Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Oleh : Muhammad Haafizuddin Abirerah

YDP PMIUM

Isu serangan dan pengeboman Israel terhadap penduduk Gaza sejak 27 Disember 2008 lalu telah menarik perhatian dunia. Serangan tersebut berterusan semenjak tarikh itu hingga ke hari ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat di seluruh negara. Seluruh masyarakat dunia telah bangkit mengecam tindakan Israel tersebut. Hampir setiap hari berlakunya bantahan dan kecaman dari pelbagai lapisan masyarakat.

Di Malaysia, rakyat negara ini juga tidak mendiamkan diri begitu sahaja terutama bagi umat Islam. Pengeboman di Gaza umpama pembunuhan terhadap saudara mereka sendiri. Lantaran itu masyarakat bangkit dan menganjurkan himpunan-himpunan bagi membantah dan mengutuk tindakan kejam tersebut. Hampir setiap hari berlangsungnya bantahan-bantahan tersebut yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di setiap pelusuk negara.

Dalam masa yang sama, mahasiswa sebagai golongan intelek yang berada di pengajian tinggi juga bangkit menunjukkan rasa marah dan mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan tersebut. Lebih-lebih lagi Menteri Pengajian Tinggi telah memberikan ‘green light’ kepada seluruh mahasiswa negara ini untuk menyertai mana-mana demonstrasi yang bertujuan membantah serangan tersebut. Sebelum itu lagi mahasiswa sebenarnya telah pun menyuarakan bantahan-bantahan tersebut hampir di setiap kampus.

Jumaat lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) di bawah kepimpinan Dzul Khairi bin Mohd Noor telah menganjurkan demonstrasi besar-besaran di peringkat mahasiswa Islam bagi mengutuk serangan tersebut. Himpunan tersebut telah disertai sekitar 1500 mahasiswa Islam yang datang dari segenap pelusuk negara. Demonstrasi tersebut bermula pada jam 2.00 petang selepas solat Jumaat dilangsungkan. Ia bermula di Masjid Al-Syakirin berhampiran KLCC. Kelompok mahasiswa Islam tersebut telah bergerak ke kedutaan Mesir di Jalan U Thant yang jaraknya hampir 4 kilometer.

Sekitar jam 3.00 petang, kelompok mahasiswa tersebut sampai di kedutaan Mesir. Tujuan mereka adalah untuk mengahantar memorandum kepada keduaan tersebut bagi menggesa kerajaan Mesir membuka laluan di sempadan Mesir-Palestin supaya bantuan perubatan dan kebajikan dapat disalurkan kepada penduduk Palestin yang diserang Israel. Laluan di sempadan tersebut telah ditutup sehari sejurus selepas pengeboman pertama di bandar Gaza.

Turut sama menyertai himpunan dan perarakan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro-Mahasiswa Nasional, Parti Mahasiswa Negara (PMN), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Selain itu, Dr. Lo’ Lo’ juga merupakan salah seorang individu yang terlibat dalam perarakan tersebut. Selepas memorandum di hantar, beberapa bendera Israel telah dibakar dihadapan kedutaan tersebut. Sejurus kemudian, replika kepala kanak-kanak Palestin yang berdarah di angkat sebagai simbolik mangsa kekejaman yang berlaku di Palestin. Himpunan tersebut berakhir sekitar jam 4.00 petang.

Demonstrasi mahasiswa tersebut menunjukkan bahawa suara mahasiswa masih lagi berkumandang dalam menyatakan sikap dan pendirian mereka terhadap isu-isu yang berlaku sama ada di dalam atau di luar negara. Mereka sebagai generasi pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang seharusnya berani dalam menyatakan pendirian terhadap sesuatu perkara. Selain itu, ia menunjukkan bahawa mahasiswa bukanlah semata-mata kelompok yang terperuk di kampus tanpa mengetahui perkembangan di luar. Bahkan mereka juga peka dan berani dalam menyatakan pendirian terhadap sesuatu perkara.

0 Responses so far.

    Followers