|     KUALA LUMPUR, 30 Dis:  Pemimpin Pakatan Rakyat sedia bertemu dengan Menteri Pertahanan, Datuk  Seri Zahid Hamidi bila-bila masa kerana banyak perkara yang mereka ingin  tanyakan berhubung pembelian kelengkapan pertahanan negara.
  Menjawab  pelawaan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada  pemimpin pembangkang untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan  soal-soal pertahanan negara, mereka setuju untuk bertemu.
  Anggota parlimen (AP) Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar)  berkata beliau, anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan anggota  Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad adalah ‘lebih daripada bersedia’  untuk mendengar penjelasan beliau dalam beberapa pembelian pertahanan  yang terlampau mahal.
  Menjawab pelawaan Zahid, Pua berkata  Menteri Pertahanan juga harus menjawab pembeliaan 257 APV (kereta tempur  berperisai) pada harga RM7.55 bilion. Sebelum ini, Zahid berkata beliau  tidak tahu apa-apa mengenai pembelian tersebut.
  Lebih mencabar,  Pua juga mendesak supaya Zahid memberikan jaminan bahawa kementeriannya  adalah terbuka kepada ketelusan dan memberikan jawapan mengenai  keengganan kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa parlimen to  memantau dan memeriksa pembelian peralatan pertahanan yang  dicadangkannya.
  “Jika kementerian tersebut tidak sudi untuk  dipantau oleh parlimen, badan legislatif negara, maka Zahid tidak hak  untuk bercakap mengenai ketelusan,” kata Pua.
  Terdahulunya, Pua  mengesan kenaikan sebanyak 50 peratus, daripada RM6 bilion ke RM9  billion dalam pembelian harga kapal perang pesisir pantai (LCS) melalui  pengumuman penerima tender pembinaan enam LCS Boustead Naval Shipyard  (BNS) di Bursa Malaysia.
  Pada bulan Februari yang lalu, Zahid  sendiri yang mempertahankan pembelian LCS pada harga RM6 billion selepas  Pua mendedahkan bahawa harga tersebut terlalu mahal.
  Namun,  tanpa meneliti kenyataan Pua, Zahid masih mencabar beliau untuk  mengemukakan bukti dan menyoal “siapa yang memberikan bayangan bahawa  harga pembelian LCS sudah meningkat” dan “Di mana beliau mendapat angka  tersebut? Daripada Kua Kia Soong, bekas AP DAP?”.
  Pada pendapat Zahid, pembangkang seharusnya tahu bahawa harga LCS yang mahal disebabkan kapal itu akan dibina di Malaysia.
  "Harga  itu juga termasuk nilai tambah seperti offset program, pemindahan  teknologi dan tambahan pula harga kapal tidak tetap kerana ia belum  termasuk harga sub sistem pada satu-satu kapal," katanya.
 
  |