Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

21 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 29 Sept: Pengerusi Misi Munajat Royalti Rakyat Kelantan, Md Zulaimi Kazin menyelar tindakan ulama muda Umno yang mempertikaikan langkah yang diambil oleh 40 ulama bermunajat di Mekah dalam isu tuntutan royalti.

Beliau berkata tindakan yang diambil oleh 40 ulama itu tidak bercanggah dengan syariah, terutama tidak terdapat sebarang larangan nas syarak terhadap tindakan tersebut.

Ini, katanya tidak seperti mana larangan nyata dari nas atas pengharaman judi bola yang dilesenkan oleh Umno tetapi ulama muda mendiamkan diri.

“Golongan ulama Umno ini amat dangkal ilmunya kerana tidak memahami hasrat sebenar misi ini yang dikhususkan kepada tindakan zalim pihak kerajaan pusat yang enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, Nabi Muhammad s.a.w. ada menyuruh bermusafir dan menyatakan kelebihan menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, justeru pihaknya akan menghantar 40 orang ulama Kelantan untuk bermunajat di sana.

“Langkah ini diambil agar mereka dapat bertawasul dengan amalan soleh mereka sendiri untuk dimustajabkan doa oleh Allah supaya hak rakyat kelantan dikembalikan,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, perbelanjaan yang digunakan adalah secara telus dengan menggunakan sumbangan derma daripada orang ramai dan tidak melibatkan dana kerajaan negeri.

“Saya berharap ulama muda Umno kembali kepada niat asal mereka menyertai Umno seperti yang mereka war-warkan dahulu, iaitu mahu membaiki dan menegur Umno, bukan seperti kandungan artikel tulisan mereka, yang memperlihatkan mereka seperti balaci Umno dalam usaha melawan tindakan yang tidak sealiran dengan mereka,” katanya lagi.

Harakahdaily/-

at 9/30/2010 02:32:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

21 Syawal 1431 H

TEMERLOH, 29 Sept: Di kala tumpuan kini terarah ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas di Kelantan, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu perhatian wajar juga diberikan kepada kes Dun Kota Siputeh, Kedah.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi tekanan kepada Mahkamah Rayuan agar segera membuat keputusan berhubung status kerusi Dun tersebut.

Menurutnya, adalah tidak patut kerusi Dun itu ditinggalkan kosong begitu lama iaitu hampir lapan bulan tanpa sebarang keputusan.

"Orang-orang di Kota Siputeh telah ditinggalkan tanpa wakil rakyat mereka," katanya.

Pertikaian berkenaan status kerusi Dun itu timbul apabila wakil rakyatnya, Abu Hassan Sarip tidak hadir ke persidangan Dun dua kali berturut-turut.

Tindakan itu didakwa telah melanggar Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan mendorong Yang Dipertua Dun, Dr Abdul Isa Ismail menghalang Abu Hassan menghadiri Sidang Dun pembentangan bajet November lalu.

Harakahdaily/-

20 Syawal 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 29 Sept: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan keyakinan PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil nanti.

Mursyidul Am PAS itu menyatakan demikian berdasarkan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada parti itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia ditambah lagi dengan prestasi Allahyarham Chek Hashim Sulaima selaku wakil rakyat di situ sebelum ini.

Menurutnya, sekiranya Umno bercadang untuk meletakkan calon anak tempatan, PAS juga berhasrat sedemikian.

“PAS tidak ketandusan memilih calon dalam pilihan raya itu nanti, memandangkan begitu ramai mereka yang berwibawa,” ujarnya kepada media selepas pada majlis anjuran Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill Kampus Kota Bahru, di sini, pagi ini.

Sehubungan itu, beliau berharap para pengundi yang pernah mengundi Allahyarham Chek Hashim yang mewakili calon PAS pada pilihan raya umum lalu, diminta sekali lagi berbuat demikian pada pilihan raya kecil nanti.

Beliau juga berharap pengundi yang belum berbuat demikian iaitu tidak mengundi calon PAS supaya beralih arus pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberitahu, calon yang bakal dipilih nanti masih belum dibincangkan.

Sementara itu, beliau turut menyokong pandangan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang mencadangkan supaya Umno tidak perlu bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi menjaga perpaduan Melayu.

Jelasnya, demi mengembalikan perpaduan Melayu, sewajarnya Umno tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Harakahdaily/-

at 9/29/2010 10:18:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


20 Syawal 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan percapaian Lembaga Air Perak (LAP) yang mencatatkan prestasi amat membanggakan apabila memperoleh untung bersih sebelum cukai sebanyak RM70.32 juta sehingga Ogos lalu berbanding RM42.52 juta dalam tempoh sama tahun lalu

adalah berdasarkan strategi yang diperkenalkan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak dahulu yang membekalkan air percuma 20 meter padu khas buat rakyat Negeri Perak termasuk usaha pembayaran Zakat yang tinggi diperolehi daripada LAP.

Walaupun penentangan daripada Umno yang menyifatkan akan berlaku kerugian dan secara langsung akan membebankan kerajaan negeri tetapi akhirnya dapat dilihat pada hari ini bahawa semua tomahan tersebut telah terjawab dengan sendirinya.

Perkara ini boleh dibandingkan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum daripada ini dan setelah diperkenalkan pembekalan air percuma ini yang masih diteruskan oleh BN nampaknya ianya telah menunjukkan hasil yang amat membanggakan seluruh rakyat Perak.

Kaedah atau pendekatan negeri bekerbajikan adalah teras utama bahawa kekayaan pendapatan Perak akan dibahagiankan kepada seluruh rakyat secara tidak langsung.

Tetapi kebimbangan kelak, jika BN terus menyalahgunakan kekayaan yang ada secara tidak berhemah yang akan meningkatkan bebanan secara tidak langsung dengan pelbagai cukai-cukai baru yang akan dicipta kelak.

Rakyat perlu sedar akan perkara ini dan perlu menentang prinsip serta perkara yang tidak memberikan keutamaan yang mendahulukan hak rakyat selama ini.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:54 PM

18 Syawal 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

BERSETUJU dengan YB Azmin apabila beliau menolak kehendak beberapa pihak agar beliau melakukan `ikrar setia' terhadap Presiden PKR, DS Wan Azizah. Isunya, semenjak bila YB Azmin dilihat `derhaka' kepada Presiden parti dan benarkah YB Azmin dilihat menjadi `robot' kepada Presiden? Kedua-dua adalah tidak benar sama sekali dan tidak pernah ada bukti untuk mendakwa YB Azmin bersikap sedemikian.

Semuanya telah diperjelaskan oleh YB Azmin yang bakal merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukti yang diperolehi selama ini hanyalah kesetiaan dan pengorbanan YB Azmin kepada parti walaupun tidak dikatakan kesetiaan membuta tuli kepada Presiden.

Sebaliknya, kesetiaan seorang lagi calon Timbalan Presiden iaitu Dato' Zaid terhadap parti dan Presiden mungkin boleh diperdebatkan.

Lihat bagaimana Dato' Zaid melabelkan Presiden PKR sebagai `boneka' dan merendahkan kewibawaan Ketua Umum PKR, DS Anwar sebagai `ahli biasa' hanya kerana jawatan Ketua Umum tiada di dalam Perlembagaan Parti. Meskipun benar, tetapi di mana adab sopan Dato' Zaid?

Mungkin benar, mungkin tidak jika dikatakan YB Nurul Izzah menyokong Dato' Zaid untuk kerusi No. 2 di dalam PKR. Itu tidak menjadi masalah kerana beliau juga diberi hak melaksanakan amalan demokrasi di dalam parti.

Tetapi, mendakwa YB Nurul Izzah terlalu anti kepada YB Azmin mungkin satu tuduhan yang tidak masuk akal.

YB Azmin sememangnya tidak perlu melakukan `ikrar setia' kepada Presiden PKR kerana Presiden sendiri tahu dan nampak jelas apa yang telah YB Azmin lakukan kepada parti semenjak awal penubuhannya.

Bahkan, ketika parti ini belum wujud lagi YB Azmin sentiasa komited dengan perjuangan reformasi.

at 9/27/2010 05:25:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

18 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Shukri Mohamed Talib

Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, agensi yang ada kaitan dengan Umno, didakwa memindahkan 280ha tanah rizab bumiputra kepada syarikat pemaju yang mana pemegang saham majoriti adalah bukan Melayu.

Suit against agency over transfer of land
Himanshu Bhatt

GEORGE TOWN (Sept 7, 2010): Two Malay non-governmental organisations (NGOs) and 33 individuals have filed a suit against Yayasan Bumiputra Pulau Pinang (YBPP), an Umno-linked agency, after it allegedly transferred 280ha of land reserved for bumiputras to a development company with a non-Malay majority shareholder.

The suit, filed at the High Court here today, claimed the YBPP had passed the three plots located around Bertam in Kepala Batas, to Bandar Kepala Batas Sdn Bhd (BKB).

It identified BKB as a joint-venture with YBPP having only 30% of the shares while Hunza Properties Bhd owned the remaining 70%.

Citing beach of trust and/or breach of fiduciary responsibility, the suit was filed by Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negri Pulau Pinang and Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), together with Datuk Yussof Latiff and 32 other individuals.

Yussof, who is the president of Pemenang, later told a press conference the plaintiffs were also concerned as the said plots of land were transferred to BKB on Nov 26, 2001 for only RM21,960,696.

"But a report by a commissioned valuer put the value of the land, according to open market prices on Nov 11, 2001, at RM137,435,000,” he said.

"Because of this, YBPP has incurred financial losses of as much as RM115,474,303," he added.

The writ of summons named YBPP as a defendant along with Tenagas Sdn Bhd, Kumpulan Pinang Hartanah Sdn Bhd, Kumpulan Pinang Properties Sdn Bhd, BKB, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza and three other individuals

The plaintiffs are asking for the joint-venture agreement YBPP subsidiaries Kumpulan Pinang Hartanah and Kumpulan Pinang Properties made with BKB, and the land transfer to BKB, be declared null and void.

It is also seeking an injunction to prevent BKB from transferring or nullifying any portion of the land still registered under it.

Yussof said Hunza Properties Bhd was a public-listed company that was not controlled by Malays or bumiputras, and its shares were not majority owned by Malays.

He said YBPP was formed in 1980 as a result of an economic convention by Umno that resolved to set up the organisation for the benefit of Malays in Penang.

"To achieve this, YBPP used funds allocated by the government, and through its subsidiary bought several plots of property in Kepala Batas, Penang."

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muihamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman manakala Nuzul Izzah Anwar pula mencabarnya berdebat ekoran dakwaan beliau Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?" kata Nurul Izzah dalam satu kenyataannya.

Bagi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar), kenyataan Mahathir itu satu kenyataan bersifat perkauman.

Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat menang adalah Umno bukannya Melayu.

"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika PR memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata beliau dalam twitternya.

Media hari ini menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa sebagai di Perak sebelum dirampas oleh Barisan Nasional.

Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.

Nizar berkata, kenyataan sebegini adalah jelas dari otak perkauman Mahathir.

"PAS bertindak secara Islam untuk mendapatkan dari Umno yang perkauman untuk menyelematkan Malaysia," kata Nizar.

Bagi Nurul Izzah pula, kenyataan Mahathir itu tidak bertanggungjawab dan merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.

Selain penggunaan isu perkauman, Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'. 'Politik ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak, katanya.

Menurut Nurul Izzah (gambar), masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa dengan tujuan untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, Umno.

Beliau dipercayai merujuk kepada Pergerakan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang mana Mahathir adalah penasihatnya.

"Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan.

"Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas.

"Kita perlu melawan usaha-usaha ini dengan menekankan 'Politik Berlandaskan Harapan dan Kebebasan' yang akan mengubah Minda Melayu daripada kebimbangan palsu tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong," kata beliau dalam kenyataannya.



15 Syawal 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Wawancara itu dipetik media arus perdana dengan menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mendapat kuasa seperti yang berlaku di Perak sebelum dirampas oleh BN.

Pagi tadi saya dikunjungi oleh seorang rakan karib yang mengatakan rasa terkejutnya dengan tersiarnya berita muka depan utusan mengenai kenyataan Mahadir yang maksudnya "Melayu akan habis", kata saya sebenarnya "mahadhir yang akan habis" bila Pakatan Rakyat menang.

Kenyataan terbaru Mahadhir itu bagi saya menggambarkan kebimbangan dirinya sendiri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kerana segala kemungkaran yang pernah dilakukannya semasa menjadi PM satu masa dulu akan dibongkar.

Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mengatakan Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Dakwaan Mahathir yang disiarkan dihalaman hadapan akhbar rasisi utusan kelmarin jelas merupakan kenyataan bersifat perkauman

"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya.

Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu.

Keadaan yang sama telah berlaku kepada kawan baiknya yang juga bekas Presiden Indonesia, Suharto yang telah berdepan dengan pembongkaran segala kemungkaran sehingga diseret ke mahkamah semasa dipenghujung hayatnya.

Mantan presiden Umno itu mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP. Bagi saya ini satu lagi kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tuduhan liar tanpa bukti.

Kenyataan Mahadhir bagi saya untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO dan Mahadhir sudah sangat terdesak dengan berjuang dengan Perkasa yang rasisi itu.

Malah bagi saya Perkasa yang tidak jelas halatujunya menjadi pilihan dan dahan berpaut yang sangat rapuh kepada perjuangan akhir hayat Mahadhir.

Sesungguhnya UMNO dan Perkasa sudah ditolak oleh orang Melayu yang sudah lama kehilangan kuasa akibat oleh pemimpin Melayu yang mementingkan perjuangan peribadi kroni serta kepentingan kelompok kecil sehingga kuasa politik dan ekonomi Melayu terhakis sekian lama.

Sesungguhnya dengan wadah Pakatan Rakyat, khususnya PAS , saya melihat dengan keadilan Islam yang berjuang tanpa batas bangsa, sebenarnya inilah yang akan menyelamatkan kuasa Melayu yang dimaksudkan.

Apa artinya kuasa sekiranya Melayu merempat dinegaranya sendiri.


at 9/24/2010 07:35:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

15 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Shukre Sulaiman

Kenyataan bekas Menteri penerangan Dato Zainuddin Maidin bahawa pas berdasarkan sejarahnya merupakana parti yang berteraskan perkauman dan keagamaan dogmatik merupakan satu ungkapan berniat menghasut yang penuh kejahilan dan kedangkalan .

Dari Perspektif islam dogmatism merupakan kepada denyut nadi kepada kekuatan dan kelangsungannya. Sudah tentu setiap ajaran dan hukum –hakam islam ialah satu dogma (kepatuhan tanpa persoalan ).

,dengan tidak mempersoalkan apa yang diturunkan oleh kitab suci al-quran dan sunah rasullah s.wt jauh sekali untuk bersifat perkauman kerana ajaran islam itu bersifat universal tidak terkongkong dengan unsur-unsur rasisme,

islam sama sekali –sekali melarang penganut-penganutnya untuk membezakan warna kulit kerana setiap muslim itu adalah bersaudara dan setiap rakyat yang berlainanan bangsa dan agama wajib diberikan hak dan keadilan kepada mereka. itulah dogma sebenar yang menjadi sandaran kepada perjuangan PAS selama ini .

Bagaimana PAS boleh dikaitkan dengan rasisme /perkauman sedang melayu tidak menjadi agenda dan teras kepada perjuangannya melainkan islam itu menjadi agenda utama iaitu menjadikan al-quran itu sebagai perlembagaaan sedangkan UMNO sebut sahaja pada nama nya jelas agenda melayu menjadi keutamaan

dibawah bayang-bayang inggeris ( United Malay National Organisations ) bukan satu bentuk sindiran atau fitnah tetapi suatu realiti yang yang terpahat didalam sejarah ,

mengapa tidak diberi nama melayunya mungkin pengaruh inggeris itu sudah terlalu lama meresap kedalam urat –saraf mereka atau mungkin jenab sudah menjadi janet , wahida sudah menjadi wanda atau mungkin umno itu sendiri tidak pernah pasti dengan identitinya .

Seharus ,Dato Zainuddin Maidin tidak meyebut persoalan dogmatisme kerana sesungguh sudah jelas dogma umno itu ialah melayu, walaupun UMNO itu bukanlah perkataan melayu dan mungkin itu adalah kekuatan yang ada pada UMNO masih lagi melayu kononnya walaupun sudah lama diInggeriskan.

Ironinya pada hari yang yang sama Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan menyatakan bahawa Umno tidak akan melarang ahlinya untuk menyertai perhimpunan perkasa pada hari sabtu ini di stesyen kereta api Pasir Mas sedangkan PERKASA dianggap ekstrim oleh rakan-rakan mereka dikalangan MCA dan MIC.

Tuduhan Dato Zainudin Maidin bahawa PAS merupakan parti perkauman dan ekstrim ( keagamaan dogmatik ) sama sekali tidak dapat mencipta rasa takut kepada kaum-kaum lain sebaliknya apa yang mahu dilakukan oleh mereka telah menimbukan rasa kurang senang dikalangan sahabat-sahabat mereka dikalangan MCA dan MIC terutama dengan penglibatan ahli UMNO didalam aktiviti PERKASA .

Nyatakan sekali tuduhan yang dilemparkan oleh Dato Zainudin Maidin merupakan tuduhan liar dan dangkal dan diluar dari realiti sebenar dan seharusnya beliau berasa malu dengan penyataan-penyataan sedemikian.

at 9/24/2010 11:45:00 AM Posted by Unknown 0 Comments


24 Sept, Kuala Lumpur : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes ‘bini puaka’ terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).
Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.
Lima mahasiswa berkenaan – Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya – dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani – yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor – dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan “Himpunan Bebaskan Mahasiswa” di Kompleks Mahkamah Jalan Duta menyambut keputusan itu dengan penuh syukur terhadap pembebasan rakan mereka.Keputusan yang memihak kepada 5UM itu turut disambut dengan kehadiran hampir 200 mahasiswa daripada pelbagai universiti.
______________________________________
KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
ALL FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com

13 Syawal 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 22 Sept: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Khas Negeri Kelantan akan diadakan pada 30 September ini khusus untuk membincangkan soal elaun Diraja Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata persidangan khas itu khusus untuk mengemukakan cadangan Rang Undang-Undang berhubung elaun-elaun Kerabat Diraja pindaan no 2 2010.

Menurutnya, Rang Undang-Undang itu juga turut menyentuh peruntukan Diraja Bagi Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan bagi negeri Kelantan.

Katanya, pada mulanya persidangan Dun khas itu akan diadakan pada 27 September, namun ianya dipinda pada 30 September.

“Kita tunda pada 30 September biasa saja, hanya masalah teknikal,” ujarnya kita ditanya kenapa ianya ditunda pada 30 Sptember.

Sehubungan itu, katanya semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) telah dimaklumkan berhubung perkara itu.

Harakahdaily/-

at 9/22/2010 07:38:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

13 Syawal 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 22 Sept: Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi.

Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

“Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” ujarnya.

Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan.

Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti.

Dua malam lalu, syarikat I’DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan disebuah hotel.

Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru.

Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu.

“Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun,” ujarnya.

Harakahdaily/-

at 9/22/2010 07:37:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

13 Syawal 1431 H
Oleh: Wartawan Kita

KOTA BHARU, 22 Sept: Berita PAS Kelantan diberi replika cek bernilai RM4 bilion ternyata berjaya mengejutkan banyak pihak, namun anehnya Perhubungan PAS negeri tidak tahu menahu mengenai sumbangan tersebut.

Gimik syarikat I’DA World Group di sebuah hotel lima bintang, baru-baru ini dengan menulis replika cek bernilai RM4 bilion disumbang kepada PAS kini sudah bertukar menjadi isu politik.

Namun, bagi Umno gimik yang tidak berjijak di alam nyata sudah dianggap isu besar sehingga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat.

Maka banyak pihak yang berpangkal dari gubuk Umno waima Pemuda, Puteri dan NGO yang lahir dari sayap Umno bertempik sorak menuduh PAS dan kerajaan Kelantan terpalit dengan rasuah.

Mereka ’persyaitan’ akal waras. Kemunasabahan atau lojik replika cek RM4 bilion tidak perlu diheret begitu jauh kerana dari awal lagi disifatkan tidak lebih sebagai satu jenaka.

Lebih-lebih lagi penjelasan kerajaan negeri syarikat terbabit belum pun menghantar sebarang proposal projek yang mahu dibangunkan.

Kata orang tua, ikan masih di laut. Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Pusat Pelaburan Negeri difahamkan belum menerima apa-apa kertas cadangan projek dimaksudkan syarikat terbabit.

Anehnya tiba-tiba syarikat itu mendakwa mendapat projek bernilai sehingga RM330 bilion di Tumpat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim berkata, ia tidak lebih sebagai satu jenaka.

Malah katanya, PAS Kelantan tidak pernah dimaklumkan mengenainya biar pun cek itu dikatakan diserah pada satu majlis makan malam anjuran I’DA World Group.

”Badan Perhubungan PAS tidak dijemput hadir pada majlis makan malam anjuran syarikat berkenaan.

”Ini tidak lebih sebagai satu jenaka kerana kerajaan negeri tidak pernah menerima sebarang kertas cadangan projek daripada I’DA World Group.

”Perhubungan PAS Kelantan menafikan ada hubungan dengan syarikat berkenaan. Malah kita pun tidak kenal siapa pemilik syarikat itu,” katanya di sini.

Manakala pihak yang tampil menerima replika cek berjumlah RM4 bilion daripada syarikat I’DA World Group Sdn Bhd juga menjelaskan kehadirannya di majlis itu tidak mewakili Menteri Besar atau PAS Kelantan seperti dilaporkan.

Nik Din Nik Mat adik kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kehadirannya di majlis berkenaan di atas kapasiti peribadinya sendiri setelah menerima jemputan.

“Saya tidak mewakili Menteri Besar di majlis berkenaan. Malah saya juga terkejut tiba-tiba dipanggil pihak urusetia penganjur untuk menerima replika cek terbabit,” katanya, semalam.

Beberapa akhbar Selasa lalu menyiarkan gambar Nik Din menerima replika cek berjumlah RM4 bilion yang ditulis atas nama Parti Islam Semalaysia (PAS) diserah Pengerusi Eksekutif I’DA World Group Sdn Bhd, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Abdul Rahim dilaporkan berkata, sumbangan kepada PAS Kelantan untuk membantu melaksanakan prasarana di beberapa jajahan di negeri ini.

Bagaimanapun malangnya berita bersifat jenaka itu sudah menjadi modal besar bagi Umno bagi menghodohkan wajah PAS dan kerajaan Kelantan.

Mereka tidak perlu berfikir panjang, sekadar menggunakan ’otak di kaki lima’ lalu menembak peluru kapur yang akhirnya terpelanting di kaki mereka sendiri.

Ramai pemimpin Umno mahu menjadi jaguh dengan mengulas isu yang berkisar kepada epik dan jenaka termasuk Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid dan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian.

Samalah seperti dakwaan Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican tanpa usul perika mendakwa wang sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas hasil dari duit judi.

Maka tidak hairanlah golongan profesional dan ahli akademik ketawa dengan watak kampung yang masih lagi membelenggu pemikiran pemimpin Umno.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof berkata, pejabat Menteri Besar sebelum ini ada menerima kad jemputan hadir ke majlis anjuran syarikat I’DA World Group.

Bagaimanapun katanya, kad jemputan tersebut hanya tertera logo syarikat dan tidak ada ada nama penghantar serta tiada nombor telefon rujukan untuk dihubungi.

”Kad tersebut tidak dapat disahkan kerana tidak ada nama pengirim dan nombor telefon. Ini menyebabkan Menteri Besar tidak dapat menghadiri jemputan tersebut,” katanya di sini.

Menurutnya syarikat berkenaan belum diluluskan sebarang projek pembangunan di Kelantan biar pun pengerusinya mendakwa mendapat projek bernilai RM313.71 bilion di Tumpat.

Manakala pada carian di laman web www.idaworld.com.my dipaparkan gambaran projek syarikat berkenaan di Tumpat yang dikenali sebagai projek pembangunan bersepadu dan penjanaan ekonomi di Kelantan.

Lakaran gambar projek seperti di Dubai, Emeriah Arab Bersatu yang lengkap dengan segala kemudahan terkini.

Projek itu dikenali sebagai super mega Seri Tujuh dikatakan akan dibangun di kawasan seluas 144,000 ekar membabitkan kos RM313.71 bilion.

Tertera juga alamat syarikat berkenaan di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, Badan PAS Negeri belum bercadang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa biar pun mengaitkan cek RM4 bilion dengan PAS Kelantan.

”Kita tidak kenal syarikat terbabit. Kita tengok dahulu perkembangannya sebelum mengambil tindakan lanjut bagi mengelakkan ada pihak mencemarkan nama PAS dan kerajaan negeri,” ujarnya.

Harakahdaily/-

12 Syawal 1431 H

KUALA LUMPUR, 21 Sept: “Adakah rakyat Malaysia ditipu lagi menerusi jualan hartanah terbaru milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)?” tanya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Menurutnya, tapak seluas 8 hektar dan bernilai RM400 juta itu terletak di belakang bekas ibupejabat Unilever di Jalan Bangsar dan dijual kepada Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad yang kini dikenali sebagai Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), untuk jumlah yang jauh lebih rendah daripada harga semasa iaitu sebanyak RM50 juta.

Katanya, pelaburan Hartanah Berhad adalah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, sebuah yayasan ditubuhkan pada tahun 2006 dengan modal RM2 bilion, untuk meningkatkan pemilikan hartanah bumiputra.

Tanah itu, ujarnya yang dianggarkan bernilai RM500 per kaki persegi, berkemungkinan digunakan sebagai sumber pendapatan tetap untuk KTMB, selari dengan niat awal tanah tersebut yang sepatutnya digunakan untuk kegunaan sistem kereta api.

Beliau berkata, KTMB juga sepatutnya boleh membangunkan tanah tersebut secara usahasama ataupun menerima pulangan menerusi sewaan tanah yang dapat memberikan pendapatan berterusan bagi KTMB.

“Cara sebegini adalah cara bagaimana perkhidmatan MRT di Hong Kong dan Singapura serta London Underground mempertahankan perkhidmatan kereta api mereka untuk kepentingan awam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mekanisma pulangan sebegini bukan sahaja dapat menyelamatkan prestasi kewangan KTMB yang kini dalam kerugian, tetapi juga berpeluang membantu rakyat menerusi penurunan harga tiket dan penyediakan perkhidmatan yang lebih cekap untuk rakyat.

Namun, tambahnya kerajaan memutuskan supaya tanah KTMB di Jalan Bangsar ini dipindah milik kepada Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.

“Justeru, dapatkah kita andaikan bahawa selepas dibangunkan semula, unit-unit pembangunan akan dijual kepada Bumiputera dengan harga diskaun?” soalnya.

Beliau juga mempersoalkan memandangkan tanah KTMB diperolehi oleh PHB dengan diskaun sebanyak 80%, bagaimanakah ianya dapat dinikmati oleh golongan bumiputera.

“Adakah akan terdapat kawalan bagi memastikan pemilikan Bumiputera semasa penjualan unit-unit pembangunan nanti?”

“Ataupun rakyat terpaksa menelan kekecewaan apabila sekali lagi terpaksa menerima penggunaan tanah kerajaan untuk memperkaya golongan terpilih?” soalnya lagi.

Justeru, beliau benar-benar berharap bahawa penjualan tanah KTMB tidak dimanipulasikan atas nama mempertahankan hak bumiputera.

“Kita tidak mahu dasar hartanah Bumiputera disalahgunakan seperti dalam kes PKFZ,” ujarnya.

Beliau turut memberikan berikut:

1) Orang tertentu yang berkepentingan akan menggunakan syarikat persendirian (seperti dalam PKFZ) atau agensi kerajaan atau badan berkanun untuk mewajarkan pembelian tanah kerajaan pada kadar diskaun yang sangat tinggi. Perbezaan ini dikenali sebagai jurang nilai.

2) Semasa fasa pembangunan hartanah, mereka yang berkepentingan akan mendapat faedah sama ada daripada projek usahasama yang berat sebelah, atau melalui kontrak-kontrak yang dianugerahkan kepada kawan-kawan dan keluarga. Ia pastinya dianugerahkan melalui rundingan terus, atau proses tender yang kabur, dengan kos yang melampau, dan akhirnya sub-kontraktor diberi bayaran sangat rendah, supaya untung kontraktor utama dapat dimaksimumkan.

3) Kos pembangunan yang tinggi melampau itu kemudiannya bolehlah digunakan syarikat yang terlibat untuk mendapat pinjaman kerajaan seperti kes jaminan kerajaan untuk bon-bon persendirian dalam kes PKFZ.

4) Syarikat-syarikat kroni ini kemudiannya akan menjual pula unit-unit yang sudah siap untuk golongan bumiputera pada harga diskaun. Walaupun dengan diskaun, harga-harganya masih dikira tinggi untuk rakyat biasa.

5) Pemilik-pemilik bumiputera ini kemudiannya akan dibenarkan untuk menjual hartanah ini pada harga pasaran sebenar (mungkin juga boleh dipaksakan penjualan kepada agensi kerajaan untuk dijadikan pejabat) dengan untung yang sangat besar setelah dicampur dengan jurang nilai.

6) Untungnya akan mengalir ke tangan-tangan persendirian dan bukannya institusi bumiputera. Ini seperti merompak Ahmad untuk membayar Ali (baba).

7) Jika projek ini berakhir tanpa nilai komersial dan tidak mendatangkan keuntungan, sudah tentu kerajaan akan sedia untuk menyelamatkannya dan menggunakan hujah membela bumiputera, untuk menegakkan benang basah.

“Bentuk manipulasi keuntungan ini juga dikenali sebagai ketirisan ekonomi.

“Sama seperti transaksi tanah KTMB di Tanjung Pagar, Singapura, urusan terbaru ini menimbulkan banyak tanda tanya,” kata Nurul Izzah lagi.

Ini, katanya seperti satu bentuk subsidi tidak langsung yang hanya menguntungkan segelintir rakyat sahaja sedangkan pada masa yang sama, subsidi untuk majoriti sudah ditarik.

“Saya harap saya salah dalam hal ini. Saya akan memantau perkembangan projek ini dengan lebih dekat, kerana rakyat mengharapkan kepada kerajaan yang telus dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Oleh itu, dalam sesi parlimen akan datang, beliau akan mencadangkan penubuhan kaukus antara parti untuk pelaksanaan dasar-dasar Bumiputera dengan matlamat mengeluarkan laporan tahunan kepada awam tentang hasil dan penerima faedah dasar-dasar itu.

“Saya harap, rakyat akan menyertai saya dalam menuntut kerajaan bersikap lebih telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Harakahdaily/-

at 9/21/2010 03:58:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

12 Syawal 1431 H
Oleh: muhamad agus syafii

Diantara penyakit yang merusak pahala puasa adalah dengki, dalam bahasa Arab disebut hasad. Dengki adalah perasaan tidak senang atas keberuntungan orang lain disertai usaha menghilangkan dan memindahkan keberuntungan itu kepada diri sendiri (an tatamanna zawala ni`mat al mahsud ilaika).

Adapun menginginginkan hal yang serupa dengan yang diperoleh orang lain tidak termasuk dengki, karena al Qur’an bahkan menyuruh kita berlomba meraih kebajikan (fastabiq al khoirat).

Mengapa orang mendengki ? Dasar dari sifat dengki adalah adanya keinginan orang untuk menjadi orang nomor satu, menjadi orang yang terhebat, terkaya, terhormat dan ter-ter yang lain, yang berkonotasi rendah. Dalam bahasa agama, dunia dengan segala urusannya adalah sesuatu yang rendah.

Dalam bahasa Arab, dun ya artinya dekat atau rendah atau hina. Jadi orang hanya mendengki manakala yang diperebutkan itu sesuatu yang rendah, hina dan berdimensi jangka pendek, ibarat `orang yang memasuki lorong sempit yang hanya muat satu orang.

Ruang sempit itulah yang menyebabkan para peminat harus berdesakan dan saling menyikut. Selanjutnya jika ada satu orang yang telah berhasil memasuki lorong dan berhasil menduduki kursi duniawi yang diperebutkan, kursi presiden misalnya, maka orang yang belum berhasil memandang orang yang telah berhasil sebagai hambatan yang harus disingkirkan, sementara orang yang telah berhasil menduduki kursi itu memandang orang lain yang berminat sebagai ancaman yang juga harus dihambat.

Adapun jika memperebutkan sesuatu yang besar, mulia dan berdimensi panjang hingga akhirat, maka diantara para peminat justeru terdapat hubungan. Orang yang merindukan derajat takwa misalnya, ia akan senang jika ada orang lain yang bermaksud sama. Demikian juga orang yang ikhlas berdekah, maka ia sangat senang jika ada orang lain yang juga gemar bersedekah.

Jika diantara orang yang ingin menjadi orang dekat presiden terdapat saling iri, saling menjegal dan sebagainya, hal itu adalah karena sempitnya ruang untuk menjadi orang dekat presiden, Tetapi jika ingin menjadi orang yang dekat dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maka seberapapun banyaknya orang yang menginginkan, disana tersedia ruangannya, karena Allah Maha Luas rahmat Nya.

Dengki itu sangat berbahaya, bukan hanya bagi diri pemiliknya tetapi juga bagi masyarakat luas. Dengki itu kata hadis nabi ibarat setitik api yang dapat membakar kayu bakar seberapapun banyaknya.

Ia juga bagaikan pisau cukur yang bisa mencukur bersih amal seseorang. Kata Nabi, hanya dua hal orang boleh iri; yakni jika ada orang yang dikaruniai ilmu banyak, ia dapat mengajarkan kepada orang lain dan juga yang bersangkutan mengamalkannya.

Kedua, jika ada orang yang dianugerahi banyak harta, tetapi ia membelanjakannya di jalan yang benar hingga habis, Wallohu a`lamu bissawab.

at 9/21/2010 03:57:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

12 Syawal 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin (Zam) yang dipetik sebagai berkata perpaduan Umno dan PAS tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas BN iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.

Walaupun kenyataan Zam nampak keliru dan bercelaru namun hakikat yang saya dapat ambil dari bekas menteri UMNO itu ialah dia sudah mengakui mustahil akan ujudnya perpaduan selagi UMNO tidak mahu kembali kepada Islam sebagai landasan perjuangan.

Katanya, "Umno seharusnya melupakan sahaja perpaduan Melayu menerusi PAS yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik, sebaliknya bersama-sama dengan rakan-rakan sejatinya dalam BN menolak sentimen kaum masing-masing," katanya dalam temubual eksklusif kepada umno-online.com.

Itulah penegasan awal yang ditegaskan oleh Pimpinan PAS bahawa asas perpaduan sesama Melayu atau dengan banga lain adalah atas dasar dan asas yang diajarkan oleh Islam itu sendiri. Perkara itu berlaku di Madinah semasa tertubuhnya kerajaan Islam contoh.

Demikianlah penyatuan semua bangsa di bawah Pakatan Rakyat yang disana terdapat sebuah Parti Islam PAS adalah asas yang kukuh bahawa penyatuan semua bangsa bukan kerana idealogi masing-masing yang dipertahankan namun kerana kehebatan Islam itu sendiri yang lengkap dan melengkapi idealogi manusia yang banyak kepincangan. Tentunya kerana idealogi Islam bersumberkan dari Al Quran As-Sunnah.

Malah saya membantah kenyataan Zainuddin yang tidak bertanggungjawab sebagai seotrang Islam dengan berkata perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak-ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan .

Kenyataan Zam semacam menolak kesyumulan Islam yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam.

Kecelaruan pemikiran Zam yang mengajak bersatu atas asas bangsa semata-mata tanpa matlamat yang jelas melihatkan kecetekan Zam dalam menelusuri kekuatan bangsa mana pun yang memerlukan kekuatan penghayatan rohani, akhlak atau moral sehingga sesuatu yang dipanggil maksiat dalam Islam atau pelanggaran akhlak dan moral dalam agama lain merupakan asas yang kuat untuk melahirkan sebuah negara yang aman dan makmur, kuat dan berdaulat.

Sekadar mahu bersatu dengan asas bangsa semata-mata yang rapuh dan longgar, malah ternyata telahpun gagal maka saya ucapkan selamat tinggal kepada UMNO dan BN.

Sesungguhnya pakatan Rakyat adalah pilihan Rakyat Malaysia untuk melahirkan sebuah negara yang punya masa depan yang lebih baik setelah di hancur dan drosakkan oleh BN sekian lama....

at 9/21/2010 03:57:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

12 Syawal 1431 H
Oleh: newsfowarder

PAYA BESAR, 20 Sept [1.57 pm] - Orang ramai kecewa dengan tindakan UMNO Bahagian Paya Besar yang telah "Menghina Sultan Pahang" menerusi program Majlis Raja Bersama Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran parti itu.

Difahamkan ia berkaitan tindakan parti itu memasang kain rentang berkaitan program yang dipercayai berunsur penghinaan terhadap Sultan Pahang.

Difahamkan program terbabit diadakan hari ini di Padang Kompleks Belia Felda Bukit Goh dekat sini. Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati khemah-khemah telah pun didirikan.

Malah khemah diraja berwarna kuning juga telah didirikan. Ini membukitkan bahwa sememangnya program tersebut akan dihadiri oleh "Tuanku Sultan Pahang".

Apa yang menimbulkan persoalannya sekarang ialah kenapa gambar Sultan Pahang tidak diletakkan pada kain rentang terbabit?.

Mengulas perkara itu, Tuan Hj.Zahari Mamat (foto), selaku Ketua PKR Cabang Paya Besar berkata bahawa tindakan UMNO itu jelas sekali satu penghinaan terhadap tuanku.

"Jika sebelum ini UMNO bukan main hebat lagi mengatakan PKR menghina Sultan Johor apabila terjumpanya kain rentang yang memaparkan gambar Sultan Johor bersama Pengerusi PKR negeri itu Chua Jui Meng dan Anwar Ibrahim.

Mereka membuat provokasi mengatakan PKR tidak menghormati institusi raja. Malahan, Anwar juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat.

Walhal, terdapat maklumat yang kain rentang itu dibuat sendiri oleh UMNO bagi mencetuskan keadaan tidak tenteram, kononnya PKR menyokong Chua Jui Meng menjadi Menteri Besar Johor", kata Hj. Zahari.

"Persoalannya sekarang kenapa ia berlaku pula kepada UMNO itu sendiri?. Kain rentang yang tertera program raja bersama rakyat tetapi yang dipaparkan ialah gambar Datuk Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar) dan Suhaimi Md Shah (ADUN Sg.Lembing), sedangkan gambar tuanku sultan tidak tertera langsung.

Bukankah ini mengelirukan rakyat. Kenapa guna nama raja untuk menarik perhatian rakyat?. Ini jelas merupakan satu penghinaan kepada isntitusi raja itu sendiri sebenarnya", katanya. (Klik untuk besarkan imej)

[UMNO Bahagian Paya Besar mungkin terkejut dengan pendedahan ini, kerana mereka sendiri sebenarnya memang tidak perasan apa yang terpapar pada kain rentang berkenaan.

Difahamkan, banyak kain rentang relah diletakkan di sekitar kawasan parlimen Paya Besar bagi menarik orang ramai berkunjung ke majlis berkenaan. Soalnya kenapa hanya gambar "Tengku Manan" dan "Tengku Suhaimi" yang dipaparkan pada kain rentang itu.

Sepatutnya gambar Sultan Pahang yang perlu dibesarkan kerana nama program itu "Majlis Raja Bersama Rakyat". Jika UMNO kemaruk untuk paparkan nama pemimpin mereka maka program tersebut perlu ditukar tajuk kepada "Majlis Pemimpin Bersama Rakyat".

Mereka juga boleh membuat kain rentang dengan meletakkan gambar besar Sultan Pahang di sebelah kanan dan kedua-dua pemimpin terbabit dalam saiz kecil di sebelah kiri kain rentang ini. Ini tidak, akibat kealpaan itu maka ramai rakyat yang keliru dan terpingga-pingga atas program yang bakal diadakan.

Bayangkan jika perkara yang sama terjadi kepada PKR Pahang, maka sudah pasti laporan polis akan dibuat oleh puak-puak UMNO kononnya pembangkang menghina Sultan Pahang. Sekarang, bila terkena pada batang hidup mereka, apakah agaknya tindakan yang bakal dilakukan?.

Mahu ditanggalkan program sudah berjalan, mahu ditukar pun program sudah berjalan. Akhirnya rakyat menjadi saksi siapakah yang tidak menghormati institusi raja itu sebenarnya. Makanya buatlah penilaian sendiri isu ini].

at 9/21/2010 03:56:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

12 Syawal 1431H.

Pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan NurulAshiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd. Razak yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar, Perak pada 11 September lalu telah ditemui di sini hari ini.

Ketiga-tiga remaja itu ditemui bersama-sama dua lelaki dipercayai teman pasangan kembar terbabit di sebuah rumah di flat Green Garden, Paya Terubong kira-kira pukul 8pagi ini.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

Malaysiakini

at 9/20/2010 12:13:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

11 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Ali Hashim

KEPALA BATAS, 19 Sept: Dakwaan yang dilemparkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bahawa wang ehsan kepada warga emas sebanyak RM100 setahun setiap orang dari hasil judi adalah satu bukti mereka telah bankrap modal politik.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik, semasa menyampaikan ceramah isu semasa di Teluk Air Tawar, Kepala Batas, malam tadi.

Menurutnya, dengan isu yang ditimbulkan oleh Reezal Merican itu, kemungkinan orang Melayu di Pulau Pinang akan terpedaya dengan retorik perkauman sempit yang mereka laungkan.

Namun begitu, beliau yakin isu tersebut merupakan sebahagian dari ciptaan yang akan terus dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih simpati sokongan orang Melayu yang semakin lama semakin terhakis terhadap mereka.

"Sejak kita menerajui Kerajaan Negeri pada Mac 2008, konsep berjimat cermat yang diamalkan telah berjaya membawa penjimatan sebanyak 35.41 peratus. Peruntukan perbelanjaan sebanyak RM318.56 juta dijimatkan hanya kepada RM283.15 juta.

"Ekoran dari penjimatan tersebut, kita telah berjaya menjimatkan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus dari jumlah peruntukkan yang telah diberikan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM20 juta dibelanjakan bagi menghargai warga emas sebanyak RM100 setiap orang setahun. Bukannya dari hasil judi yang didakwa oleh mereka," ujarnya.

Tambah Ng lagi, serangan bertubi-tubi yang dilemparkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng adalah kerana mereka beranggapan hanya Umno dan BN sahaja yang mampu berkuasa dan membela nasib rakyat.

Katanya, mereka lupa bahawa tanpa Umno dan BN sekali pun, DAP serta PAS dan PKR mampu untuk memberi khidmat yang terbaik bagi menggantikan Umno dan BN sebagai pemerintah bukan saja di peringkat negeri malah sehinggakan ke Putrajaya.

Semalam, Reezal yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Kepala Batas telah meminta penjelasan supaya kerajaan negeri menyatakan punca sebenar hasil yang diberikan kepada warga emas setelah terdapat dakwaan melalui satu laman blog bahawa wang tersebut datangnya dari sumber judi.

Ng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar turut menyatakan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno itu adalah sebahagian dari usaha mereka untuk mencalarkan imej kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tidak merasa hairan dengan dakwaan ini kerana ia merupakan sebahagian dari tindakan mereka untuk mencalarkan imej PR. Jika sebelum ini mereka mengaitkan Ketua Menteri dengan isu doa dalam khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

"Selepas itu mereka kaitkan pula Lim Guan Eng menyembelih lembu korban yang hanya orang jahil dalam agama saja akan percaya. Kini mereka kaitkan pula dengan sumber judi sedangkan pada awalnya Pulau Pinanglah yang menentang pemberian lesen judi bola sepak oleh Kerajaan Pusat," tegasnya lagi.

Harakahdaily/-

at 9/20/2010 12:12:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

11 Syawal 1431 H
Oleh: Yusri Amin

KOTA BHARU, 19 Sept: Parti komponen Barisan Nasional (BN) seolah-olah tidak menaruh keyakinan seratus peratus kepada Umno dalam menerajui BN apabila dilihat percanggahan pandangan yang tercetus di kalangan mereka menyebabkan timbulnya krisis dalaman.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, keadaan itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) yang semakin stabil.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri berkata, Kerajaan Persekutuan yang didominasikan Umno BN semakin gentar terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) terutama memandangkan majoriti mereka di Parlimen kurang daripada dua pertiga.

“Dan ini menyebabkan mereka mungkin merasa tidak selesa dengan suasana yang ada, bahkan perbalahan di kalangan parti-parti komponen BN serta parti lain di luar Semenanjung menjadi punca permasalahan yang dihadapi Umno BN.

“Sebaliknya, PR dilihat semakin kuat, semakin baik dari sehari ke sehari, dan kita yakin prestasi PR menjadi akan lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008), insya Allah,” katanya yang juga Adun Kelaboran.

Becakap kepada media pada Rumah Terbuka PAS Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, semalam, beliau mendakwa demokrasi yang diamalkan di negara kini berat sebelah.

“Ini jelas apabila kita dihalang untuk mengadakan ceramah politik secara terbuka di semua kawasan di Kelantan dengan alasan di luar musim pilihan raya, sedangkan kita mahu rakyat mengetahui maklumat mengenai parti dan kerajaan negeri dengan baik dan telus meski pun penerangan boleh diadakan di premis sendiri.

“Kita mahu mengadakan ceramah di pentas terbuka terutama di padang dan di tempat terbuka, ramai orang boleh hadir.

“Justeru, kita meminta supaya pihak Kerajaan Persekutuan bersikap lebih terbuka selaras kehendak negara yang dikatakan mengamal demokrasi, dan parti PAS sendiri adalah parti berdaftar, kita halal mengadakan program parti dan tidak bergerak bawah tanah,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan Pusat tidak perlu takut untuk memberi permit kepada PAS mengadakan majlis penerangan parti secara terbuka.

Ini, katanya kerana menurut rekod yang ada, PAS menganjurkan program besar sekali pun membabitkan kehadiran puluhan ribu orang, namun tidak berlaku apa yang disifatkan sebagai rusuhan.

“Bahkan tidak menimbulkan permasalahan kepada pihak keselamatan. Kita boleh bekerjasama dengan mereka dalam menjaga keamanan dan kawalan lalu lintas,” katanya sambil menegaskan bahawa itu rekod PAS selama memerintah Kelantan lebih 20 tahun.

Harakahdaily/-

at 9/20/2010 12:11:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

11 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 19 Sept: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid meneliti laporan audit negara bagi mendapatkan bukti peningkatan hasil negeri 205 peratus seperti yang dikehendakinya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan media ketika meraikan puluhan ribu pengunjung berbilang bangsa ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, petang semalam.

Kelmarin, bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang digugurkan itu meminta kerajaan negeri memberikan penjelasan mengenai dakwaan terdapat peningkatan mendadak hasil negeri 205 peratus tetapi tiada sebarang pembangunan yang dilaksanakan di negeri itu.

Menurut Azizan, laporan audit tersebut secara jelas menunjukkan peningkatan hasil negeri yang amat ketara selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran dari Barisan Nasional (BN) yang diterajui Mahdzir.

"Laporan audit negara dibentangkan di dalam parlimen, kalau dia nak pertikai, bermakna dia tak yakin dengan apa yang dibahaskan di parlimen.

"Pembalakan menyumbang kepada peningkatan hasil yang amat ketara, dari RM8 juta setahun menjadi RM38 juta setahun. Budak sekolah pun boleh beza yang mana lebih tinggi di antara kedua-dua angka itu," katanya sinis.

Menurutnya lagi, bidang pertanian masih menjadi penyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kedah seperti tahun-tahun sebelumnya walaupun tidak mengalami peningkatan yang ketara seperti bidang pembalakan.

Harakahdaily/-


6 Syawal 1431H.

Asal Usul:

Pada abad ketiga Masihi, China yang berada dalam keadaan bergolak, diperintah oleh kerajaan tiga negeri, iaitu negeri Wei di bahagian utara, negeri Shu di bahagian barat daya, dan negeri Wu di bahagian tenggara. Antara ketiga-tiga negeri tersebut, negeri Shu merupakan negeri yang paling lemah.

Demi mencapai cita-citanya untuk menyatukan wilayah China, raja negeri Shu, iaitu Liu Bei, tidak jemu-jemu pergi ke merata-rata tempat untuk mencari cendekiawan yang pandai dan bijaksana yang dapat membantunya menewaskan musuhnya. Apabila terdengar ada seorang lelaki bernama Zhuge Liang di kaunti Longzhong (di provinsi Hubei pada masa ini), yang mempunyai bakat cemerlang dalam bidang ketenteraan, baginda pun melahirkan hasrat untuk menjemput beliau menjadi penasihat ketenteraannya.

Pada tahun 207 Masihi, dengan ditemani dua orang "oath brothers", iaitu hulubalang Guan Yu dan Zhang Fei, Liu Bei pun berangkat ke kaunti Longzhong untuk menziarahi Zhuge Liang. Bagaimanapun, kebetulan, Zhuge Liang tidak ada di rumah. Maka, dengan perasaan penuh kecewa, mereka terpaksa pulang ke negeri Shu.

Tidak berapa lama kemudian, Liu Bei sekali lagi pergi ke Longzhong untuk menziarahi Zhuge Liang. Bagaimanapun, baginda diberitahu bahawa Zhuge Liang telah keluar mengembara, dan tidak tahu bila beliau akan balik. Kali ini, Liu Bei telah meninggalkan satu nota untuk menjelaskan tujuan kedatangannya.

Beberapa hari kemudiannya, Liu Bei sekali lagi pergi ke Longzhong untuk menziarahi Zhuge Liang tanpa mempedulikan nasihat Guan Yu dan Zhang Fei. Kali ini, Zhuge Liang ada di rumah, tetapi beliau sedang tidur dengan lena. Liu Bei menyuruh Guan Yu dan Zhang Fei menunggunya di luar pintu, dan baginda sendiri berdiri di tepi katil Zhuge Liang, menunggu beliau bangun.

Ketika melihat Liu Bei berada di depan katilnya, Zhuge Liang yang baru bangun dari tidur itu, berasa sangat terharu. Maka, kedua-dua mereka pun duduk semeja untuk bertukar-tukar pandangan secara terbuka mengenai situasi semasa di China. Zhuge Liang amat menghargai cita-cita luhur serta bakat Liu Bei. Akhirnya, beliau bersetuju untuk menjadi penasihat negeri Shu.

Maka, dengan bantuan Zhuge Liang, negeri Shu telah menang dalam sekian banyak peperangan. Malahan, ia terus berkembang sehingga setanding dengan negeri Wei dan negeri Wu.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "San Gu Mao Lu" atau "Tiga Kali Berkunjung ke Rumah Beratap Jerami" ini, berasal dari kisah tentang raja negeri Shu, iaitu Liu Bei menjemput Zhuge Liang menjadi penasihat tenteranya. Ia membawa erti, berusaha berulang kali dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan bantuan seseorang yang berbakat, akan berjaya akhirnya.
CRI/-

at 9/17/2010 02:42:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

7 Syawal 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

UWEEKK...tiba-tiba je aku termuntah bila membaca kenyataan mantan MB Selangor anak Toyo yang menyebut beliau tidak mahu lagi menjadi MB Selangor jika Umno/Bn menguasai Selangor semula. Alasannya adalah beliau tidak mahu mewarisi kerajaan yang teruk selepas PR memerintah Selangor.

Hanya orang yang tiada akal dan gila sahaja mungkin mempercayai dakwaan anak Toyo bahawa kerajaan Selangor sekarang lebih teruk dari kerajaan di bawah Umno dahulu. Rakyat Selangor sudah tahu segala rahsia anak Toyo sewaktu mentadbir Selangor dahulu hanya dengan mengikuti persidangan atau siasatan SELCAT sahaja.

Anak Toyo enggan hadir apabila dipanggil memberi keterangan di dalam SELCAT kerana beliau tahu akibatnya jika beliau hadir. Tanpa kehadirannya pun kita tahu apa yang anak Toyo ini buat semasa memerintah Selangor. Kita juga tahu siapa yang dapat hadiah jam tangan ratusan ribu ringgit dan siapa yang pergi `melancung' ke Disney Land kununnya sebagai lawatan kerja.

Anak Toyo megah kerana beliau menjadi MB Selangor 8 tahun. Tentulah beliau boleh megah kerana beliau memiliki banglo mewah jutaan ringgit hasil dari `mencabut gigi' pesakit dan `bukannya rasuah'. Itu belum dikira harga baju, tudung, selendang dan banyak lagi yang dibeli atas nama BALKIS kununnya. Semua itu terdedah di dalam siasatan SELCAT, rakyat Selangor tahu semua ini. Beliau juga megah sepanjang 8 tahun menjadi MB Selangor, rakyat Selangor tidak pernah merasai air percuma walaupun gaji dan elaun Pengerusi Syabas mengalahkan gaji Menteri bahkan mungkin gaji PM. Pegawai Kerajaan Negeri ketika beliau menjadi MB mungkin patut bersyukur jika tidak menerima penyapu anugerah bernilai dari anak Toyo.

Sebenarnya anak Toyo bukan tidak mahu menjadi MB Selangor, tetapi beliau tahu bahawa Umno/Bn sudah tidak berdaya lagi untuk merampas Selangor. Daripada asyik berangan, lebih baik anak Toyo berterus terang sahaja. Biarkan sahaja Noh Omar atau raja sesumpah Ezam yang menjadi Mat Jenin./wfauzdin.blogspot.com

by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Wednesday, September 15, 2010 at 1:03pm

1. Saya mengucapkan takizah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosialawati Lawiya, jutawan kosmetik yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Dari jauh, saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia menyambut Hari Raya Idulfitiri.

2. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. Justeru, Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh. Sedangkan perasaan malu dan aib inilah yang merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat samada kepada diri atau orang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu kehendaki” – hadis riwayat Imam Bukhari.

3. Selain itu, saya menggesa kepada pihak pimpinan negara untuk sentiasa menghebahkan peringatan agar rakyat bertaqwa dan gerun kepada Allah SWT. Perlu diingatkan sentiasa agar rakyat merasa gerun dengan azab kubur dan siksa api neraka. Tanpa peringatan-peringatan seperti ini, tidak ada penghalang yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah. Hasilnya, kita mendengar kes-kes pembunuhan kejam berlaku sepanjang masa tanpa mengira bangsa dan agama.

4. Sayang sekali apabila tugas memperingatkan manusia agar bertaqwa kepada Allah SWT ini hanya diserahkan kepada imam dan lebai sahaja. Seolah-olah persoalan iman dan taqwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid. Inilah benih yang dituai oleh sekular sekian lama dan kini menampakkan hasilnya. Masyarakat diulit dengan demokrasi yang tidak pernah menyebut persoalan iman di dalam sukatan pengajiannya. Apabila iman tidak diperkenalkan, lahirlah generasi kepimpinan yang langsung tidak pernah tertarik untuk mengajak rakyat untuk beriman. Natijahnya, terbentuklah suasana yang kita saksikan pada hari ini.

5. Jauh berbeza dengan Rasulullah SAW sebagai Perdana Menteri pertama negara Islam Madinah. Baginda mengulang sebut peringatan agar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT di dalam setiap ucapannya kepada rakyat. Iman selaku kembar siam kepada Islam itulah penghalang yang paling teguh daripada melakukan jenayah. Pemimpin negara ini adalah orang Islam, justeru individu yang sangat perlu dicontohi ketika memimpin ialah Rasulullah SAW.

6. Saya yakin, jika inilah yang dititikberatkan oleh kepimpinan negara, insya-allah akan berputik rasa gerun dan takut kepada Allah SWT di hati rakyat. Bukan gerun dan takut kepada undang-undang yang dibuat oleh manusia sahaja. Keberkatan dan pencegahan yang datangnya daripada Allah SWT inilah yang akan menjamin kesejahteraan manusia tidak mengira agama apa yang dianuti.

Salam takziah dari saya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

6 Syawwal 1431H / 15 September 2010

Pejabat Menteri Besar Kelantan. 

3 Syawal 1431H.

Desas-desus Istana Kelantan akan memasyhurkan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini ditamatkan dengan pengesahan pembesar negeri bahawa mereka hanya dijemput menghadiri majlis hari raya.

"Saya mengakui menerima surat untuk ke majlis jamuan, itu saja," kata anggota Exco kerajaan negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada pemberita di Kota Bharu hari kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri itu juga berkata surat tersebut menjemput beliau menghadiri jamuan Aidilfitri bersama Pemangku Raja di Istana Balai Besar pada Isnin ini.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada satu istiadat di Balai Rong Seri di Istana Balai Besar pada pukul 11.30 pagi Isnin ini, berasaskan jemputan meminta semua kenamaan dan pembesar negeri memakai pakaian rasmi hitam.

Ketika mengulas laporan itu dua hari lepas, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak menerima jemputan rasmi mengenai istiadat tersebut.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alias ketika ditemui di majlis rumah terbuka di kediamannya hari ini enggan menafi atau mengiyakan perkara tersebut.

"Tunggulah, kita akan beritahu. Kita tidak membiarkan media kerana mereka rakan rapat kita," katanya.

Sebelum ini, Pengelola Istana Kelantan Datuk Abdyul Halim Hamad juga mengambil sikap serupa.


30 Ramadhan 1431H.

Asal Usul:

Pada zaman dahulu kala, di provinsi Guizhou, atau yang dikenali dengan nama singkatnya Qian, tidak ada keldai. Pada suatu hari, seorang lelaki yang suka menjaga tepi kain orang, telah mengangkut seekor keldai dengan perahu ke kawasan tersebut. Bagaimanapun, orang di sana tidak tahu apa gunanya binatang yang begitu besar itu. Maka, mereka pun meninggalkannya di kaki sebuah gunung.

Seekor harimau yang bersiar-siar di gunung itu ternampak keldai tersebut, dan menyangkanya sebagai seekor raksasa yang ganas, kerana tubuhnya memang agak besar. Sang harimau itu pun menyembunyikan diri, sambil mengintai-intai di celah rimbun pokok. Tidak lama kemudian, ia pun cuba mendekati keldai itu dengan penuh cermat, tetapi tetap tidak tahu apa binatang itu sebenarnya.

Beberapa hari kemudiannya, tiba-tiba, keldai itu berteriak dengan kuat. Sang harimau itu berasa sangat takut hingga ia lari lintang pukang meninggalkan tempat itu. Fikirnya, "raksasa" itu mungkin terlalu lapar dan mahu memakannya.

Selepas memperhatikan keldai itu berulang-ulang kali, sang harimau itu menjadi semakin biasa dengan teriakannya. Ia mendapati bahawa keldai itu sebenarnya tidak memiliki apa-apa kebolehan pun selain daripada berteriak. Jadi, ia menjadi lebih berani untuk mendekati keldai itu, tetapi belum cukup berani untuk menyerangnya.

Lama-kelamaan, sang harimau itu menjadi semakin bebas berbuat sesuatu kepada keldai itu, hinggakan ia berani menyentuh keldai itu, bersandar padanya, malah bertindak seolah-olah mencabarnya. Keldai itu tidak dapat menahan kesabarnya lagi, lalu ia pun mengangkat kakinya, dan menendang sang harimau itu sekuat-kuatnya.

Tendangan ini membuatkan sang harimau itu menjadi sangat gembira, kerana melalui tindak balas itu, ia pasti bahawa keldai itu memang tidak ada apa-apa kepandaian lain. Maka, ia pun menerkam ke arah keldai itu, sambil mengaum dengan kuatnya, lalu menggigit lehernya hingga patah, dan memakan dagingnya habis-habis. Setelah selesai makan, barulah ia meninggalkan tempat itu dengan penuh kepuasan.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Qian Lu Ji Qiong" atau "Keldai di Guizhou Kehabisan Akal" ini membawa erti, kebolehan yang terhad digunakan hingga habis. "Keldai" yang disebut dalam cerita tersebut pula merujuk kepada orang atau golongan yang nampaknya sangat kuat atau berkuasa, tetapi sebenarnya tidak berupaya. CRI/-

27 Ramadhan 1431 H
Oleh: Nuruddin Muhammad

Pemuda Islam Gopeng menyahut bantahan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap Stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab menyiarkan siaran iklan Aidil Fitri yang sungguh mengelirukan .

Iklan yang berunsur pluralism (penyatuan semua agama) kelihatan menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur agama Krismas , Hindu dan Buddha .

PAS adalah parti yang cukup tegar memperjuangkan perpaduan keharmonian kaum malah berangkatan dengan kaum bukan Islam menolak kezaliman dan kemungkaran. Namun ada bezanya denga perpaduan kosmetik yang ditaja oleh BN dan TV3.

BN mempromosikan kehidupan perkauman dalam parti berasingan dan hanya bersatu atas label 1Malaysia. Hakikatnya tiada keterlibatan harmoni perjuangan antara kaum yang di bawa.

Dalam hal akidah, Islam tetap adalah akidah Islam malah kaum bukan islam tidak pernah dipaksa menganut Islam dalam mana-mana persepakatan masyarakat (tahalluf siasiy) pada zaman rasulullah.

TV3 yang terlalu ingin mendokong kalimah 1Malaysia sanggup menerbitkan iklan liberal agama sebegini.

Dewan Pemuda PAS Pusat turut mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Desakan perlu dilakukan agar Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [ JAKIM ] memantau iklan , filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam. FINAS masih jauh daripada menjadi badan yang mampu mengawal kefahaman akidah melainkan hanya memotong adegan lucah semata-mata.

Keselarasan erat perlu diantara FINAS dan JAKIM jika benar media Malaysia ingin dihormati diperingkat dunia.

TV3 juga perlu mengubah sikap semberono menerbitkan apa-apa bahan media. Walaupun terkenal dengan siri ala islamik seperti Jejak rasul, Al Kuliyyah dan Kalamullah, TV3juga terkenal dengan siaran berunsur politik seolah-oleh menjadi lidah rasmi pemerintah.

Perlu juga ustaz-ustaz TV3 yang menjayakan rancangan-rancangan Islamik tersebut menegur tindakan media ini.

at 9/07/2010 01:16:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

27 Ramadhan 1431 H
http://www.facebook.com/notes/tohirah-sufi-mskhzyla

KESAL dan sedih dengan iklan terbaru TV3 (Iklan Raya) yang mengelirukan. Keliru dengan 'mesej' beca terbang yang menjadi 'trademark' santa-claus atau "krismas", malah paling memeranjatkan 'hiding mesej @ objek' bunga lotus - yang berkait rapat dengan simbul utama tuhan buddha "Brahma God".. yang dipaparkan sehingga ke akhir iklan.

Ia akan mengelirukan penonton khususnya di kalangan kanak2, siapa yg perlu bertindak? Ia boleh mencetuskan perbalahan agama.

INIKAH MAKSUDNYA????

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira).

Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih.

Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab.

    Followers