24 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Walaupun
Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional akan meneruskan
hayatnya Jumaat ini, genap lima tahun selepas Pilihan raya Umum 2008
diadakan, kesahihannya dari segi politik boleh dipersoal, kata pakar
perlembagaan.
“BN berada di dalam kerajaan dari 9 Mac hingga 28 Jun, 2013 adalah
mengikut Perlembagaan dan sah di sisi undang-undang, tapi dari segi
kesahihan politik dan autoriti moral di dalam persoalan.
"Pengundi boleh secara sah berkata mereka mengundi untuk kerajaan BN
pada 8 Mac, 2008 untuk memerintah selama 5 tahun, dan jika kerajaan
tersebut memilih untuk mendapatkan mandat baru dalam tempoh tersebut, ia
akan menjadi caretaker government (kerajaan sementara),” kata peguam
Tommy Thomas dalam satu artikel beliau yang disiarkan Malaysiakini.
Menurut Tommy, sesi parlimen kali ini akan berakhir pada 28 April, dan
pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, iaitu sebelum 28
Jun berakhir.
Namun demikan, beliau berkata sekiranya pentadbiran Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak ingin mengekalkan tradisi untuk mengadakan
pilihanraya Dun dan parlimen serentak, maka parlimen perlu dibubarkan
awal sebelum 26 Mei.
Ini kerana 26 Mei ialah hari terakhir untuk Negeri Sembilan mengadakan
pilihanraya, kerana sesi Dewan Undangan Negerinya akan terbubar sendiri
pada 26 Mac.
Tommy berkata sistem ala-Westminster yang digunakan di Malaysia
bermaksud Perda Mneteri boleh menentukan tarikh pilihanraya, termasuk
ingin mengadakan pilihanraya lebih awal.
Beliau mengimbas kembali kuasa istimewa ini di mana semua bekas Perdana
Menteri termasuk Tun Abdullah Badawi telah membubarkan parlimen lebih
awal.
“Jadi mengapa Najib masih tidak menggunakan hak istimewa ini untuk
menasihati Agong untuk membubarkan parlimen sebelum tarikh luputnya, dan
kemudiannya diikuti dengan pilihanraya umum ke 13? Hanya satu jawapan
untuk itu, BN takut ditewaskan,” kata Tommy.
Beliau turut berkata hubungan antara politik dan perniagaan mungkin
memperkukuhkan kepercayaan kepada teori bahawa kerajaan ingin untuk
memasuki kontrak yang memberi manfaat kepada tabung politik mereka
menjelang pilihan raya.
Harakahdaily/-