27 Syawal 1432H. [MOD] -
KOTA
BHARU, 27 Sept: Mungkin ada yang merasa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesaorangan dalam memperjuangkan
undang-undang syariah kali ini tetapi sebenarnya tidak.
Sekurang-kurangnya 561,047 orang sentiasa mengikuti beliau dalam bentuk fan dalam Facebook Menteri Besar Kelantan itu.
Dan
yang menariknya, dalam satu posting mengenai hudud yang dibuat dalam
facebooknya, beliau menerima 4,536 komen untuk posting itu sahaja.
9,146
pula menyatakan 'like' (suka) kepada posting itu manakala 3,054 orang
pula membuat 'share' (kongsi) posting itu dalam facebook mereka.
Posting itu berbunyi:
KARIKATUR
UTUSAN MALAYSIA HARI INI: Aduhai Utusan Malaysia, akhbar yang mengaku
membela Melayu dan Islam.. Sedarkah apa yang anda lakukan? Di mana
batasan anda bermain politik sehingga perkara yang jelas nasnya di dalam
al-Quran pun anda ingin permainkan??
Wahai
umat Islam... wahai PERKASA... wahai para mufti... wahai NGO
Melayu/Islam.. wahai para ulama dan ulama muda UMNO... tidak jelaskah
ini sebagai menghina perundangan Islam?
Kebanyakan
komen yang diberikan adalah menyokong penyataan beliau itu dan
bersetuju bahawa Utusan telah menghina perundangan Islam.
Dalam posting berikutnya, Nik Aziz menulis, beliau jarang membaca Utusan Malaysia.
"Bagi
saya ia lebih kepada surat pekeliling Umno. Pagi ini saya ditunjukkan
lakaran kartun yg disiarkan semalam, memperlekehkan kalimah hudud.
"Saya
tidak mahu mengulas panjang, cukuplah saya katakan, padanlah dengan
tahap pemikiran sidang pengarang Utusan Malaysia...," katanya.
Posting ini sehingga berita ini ditulis telah diberikan komen sebanyak 367 kali dan dishare oleh 134 orang.
haeakahdaily/-