| Aslani M, | 28 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Anehnya ada pihak mendakwa terdapat laporan polis mengenai penyelewengan membabitkan pegawai Kelantan Golden Trade (KGT) sejak Januari lalu, namun sehingga hari ini tiada pegawai di syarikat berkenaan disiasat.
Lebih pelik pula laporan polis itu didakwa dibuat Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad. Beliau hanya meletak jawatan pada 17 Mei lalu.
Laporan media sebelum ini menyebut laporan polis dibuat Nik Mahani berhubung salah laku membabitkan seorang pegawai kanan KGT.
Ketika itu juga pegawai kanan di KGT hanya Nik Mahani, kerana Prof Umar Vandillo hanya bertindak sebagai penasihat syarikat berkenaan sejak Disember 2011.
Nik Mahani juga merupakan seorang daripada lapan lembaga pengarah KGT.
Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar berkata, biar pun dakwaan polis dilapor dibuat pada 31 Januari lalu, namun sehingga hari ini tiada pegawai atau kakitangan di KGT disiasat.
“Kebiasaannya kalau ada laporan polis pastinya ada siasatan dilakukan. Pihak polis juga tidak menghubungi kami sampai sekarang. Jadi kita hairan bagaimana ada pihak mendakwa ada laporan polis dibuat terhadap pegawai KGT.
“Ini menjadi satu persoalan, mungkin laporan akhbar sebelum ini semata-mata mahu memburukkan imej KGT yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat sekarang,” katanya di sini.
Sebelum ini akhbar milik Umno mendakwa polis sedang menyiasat tiga laporan polis terhadap pegawai kanan KGT yang mengeluarkan Dinar dan Dirham Kelantan.
Laporan itu mendakwa kononnya KGT berdepan dengan kemelut salah laku seorang pegawai kanan.
Mahadi juga berkata, berdasar siasatan audit dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK) tidak ditemui sebarang penyelewengan urus tadbir atau kewangan anak syarikatnya, KGT.
Katanya, kalau benar ada penyelewengan dan salah urus sudah tentu ditemui dalam laporan audit dalaman dan luaran yang dibuat sebelum ini.
“Jadi kita tidak tahu di mana asas didakwa berlaku penyelewengan membabitkan KGT kerana pihak polis pun belum datang menemui kami.
“Kita bimbang isu sengaja ditimbulkan kerana konflik individu tertentu sahaja dan cuba melepaskan perasaan terhadap KGT dengan mencipta tuduhan,” ujarnya.


SHAH ALAM:Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek berpendapat hudud tidak boleh dilihat dari sudut hukuman semata-mata tetapi perlu melihat matlamatnya secara menyeluruh.
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Phesal Talib (gambar) kerana dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat memberi amaran agar tidak menggunakan nama beliau untuk mempertahankan projek Lynas atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
KUALA LUMPUR: Insiden bangunan runtuh berulang-kali di Terengganu diharap dapat membuka mata rakyat negeri itu untuk me'runtuh'kan BN Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.
"Sebelum ini, pada tahun 1991, Menteri Besar Terengganu ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar bertindak merobohkan sekolah swasta, Institut Berakan, pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh, Masjid Bujal, Kemaman dirobohkan, dan beberapa siri perobohan membabitkan rumah rakyat. Mungkin insiden kali ini petunjuk dari Allah," tegas beliau lagi.



KAHERAH: Presiden baru Mesir, Dr Mohamed Morsy (gambar)
meletakkan semua jawatannya dalam FJP dan Ikhwanul Muslimin Mesir bagi
membolehkan beliau menjadi presiden kepada semua rakyat Mesir.
Dalam
pengundian pusingan kedua untuk jawatan presiden ini, Morsy mengalahkan
bekas Perdana Menteri Mesir terakhir di era Mubarak, Ahmed Shafik
dengan undi 52 berbanding 48 peratus dari kalangan 50 peratus pengundi
yang keluar mengundi.
Sementara
itu, kemenangan Ikhwan selepas puluhan tahun dibentuk disambut dengan
penuh kegembiraan oleh gerakan Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.
NEW YORK:
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu
pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki
University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya.
Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010.
KOTA BHARU: Lot
305 Seksyen 1 Bandar Tumpat merupakan tanah rizab Melayu, tetapi
anehnya mengapa pula dalam geran tertera nama bekas pemimpin BN, Datuk
Foo Chow Yong.




