Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi




6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
HULU SELANGOR – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.
Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.
Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.
Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius.
 
 sinar/-

at 1/19/2013 09:02:00 AM Posted by Unknown 0 Comments




6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 24 Ogos: Projek IC Mahathir atau ‘Projek-M’ didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.
Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan.
Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan.
Katanya, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui ‘Projek Presiden Mahathir’.
“Warga asing ini tak dihantar pulang, bahkan namanya dimasukkan kekal dalam senarai daftar pemilih sehingga hari ini,” jelas Chong Eng dalam kenyataan.
Katanya, pada 1998, satu sesi pendengaran awam dilakukan bagi mengesahkan kemasukan pengundi baru dalam senarai pemilih Parlimen Likas.
“Ketika ditanya pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, bagaimanakah mereka memperolehi IC, jawapan yang diberi (oleh penama) sama sahaja, iaitu dari ‘Projek Mahathir’,” ujar Dr Chong.
Penglibatan Mahathir dalam projek kad pengenalan tersebut, dakwanya, diperkuat melalui perakuan bersumpah yang dibuat bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim pada 1980 an.
Perakuan itu mendedahkan satu mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Megat Junid (ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri), menyebut bahawa projek tersebut diluluskan Mahathir.
Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Bagaimanapun banyak pihak berpendapat penubuhan RCI tidak lebih satu sandiwara untuk mengurangkan keresahan rakyat Sabah menjelang pilihan raya umum.
keadilandaily/-

at 1/19/2013 09:01:00 AM Posted by Unknown 0 Comments




6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Sebagai seorang Perdana Menteri bagi sebuah negara berdaulat seperti negara kita ini, dia mesti menjaga kebersihan imej serta kredibiliti peribadi dengan setinggi dan sebaik mungkin. Jika imej dan kredibiliti seorang Perdana Menteri boleh dicemar oleh seorang penjual karpet atau penjual barangan rumah maka PM itu wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap yang membuat tuduhan secara terbuka itu.


Deepak wajar diambil tindakan undang-undang oleh Najib kerana tuduhan itu amat kotor dan amat hina terhadap seorang Perdana Menteri negara kita ini. Satu-satunya jalan untuk Najib membersihkan nama beliau ialah dengan menyaman dan mengambil tindakan undang-undang dengan secepat mungkin. Jika Najib tidak mengambil tindakan itu maka ia sekali gus membenarkan isu yang dituduh terhadap beliau oleh penjual karpet itu.

Kita perlu ingat tuduhan Deepak terhadap Najib itu melibatkan isu kehilangan nyawa seorang wanita dan juga isu mengubah akuan bersumpah yang dilakukan oleh Balasubramaniam seperti yang dibocorkan oleh Deepak yang suatu ketika dahulu mempunyai hubungan abang-adik dengan isteri Perdana Menteri yang tersohor di dunia itu. Kematian seorang wanita Mongolia yang begitu trajik telah dilakukan oleh dua orang pegawai keselamatan Najib dan telah pun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi negara kita.

Kita perlu ingat penglibatan dua pegawai keselamatan negara yang hampir dengan Najib dan keluarga ini amat mudah dikaitkan oleh sesiapa dengan Najib dan isteri beliau dan tidak siapa tahu secara undang-undangnya tentang motif pembunuhan itu kerana isu itu tidak di sebut dalam perbicaraan kes ini. Jika tuduhan itu tidak dinafikan dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak maka ia menghampirkan Najib kepada kebenaran tuduhan Deepak terhadap Perdana Menteri itu.

Penafian Najib semalam tidak mempunyai kredibiliti. Jika Najib menganggap tuduhan Deepak itu tidak mempunyai kredibiliti tindakan Najib untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak itu adalah lebih tidak berkredibiliti lagi. Najib mesti bertanya kepada diri beliau sendiri, apakah isu akuan bersumpah Balasubramaniuam ini merupakan isu yang kecil dan tidak payah diambil tindakan terhadap penjual karpet ini?

Kalaulah Najib ini seorang penjual kobis dan bayam di pasar tani, mungkinlah beliau tidak perlu mengambil berat terhadap isu peribadi yang sangat buruk dan hina ini, tetapi beliau adalah seorang Perdana Menteri negara merdeka. Persepsi buruk terhadap Najib itu adalah persepsi buruk terhadap negara dan memalukan rakyat.

Ahli-ahli parti UMNO pimpinan Najib tidak boleh melarikan isu ini dengan membuat tuduhan yang isu ini adalah permainan politik kotor dalaman parti itu kerana ada pihak yang hendak menjatuhkan beliau dari pimpinan negara. Jika benar pun isu ini diperbesarkan oleh Deepak kerana permainan politik cah keting dalam UMNO itu, Najib jugalah yang salah kerana memberikan sebab untuk beberapa pihak dalam UMNO itu untuk melakukannya.

Isu permainan kumpulan Timbalan Perdana Menteri hendak mengambilalih kepimpinan itu merupakan isu yang biasa dalam UMNO. Hussein Onn dahulu bertindak mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dahulu pun adalah kerana permainan Timbalan beliau semasa itu. Kepada orang-orang lama ini adalah isu yang diketahui umum.

Apabila Hussein Onn mengambil tindakan untuk bersara maka pengganti beliau itu juga sudah merasakan yang beliau akan menghadapi masalah dengan Timbalan beliau. Justeru sebelum Timbalan beliau itu memberikan masalah, beliau telah dengan bijak membuatkan Timbalannya Musa Hitam merajuk dan meletakkan jawatan.

Selepas itu Dr Mahathir ini telah mengganti Timbalan beliau dari seorang dengan seorang yang lain. Selepas Musa digantikan dengan Ghaffar Baba. Selepas Ghaffar Baba Timbalan beliau ialah Anwar Ibrahim yang digalakkan untuk mencabar Ghaffar, juga kerana kemahuan Dr Mahathir.

Selepas itu Anwar sendiri telah bercanggah dengan Dr Mahathir yang menyebabkan Anwar disingkirkan dengan menggunakan isu-isu skandal seks luar tabii dan banyak lagi yang di mainkan oleh Dr Mahathir. Hasilnya Abdullah Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam pada beliau (Mahathir) sibuk mengganti ramai Timbalannya beliau (Mahathir) telah berjaya menjadi Perdana Menteri lebih dari dua puluh tahun.

Rakyat mula ada kecenderungan untuk menolak Dr Mahathir maka Mahathir memberikan jawatan itu kepada Abdullah Badawi yang beliau sangkakan akan tunduk dan berterima kasih kepada beliau dengan memenuhi segala kehendak beliau. Beliau kemudiannya sedar yang Abdullah yang beliau anggap sebagai seorang yang lemah dan lembut itu adalah seorang yang sangat degil dan keras kepala. Maka Mahathir mengambil tindakan untuk menaikkan Timbalan kepada Abdullah pula dengan menggunakan Muhyiddin untuk menolak Abdullah dan memberikan Timbalan Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin mendapat upah dengan menjawat jawatan Timbalan kepada Najib yang bakal memberikan masalah kepada beliau (Najib). Isu yang melibatkan masalah yang dilakukan oleh Timbalan ini memang perkara biasa dan Najib wajar menerimanya sebagai satu hakikat yang tidak boleh di nafikan oleh sesiapa pun.

Oleh itu Najib tidak boleh menyalahkan Muhyiddin atau Dr Mahathir melakukan cah keting ini kerana bagi Dr Mahathir beliau memang berpengalaman melakukan cah keting sesama sendiri ini sejak dahulu lagi.

Najib patut fokus untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak untuk membersihkan nama beliau. Jika tidak diambil tindakan sebegitu maka akan berjayalah Mahathir untuk mempraktikkan kemahiran beliau dalam menaik dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan negara itu. Najib menggantikan Abdullah dahulu pun dengan cara yang sama seperti yang akan dilakukan ke atas beliau selepas pilihanraya nanti.

Hanya kali ini Dr Mahathir akan gagal untuk melakukannya kerana jika UMNO itu kalah dalam pilihanraya kali ini, beliau yang ingin menggunakan Muhyiddin untuk menyungkurkan Najib itu akan tidak berjaya. Sebab apa?...kerana UMNO akan kalah dan tidak menjadi parti yang berkuasa lagi.

Apabila sampai ke episod ini maka akan tamatlah drama kotor bersiri UMNO yang telah bermula sejak tiga dekad yang lalu. Selepas itu akan bermula drama bersiri yang akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru dari Pakatan Rakyat dan diharap drama bersiri selepas ini merupakan drama yang lebih baik dan sedap ditonton oleh hampir 30 juta rakyat negara ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

    Followers