Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi


Malam semalam saya melihat laporan berita yang menyatakan ketegasan Perdana Menteri Erdogan menempelak Shimon Peres, menteri Israel yang dilihat sebagai satu tindakan keperwiraan yang harus dicontohi oleh setiap pemimpin Islam khususnya dunia Arab yang menjadi bacul sejak Oslo 1993. Erdogan telah menempelak juga pengerusi World Economic Forum yang dilihat tidak adil dalam memberi tempoh masa untuk beliau mengucapbalas. Ini merupakan ketidakadilan barat yang menyebabkan beliau bertindak meninggalkan forum itu dan terus kembali ke Turki. Ini dilihat antara kehinaan yang diberikan Barat kepada pemimpin Islam di Timur. Bagaimana pula pemimpin Islam yang lain yang masih lagi terus menjadi tali barut Israel setelah tanah Palestin diambil secara Rakus sejak 1948 dan Oslo 1993. Adakah kita akan terus menjadi pengecut dan hanya mendiamkan diri saja. Marilah kita bermunajat kepada Allah dan meneruskan perjuangan kita dari tanah ini dengan menegakkan kalimah Allah di muka bumi Malaysia ini dan mencontohi perjuangan ulama dan umara' yang telah berjuang menghancurkan sekular dan feudalisme yang menindas rakyat. Teruskan wahai Erdogan kami umat Islam Malaysia akan sentiasa menyokongmu.

Pada hari semalam satu kejutan cukup besar buat BN Perak kerana menyaksikan ADUN Bota masuk PKR kerana telah hilang kepercayaan terhadap BN. Adun itu, Dato Nazarudin yang hilang kepercayaan telah menggunakan prinsip kepercayaan demokrasi tulen dan mengumumkan keluar parti dan masuk ke dalam PKR. Ini adalah satu kemenangan besar buat PKR Perak setelah dua ADUNnya akan dibicarakan atas kesalahan rasuah. Semoga kemasukan Dato Nazarudin mampu menguatkan Pakatan Rakyat di Perak.

Masalah Al-Quds bukan hanya masalah politik nasional semata. Ia adalah masalah kita bersama. Adakah kita sebagai umat Islam hanya tahu duduk dan berdiam diri melihat Israel dan Zionis Jahannam ini menghancurkan saudara kita di sana.? Al-Quds adalah kiblat pertama Islam yang kini sedang dicengkam Israel yang berpaksikan Zionisme. Mereka cuba menekan kehidupan rakyat Palestina yang serba sederhana dan mengasingkan pemuda dan tua dari masjid ini. Sedangkan kita yang ada banyak masjid tidak mahu turun ke Masjid walau sekali seminggu. Sebagai umat Islam kita harus berjuang demi menegakkan Islam di Bumi tidak kira di mana. Semalam Kelantan telah berjaya mengutip derma sebanyak RM1.44 juta dalam masa satu malam sahaja. Sedangkan DAKAP yang dilancarkan kerajaan hanya mendapat sebanyak RM654 ribu dalam masa 2-3 minggu. Inilah tarbiyah yang diajar Tuan Guru Nik Aziz yang berjaya menggembling tenaga dan harta ke arah jihad yang membolehkan HAMAS sebuah pertubuhan Islam yang menjaga kebajikan rakyat Palestina berbanding FATAH yang bersenang lenang tanpa berbuat apapun. Samalah di sini, kita pilihlah mana yang Islam dan mana yang bawa klon Islam. HAMAS, kami akan bersamamu.


at 1/25/2009 05:30:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

Oleh : Muhammad Haafizuddin Abirerah

YDP PMIUM

Isu serangan dan pengeboman Israel terhadap penduduk Gaza sejak 27 Disember 2008 lalu telah menarik perhatian dunia. Serangan tersebut berterusan semenjak tarikh itu hingga ke hari ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat di seluruh negara. Seluruh masyarakat dunia telah bangkit mengecam tindakan Israel tersebut. Hampir setiap hari berlakunya bantahan dan kecaman dari pelbagai lapisan masyarakat.

Di Malaysia, rakyat negara ini juga tidak mendiamkan diri begitu sahaja terutama bagi umat Islam. Pengeboman di Gaza umpama pembunuhan terhadap saudara mereka sendiri. Lantaran itu masyarakat bangkit dan menganjurkan himpunan-himpunan bagi membantah dan mengutuk tindakan kejam tersebut. Hampir setiap hari berlangsungnya bantahan-bantahan tersebut yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di setiap pelusuk negara.

Dalam masa yang sama, mahasiswa sebagai golongan intelek yang berada di pengajian tinggi juga bangkit menunjukkan rasa marah dan mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan tersebut. Lebih-lebih lagi Menteri Pengajian Tinggi telah memberikan ‘green light’ kepada seluruh mahasiswa negara ini untuk menyertai mana-mana demonstrasi yang bertujuan membantah serangan tersebut. Sebelum itu lagi mahasiswa sebenarnya telah pun menyuarakan bantahan-bantahan tersebut hampir di setiap kampus.

Jumaat lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) di bawah kepimpinan Dzul Khairi bin Mohd Noor telah menganjurkan demonstrasi besar-besaran di peringkat mahasiswa Islam bagi mengutuk serangan tersebut. Himpunan tersebut telah disertai sekitar 1500 mahasiswa Islam yang datang dari segenap pelusuk negara. Demonstrasi tersebut bermula pada jam 2.00 petang selepas solat Jumaat dilangsungkan. Ia bermula di Masjid Al-Syakirin berhampiran KLCC. Kelompok mahasiswa Islam tersebut telah bergerak ke kedutaan Mesir di Jalan U Thant yang jaraknya hampir 4 kilometer.

Sekitar jam 3.00 petang, kelompok mahasiswa tersebut sampai di kedutaan Mesir. Tujuan mereka adalah untuk mengahantar memorandum kepada keduaan tersebut bagi menggesa kerajaan Mesir membuka laluan di sempadan Mesir-Palestin supaya bantuan perubatan dan kebajikan dapat disalurkan kepada penduduk Palestin yang diserang Israel. Laluan di sempadan tersebut telah ditutup sehari sejurus selepas pengeboman pertama di bandar Gaza.

Turut sama menyertai himpunan dan perarakan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro-Mahasiswa Nasional, Parti Mahasiswa Negara (PMN), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Selain itu, Dr. Lo’ Lo’ juga merupakan salah seorang individu yang terlibat dalam perarakan tersebut. Selepas memorandum di hantar, beberapa bendera Israel telah dibakar dihadapan kedutaan tersebut. Sejurus kemudian, replika kepala kanak-kanak Palestin yang berdarah di angkat sebagai simbolik mangsa kekejaman yang berlaku di Palestin. Himpunan tersebut berakhir sekitar jam 4.00 petang.

Demonstrasi mahasiswa tersebut menunjukkan bahawa suara mahasiswa masih lagi berkumandang dalam menyatakan sikap dan pendirian mereka terhadap isu-isu yang berlaku sama ada di dalam atau di luar negara. Mereka sebagai generasi pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang seharusnya berani dalam menyatakan pendirian terhadap sesuatu perkara. Selain itu, ia menunjukkan bahawa mahasiswa bukanlah semata-mata kelompok yang terperuk di kampus tanpa mengetahui perkembangan di luar. Bahkan mereka juga peka dan berani dalam menyatakan pendirian terhadap sesuatu perkara.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian
serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang
mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan
apabila berlaku kemalangan.
Mursyidul Am Pas itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan
kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi
keledar yang dianggap lebih selamat itu.
Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul. "Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat,
kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar
yang keras itu.
"Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan
betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku
kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat
hentakan kuat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang
pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu
dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati
bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal
sebaliknya memakai serban.
Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.
Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang
motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai
topi keledar sewaktu menunggang motosikal.
Katanya, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji
tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya
mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama
dengan peraturan jalan raya.
"Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus
dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas," katanya.
Menurut Nik Aziz, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah
ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang
Melayu Kelantan sedikit masa dulu.
Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai
serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak
ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan
daripada peraturan itu.
"Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh
dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masingmasing, kerana
ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kupiah, dan
ada juga yang pakai serban sebesar bakulpun tetapi tidak dianggap
lebai," katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu
bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul seperti apa yang terjadi kepada
kes berkenaan. BERNAMA

Khamis, 22/01/2009 - Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan komitmennya dengan pilihan perlawanan sebagai landasan sebarang dialog Palestin. Hamas menegaskan bahawa projek mereka adalah pembebasan seluruh Palestin dan bukan hanya Gaza. Hamas melihat apa yang terjadi di Semenanjung Gaza sehingga perang berakhir adalah kemenangan pejuangan menuju jalan pengusiran penjajah dari seluruh tanah Palestin.

Pemimpin Hamas, Ismail Ridwan mengatakan, “Penjajah belum merealisasikan tujuan serangan yang pernah diumumkan sebelumnya. Mereka berundur akibat gempuran perlawanan dan semangat juang rakyat Palestin, bukan kerana tekanan antarabangsa atau resolusi PBB.” Beliau menegaskan bahawa penjajah Israel mengunakan cara pembohongan dan tipudaya terhadap dunia antarabangsa dan media untuk menyembunyikan kerugiannya.

Beliau mengatakan bahawa kemenangan Gaza tidak lain adalah jalan menuju al Quds dan Haifa dan Yafa, menuju Nagev dan Tebing Barat. Gaza bukan satu-satunya projek Hamas. Projek Hamas adalah Gaza dan seluruh Palestin. Hamas akan terus bertempur sehinggah penjajah berundur dan meninggalkan Palestin.

sumber : COMES

at 1/23/2009 03:53:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

> Boikot semua produk israel!
> Lihat pada tiga nombor pertama pada barcode produk!
> Jika bermula dengan 729, ia adalah produk israel..>
> Berdoalah...
> "ALLAH..sebagaimana Engkau pernah menghantar burung Ababil
> menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon
> kepada MU ya ALLAH..turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-
> orang Islam di Palestin, HANCURKANLAH rejim zionis...AMIN..>
> Lipat gandakan doa ini..kirimkan kepada 7 orang rakan anda yang lain...
> maka 7x7x7x7x7x7x7=823453....823453x7=5.8 juta orang akan berdoa

Dato' Dr Shamsul Amri Baharuddin, pengarah Institut Kajian Oksidental, berpendapat latar blkg penubuhan dan semangat UIA sndiri berlainan dengan IPTA lain.

Malah, katanya, pergaulan pelajar tempatan dgn luar negara d kampus itu menjadikn mereka lebih global. Mereka juga tdedah dengan jaringan bdn-bdn belia antarabangsa.

"Sifat UIA itu sndiri yg mengutamakn bahasa Arab & Inggeris menjdikn mereka lebih trbuka. Lg pun universiti Islam mnarik skumpulan plajar yg mempunyai perwatakn yg lebih krg sama. Mereka ini berbeza," kata prof sosiologi itu.

Pandangannya ini seolah2 slari dgn tanggapan pensyarah undang2 UM, Prof Madya Dr Azmi Sharom. "Sy lihat UIA seperti sbuah Akademi Pengajian Islam yg besar," ktanya kpd mStar Online.
"Lihat akademi ini di UM. Calon2 pro-Mahasiswa menang tanpa bertanding. Mustahil kumpulan pro-Aspirasi boleh membuka laluan di fakulti ini."

Bagaimanapun brbeza sdikit dgn kyakinan Dr Azmi, prof sosiologi dr UKM ini tidak begitu yakin pro-Mahasiswa boleh menguasai UIA slama-lamanya.

Smentara seorg bekas aktivis siswa Khairul Anuar A Zainuddin cuba menanggap UIA lbh jauh.
Beliau brhujah, jaringan gerakan Islam d kampus itu lbh kuat brbanding di kampus2 IPTA lain yg hanya brgantung pd aktivisme & kepemimpinan barisan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau fakulti tertentu.

"Mungkin juga ahli-ahli akademik di UIA lebih kritikal, mereka lbh simpati pd kumpulan pro-Mahasiswa," katanya, kini sebagai naib ketua Angkatan Muda PKR.

Selain pengaruh ahli akademik, pegawai pentadbiran kampus termasuk pengetua kolej sekarang dilihat semakin menonjol dalam percaturan politik kampus.

Beberapa laporan yang diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendakwa campur tangan serius dlm mmpengaruhi plajar untuk menyokong kumpulan calon tertentu.
Namun menurut seorg pengamat Suhaimi Embong, sikap memihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) bukanlah baru, malah pernah wujud sejak beberapa dekad lalu lagi "tetapi beberapa tahun kebelakangan ini lebih ketara."

"Kadang2 sy nampak pegawai2 Hal Ehwal Pelajar (HEP) mcm tak ada kerja lain. Mereka lebih ghairah menyusun aktiviti untuk mahasiswa," katanya, yang pernah menghasilkan buku Di Sebalik Tabir Politik Kampus.
Semua pengamat bersetuju trend pro-Aspirasi yg muncul mulai 2003 dcetuskan sbg gelombang baru slepas krisis politik 1998, apabila gerakan-gerakan mahasiswa d IPTA semakin berani dan lantang mengkritik kerajaan, termasuk menyusun demonstrasi.
Mereka bagaimanapun tidak brsetuju peralihan angin politik ke arah pro-Aspirasi bermkna mahasiswa di IPTA kini menyokong kerajaan.

"Mereka bukanlah menyokong sangat. Mereka juga menuntut hak, khususnya hak mendapatkan kemudahan. Jika sokongan ini tidak berbalas, mereka akan marah dan mengugut. Ini satu cara mengugut melalui sokongan," kata Dr Shamsul Amri.
"Kita lihat wakil-wakil rakyat Barisan Nasional, bagaimana hebat pun mereka, tetap terima rungutan."

"Tidak semestinya pelajar sokong kerajaan apabila mereka mengundi calon Aspirasi," katanya. "Lagi pun pelajar di IPTA skrg tidak mmpedulikan hal2 politik. Kmunculan kumpulan pro-Aspirasi sekadar perubahan atas kertas. Tidak ada impak prubahan pada sikap atau cara berfikir. Semuanya masih d takuk lama."

"Hanya media berminat membesar-besarkan berita ini, khususnya kmenangan pro-Aspirasi, skadar utk mmbentuk tanggapan umum masyarakat. Di kampus sendiri, tidak ramai yang keluar mengundi. Banyak calon menang tanpa bertanding. Saat2 brkempen tidak meriah," dakwanya lagi.

Bersetuju dengan analisis ini, Suhaimi pula berpendapat campur tangan pihak luar dalam politik pelajar melemahkan kepemimpinan mereka. "Semuanya diurus oleh orang lain. Macam pelajar2 sekolah," katanya.

Dr Azmi membuat tanggapan yang sama. "Bagi saya mahasiswa bak budak sekolah. Jadi, pemilihan MPP ini mcm persaingan melantik pengawas sekolah. Umumnya mahasiswa tidak berminat politik," katanya.

Sifat keanak-anakan pelajar IPTA bukan gejala baru, katanya, malah ia sudah wujud sejak 1980-an. - mstar

at 1/21/2009 10:22:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Sudah 21 tahun ana hidup di bumi Malaysia ini. Memang negara kita mengalami pertumbuhan memberangsangkan namun akibat dari sikap rasuah dan korupsi yang melampau serta tiada niat dari pemerintah untuk membantu rakyat telah menjatuhkan Malaysia dari dalam. Ini diakui oleh Dr Mahathir yang menganggap Pak Lah sebagai lemah dan korup. Pak Lah sendiri mengakui bahawa beliau ada memberikan tender kepada Scomi di bawah anaknya. Ini yang mengakibatkan kejatuhan Malaysia. Pihak pemerintah juga tidak mahu mendengar suara rakyat terutama Mahasiswa kerana merasakan rakyat bodoh dan boleh dikawal macam kerbau. Adakah ini yang anda mahukan? Satu negara yang menjadikan rakyat sebagai mangsa dan dicucuk hidungnyer. Pembaca sekalian, sejarah telah menunjukkan bahawa hanya orang muda yang bersemangat rakyat mampu membantu rakyat itu sendiri. Ketika Fidel Castro menentang Rejim Fulgencio Batista di Cuba, beliau adalah seoarang mahasiswa di Cuba dalam bidang undang-undang. Beliau telah membawa rakyat Cuba menjatuhkan Presiden Batista. Oelh itu kita sebagai orang muda jangan leka dan bangun menentang pihak pemerintah yang korup dan memberikan sokongan pada pihak yang melancarkan keadilan pada semua pihak.

20 Jan : Universiti Malaya menjadi milik Pro-Mahasiswa apabila majoriti keputusan undi pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa berpihak kepada mereka ketika diumumkan pagi ini. Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.

Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris.

Salah seorang penyokong Pro-Mahasiswa Azlina ketika ditanya berkata, beliau sudah menjangkakan akan kemenangan Pro-Mahasiswa.

"Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sudah berkerja keras untuk kemenangan ini hingga sanggup tidak tidur malam, berkorban tenaga, wang ringgit bahkan banyak provokasi dan cabaran yang diterima. Kemenangan ini adalah hadiah besar yang tidak ternilai."


LAPORAN OLEH : WARTAWAN PRO-M UM

JADILAH SALAH SEORANG AJEN PERUBAHAN

p1181229

  • Risalah yang menyamakan reka bentuk ukiran di dinding APIUM dengan Logo Zionist Israel (gambar)

    Kuala Lumpur, 18 Jan- Selepas di hangatkan dengan kain rentang di Kolej Kediaman ke-11 yang menyamakan Pro-Mahasiswa dengan Israel, kini muncul tohmahan baru yang menyamakan APIUM dengan Zionist Israel.

    Di dalam risalah terbaru ini, terdapat gambar logo Zionist Israel yang di samakan dengan logo ukiran yang terdapat di dinding Blok C bangunan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

    Turut menjadi sasaran adalah para pensyarah, kakitangan staff sokongan dan pelajar APIUM yang di katakan sebagai agen meracuni pemikiran masyarakat UM supaya melawan pentadbiran UM.

    Di peringkat Pro-Mahasiswa UM menolak tuduhan tidak berasas ini. Hal demikian kerana, diperingkat Pro Mahasiswa sentiasa bersama mendokong visi Universiti yang baik, dan menolak sebarang salah laku dan korupsi demi menjamin nilai dan kredibiliti Universiti.

    Prinsip yang diperjuangkan oleh Pro Mahasiswa jelas dan tegas dan tidak membabitkan campur tangan pihak luar yang boleh mencemarkan imej Universiti tertua ini.

Kuala Lumpur, 14 Jan - Ketua Jentera Aspirasi UM, saudara Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali pagi tadi menitiskan air mata apabila mendengar pendedahan dari pihak Pro Mahasiswa Universiti Malaya berkenaan isu rasuah dalam perhimpunan penamaan calon di hadapan Fakulti Sains.Seorang dari penyokong Aspirasi Penggerak Mahasiswa yang tidak mahu namanya disiarkan menyatakan rasa malu dengan reaksi pemimpin utama Aspirasi tersebut.“Hasif tidak bersifat teguh dengan pendirian, dia buat macam benda (tuduhan) itu sebagai sesuatu yang betul.Saya tak yakin dakwaan Pro M itu betul walaupun ada surat black and white, tapi bila dah menangis dah macam mengiyakannya,malu saya!,”ujar penyokong tersebut.Aspirasi dilaporkan sudah semakin lemah lantaran pelbagai isu merangkumi penyalahgunaan wang pelajar dan rasuah yang telah digemburkan oleh Pro M.“Apa yang menyedihkan. Ketika ketua jentera Aspirasi tersebut menangis, seorang pun tidak memujuk atau mempertahan ‘air muka’ Aspirasi dalam isu yang digemburkan.Ini menunjukkan Aspirasi dah semakin lemah dari sudut moral, mungkin akibat masalah dalam berkaitan kepimpinan dan dakwaan saudara Hasif sebagai agen dalam memecahbelahkan Aspirasi,”komen penyokong Pro Mahasiswa, Saudara Kamil Hafiz yang melihat kejadian tersebut.-mahasiswakini
LAPORAN OLEH : WARTAWAN PRO-M UM
JADILAH SALAH SEORANG AJEN PERUBAHAN

McDonald's and Starbucks have today announced that they will be donating all profits from now until Sunday to Israel war. Also, the producers of Adam Sandler's new movie Bed Time Stories will be donating their profits to Israel . Be informed, and let others know not to contribute and refuse to support these monsters that believe in killing innocent civilians. Boycott McDonald's and Starbucks. Also don't take your kids to see a movie that promotes violence by association. Together we can make a difference! Please pass this email to as many people as you know. Thanks.

at 1/14/2009 07:01:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

> SALAM ALAIK.Skang ini ade virus telah menjangkiti rangkaian Friendster...

> Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment & mesej" kepada kita...


> Sekiranya berlaku, seterusnya ia akan membuatkan kite ter "SIGN OUT" dengan sendirinya tanpa kita tekan LOG OUT...


> Lepas kita "SIGN IN" balik, virus ini akan mula beroperasi dan ia akan menghantar gambar2 lucah itu kepada friend list kita di friendster ni melalui comment dengan menggunakan name kita...secara langsung, ia dapat memburukkan name baik kita sendiri....


> Pada kawan2 sekalian, sekiranya anda menerima gambar yg bukan-bukan (lucah) daripada ID saya atau sesapa, ianya adalah disebabkan oleh virus tersebut...

> SEBARKAN PADA KAWAN2 YANG BELuM TAHU SEBELUM ANDA MENJADI MANGSA SETERUSNYA......AFWAN WA ASIF JIDDAN YA SAHABI WA SAHABATI.SIRR ALA BARAKATILLAH





Back

at 1/14/2009 06:51:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

Khusyu' bolehlah di ertikan dengan menumpukan sepenuh perhatian dan tumpuan semasa solat seperti ia berhadapan dengan Allah. Hati dan fikirannya berada sepenuhnya di dalam solat tersebut dan tidak lalai daripada mengingati perkara-perkara lain di luar solat.
Sebenarnya khusyu' dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”

[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].









Firman-Nya lagi:-










"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan

[Surah Al-Baqarah : ayat 238]





Ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.



Firman Allah lagi:-



yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.



Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.




Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.




Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.





Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.





Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.




Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.



Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.





Mendirikan sembahyang secara berjemaah.




Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.




Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.


Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.




Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.




Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."




Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:
Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Esok hari penamaan calon akan diadakan di DTC. Sudah menjadi lumrah sehari sebelum pilihan raya bermula, pasti ramai yang bersengkang mata untuk memastikan jentera PRK akan terus bergerak seiring dengan masa. PRK memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyayangi mahasiswa sebagai darah dan dagingnya sendiri. Susah senang sama dilalui. Menjadi bulan dari menjadi lilin. Berdasarkan itu, saya yakin Pro-Mahasiswa akan berjaya memenangi undi pemilh kali ini. Walau dianggap sebagai ekstremis oleh pihak Penggerak Mahasiswa,namun Pro-M mampu tenang dan melatah. Tidak seperti jentera Penggerak Mahasiswa yang melatah dan sanggup melakukan kekejaman seperti mengugut, merampas harta orang, menumbuk malah mahu membunuh pun ada. Macam-macam ada. Inikah pemimpin yang anda perlukan? Inikah pemimpin yang boleh membantu rakyat mahasiswa. Adakah kita akan menjadi mahasiswa beku akal? Penggerak Mahasiswa tidak bergerak di atas landasan keadilan. Mereka bukan membiarkan kemungkaran berleluasa malah turut sama menyertainya. Mereka langsung tidak mahu menegakkan hukum Islam yang syumul malah memperlekehkan lagi. Mereka turut menggunakan pihak Keselamatan sebagai kuda tunggangan mereka bagi menekan Pro-M. Saya berpendirian bahawa Pro-M samada menang PRK atau syahid kerana memperjuangkannya. kita perlu yakin dan percaya bahawa Allah bersama kita pasukan keadilan agama, bangsa, kampus dan negara. Percayalah, jika Pro M menang janji manifesto PRK akan dilaksanakan tanpa ragu-ragu. Kami berdiri di atas tikar keadilan yang kuat. Kami akan pastikan Pro-M akan mendapat undi majoriti dalam PRk kali ini. Semoga Allah akan memberikan kekuatan pada diri Pro-M. Sedangkan naga akan dilawan, inikan pula cicak mengkarung. Kita akan menang, kita akan menang, revolusi telah bermula, Islam akan bengkit di bumi Uni Malaya ini. Takbir! Allahuakbar.

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

> > > > > > > > > > > > > '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

at 1/12/2009 11:44:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Pada hari ini telah dipalukan gendang perang bagi perlawanan politik di UM. Aku telah dipertanggungjawabkan bagi menjadi wakil calon Pro-Mahasiswa. Aku rasa gembira kerana dapat menjadi kader atau Tentera Semut bagi PRK kali ini. Aku akan teruskan perjuangan ini walau aku terpaksa memilih antara akedemik atau Perjuangan. Ini satu jihad yang harus aku tempuh pada semeter ini. Aku akan pastikan calon Pro-M akan menang di UM. Aku yakin bahawa pada 19 Januari ini, Pro-M akan menang dan UM akan diubah menjadi kubu Pro-M. Takbir.

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...



Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,

Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...




Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

at 1/10/2009 05:26:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

HAMAS KAMI BERSAMA KALIAN!
UST NASRUDIN AT-TANTAWI
Saya mengenali HAMAS sejak awal penubuhannya pada penghujung tahun 1987 . Masa tu saya masih menuntut di Pondok Pasir Tumbuh , Kota Bharu Kelantan .
HAMAS yang muncul memimpin intifadhah [ kebangkitan ummah ] di Palestine telah mampu menggugat kedudukan Israel Alaihi Laknatullah setelah PLO kelihatan terlalu berdiplomasi dengan Israel .
Semenjak itu , harapan ummat Islam tertumpu kepada HAMAS untuk terus berjuang membebaskan al Quds . HAMAS yang dilihat sebagai cabang Ikhwanul Muslimin di Palestine terus gigih berjuang biarpun satu demi satu para pejuang dan pemimpin mereka gugur sebagai syuhada' .
Mac dan April 2009 ini akan genaplah 5 tahun pemergian Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin [ syahid : 22 Mac 2004 ] dan Asy Syahid Dr. Abd Aziz Rantisi [ syahid : 17 April 2004 ] . Suatu pemergian yang telah meninggalkan impak besar dalam jiwa pejuang Islam di seluruh dunia .
Palestine dan Al Quds bukan lagi isu HAMAS tetapi menjadi isu untuk semua ummat Islam khasnya PAS yang juga merupakan rangkaian Gerakan Islam antarabangsa .
Jelasnya kita tidak boleh tinggal diam lagi melainkan satu langkah berkesan wajar diambil untuk meletakkan kita bersama dengan HAMAS di Palestine terutamanya di Semenanjung Gaza yang kini sedang dihimpit ganas oleh rejim Zionis Yahudi Alaihim Laknatullah .
Bukan sekadar doa [ tanpa menafikan kepentingan doa sebagai senjata mukmin ] , bukan sekadar demo [ tanpa menafikan pentingnya ummat menyatakan sikap dan menunjukkan perasaan ammarah mereka terhadap kekejaman Yahudi ] , bukan sekadar derma [ tanpa menafikan keperluan wang ringgit untuk membiayai perubatan dan keperluan makanan mereka yang terkepong di Gaza ] , bukan sekadar boikot [ tanpa menafikan kewajaran memboikot product Yahudi dan sekutunya Amerika agar lumpuh ekonomi mereka ] tetapi ....... lebih daripada itu mesti difikirkan agar tindakan kita memberi kesan besar yang mampu mendorong pengunduran Israel Alaihim Laknatullah .
Pun begitu , kalaulah seluruh ummat Islam benar - benar bersatu memusatkan doa mereka penuh khusyu' kepada Allah swt , keluar berhimpun dalam jumlah yang mampu menyentuh angka 5 - 10 juta [ di Malaysia sahaja ] , menyalurkan sumbangan wang ringgit kepada agensi yang dipercayai amanah pengurusannya pada kadar mencecah lebih 50 billion ringgit [ di Malaysia sahaja ] , tegas memboikot sehingga menyebabkan lebih dari 50 % kilang , pasaraya dan kedai yang memasar dan menjual product Yahudi dan Amerika bungkus dan gulung tikar , saya percaya ia sudah cukup berjaya dan mampu memberi tekanan kepada Yahudi .
Namun segalanya terhenti di atas kalimah Kalaulah ..... dan sungguh malang 1001 kali malang , dalam terhadnya keupayaan kita untuk membantu masih ada lagi yang bersikap acuh tidak acuh dalam perkara yang sememangnya mereka boleh lakukan .
Lihat lah , berapa buah masjid buat solat hajat dan qunut nazilah dalam negara kita hari ni ? sedang mereka boleh buat untuk menghantar bantuan segera seringan itu ! .[ tak sampai separuh masjid di seluruh negara yang berbuat demikian ]
Lihat lah , berapa ramai orang menghulur derma untuk Palestine ? sedang mereka mampu berbelanja besar dalam perkara lain . [ tak sampai pun 10 juta collection yang dibuat ]
Lihat lah , berapa orang yang sanggup meninggalkan sementara kepentingan diri untuk keluar berhimpun menyatakan bantahan di hadapan kedutaan Amerika ? [ lebih ramai FRU dari ummat Islam yang berhimpun ]
Lihat lah , berapa ramai pula yang sanggup memboikot product keluaran Yahudi dan Amerika ? [ sehingga pasaraya Yahudi dan Amerika dengan segala product mereka masih gah di negara kita ]
Apa Yang boleh Kita lakukan
Sebagai contoh , kalau selama ini kita menggunakan kereta keluaran amerika , tiba - tiba kita nak tukar pakai kereta buatan Malaysia kerana nak boikot Amerika . Kita rasakan terlalu payah dan sukar untuk berbuat demikian .
....... tetapi kita masih boleh buat yang mudah - mudah seperti berhenti menghisap rokok yang rata - rata rokok ini adalah memulangkan keuntungan besar kepada Amerika dan Zionis Yahudi untuk membunuh ummat Islam di Gaza . ... dan kalau masih mahu merokok , bolehlah merokok dengan rokok buatan Malaysia iaitu rokok daun nipah . [ namun sebaiknya berhenti terus ]
Jika yang ini pun kita tidak sanggup , saya tidak nampak apa lagi yang boleh kita lakukan untuk ummat Palestine melainkan sangat nyata bahawa kita berada di pihak Amerika dan Yahudi dengan terus menerus memberi wang ringgit kita kepada mereka untuk membunuh ummat Islam di Gaza , wali'yazubillah .
Selain kita serius dalam melakukan apa yang sememangnya kita boleh lakukan , saya juga mencadangkan agar Gerakan Islam seluruh dunia termasuk PAS merancang untuk menghantar skuad sukarela untuk berjuang membantu HAMAS dan ummat Islam di Gaza . Saya percaya Dewan Pemuda PAS Pusat mempunyai tenaga yang sanggup dan berani mengorbankan harta , darah dan nyawa demi Islam dan ummatnya di Gaza .
Kita masih ingat bagaimana ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :
Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.
Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula :
“Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”.
Ayuhlah kita bangkit . Benar bahawa kepenatan dan keletihan kita hanya sedikit berbanding rakan - rakan HAMAS di Palestine . Maka tunggu apa lagi .....jika OIC dilihat tidak memiliki sebarang daya kekuatan zahir dan batinnya , saya kira Gerakan Islam Sedunia lah yang perlu menubuhkan skuad sukarela untuk membantu ummat Islam di Gaza sekaligus membebaskan al Quds .

P/S ; Sanggupkah kita meninggalkan Malaysia utk menyahut seruan jihad, jika Gerakan Islam antarabangsa mengeluarkan seruan jihad kepada semua syababul muslimin?

Apa itu Hamas?

Bagaimana mereka telah menjadi satu ukhwah besar yang menentang Yahudi Zionis?

Bagaimana mereka bergerak dalam perjuangan mereka?

Adakah mereka merupakan pemimpin yang disayangi rakyat Palestine?

Semua ini akan terjawab menerusi Wikipedia ini.

Inilah Hamas.

at 1/09/2009 03:55:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

YA ALLAH...


Saat aku menyukai seorang teman,...


Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir,...

Sehingga aku tetap bersama yang Tak Pernah Berakhir.




YA ALLAH...


Ketika aku merindukan seorang kekasih,...

Rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati-Mu


Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi.




YA ALLAH...


Jika aku hendak mencintai seseorang,...

Cintakan aku kepada yang mencintai-Mu


Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu



YA ALLAH...

Ketika aku sedang jatuh cinta,...
Jagalah cinta itu,...

Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.



YA ALLAH...
Ketika aku berucap aku cinta padamu,...

Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu.

Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan kerana-Mu.




Sebagaimana orang bijak berucap...


Mencintai seseorang bukanlah apa-apa,...


Dicintai seseorang adalah sesuatu,...

Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti,...


Tapi dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.

Pada tahun ini, genap setahun aku menyertai PMIUM. Telah banyak yang ku lalui, namun yang paling penting kini aku mula mempunyai pertimbangan akal. Kata Bapa Revolusi Cuba, Akal adalah kuasa yang paling besar sekali. Namun dengan pertimbangan akal kini akau boleh melakukan revolusi yang paling besar. Menginjakkan diri dari segala nafsu dan melawan segala kekejaman yang berlaku. Palestin ialah yang tempat yang paling sesuai untuk melakukan revolusi atau Jihad. Ini disebabkan tempat ini menjadi permulaan kepada segalanya. Moga revolusi ini akan berjaya.

at 1/08/2009 02:04:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran: Aman Palestin




Tarikh : 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h

Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari.

Tempat : Stadium Melawati, Shah Alam



Objektif


-Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.


-Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.

-Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.





Aktiviti


Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.



sumber :
http://amanpalestin.org...

Assalamualaikum,

Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan

mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste

2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma

3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm

4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita

berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke

dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran

kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain ... akan

diberitahu secepat mungkin.

Wallahu'alam

P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian..

Masfiza bt. Abdul Hamid

Penolong Pengarah

Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi

Maklumat(POTM)

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia

03-79573611 samb. 223

    Followers