Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Dato' Dr Shamsul Amri Baharuddin, pengarah Institut Kajian Oksidental, berpendapat latar blkg penubuhan dan semangat UIA sndiri berlainan dengan IPTA lain.

Malah, katanya, pergaulan pelajar tempatan dgn luar negara d kampus itu menjadikn mereka lebih global. Mereka juga tdedah dengan jaringan bdn-bdn belia antarabangsa.

"Sifat UIA itu sndiri yg mengutamakn bahasa Arab & Inggeris menjdikn mereka lebih trbuka. Lg pun universiti Islam mnarik skumpulan plajar yg mempunyai perwatakn yg lebih krg sama. Mereka ini berbeza," kata prof sosiologi itu.

Pandangannya ini seolah2 slari dgn tanggapan pensyarah undang2 UM, Prof Madya Dr Azmi Sharom. "Sy lihat UIA seperti sbuah Akademi Pengajian Islam yg besar," ktanya kpd mStar Online.
"Lihat akademi ini di UM. Calon2 pro-Mahasiswa menang tanpa bertanding. Mustahil kumpulan pro-Aspirasi boleh membuka laluan di fakulti ini."

Bagaimanapun brbeza sdikit dgn kyakinan Dr Azmi, prof sosiologi dr UKM ini tidak begitu yakin pro-Mahasiswa boleh menguasai UIA slama-lamanya.

Smentara seorg bekas aktivis siswa Khairul Anuar A Zainuddin cuba menanggap UIA lbh jauh.
Beliau brhujah, jaringan gerakan Islam d kampus itu lbh kuat brbanding di kampus2 IPTA lain yg hanya brgantung pd aktivisme & kepemimpinan barisan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau fakulti tertentu.

"Mungkin juga ahli-ahli akademik di UIA lebih kritikal, mereka lbh simpati pd kumpulan pro-Mahasiswa," katanya, kini sebagai naib ketua Angkatan Muda PKR.

Selain pengaruh ahli akademik, pegawai pentadbiran kampus termasuk pengetua kolej sekarang dilihat semakin menonjol dalam percaturan politik kampus.

Beberapa laporan yang diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendakwa campur tangan serius dlm mmpengaruhi plajar untuk menyokong kumpulan calon tertentu.
Namun menurut seorg pengamat Suhaimi Embong, sikap memihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) bukanlah baru, malah pernah wujud sejak beberapa dekad lalu lagi "tetapi beberapa tahun kebelakangan ini lebih ketara."

"Kadang2 sy nampak pegawai2 Hal Ehwal Pelajar (HEP) mcm tak ada kerja lain. Mereka lebih ghairah menyusun aktiviti untuk mahasiswa," katanya, yang pernah menghasilkan buku Di Sebalik Tabir Politik Kampus.
Semua pengamat bersetuju trend pro-Aspirasi yg muncul mulai 2003 dcetuskan sbg gelombang baru slepas krisis politik 1998, apabila gerakan-gerakan mahasiswa d IPTA semakin berani dan lantang mengkritik kerajaan, termasuk menyusun demonstrasi.
Mereka bagaimanapun tidak brsetuju peralihan angin politik ke arah pro-Aspirasi bermkna mahasiswa di IPTA kini menyokong kerajaan.

"Mereka bukanlah menyokong sangat. Mereka juga menuntut hak, khususnya hak mendapatkan kemudahan. Jika sokongan ini tidak berbalas, mereka akan marah dan mengugut. Ini satu cara mengugut melalui sokongan," kata Dr Shamsul Amri.
"Kita lihat wakil-wakil rakyat Barisan Nasional, bagaimana hebat pun mereka, tetap terima rungutan."

"Tidak semestinya pelajar sokong kerajaan apabila mereka mengundi calon Aspirasi," katanya. "Lagi pun pelajar di IPTA skrg tidak mmpedulikan hal2 politik. Kmunculan kumpulan pro-Aspirasi sekadar perubahan atas kertas. Tidak ada impak prubahan pada sikap atau cara berfikir. Semuanya masih d takuk lama."

"Hanya media berminat membesar-besarkan berita ini, khususnya kmenangan pro-Aspirasi, skadar utk mmbentuk tanggapan umum masyarakat. Di kampus sendiri, tidak ramai yang keluar mengundi. Banyak calon menang tanpa bertanding. Saat2 brkempen tidak meriah," dakwanya lagi.

Bersetuju dengan analisis ini, Suhaimi pula berpendapat campur tangan pihak luar dalam politik pelajar melemahkan kepemimpinan mereka. "Semuanya diurus oleh orang lain. Macam pelajar2 sekolah," katanya.

Dr Azmi membuat tanggapan yang sama. "Bagi saya mahasiswa bak budak sekolah. Jadi, pemilihan MPP ini mcm persaingan melantik pengawas sekolah. Umumnya mahasiswa tidak berminat politik," katanya.

Sifat keanak-anakan pelajar IPTA bukan gejala baru, katanya, malah ia sudah wujud sejak 1980-an. - mstar

0 Responses so far.

    Followers