
21 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA
 LUMPUR, 11 JUN: Keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 
enggan menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba dalam perebutan jawatan 
Timbalan Presiden Umno pada tahun 1993 bertukar sebaliknya apabila Anwar
 didorong oleh Presiden Umno, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad 
sendiri.
Demikian
 menurut bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abd Ghafar
 ketika menyampaikan ucapan beliau dalam program Diskusi Isu Terkini di 
Lembah Pantai malam tadi.
“Saudara Anwar ni saya dah kenal lama dari saya Pemuda (Umno) lagi dan saya percaya dia.
“Masa
 tu dia memang tak nak lawan Pak Ghafar, dia beritahu saya, beritahu Pak
 Ghafar dia tak nak lawan, tetapi tiba-tiba sahaja berubah.
“Selepas
 perkara tu berlaku, saya tanya dan arwah bapa saya juga pernah bercakap
 dengan orang-orang seperti Datuk Mazlan Harun, Mat Sabu.
“Mereka
 kata, yang mainkan dia tu, Dr Mahathir. Ini cerita sebenar,” ujar 
Tamrin dihadapan kira-kira 800 yang menghadiri program itu.
Selain itu menurut Tamrin, beberapa pemimpin kanan Umno ketika itu turut memaklumkan kepada beliau akan perkara yang sama.
“Saya
 sendiri diberitahu Allahyarham Datuk (kini Tan Sri) Mohamed Rahmat, 
Allahyarham Datuk (kini Tan Sri) Megat Junid dan Gabenor Melaka sekarang
 ini, Tun Khalil Yaakob.
“Mereka kata yang menggalakkan Anwar lawan Pak Ghafar ni adalah Dr Mahathir.
“Sebagai orang muda, kalau saya pun, kalau boss dah bagi jalan saya akan lawan, siapa tak nak jadi Perdana Menteri.
“Ini yang dalam Umno berlawan nak jadi naib presiden, nak jadi ketua wanita tu pasal apa?  Nak jadi Perdana Menteri lah tu.
Tamrin memberitahu, persahabatan beliau dan Anwar tetap terjalin kerana beliau mengetahui kedudukan sebenar.
“Tak
 jadi masalah. Sebab itulah persahabatan saya dengan Anwar ni dari 
dahulu sampai sekarang tak berganjak sebab saya tahu niat dia tak mahu 
lawan tetapi Dr Mahathir dah galakkan.
“Kemudian arahkan orang ini, orang itu untuk galakkan lagi Anwar,” ujar beliau lagi.
Pada
 1993, Ghafar mengambil keputusan berundur daripada jawatan Timbalan 
Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai 
Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Anwar dalam pemilihan parti itu.
Sebelum
 itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution memulakan program 
Diskusi Isu Terkini itu dengan melancarkan Kelab Nurul Izzah (NIC).
Selain
 Tamrin, Saifuddin dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah sendiri,
 turut menyampaikan ucapan malam tadi adalah Rafizi Ramli dan Tunku 
Harmy Tunku Hanan.
selangorku/-
