
16 Syawal 1432H. [MOD] -
ABDUL KARIM (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Mohamad Razali di Kuala Selangor semalam.
KUALA  SELANGOR - Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) kini  berpeluang memiliki Kad Peringatan Latar-Touch n' Go berserta nilai  tambah percuma dengan cara mengumpul resit tol lebuh raya itu.
Dengan  menebus 30 resit, pengguna layak menerima satu kad dengan nilai tambah  RM5 manakala untuk 60 resit akan mendapat nilai tambah RM30.
Pengerusi  Kuala Lumpur-Kuala Selangor Express- way Bhd. (KLSEB), Datuk Ir.  Mohamad Razali Othman berkata, tawaran itu adalah bersempena pembukaan  lebuh raya tersebut pada 23 Jun lalu selain mempromosi penggunaan kad  Touch n' Go.
Menurutnya, kad berkenaan boleh ditebus di dua kaunter perkhidmatan pelanggan di Plaza Tol Kuang Timur dan Kuang Barat.
"Kad  peringatan ini mempunyai empat jenis corak gambar berbeza dan setiap  pengguna hanya layak menebus satu kad," katanya pada majlis pelancaran  Kad Peringatan Latar-Touch n' Go di sini semalam.
Pada  majlis tersebut, KLSEB turut menandatangani perjanjian dengan  pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n' Go Sdn. Bhd. (TNGSB)  bagi pelaksanaan sistem tol elektronik di lebuh raya berkenaan.
TNGSB diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Karim Md. Lassim.
Sementara  itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLSEB, Amran Amir memberitahu, kira-kira  dua juta pengguna telah menggunakan lebuh raya itu dengan purata 30,000  kenderaan sehari.
kosmo/-
