Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Kuala Lumpur, 14 Jan - Ketua Jentera Aspirasi UM, saudara Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali pagi tadi menitiskan air mata apabila mendengar pendedahan dari pihak Pro Mahasiswa Universiti Malaya berkenaan isu rasuah dalam perhimpunan penamaan calon di hadapan Fakulti Sains.Seorang dari penyokong Aspirasi Penggerak Mahasiswa yang tidak mahu namanya disiarkan menyatakan rasa malu dengan reaksi pemimpin utama Aspirasi tersebut.“Hasif tidak bersifat teguh dengan pendirian, dia buat macam benda (tuduhan) itu sebagai sesuatu yang betul.Saya tak yakin dakwaan Pro M itu betul walaupun ada surat black and white, tapi bila dah menangis dah macam mengiyakannya,malu saya!,”ujar penyokong tersebut.Aspirasi dilaporkan sudah semakin lemah lantaran pelbagai isu merangkumi penyalahgunaan wang pelajar dan rasuah yang telah digemburkan oleh Pro M.“Apa yang menyedihkan. Ketika ketua jentera Aspirasi tersebut menangis, seorang pun tidak memujuk atau mempertahan ‘air muka’ Aspirasi dalam isu yang digemburkan.Ini menunjukkan Aspirasi dah semakin lemah dari sudut moral, mungkin akibat masalah dalam berkaitan kepimpinan dan dakwaan saudara Hasif sebagai agen dalam memecahbelahkan Aspirasi,”komen penyokong Pro Mahasiswa, Saudara Kamil Hafiz yang melihat kejadian tersebut.-mahasiswakini
LAPORAN OLEH : WARTAWAN PRO-M UM
JADILAH SALAH SEORANG AJEN PERUBAHAN

0 Responses so far.

    Followers