5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA KANGSAR : ADUN Titi Serong, YB. Idham Lim meneruskan usahanya
untuk merasai kesusahan rakyat di dalam Parlimen Kuala Kangsar dengan
menaiki sendiri Bas berhenti-berhenti dari stesen bas Kuala kangsar ke
Manong pagi ini.
Beliau bersama beberapa orang pembantu yang lain telah menaiki bas pada
jam sekitar 9 pagi dan sampai ke Kg. Ulu Piul sekitar jam 9.40 minit.
Dari tinjau yang dia dapati, dimaklumkan bahawa bas yang beroperasi dari
Kuala kangsar dan berakhir di Simpang 3 Beruas sebanyak 2 buah sengan
setiap buah bergerak 6 kali pergi balik dengan jumlah kesseluruhan
pulang pergi sebanyak 12 kali.
Usia bas tersebut telah menjangkau usia selama 55 tahun dan perkara itu telah disahkan oleh seorang rakan fb
yang memberi komen segera dengan beberapa keping gambar yang disiarkan
kami dalam fb YB. Idham sebentar tadi memberi komen seperti berikut :
Sekalung tahniah... Tak mahu komen panjang-pajang..
Dari
saya bersekolah di SMK RMM Jalan Kenas (1969-1974), sampai la ni, bas
itulah yang digunakan atau mungkin bas yang dah kategori uzur.
Elok tukar 'orang lain' pula.
Beginilah
nasib malang yang dialami oleh penduduk sekitar Kuala kangsar khususnya
dalam DUN Manbong, sedangkan ADUNnya adalah seorang Exco kerajaan
negeri perak
Saya
difahamkam oleh banyak pihak dengan pelbagai aduan dan persoalan yang
ditimbulkan oleh masyarakat setempat mengenai bagaimanakah pihak JPJ
masih meluluskan dan membenarkan bas ini beroperasi sedangkan usianya
yang sangat lama dan tidak sesuai lagi dimasa sekarang.
Selain
itu kami mendapat maklumat pada masa hari persekolahan bas yang sudah
terlalu uzur ini (rujuk gambar) masih menampung keperluan pelajar
sekolah sekitar 50 orang pulang dan pergi ke sekolah pada setiap hari
persekolah yang mendedahkan murid kepada resiko keselamatan.
Pendedahan lanjut dalam isu tersebut akan diteruskan di masa akan datang :-
YB. Idham lim mengambil tempat duduk dibahagian hadapan berdekatan pintu
Membayar tiket
Berkata sesuatu kepada seorang penumpang yang baru naik.
Keadaan bumbung bas yang sangat uzur dan dikatakan tiris bila hujan
Nilailah sendiri kepada tempat duduk pemandu dan pemadam kebakaran yang ada
Keadaan hadapan bas dan gear bas .