| Ismail Hashim |
| SHAH ALAM, 31 Julai: Perkembangan politik yang berlaku mutakhir menampakkan usia Najib sebagai Perdana Menteri dari BN bakal berakhir dalam masa terdekat. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara faktor paling ketara adalah bagaimana Najib dibiarkan menerima kesan negatif ekoran kegagalan beliau menangani isu Bersih 2.0 dengan baik. Salahuddin menyatakan bacaan politik ini melalui ucapan dalam Majlis Ceramah Istiqbal Ramadhan di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini malam tadi. Pada sebelah siang, program menjual 500 batang lemang diketuai Ketua PAS cawangan, Haji Halim Omar telah berjaya mengisi dana Ramadhan sebanyak RM6000. Menjelaskan isu Najib, Salahuddin berkata, amat malang sebagai seorang perdana menteri apabila beliau gagal menunjukkan sikap negarawannya berhubung isu demontrasi dan tuntutan Bersih. Katanya, sewajarnya sebagai seorang perdana menteri, beliau boleh mengatasi isu ini dengan mudah sahaja kerana tuntutan Bersih hanya lapan sahaja, bukan lapan ratus atau lapan ribu. Namun Najib mengambil sikap untuk berhadapan dengan rakyat sendiri menerusi cara keganasan seperti mana yang dirakamkan oleh berbagai media alternatif. "Malah saya beranggapan isu tidak perlu tunaikan tuntutan Bersih ini sengaja dicipta oleh pihak dalaman Umno sendiri yang ingin menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana mereka sudah bosan dengan tingkah laku beliau mutakhir. "Apatah lagi dengan sikap isteri beliau yang sangat berlawanan dengan apa yang ditunjukkan oleh semua isteri perdana menteri sebelum ini. "Jika Muhyiddin pernah sebutkan agar Pak Lah berhenti sebagai perdana menteri dalam mesyuarat tertinggi Umno, tidak mustahil sekali lagi beliau akan berbuat demikian kepada Najib," tegas Salahuddin. Menurutnya, terdapat banyak pihak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku pasangan itu dalam membawa diri sebagai perdana menteri dan isteri. Lebih-lebih lagi, bila munculnya isu cincin berharga RM24 juta, beg tangan RM1 juta dan sikap isterinya dalam membeli belah ketika di luar negara, meskipun diragui kebenarannya, tetapi ramai orang Umno yang tidak suka. Meskipun perkara ini dinafikan oleh Najib, persoalan yang timbul sekarang, kenapa beliau terus melakukan lawatan ke negeri-negeri yang didahuluikan dengan membatalkan cuti di luar negara. "Saya melihat ada sesuatu yang sedang dibimbangi Najib sehingga beliau terpaksa turun ke negeri-negeri sekarang bagi melihat dan memastikan tahap sokongan kepadanya kembali pulih. "Jika beliau sendiri menghadapi masalah dalaman dalam parti sendiri, bagaimana mungkin beliau akan terus mampu menjadi seorang pemimpin negara yang baik dan berkesan," soal Salahuddin. |


| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi. |
AMPANG, 17 Julai:Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini oleh kerajaan negeri Kedah tidak akan sesekali menyekat hak orang bukan Islam di negeri itu.
Sehubungan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.
Perkara itu dijelaskan beliau pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel di sini.
Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
"PAS ambil jalan terbaik yang tidak boleh diselesai oleh Umno iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat
"Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan dikalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk," katanya yang juga ahli parlimen Marang.
Keputusan itu juga katanya telah dipersetujui oleh pengusaha pusat-pusat hiburan di negeri itu dan bersedia diambil tindakan termasuk menarik lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian.
Penjelasan itu dibuat selepas mesyuarat tersebut mendengar penerangan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor.
Hasrat sebenar perlaksanaan undang-undang itu kata Abdul Hadi, bertujuan mencegah orang bukan islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan.
Bagaimanapun kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.
"Di sana banyak perkara-perkara tidak tepat di lapor media yang sengaja dimainkan Umno Barisan Nasional.
"Kita membetulkan peraturan yang salah yang dibuat Umno. Umno membenar pusat hiburan kepada bukan Islam, dan tidak ada peraturan tegas bagi menghalang orang Islam" tambahnya.
Sementara itu, Mohd Sanusi yang ditemui selepas itu berkata, penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab pihak polis.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.
Tindakan itu bagaimanapun mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP.
Difahamkan, kontroversi tersebut bagaimanapun selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan semalam bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.
Harakahdaily/-
7 Syaaban 1432H. [MOD] -Muhammad Nuruddin Bashah
Lebih lucu peniaga sekitar masjid Jamek, Puduraya, Masjid India juga menutup kedai berhari-hari sepanjang Raja Cina dan Raja Puasa tanpa rasa rugi. Inikan pula hanya menutup separuh hari? Sumber kuat menyatakan, sebelah petang dan malam, gerai yang berani membuka jualan diserbu oleh para rakyat yang datang dari jauh untuk membeli barangan sebagai oleh-oleh selepas kembali ke negeri masing-masing.
Di saat rakyat ingin didik tentang kepincangan demokrasi, hal pilihanraya yang cukup bejat, 88 nama pengundi untuk satu alamat, IC segera diberi kepada rakyat asing, di saat itu, media pro zalim mengumandangkan isu betapa terjejasnya periuk nasi peniaga KL.
Lawak apabila para penjual tiket di Pudu ditemubual oleh TV3 menyatakan bahawa tiket mereka tidak laku. Sedangkan semua mengetahui tiket keluar dari KL sold out sehari sebelum perhimpunan kerana gertakan dan ugutan polis dan media BN terhadap penduduk KL sendiri.
Para peniaga diserbu pada sebelah pagi 9 Julai, peniaga hotel diserbu ala-ala tentera Ramses II memburu Nabi Musa dan tentera Herodes yang Agung memburu bayi bernama Nabi Isa suatu ketika dahulu. Pintu hotel dihentak dan ditendang. Yang selamat adalah rakyat yang membutakan tidur tanpa melayan polis untuk membuka pintu bilik mereka. Rakyat ditakutkan dengan kereta meriam air FRU, digertak dengan kehadiran ramai anggota beruniform. Adakah berani peniaga membuka kedai jika begitu cara BN menakutkan rakyat?
Dahulu semasa BERSIH satu diadakan, peniaga kitab di masjid India menyatakan bahawa mereka untung besar kerana rata-rata peserta BERSIH ramai juga golongan ustaz, pelajar agama daripada pantai timur dan utara tanahair. Ramai juga peniaga mengakui tudung dan jubah wanita laris kerana golonga perempuan dan remahaj wanita turut menyertai himpunan tersebut. Kenapa tiada isu peniaga rugi?
Jawapnnya ialah BERSIH 1, BN dan polis tidak menjangkakan sokongan BERSIH mencapai puluhan ribu. Malah BN tidak tergambar bahawa semua kaum akan bersatu atas nama BERSIHkan pilihanraya yang kotor tajaan mereka. Jadi para peniaga mebuka premis seperti biasa dan si peserta perhimpunan mengambil peluang ‘bershoping’ sambil berhimpun.
Jika dibuat soal selidik secara adil, rakyat akan memberi komentar berlawanan dengan soal selidik ala provokatif media picisan seperti TV 3. Tiada siapa yang nampak para peserta perhimpunan yang membuat kacau, memecahkan kedai, merosak harta awam melainkan ketakutan itu berpunca daripada tindakan PDRM!
Cukup jelek apabila menonton berita TV 3 yang memaparkan fakta-fakta kononnya fakta sahih berkenaan perhimpunan. Dikatakan polis menjalankan kerja tanpa menitiskan darah. Sya rasa rakyat sekejap sahaja akan mengetahui berita jelas betapa beberapa orang peserta termasuk yang Berhormat dicederakan oleh polis sehingga terpaksa menerima jahitan di kepala.
Jika rakyat Malaysia masih berfikir soal premis tidak laris, isu tiket bas tidak laku dalam setengah hari, soal perut tidak diisi, rakyat Malaysia tidak layak membuang kertas undi kerana masih berminda TADIKA!
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.
(Presiden PAS dibebaskan dengan cara polis menghantarnya ke rumahnya lewat petang semalam)
"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penagkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.
Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.
Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.
Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.
Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.
Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.
Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas
