
21 Rejab 1433H. [MOD] -
KUALA
 LUMPUR, 11 JUN: Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan 
Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku 
Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan
 Umno pada tahun 1993.
Tunku
 Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata
 panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap 
kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.
Tunku
 Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh 
Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon.
“Jadi
 tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat 
satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia 
adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.
selangorku/-
“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.
“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?
“Tadi
 ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau
 Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan 
tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.
“Raja-raja
 Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam 
kawah,” ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan
 itu.
Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.
Menurut
 Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar 
pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.
Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.
Tunku
 Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup 
dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus 
berkuasa.
“Itu
 Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang 
tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan 
anjing,” kata beliau.
Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
selangorku/-
