
11 Rejab 1433H. [MOD] 
Firman Allah:
 
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa  jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)
 
1. Mukadimah
 
PAS
 menyertai PRU ke-13 ini bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dengan 
matlamat untuk membentuk kerajaan yang dapat menunaikan amanah dengan 
baik berpandukan petunjuk Allah,  dengan menumbangkan Barisan Nasional 
(BN), seterusnya mendirikan sebuah pemerintahan yang adil dan mendapat 
keredhaan Allah s.w.t., insyaAllah. Sudah tiba masanya BN diundurkan, 
kerana tempoh masa terlalu panjang sehingga terdedah banyak kesilapan 
yang memalukan. Kalau dibiarkan berterusan, menambahkan lagi 
perkara-perkara yang membebankan rakyat dan membanyakkan dosa-dosa 
pemimpinnya.
 
Sejak
 mencapai kemerdekaan, PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi PAS 
untuk merealisasikan cita-cita murni tersebut. Justeru saya menyeru 
seluruh ahli-ahli PAS dan pendukung kebenaran supaya bersiap sedia ke 
arah itu.
 
Dalam
 menghadapi PRU ke-13 seluruh ahli-ahli PAS perlu bersedia dari segi 
rohani dan jasmani, dan juga dari segi dalaman organisasi dan luaran, 
kerana pertembungan dalam PRU kali ini mungkin yang paling sengit akan 
kita hadapi.
 
Marilah
 kita mengambil iktibar dari peringatan Sayyidina Umar bin al-Khattab 
r.a. kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas r.a. dalam 
menghadapi tentera Parsi sebelum meletusnya Perang al-Qadisiyyah:
 
فإني
 آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل 
العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد 
احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، 
وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن 
عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل 
علينا في القوة
Sesungguhnya
 aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar 
bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya Taqwa 
adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam 
peperangan. Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa 
kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus 
dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu. 
Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas 
mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam 
diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada
 Allah swt. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk 
mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah 
bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama 
berbanding persediaan material yang mereka miliki. Andai kita juga turut
 melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka 
lebih kuat dan hebat daripada kita .
 
2.  Kandungan
 
2.1 Allah menjanjikan kemenangan kepada para pendukung perjuangan Islam sebagaimana Firman Allah s.w.t.:
 
يَـٰٓأَيُّہَا
 ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم 
مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ 
وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ 
ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ 
ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا 
ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬ۚ ذَٲلِكَ 
ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَہَاۖ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ 
وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Wahai
 orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang
 boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? 
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjihad 
menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian 
itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat 
yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu 
dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya 
beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang 
baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi 
limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan 
kemenangan yang cepat (masa berlakunya di-dunia ini) dan sampaikanlah 
berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. 
(al-Saff: 10 – 13)
 
Allah
 s.w.t. akan mengurniakan kemenangan kepada penolong-penolongNya dalam 
dua bentuk, iaitu kemenangan yang besar (الفوز الغظيم) di akhirat dan 
kemenangan yang hampir (فتح قريب) di dunia.
 
Kemenangan
 akan diperolehi dengan bantuan Allah s.w.t. (نصر من الله) setelah kita 
mempersiapkan ahli-ahli parti yang beriman dan berakhlak, komited, 
pimpinan-pimpinan parti yang berilmu, jentera-jentera parti yang 
tersusun dan strategi-strategi parti yang tepat.
 
2.2
 Menegaskan kembali usaha PAS untuk membangunkan Negara Berkebajikan 
yang akan memberi keadilan kepada semua manusia dan alam sejagat.
 
Tiada
 percanggahan antara usaha membangunkan Negara Berkebajikan dengan dasar
 perjuangan PAS sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS 
Perkara 5(1):
 
“Memperjuangkan
 wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang 
terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju
 keredhaan Allah”.
 
Memenuhi ciri-ciri kumpulan Islam yang dinyatakan oleh Firman Allah: (آل عمران)
 
104.
  Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada 
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; 
merekalah orang-orang yang berjaya.
 
PAS
 sedia berdailog dengan mana-mana pihak kalangan kumpulan Islam (NGO) 
yang membuat tuduhan bahawa PAS telah lari dari perjuangan, untuk 
menerangkan pendirian PAS yang sentiasa beristiqamah.
 
Membangunkan
 sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam PAS sejak penubuhannya untuk 
menyampaikan rahmat (kasih sayang) Allah s.w.t. bukan sahaja kepada 
manusia, malah kepada seluruh alam sejagat.
 
PAS menyeru kepada semua pihak memahami takrifan Negara Berkebajikan sebagai yang dikemukakan:
 
“Kerajaan
 beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (العدل 
والإحسان) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, 
perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, 
seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang 
berlumba-lumba melakukan kebajikan (فاستبقوا الخيرات) dan saling 
bekerjasama (التعاون) ke arah kejayaan (الفلاح) pemerintah dan rakyat di
 dunia dan di akhirat.”
 
Allah membuat perbandingan dengan firmannya: (البقرة)
200.
  Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah 
kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang 
menyenangkan) di akhirat.
201.
  Dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah 
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari
 siksa neraka"
 
Model
 Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS telah membimbangkan
 UMNO dan BN, kerana  sejak 54 tahun yang lalu melakukan diskriminasi 
bukan sahaja terhadap kaum-kaum lain, tetapi juga terhadap sesama kaum 
Melayu dan Bumiputera.
 
Model
 Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah ini, 
diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum 
dan agama termasuklah kepada alam sekitar.
 
2.3 PAS telah bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
 
UMNO
 sebagai parti yang menjadi teras PERIKATAN dan BN yang telah memerintah
 negara sejak selepas kemerdekaan semakin terbukti gagal membawa 
keadilan dan perpaduan yang sebenar kepada seluruh rakyat Malaysia.
 
Dasar
 perjuangan sempit UMNO yang berteraskan kebangsaan Melayu seperti yang 
termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan UMNO bukan sahaja tidak berupaya 
mengangkat martabat kaum Melayu, bahkan gagal membangunkan peradaban 
Islam di Malaysia. Bahkan mencalarkan imej Islam yang murni dan 
mengancam perpaduan rakyat yang berteraskan adil kepada semua .
 
Dengan
 semangat kebangsaan Melayu tersebut, UMNO telah membelakang al-Quran 
dan al-Sunnah yang sepatutnya menjadi teras utama politik Islam. 
Hukum-hukum Allah dan nilai-nilai peradaban Islam dipinggirkan dalam 
pemerintahan negara.
 
Apabila Islam tidak menjadi dasar politik dan pemerintahan, martabat Melayu juga tidak dapat dipertahankan.
 
UMNO juga bertanggungjawab
 
-
          Menghakis kuasa Raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan 
tahun 1983 dan 1993 yang menghakis peranan Raja-raja Melayu sebagai 
kuasa semak-imbang (check and balance) kepada Legislatif dan Eksekutif.
 
-          Meminggirkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi
 
-
          Merampas tanah-tanah orang Melayu sehingga Tanah Rizab Melayu 
berkurangan daripada 3 juta hektar pada tahun 1957 selepas merdeka, 
menyusut hampir separuh kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995.
 
-
          Menggadai tanah Felda Plantation seluas 360,000 yang juga 
termasuk tanah rezab Melayu untuk dipajakkan dalam proses penyenaraian 
FGVH sehingga membolehkan pemilikan oleh warga asing.
 
-
          Merosakkan sistem Federalisme dengan mendiskriminasikan 
kerajaan-kerajaan negeri Melayu seperti Kelantan dan Kedah. Antaranya 
dengan menafikan hak kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu terhadap 
Royalti Petroleum, serta cuai terhadap Sabah dan Serawak.
 
Pemerintahan
 UMNO juga gagal memelihara jatidiri masyarakat Melayu sehingga berlaku 
keruntuhan akhlak yang semakin membimbangkan. Salah satu petunjuknya, 
kadar kelahiran anak luar nikah meningkat setiap tahun. Pada tahun 2009,
 seramai 17,703 anak luar nikah telah didaftarkan.
 
PAS benar-benar bersedia untuk memimpin perpaduan ummah berdasarkan anjuran al-Quran dan al-Sunnah.
 
2.4 PR juga telah bersedia untuk menggantikan BN untuk memimpin Malaysia.
 
Negara Malaysia di ambang keruntuhan apabila tunjang-tunjang utama politik negara semakin runtuh dengan:
 
-          Terhakisnya semangat federalisme.
 
-          Kuasa yang terlalu besar kepada Perdana Menteri selepas hakisan kuasa Raja-raja Melayu.
 
-          Tidak menghayatai sistem pemisahan kuasa, sehingga Institusi Kehakiman tidak lagi berwibawa dan hilang keyakinan.
 
-
          Agensi-agensi penting untuk keadilan dan keamanan seperti 
SPRM, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan lain-lain dipaksa tunduk kepada 
kuasa eksekutif Perdana Menteri.
 
-          Media massa yang dicengkam oleh Kerajaan.
 
-          Pilihanraya yang tidak lagi bersih sehingga kemungkinan untuk berlaku penipuan adalah begitu besar.
-
          Ketika orang lain mengambil contoh daripada Islam dengan 
memelihara hak rakyat, BN yang berketuakan Umno menipu dan merasuah 
rakyat untuk mengekal kuasa dengan apa sahaja.
 
Masa depan ekonomi Negara juga semakin suram.
 
-          Hutang Negara semakin meningkat sehingga berada di paras RM 430 biilion melebihi 53% KDNK Negara.
 
-
          Hutang isu rumah juga semakin meningkat sehingga mencecah RM 
577 billion, iaitu 77% dari KDNK, merupakan yang tertinggi di Asia.
 
-          Kos sara hidup rakyat juga semakin tinggi.
 
-
          Jurang kekayaan yang semakin melebar antara golongan kaya dan 
miskin. 40% isi rumah berpendapatan RM 1500 ke bawah, manakala 60% isi 
rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah.
 
Amalan
 rasuah dan salahguna kuasa semakin menjadi-jadi sehingga berlaku 
pembaziran dan ketirisan. Kedudukan Malaysia dalam ranking Indeks 
Persepsi Rasuah semakin merosot kepada tangga ke-60 tahun 2011 
berbanding tangga ke-56 tahun 2010.
 
Dasar
 dan polisi yang kerajaan juga tidak dikaji sedalam-dalamnya sehingga 
berlaku flip-flop dalam membuat keputusan seperti keputusan kerajaan 
berkaitan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan yang terbaru isu
 pembelian saham MAS oleh Air Asia.
 
Begitulah kehancuran boleh berlaku apabila amanah diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya.
فإذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة
 
2.5 Roadmap ke Putrajaya
 
PAS
 menyertai PRU ke-13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan. Sehubungan
 dengan itu, PAS dan PR mesti memperkukuhkan penguasaan kerusi kita di 
Semenanjung Malaysia di samping melipat-gandakan penguasaan di Sabah dan
 Sarawak.
 
PR
 perlu memenangi sehingga sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen dari 
165 kerusi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai jumlah tersebut PAS 
perlu:
 
-          Mengekalkan semua kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU ke-12 2008
 
-          Menambah lebih banyak kerusi di Terengganu, Perak dan Selangor berbanding PRU ke-12 2008.
 
-          Memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
 
PAS
 mesti berusaha bersama PR untuk mempertahankan kemenangan di 
negeri-negeri yang sedia di perintah oleh PR iaitu Kelantan, Kedah, 
Pulau Pinang dan Selangor.
 
PAS mesti berusaha bersama PR untuk memenangi semula negeri Perak dan Terengganu di samping berusaha menawan negeri Perlis.
 
PAS mesti berusaha bersama PR untuk melemahkan penguasaan UMNO dan BN di kubu mereka, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.
 
PAS
 juga mestilah bersedia menerima dan mengalu-alukan penyertaan golongan 
al-mala’ yang ingin menegakkan Islam bersama PAS, antaranya seperti 
golongan penjawat awam, kelompok budayawan, artis dalam berbagai bidang,
 pemimpin masyarakat dan pentadbiran kerajaan dan sebagainya.
 
PAS
 mesti memberi tumpuan untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu 
sehingga menambah secara purata 3 - 4 % dengan langkah-langkah berikut:
 
-
          Meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia 
untuk memimpin Negara dan akan martabat martabat masyarakat Melayu 
dengan mendaulatkan Islam.
 
-
          Menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka 
mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan 
rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah 
urus wang zakat.
 
-
          Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas 
pertengahan sebagai agen perubah penting kepada pengundi-pengundi Melayu
 luar Bandar. Kesempatan bulan Ramadan dan Eidul Fitri perlu 
dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan tersebut.
 
-
          Mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari 
kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan 
masyarakat sivil.
 
PAS
 melalui Dewan Pemuda perlu memberi tumpuan yang besar kepada 
pengundi-pengundi Muda yang sebahagian besar mereka berada di 
bandar-bandar.
 
PAS
 melalui Dewan Muslimat perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum 
wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak
 KEMAS yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita.
 
PAS
 melalui Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam
 untuk meyakinkan mereka bahawa PR bersedia memikul amanah ke arah 
pemerintahan yang adil dan ihsan.
 
PAS
 melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para 
pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan “PAS for 
All”.
 
Semua
 ahli-ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli 
pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping 
penyokong-penyokong UMNO dengan akhlak yang terpuji supaya mereka 
beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS. Sekiranya 
PAS dan PR diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan 
dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang 
dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas
 dendam terhadap mana-mana pihak.
 
2.6 Persiapan Ahli-ahli PAS
Firman Allah:
 
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
 
Wahai
 orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran
 dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah 
kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan
 bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah
 kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali 
Imran: 200)
 
Berdasarkan
 ayat di atas seluruh ahli PAS perlu mempersiapkan diri dengan kesabaran
 yang tinggi dalam menghadapi PRU ke-13 yang merupakan pertembungan yang
 paling sengit.
 
Para
 petugas PAS perlu mempertingkatkan akhlak kita dalam menghadapi 
pertembungan sengit ini walaupun menghadapi provokasi yang melampau 
daripada pihak lawan.
 
Usaha
 yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk memperkukuhkan jentera 
parti daripada peringkat pusat sehingga ke peringkat cawangan dengan 
mengelakkan khilaf yang tidak perlu dan mengutama semangat syura dalam 
membuat keputusan di setiap peringkat.
 
Mempereratkan
 hubungan dengan Allah s.w.t. dengan terus bermunajat dan bertawakkal 
kepadaNya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan 
Allah.
 
3. Penutup
 
Saya
 menyeru semua ahli-ahli PAS menjadikan gerakkerja dalam PRU ke-13 
sebagai sebahagian dari jihad dan ibadah dengan membetulkan niat kita , 
melaksanakan tugas dengan Istiqamah dan Iltizam , semata-mata mencapai 
keredhaan Allah.
الله أكبر ولله الحمد
