
20 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Harga  saham Harvest Court Industries Bhd menjunam hampir 30 peratus pada jam  pertama dagangan pagi ini, selepas Bursa Malaysia, semalam meletakkannya  sebagai ‘sekuriti bertanda’.
Ini  di sebalik seorang pemegang sahamnya, iaitu anak kedua Perdana Menteri,  Mohd Nazifuddin Najib menafikan bahawa syarikat itu mendapat layanan  istimewa daripada kerajaan.
Saham  dan waran syarikat itu diniagakan pada RM1.50 dan RM1.27 masing-masing  pada jam 9.50 pagi, iaitu jatuh satu pertiga harganya daripada RM2.13  dan RM1.81 yang dicatatkan semalam.
Dalam  wawancara yang disiarkan di dua akhbar harian berbahasa Cina - Sin Chew  Daily dan China Press - Nazifuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak  terbabit dengan projek-projek syarikat itu yang bernilai RM1.2 bilion.
Projek  itu diserahkan oleh Harvest Court oleh Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang  mana, Nazifuddin adalah pengerusinya. Syarikat itu juga  membina pusat  membeli-belah 1Borneo di Kota Kinabalu.
MALAYSIAKINI/-
