
22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SIBU  26 APRIL : Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat  Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap  seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya  negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.
Dalam  satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau  Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana  tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh  agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.
Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.
Dalam  siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban  dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan  sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan  menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.
supp  alleged money politic 250411 01SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya  juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah  panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.
Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.-Malaysiakini
