Ahmad, seorang ulama terkenal di Terengganu.
  4. Beliau juga pernah menuntut di Sekolah Pondok Tok Kenali,Kubang Kerian.
  5. Kemudian beliau meneruskan pengajian di Madrasah Darul Ulum, Deoband, India pada 1952.
  6. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
  7. Beliau meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang syariah dan tamat pengajian pada 1962.
  8. Kemudian, beliau kembali ke Kelantan dan mengajar di beberapa buah sekolah. Antaranya, Sekolah Menengah Agama Mardiah, Panchor dan Maahad Muhammadi di Kota Bharu.
  9. Beliau berjimak dalam dunia politik dengan menyertai Parti Islam Se-Malaysia(PAS) sebagai wadah perjuangan Islam.
  10. Beliau dipilih bagi bertanding bagi kerusi DUN Semut Api dan menang.Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi Parlimen Pengkalan Chepa.Pada 1986 beliau menjadi Ahli Parlimen Bachok.
  11. Kini beliau merupakan Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar bagi Kelantan Darul Naim.
  12. Beliau pemimpin berjiwa rakyat. Beliau tinggal di rumah yang sederhana dan hanya menggunakan 60% dari gajinya bagi kegunaan dirinya. Selebihnya, deserahkan kepada PAS.
  13. Beliau sangat mudah dijumpai dan sentiasa mesra rakyat.Bahkan orang bukan Islam turut merasai keramahan Tuan Guru Nik Aziz.

at 4/04/2013 08:55:00 PM Posted by Unknown 0 Comments




23 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Menteri Besar Khalid Ibrahim mahu semua pengundi di negeri itu melaksanakan tanggungjawab mengundi secara bijak.
KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap rakyat Selangor masih memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah petadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
“Kepada semua pengundi di Selangor saya berharap agar mereka melaksanakan tanggungjawab mengundi secara bijak dengan memilih kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, amanah, telus dan bertanggungjawab demi menjamin masa depan generasi akan datang.
“Saya juga mengharapkan rakyat di Selangor ini terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat demi kelangsungan kecemerlangan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas selesai upacara rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Istana Alam Shah di sini kira-kira pukul 2 petang tadi hari ini.
Upacara Warkah Pembubaran itu ditandatangani Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dihadapan Abdul Khalid serta Ahli-Ahli Dewan Di Raja yang lain.
Abdul Khalid berkata, beliau yakin Pakatan masih mampu memerintah berdasarkan respon positif yang diterima daripada rakyat terutamanya kakitangan kerajaan Selangor yang merasai perubahan cara kerja yang lebih efisyen.
Katanya, perubahan besar berlaku apabila kemakmuran dapat disalurkan terus kepada rakyat, berbeza dengan budaya kronisme yang diamalkan semasa pentadbiran negeri di bawah Umno.
“Di awal tahun 2008 kita masih belum bersedia mengatasi masalah birokrasi dalam pentadbiran negeri dan kami mengambil masa enam hingga lapan bulan untuk menyelesaikannya.
“Selepas itu baru kami sedar kami perlu bekerja lebih proaktif untuk melaksanakan reformasi sistem kerja sehingga berjaya sampai ke tahap ini,” katanya.
FMT/-

at 4/04/2013 01:03:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Pilihan raya umum semakin dekat. Kita semua sudah lama merasai bahangnya. Walaupun ramalan demi ramalan berkaitan tarikh pilihan raya sudah tersasar, hakikatnya kita semakin mendekati hari pilihan raya. 
Pilihan raya, sebagai mana kita maklum adalah proses memilih pemimpin. Itulah sistem diperkenal serata dunia serta dicanang sebagai sistem terbaik bagi memilih pemimpin. Proses pilihan raya ini bukan suatu yang mudah. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bakal menjadi pilihan raya penting yang pastinya ditunggu-tunggu banyak pihak.
Apa yang menarik kali ini ialah jumlah pengundi baru. Sejak 2008 hingga 2013, ada sekitar 2.5 juta pengundi baru, mencakupi peningkatan hampir 25% daripada jumlah pengundi Malaysia yang didaftarkan oleh SPR. 
Pengalaman negara kita mungkin lebih baik daripada beberapa negara lain yang seusia. Walaupun begitu kita tidak mengambil ringan mengenai ini, terutama mengenai aspek ketenteraman dan kesejahteraan. Tidak kurang susahnya dalam proses pilihan raya ini ialah peranan yang perlu dimainkan pengundi. 
Pengundi sebagai penentu kepada kejayaan sesuatu pilihan raya, bukan setakat penyelesaian teknikal, tetapi penyelesaian kepada isu pokok kenapa pilihan raya dilaksana, iaitu memilih pemimpin yang tepat dan hebat. 
Kehangatan pilihan raya lalu dan lumba politik antara 2008 hingga 2013 dikira menjadi pendorong utama bagi ramai orang yang layak mengundi untuk keluar mendaftar dan kelak membabitkan diri mereka dalam proses pemilihan pemimpin. Parti politik yang bertanding pada pilihan raya perlu berwaspada terhadap fakta nombor ini. 
Hakikatnya trend sokongan 2.5 juta pengundi baru sudah pasti memberi pengaruh besar terhadap keputusan pilihan raya, apatah lagi sukar dijangka golongan itu bakal lebih memihak kepada siapa. Dalam sistem demokrasi yang ditambah dengan perisa politik untuk kuasa dan kepentingan diri, sebenarnya mendatangkan kepayahan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang tepat dan hebat itu. 
Dalam keadaan ini, rakyat, sebagai ‘political sovereign’ perlu lebih bijak dan matang untuk memilih. Rakyat hendaklah jauhkan emosi atau sentimen kepartian yang melampau. Ramai calon pilihan raya yang boleh menjadi pemimpin, tetapi tidak ramai yang boleh menjadi pemimpin yang hebat. 
Malaysia memerlukan pemimpin yang hebat ini. Mereka hendaklah berintegriti tinggi, berani, mempunyai kesungguhan, berwawasan, berkefahaman mengenai dunia dan akhirat. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang boleh bertoleransi dalam hal yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada agama dan negara. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang tinggi moral dan peribadinya. 
Pemimpin yang berpegang kepada amanah akan membuat kita berasa selamat. Negara juga boleh kekal aman, sejahtera dan makmur dari segi ekonomi, sosial dan politiknya. Pemimpin sebegini juga boleh memberikan kita keyakinan dan kepercayaan kerana kita percaya, resipi keamanan dan kelangsungan kejayaan negara bergantung kepada perasaan selamat. 
Perasaan selamat ini bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan ke atas pemimpin yang dipilih itu. Maka rakyat hendaklah memilih pemimpin dengan pilihan yang tepat. Daripada jumlah 2.5 juta ini, 80% daripadanya iaitu sekitar dua juta pengundi terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah. Mood golongan belia mengenai kecenderungan politik sebenarnya agak susah dibaca. Bagi mereka yang tidak teliti, hakikat mengenai sokongan politik belia mungkin disalah tafsir. 
Bagaimanapun, kehadiran 2.5 juta pengundi baru pada PRU13 bakal memberi impak besar dan pastinya mempengaruhi keputusan. Jentera pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN semestinya tidak boleh terlepas pandang terhadap jumlah besar pengundi kali pertama dan mesti mengatur strategi memenangi hati mereka pada saat akhir.

at 4/04/2013 01:01:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

  1. Sebuah negara bersifat demokrasi berparlimen seharusnya memberi ruang kepada pengundi untuk memilih siapa yang akan menjadi kerajaan atau pembangkang.
  2. Namun semua itu harus berada dalam satu padang permainan yang sama bagi membolehkan pengundi mampu mengundi dangan keikhlasannya sendiri,
  3. Dalam sistem demokrasi yang ditambah dengan perisa politik untuk kuasa dan kepentingan diri, sebenarnya mendatangkan kepayahan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang tepat dan hebat itu. 
  4. Tidak kurang susahnya dalam proses pilihan raya ini ialah peranan yang perlu dimainkan pengundi.
  5. Dalam keadaan ini, rakyat, sebagai ‘political sovereign’ perlu lebih bijak dan matang untuk memilih. Rakyat hendaklah jauhkan emosi atau sentimen kepartian yang melampau. Ramai calon pilihan raya yang boleh menjadi pemimpin, tetapi tidak ramai yang boleh menjadi pemimpin yang hebat.
  6. Rakyat hendaklah jauhkan emosi atau sentimen kepartian yang melampau. Ramai calon pilihan raya yang boleh menjadi pemimpin, tetapi tidak ramai yang boleh menjadi pemimpin yang hebat.  
  7. Ramai yang bertanya, bagaimanakah kita dapat menentukan calon pemimpin yang hebat. Yang pasti, walaupun kita mempunyai garis panduan mengenai kriteria pemimpin hebat seperti yang disebut sebahagiannya di atas, keputusan kita memilih antara calon yang ada tidak semestinya tepat. 
  8. Kepada calon pemimpin dan juga calon pengundi, hayati peringatan Rasulullah SAW: “Allah menjadi reda kepada kamu dalam tiga perkara; pertama, hendaklah kamu sembah Dia dan sekali-kali jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu. Kedua, bahawa kamu berpegang teguh semuanya kepada tali Allah dan jangan kami berpecah-belah dan ketiga hendaklah kamu menasihati orang yang ditakdirkan Allah menjadi pemimpin antara kamu.” 

at 4/04/2013 12:51:00 AM Posted by Unknown 0 Comments




22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Anwar_Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurutnya, pemilihan Perak adalah untuk melonjakkan sokongan rakyat di negeri tersebut.
"Saya mengisytiharkan saya bertanding di Perak. Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Sinar/-

at 4/04/2013 12:50:00 AM Posted by Unknown 0 Comments




22 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

ANALISIS - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan rekod cemerlang yang dibuktikan sepanjang empat tahun menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi manfaat besar kepada rakyat, kata seorang penganalisis politik.

Datuk Dr Kaisan Abdul Rahman berkata, rekod cemerlang Najib pastinya sudah dinilai dan dihargai rakyat jelata yang akan memberikan mandat lebih besar kepada beliau untuk menerajui dan membawa Malaysia mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi sebelum 2020.

"Saya yakin rakyat yang berpendidikan dan bijaksana akan memberikan mandat yang besar kepada Datuk Seri Najib. Ini kerana bagi rakyat, yang terpenting ialah masa depan mereka dan generasi muda anak cucu mereka yang lebih terjamin.

"Hanya Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dapat berperanan secara sinergistik memastikan masa depan terbaik buat Malaysia. Pembangkang bukanlah pilihan kerana hanya beretorik, memberi janji kosong lantaran manifesto mereka bukan untuk ditunaikan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kajian rambang yang dilakukannya di Kelantan yang kononnya taksub terhadap Pas sebelum ini, kini menunjukkan trend perubahan yang kian jelas memihak kepada BN lantaran rakyat Kelantan telah bosan dengan ribuan helah dan alasan Pas menutupi kegagalannya sepanjang lebih 20 tahun memerintah.
   
Dr Kaisan berkata lebih 800,000 pengundi di Kelantan telah lama membuka mata dan menyedari bahawa semua projek pembangunan di Kelantan adalah hasil usaha BN dan Najib yang memberi perhatian khusus kepada negeri ini.

"Memang benar selama ini ramai berpendapat rakyat Kelantan tidak begitu ketara menyokong Umno dan BN tetapi kini dengan kerja keras dan keikhlasan BN tidak mengenepikan Kelantan, mereka sedar sudah tiba masanya untuk berterima kasih kepada BN melalui sokongan dan undi pada PRU13 ini," katanya.

Beliau percaya rakyat Kelantan, terutama puluhan ribu pengundi muda dan pengundi pertama kali juga akan mengundi BN kerana mereka mahukan peluang pekerjaan yang lebih baik, taraf kehidupan yang setanding dengan rakan mereka di negeri lain dan keyakinan terhadap kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan mereka.

"Bukan sahaja penduduk Kelantan tetapi juga rakyat Malaysia seluruhnya sangat merasai kasih sayang yang dicurahkan Najib melalui pelbagai program dan program transformasi nasional. Semuanya dilaksanakan merata tanpa meminggirkan mana-mana pihak termasuk penduduk di negeri pembangkang," katanya. 

Pesara dan pemerhati politik tempatan Kelantan, Zainab Yusoff pula berpendapat langkah Perdana Menteri memilih mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat setelah genap empat tahun menerajui kerajaan, "rupa-rupanya untuk memenuhi sebaik mungkin tempoh mandat dan amanah memerintah."

Beliau berkata usaha Najib menunaikan amanah empat tahun itu memberi kesan besar kepada pola fikiran rakyat terhadap percaturan politik kerana orang lain mungkin akan mengadakan pilihan raya umum secepatnya sebaik menyambung tampuk kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, demi meyakinkan diri.

"Saya percaya rakyat kini nampak jelas kepentingan tempoh empat tahun itu yang dihargai Najib sepenuhnya dengan melakukan pelbagai usaha transformasi yang terbaik untuk Malaysia. Kini untuk lima tahun ke depan, wajarlah rakyat memberi pula kepada Najib mandat dan sokongan untuk kepimpinannya sendiri," katanya.

Zainab berkata, kalau dalam empat tahun yang penuh cabaran dan dugaan terhadap kepimpinannya serta kedudukan BN tanpa dua per tiga majoriti di Dewan Rakyat, Najib sudah dapat mencatat rekod cemerlang, pastilah dengan majoriti yang lebih besar PRU13 beliau akan memacu Malaysia menjadi lebih cemerlang.

Rekod cemerlang kerajaan BN pimpinan Najib juga mendapat perhatian dan sokongan generasi muda khususnya di kalangan mahasiswa yang sedar bahawa peluang yang mereka peroleh untuk menimba ilmu bagi membina masa depan adalah usaha
kerajaan BN selama ini.

Seorang pemimpin pelajar Universiti Tun Abdul Razak, Afiq Radzuan berkata, pinjaman PTPTN, bantuan baucer buku, kad diskaun pelajar contohnya adalah inisiatif yang membuktikan keprihatinan kerajaan BN bagi kemajuan dan kesejahteraan mahasiswa.
   
Beliau percaya mahasiswa yang merupakan golongan majoriti senyap akan mengundi BN pada PRU13 kerana mereka tidak akan mempertaruhkan negara dan masa depan kepada pakatan pembangkang yang merupakan 'parti politik yang keliru dan
mengelirukan'.

"Majoriti kami memang senyap tetapi bukan bererti kami tidak berfikir dan menilai baik buruk... kami senyap kerana kami tidak mahu kampus dilanda rusuhan jika berdepan secara keras dengan segelintir mahasiswa yang diperalatkan pembangkang.

Tengoklah dalam PRU ini mahasiswa akan mengajar mereka melalui peti undi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Najib bertindak bijaksana mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat hanya setelah membentangkan semua pencapaian kerajaan BN untuk dinilai rakyat dan bukannya hanya dengan cakap-cakap kosong seperti pembangkang.

"Malaysia ibarat sebuah rumah yang sudah sangat indah untuk kami, generasi muda, warisi. Takkanlah kami nak robohkannya hanya kerana janji-janji kosong pembangkang kononnya untuk mendirikan mahligai.

"Bagi BN, kami yakini janjinya ditepati. Datuk Seri Najib dan Muhyiddin merupakan teladan terbaik buat kami pemimpin masa depan," katanya.  - Bernama

    Followers