25 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

25  Jamadilawal 1432 H.KUALA LUMPUR: Suasana kecoh menyelebungi majlis  angkat sumpah lakmatsalah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay  Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul  di sini, Jumaat.
Suasana  menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila jemaah dan  penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di  hadapan mimbar masjid dengan laungan takbir sambil dipercayai bagi  menghalang majlis angkat sumpah diadakan.
Bagaimanapun  Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat  Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.
Kekecohan  seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul  Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat ditengah-tengah kekecohan  berkenaan.
Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.
Ketegangan  terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay  bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.
Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat.
Tv Selangor/-
