Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

16 Rejab 1431 H

Dakwaan kononnya kerajaan Malaysia menjual tanah kereta api di Tanjung Pagar di Singapura kepada republik itu adalah tidak benar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot berkata tanah KTM Berhad di Singapura itu dipajak oleh Kerajaan Negeri Selat kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk tujuan perkhidmatan rel pada 25 Okt 1918.

"Tanah Singapore Railway yang dipajak adalah seluas 434.26 ekar (173.7 hektar). Daripada jumlah tersebut, 352.52 ekar (141 hektar) dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi tempoh 999 tahun manakala 81.74 ekar (32.7 hektar) adalah bagi tempoh pajakan selama-lamanya.

"Sekiranya tidak lagi digunakan untuk tujuan perkhidmatan rel, tanah itu akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selat (Singapura) tanpa sebarang pampasan. Jadi dakwaan kerajaan jual tanah KTM di Tanjung Pagar itu tak benar kerana ia bukan hak kita," katanya menjawab soalan tambahan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang ingin tahu bagaimana Malaysia boleh kehilangan tanah tersebut walaupun negara mempunyai pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan isu-isu tertunggak dengan negara-negara ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan lawatan kerja ke Singapura dalam tempoh tiga bulan lagi untuk muktamadkan keputusan pertukaran tanah itu.

Sebelum ini, isu mengenai tanah itu telah dibincangkan ketika Najib melawat Singapura dari 22 hingga 24 Mei lepas dan semasa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong datang ke Malaysia bulan lepas.

Malaysiakini/-

at 6/29/2010 04:36:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

16 Rejab 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Julai dan menyerahkan "dokumen lengkap" dakwaan 'salah guna kuasa' dalam Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).

"Kita minta SPRM buat siasatan. (Kerajaan) jangan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat," kata Mazlan Aliman (kiri sekali) dalam sidang media di ibupejabat PAS di ibu negara pagi ini.

Tarikh aduan itu dibuat akan dimaklukam kemudian kepada pihak media, tambah Mazlan lagi.Turut hadir dalam anggota majlis pimpinan pusat PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong yang juga bekas timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi.

Mazlan berkata, dokumen tersebut sebagai dokumen sokongan mengandungi jumlah pendapatan FELDA dan aktiviti yang dijalankan oleh 43 anak syarikatnya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, tindakan itu susulan tiga laporan polis pada 23 Jun, 25 Jun dan hari ini - masing-masing di Temerloh, Kota Tinggi dan Segamat - berhubung dakwaan kepincangan dan salah urus agensi kerajaan itu.

Sebelum ini, ahli parlimen Klang Charles Santiago turut membuat laporan kepada SPRM atas dakwaan yang sama - kemerosotan rizab kewangan tunai FELDA yang menjunam RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun - seperti dijelaskan Ahmad di Parlimen.

Bercakap dalam sidang media itu juga, Mazlan berkata, beliau telah melihat aduan yang dikemukakan oleh Charles itu dan mendakwa dokumen yang akan diserahkannya "lebih terperinci".

"Ia satu laporan yang lebih terperinci (berbanding laporan Charles)," katanya sambil menunjukkan buku laporan rasmi FELDA.

Sementara Dr Tan pula berkata sebelum Perdana Menteri Najib Razak menerajui FELDA pada 2005 semuanya "baik, OK dan berimej sederhana"."Sebaliknya selepas beliau ambil alih, semuanya habis," katanya.

Malaysiakini/-

at 6/29/2010 04:35:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

16 Rejab 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria

Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor hari ini mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak berniat untuk memindahkan Parlimen ke bangunan baru di Putrajaya.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan akan menaik taraf bangunan sekarang, dan dalam tempoh berkenaan, Parlimen akan bersidang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Kerajaan mahupun kabinet tidak pernah mengatakan bahawa kita akan memindahkan Parlimen ke Putrajaya. Kita tidak pernah menyatakannya," kata beliau menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dalam ucapan penggulungan kementeriannya.

Jawapan Shaziman itu jelas bercanggah dengan jawatan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pada 9 Jun lalu, yang menyatakan kabinet telah memutuskan untuk membina bangunan baru Parlimen dengan kos RM800 juta.

Kenyataan Mohd Nazri itu telah mencetuskan bantahan orang ramai ekoran nilai sentimental bangunan sedia ada dan juga kerana menggunakan wang pembayar cukai ketika kerajaan sedang cuba meyakinkan mereka supaya menerima pemotongan subsidi.

Shaziman berkata setakat ini, Jabatan Pekerjaan Umum (JKR) telah mencadangkan kepada kabinet supaya kerja pembaikan dijalankan ke atas bangunan sekarang dengan kos RM100 juta.

Katanya, JKR hanya memberitahu kabinet bahawa bangunan Parlimen, 'yang hampir seusia beliau dan mungkin sedikit lebih muda daripada Pokok Sena Mahfuz Omar', perlu diperbaharui, kerana ada beberapa kecacatan struktur.

Menurutnya, kerja menaik taraf yang dicadangkan itu akan memanjangkan usia bangunan Parlimen itu.

"Sama seperti kita, ketika menunjukkan wajah keriput, kita pergi dan melakukan facial (rawatan muka)," kata Shaziman.

Menurutnya, pemindahan sementara Parlimen adalah perlu kerana kerja menaik taraf yang membabitkan penggunaan jentera berat, serta bunyi bising.

Malaysiakini/-

at 6/29/2010 04:35:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

16 Rejab 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH 29 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan sekali lagi
bahawa, Negara pada hari ini panas membincangkan isu sebuah perunding
komunikasi yang dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh rejim
zoinis Israel.

Malaysia dikatakan telah menandatangani perjanjian dengan syariakt APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej Negara diperingkat antarabangsa.Dalam satu sudut pandang, ianya nampak positif iaitu untuk menarik pelabur asing masuk kedalam Negara kita.

Namun pada hakikatnya, kita tidak bersetuju dengan syaikat perunding berkenaan disebabkan secara jelasnya ia dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya menjadi
musuh ummat Islam, jelas beliau.

Pada mulanya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’Seri Anuar Ibrahim menimbulkan polemik yang tersendiri dikalangan rakyat.

Namun selepas beberapa hari daripada itu, maka pengakuan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hisyamuddin sendiri mengesahkan bahawa jumlah yang dibayar kepada syarikat perunding berkenaan ialah
sebanyak RM76.5 juta.

Kami diperingkat PAS merasa sungguh kecewa dengan berita tersebut kerana ia melibatkan maruah negara dan agama Islam.

Mana tidaknya,kita mengisytihar Negara ini sebagai Negara Islam, namun sebaliknya
kita berkompromi dan menggunakan khidmat musuh Islam yang nyata telah menyembelih adik-beradik Islam kita yang berada di Palestin, tegas beliau

Beliau menjelaskan lagi bahawa, perkara ini secara tuntasnya akan menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya ummat Islam kerana kita pada awal lagi tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, namun apa yang berlaku sebaliknya kita bersetuju dan menggunakan syarikat yang datangnya daripada Israel sendiri.

Mana prinsip dan maruah kita?
Buktinya jelas bahawa syarkat ini adalah antara penyumbang kepada kewangan Israel : ” Its CEO in Israel, Gad Ben-Ari, was a personal adviser of the late PM Yishak RabinAlso, the relationship between Israel and APCO is more than merely having an office in Tel Aviv. APCO’s activities in the Zionist state go beyond the civilian sectors”

Jumlah bayaran RM76.82juta juga menjadi persoalannya. Perbelanjaan
yang banyak ini tidak dinyatakan dan dimaklumkan kepada rakyat khususnya dan hanya dimaklumkan selepas ditanya didalam dewan rakyat selepas isu ini timbul.

Rakyat membayar cukai bukan kepada kerajaan bukan untuk dibelanjakan kepada sebuah syarikat zionis, tetapi rakyat mengharapkan ianya(hasil cukai) digunakan untuk manfaat rakyat yang lain. Namun akhirnya duit itu menjadi pembiaya utama kepada Israel yang semakin bengis dan rakus membunuh ummat Islam di Palestin.

Semetara itu dalam sidang yang lain Setiusaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan dengan jumlah hampir RM77 juta itu, kerajaan mampu memberikan biasiswa kepada lebih 4000 mahasiswa sekiranya duit itu dibelanjakan untuk membina modal insan yang boleh mencorakkan imej Negara dengan lebih baik berbanding syarikat perunding.

Mana keutamaan kita untuk membangunkan modal insan yang boleh berbakti kepada Negara atau hanya membersihkan imej untuk kepentingan politik dalam masa yang singkat sahaja? Soal beliau

Ternyata dengan timbulnya isu ini, PAS tidak akan berdiam diri sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian dengan syarikat berkenaan demi menjaga maruah dan nama kita kerana ia jelas melanggar prinsip dan teras dalam perhubungan kita dengan pihak luar.

Persoalan yang saya timbulkan ialah, kenapa perlu melantik sebuah syarikat perunding komunikasi sedangkan kita telah berbelanja besar untuk membayar duta-duta kita keseluruh negara yang mempunyai hubungan dengan kita?

Apa fungsi duta kita? Bukan sekadar itu, kita pula melantik syarikat yang datangnya dari negara yang lansung tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Tegas beliau lagi

Malaysiakini/-

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) menegaskan, parti itu tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno.

Katanya, kalau beribu-ribu menyertai Umno pun PAS tidak takut, lebih-lebih lagi yang menyerahkan borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung dari mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat.

“Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal,” ujarnya.

“Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong, Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal,” ujarnya sinis.

Tegasnya, perjuangan PAS bukan menentang peribadi tetapi menentang dasar Umno.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianati amanah negara dan rakyat.

PAS, jelasnya tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul.

Beliau berkata, PAS yakin mereka yang berlatar belakang agama dalam Umno tidak ke mana akhirnya kerana hanya akan menjadi kupang tembaga yang digunakan ketika hendak melawan hujah PAS.

“Itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali PAS ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut,” katanya lagi.

Tambahnya, PAS juga yakin bahawa Umno bukan tempat untuk orang agama berjuang.

Sekadar menyebut beberapa nama mereka di dalam Umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno, beliau bertanya ke mana perginya mereka yang berkenaan.

Antaranya ialah Dr Hamid Othman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA Madinah, Phd UK), Dr Yusof Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.

Justeru, ujarnya PAS merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah Umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqinkan, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang agama bersama-sama dengan Umno untuk karam sama.

“Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersekongkol dengan Umno.

“Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO Yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunei,” katanya.

Tegasnya, PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.

Malaysiakini/.-

at 6/27/2010 03:31:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

http://akhisalman.blogspot.com

Mazhab Hanafi dan Maliki:

Apabila terlepas solat sunat samada mutlak (yg tidak dikaitkan dgn sebab dan waktu) atau muqayyad (dikaitkan dengan sebab @ waktu) maka tiada diqada’ kecuali solat sunat subuh….ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan Maliki..berdasarkan satu peristiwa yang telah diceritakan oleh Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w telah solat asar kemudian baginda masuk kedalam rumahku dan solat dua rakaat..maka aku bertanya : Wahai Rasulullah adakah engkau telah melakukan solat yang tidak pernah engkau lakukan sebelum ini? Maka sabda Nabi s.a.w : Aku sibok menguruskan harta yg datang sehingga tak sempat melakukan solat rawatib lepas zuhur yg biasa aku buat. Maka aku pun buatnya sekarang. Maka aku (ummu salamah) bertanya “Hai Rasulullah adkah aku perlu mengqada solat rawatib yg telah aku tinggal? Nabi s.a.w menjawab “Tidak”(Hr Ahmad)

Hadis ini merupakan dalil bahawa qada’( untuk solat sunat ) tidak wajib bagi kita umat nabi Muhammad…dan ia hanya khusus untuk Nabi sahaja…maka kita tidak termasuk dalam pengkhususan ini.Berdasarkan hadis ini juga….dikiaskan bahawa solat sunat subuh juga asalnya tidak wajib qada’ melainkan kami(mazhab Hanafi dan Maliki) membolehkannya qada’ jika ianya terlepas bersama solat fardhu kerana Nabi s.a.w “melakukannya bersama solat fardhu di malam ta3ris(musafir singgah di hujung malam utk berehat) .(Hr Muslim)

Mazhab Syafie: .

Imam Nawawi dari mazhab Syafie telah berkata: Jika telepas solat sunat yang muaqqat ( berwaktu ) seperti solat hari raya dan solat dhuha…maka sunat qada’ berdasarkan hadis Bukhari dan Muslim “ Sesiapa yang terlupa solat atau tertidur maka kaffarahnya adalah melakukan solat itu apabila dia ingat.” Ini kerana nabi s.a.w telah qada’ dua rakaat solat sunat subuh ketika Nabi tertidur di wadi dan terlepas solat subuh sehingga naik matahari. Dan baginda qada’solat sunat selepas zohor selepas solat asar kerana ia merupakan solat sunat muaqqatah(berwaktu)…maka di qada’ seperti solat fardhu. Ini samada semasa musafir atau tidak seprtimana yang telah dijelaskan oleh Ibnul Muqri.Ini adalah pendapat yang lebih kuat dalam masalah ini bagi mazhab Syafie.Disana terdapat dua lagi pendapat yang kurang kuat iaitu :1. Solat – solat sunat yang berwaktu tidak diqada’ sebagaimana solat –solat sunat yang tidak berwaktu. 2. Diqada’kan solat sunat yang tidak mengiringi solat-solat lain seperti solat dhuha…dan sekiranya ia mengiringi solat lain maka tidak diqada’ ,contohnya:solat rawatib.

Mazhab Hambali:

Imam Ahmad telah berkata: Tidak sampai hadis kepada kami bahawa Nabi s.a.w telah qada’ solat sunat kecuali dua rakaat solat sunat subuh dan dua rakaat solat sunat selepas zohor yang Nabi kerjakan selepas asar. Al-qadhi dan sebahagian ulama’ mazhab hambali telah berkata : Tidak diqada’kan solat sunat kecuali dua rakaat solat sunat subuh dan dua rakaat solat sunat selepas zohor.

8 Rejab 1431 H
http://arruhuljadid86.blogspot.com/

Dalam pengajian mingguan tanggal 7 Jan lalu, kami sama-sama berdiskusi mengenai ayat 27-28 dari Surah Fathir. Pada ayat 28 dinyatakan oleh Allah bahawa:

“Sesungguhnya manusia yang paling takut kepada Allah di kalangan hambaNya adalah para ulama”.

Kami saling berkongsi pandangan mengenai ta’arif ulama’. Ianya perlu diteliti dengan baik berikutan berlakunya fenomena pada hari ini adanya orang yang baru memahami sebuah dua kitab atau ilmu, lalu sudah mengaku sebagai ulama’ atau berlagak seperti ulama’ dalam berkomentar atau mengemukakan pandangan.

Kedua, munculnya manusia yang memang dikenali sebagai ulama’, namun gerak langkahnya tidak menggambarkan langsung beliau adalah ulama’.

Giliran saya memberi pandangan, saya katakan bahawa ayat 28 Surah Fathir ini sebenarnya sudah cukup untuk kita jadikan asas dalam membuat penilaian siapakah itu ulama’. Ada dua hal penting dari ayat ini yang bisa kita dapatkan.

Pertama, kalimah ‘ulama’ telah memberi pengertian ‘seorang yang berilmu’ dalam bidang agama. Bahagian-bahagian agama itu sangat banyak seperti Tafsir, Hadith dan seumpamanya. Jika kealimannya khusus dalam bidang Tafsir, maka ia disebut sebagai ulama’ Tafsir. Begitulah pada ilmu-ilmu lain. Memanglah jelas perbezaan antara para ulama’ yang hidup hampir dengan zaman Nabi s.a.w dan ulama’ yang hidup pada zaman ini. Semakin dekat mereka dengan zaman Nabi, maka semakin pakarlah mereka dalam semua hal-hal keagamaan. Tidak hairanlah jika seorang ulama pada saat itu bukan hanya alim dalam satu bidang, tetapi juga dalam bidang-bidang lain. Merekalah ahli Ushuluddin, mereka jugalah ahli Tafsir, ahli Fiqh dan sebagainya.

Apabila disebut alim, ia bukanlah sebatas mengetahui sesuatu ilmu itu secara umum begitu sahaja, tetapi mahir, pakar dan benar-benar menguasai ilmu tersebut. Datang sebuah masalah, ia mampu memberikan jawapan yang baik hasil dari ilmu yang dipelajarinya. Inilah yang disebut ulama’ yang faqih. Alim dan Faqih adalah 2 hal yang berbeza. Namun, jika seorang ulama’ tidak dapat menjawab sesebuah masalah,bukanlah status sebagai ulama’ tersebut kita nafikan pada dirinya kerana ilmu yang berada pada diri mereka hanyalah dari beberapa titisan ilmu-ilmu Allah sahaja. Maka wajar sahaja ada hal yang tidak mampu mereka berikan jawapan.

Kedua, syarat untuk layak disebut sebagai ulama’ adalah takutkan Allah. Walaupun anda alim yang faqih sekalipun, namun tidak ada taqwa, disisi Allah anda tidak layak disebut ulama’ walaupun manusia seluruhnya memanggil anda ulama’. Takut kepada Allah bagi seorang ulama’ ada dalam beberapa hal.

Antaranya, mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu-individu tertentu atau kelompok-kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa. Selain itu, takut pada Allah bagi seorang ulama’ adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu tersebut agak manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan kehidupan.

Apabila disebut ulama’, ia juga diakui ilmunya oleh para ulama’ lain iaitu ulama’ yang benar-benar takutkan Allah. Ia juga diakui amanah dalam ilmunya. Ia juga diakui baik urusan amal ibadahnya. Yang mengakui hal-hal ini bukan datang dari orang awam biasa semata-mata, tetapi juga dari orang-orang yang sholeh dikalangan para ulama’ juga. Ulama’ tidak boleh sekadar alim, tetapi wajib bekerja bersama perjuangan Islam. Inilah yang disebut ulama’ul Amilin. Bukan sekadar alim, tetapi berani mempertahankan kebenaran.

Maka, bagi saya, istilah ulama’ kerajaan adalah sebuah istilah baru yang dimunculkan pada zaman ini bagi menggambarkan ulama’-ulama’ yang jahat kerana takut menyatakan kebenaran. Istilah ini tidak ada pada zaman lalu. Yang disebut di dalam Hadis Nabi s.a.w adalah ‘ulama us-Suu’ iaitu ulama yang jahat, bukan ulama’ kerajaan.

Manakan tidak, dizaman khalifah-khalifah Islam, berapa ramai ulama yang berkhidmat di bawah kerajaan mereka. Jadi, ulama’ us-suu’ bukan kerana berkhidmat bersama kerajaan, tetapi kerana tidak melaksanakan kebenaran baik mereka berada di kerajaan atau tidak bersama kerajaan pun.

Tetapi, kebiasaannya, memang ulama’ us-suu’ itu bersama kerajaan kerana agak sulit lagi saat ini untuk bertemu kerajaan-kerajaan yang memerintah sebagaimana para khalifah dahulu yang meletakkan ulama’ sebagai penasihat mereka dalam pemerintahan dan sebagai guru kepada mereka. Inilah yang dilaksanakan oleh Harun Ar-Rasyid (Abbasiyyah) dan Khalifah Abdul Hamid II (Uthmaniyyah) saat menjadi khalifah.

Bukan seperti hari ini ulama yang sangat melampau mengampu pemerintah baik ulama’ di Mesir yang memfatwakan halal membina tembok antara Ghazzah, Palestin dengan Negara Mesir sehingga menderita umat Islam di Ghazzah dan ulama’-ulama’ di Saudi yang bersama pemerintah sehingga sanggup mengiyakan tindakan pemerintah menahan para pejuang Islam asal Saudi yang berjihad di Afghanistan dan lain-lain di penjara-penjara mereka dengan label terroris atau di mana-mana sahaja dunia Islam.

at 6/22/2010 07:12:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

8 Rejab 1431 H
Oleh: Christine Chan

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ahli parlimen Batu, Tian Chua boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.

Ketika ditemui wartawan di luar Dewan Rakyat, beliau berkata, memandangkan Tian telah dijatuhi hukuman penjara dua bulan atau denda RM2,000 kerana menggigit tangan anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes pada 2007, maka memilih dipenjara boleh mengelakkan persoalan sama ada denda tersebut telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen.

Tian, yang menang kerusi parlimen Batu dalam pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Seksyen 32 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada angggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.

Beliau mengemukakan rayuan dan Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan tersebut tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Sejak itu, ia telah menjadi bahan perbahasan, sama ada jumlah denda tersebut terangkum di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa sesebuah kerusi parlimen itu akan menjadi kosong jika wakilnya disabitkan oleh mahkamah dan dikena denda "tidak kurang daripada RM2,000."

Junaidi, bagaimanapun, berkata Tian boleh memilih untuk menjalani hukuman dua bulan penjara bagi mengelak risiko terbatal kelayakannya sebagai ahli parlimen berhubung isu denda tersebut.

"Jika Tian Chua memilih untuk menjalani hukuman (dua bulan) penjara, isu ini tidak akan berbangkit," kata Junaidi.

Sementara itu, katanya, pejabat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang menunggu keputusan rasmi Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha.

Speaker akan mengkaji penghakiman Ghazali sebelum memutuskan sama ada untuk membawa kes Tian itu untuk dibahas di Dewan Rakyat.

Memetik kes Fan Yew Teng yang dibatal kelayakannya sebagai ahli parlimen Menglembu pada 1975 selepas dirujuk kepada jawatankuasa hak Parlimen selepas disabitkan kesalahan hasutan, Junaidi berkata "Speaker tidak mempunyai kuasa untuk mengosongkan kerusi tersebut."

Menurutnya, Dewan yang boleh berbuat demikian, bukannya Speaker.

Malaysiakini/-

at 6/22/2010 07:11:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

8 Rejab 1431 H
Oleh: Joseph Sipalan

Ahli parlimen Sibu Wong Ho Leng begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat mempunyai apa yang diperlukan untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi DAP Sarawak - yang berjaya menumpaskan calon BN untuk merampas kerusi parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil 16 Mei lalu, percaya 'keajaiban Sibu' akan terserlah ke seluruh negeri itu.

"Kami amat yakin untuk menghadapi pilihan raya negeri," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Wong yang juga ADUN Bukit Assek berkata, Matlamatnya ialah untuk memenangi 36 kerusi - lebih separuh daripada 70 kerusi DUN di Sarawak.

"Kita mensasarkan untuk menguasai negeri ini, tetapi saya harus mengakui ada kesulitan tertentu," katanya.

"Sekiranya kita tidak berjaya menawan negeri ini, kita mensasarkan 24 kerusi untuk menafikan kerajaan BN majoriti dua pertiga.

"Ini bukanlah mudah, tetapi ia boleh dicapai..." tambahnya.

Malaysiakini/-

at 6/22/2010 07:10:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

8 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR: Seorang Anggota Parlimen hari ini mendesak Pengerusi Sime Darby Berhad Tun Musa Hitam dan keseluruhan ahli lembaga pengarah syarikat itu meletak jawatan dengan serta-merta kerana kerugian besar yang dialami syarikat itu.

Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) berkata, kerugian syarikat itu dalam dua projek di Qatar telah bermula pada tahun 2007 tetapi syarikat tersebut telah menafikannya.

Ini bermakna Sime Darby bukan sahaja membohongi pemegang-pemegang sahamnyamalah ia juga menipu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia danSuruhanjaya Sekuriti.

"Saya juga hairan bagaimana Musa boleh membuat kenyataan bahawa Lembaga Pengarahnya tidak tahu-menahu tentang kerugian yang dialami. Ini amat memalukankerana Sime Darby adalah syarikat perladangan yang terbesar di dunia.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Sime Darby hanya mengambil tindakan terhadap Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid sahaja dan bagaimana pula dengan pegawai-pegawai pengurusan kanan yang lain yang turut terlibat dalam membuat

mstar/-

Oleh : WFauzdin NS

BERNAMA memetik kenyataan KJ yang mencabar DS Anwar untuk dedahkan bukti tentang MP Bebas yang melompat mendapat imbuhan RM 2 juta. KJ memberi tempoh 48 jam kepada DS Anwar untuk berbuat demikian. Adakah DS Anwar gentar dengan cabaran bodoh dari KJ itu?

KJ tidak perlu menjadi bodoh sepertimana seorang wartawan RTM yang turut cuba menguji DS Anwar. KJ mesti sedar bahawa cabarannya itu bukannya terhadap pemimpin Umno yang semua kita ketahui terkenal dengan sikap pengecut dan baculnya.

Apa yang penting sekarang, KJ seharusnya menyelesaikan dulu bahan bukti yang telah banyak didedahkan oleh DS Anwar seperti isu video klip Linggam. Jangan sibuk hendak tahu bukti yang masih belum didedahkan sedangkan yang sudah terdedah didiamkan sahaja. Berapa banyak mereka mahu DS Anwar dedahkan tetapi kemudiannya disorok? Siasat dahulu yang telah didedahkan selama ini dan apa tindakan yang telah diambil.

DS Anwar bukan pak turut yang sentiasa melayani apa jua desakan atau cabaran yang datangnya dari orang yang lemah dan bacul untuk bertindak. Selaku Ketua Pemuda walaupun tanpa jawatan dalam kabinet, KJ mesti berani bertanya kepada Najib apa yang berlaku terhadap kesemua bukti salah laku yang telah DS Anwar dedahkan sebelum ini. Selesaikan dulu yang ada di depan mata, kemudian barulah boleh bercerita yang lain./wfauzdin.blogspot.com

at 6/20/2010 03:05:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Isu kewujudan militan di bumi Mesir semakin dipanaskan, tambahan pula perencahnya ditambah oleh seorang kakitangan kerajaan yang bernama Khairi. Maka, saya mencabar Dato Seri Jamil Khir Baharom untuk buktikan dua perkara :

1. Buktikan kewujudan militan di Mesir, kemudian...
2. Buktikan pengaruh militan yang boleh menyerap dalam pemikiran mahasiswa di Mesir

Sebelum ini, beliau berapi-api menyatakan di dalam akhbar kewujudan militan di Mesir dan bahayanya kerana boleh mempengaruhi mahasiswa di sini. Beliau menambah lagi bahawa “pegawai-pegawai” yang dihantar ke Mesir mampu mengawal dan memastikan perkara ini tidak berlaku.

Di dalam sebuah kenyataan yang disiarkan di akhbar 17 Jun :

"Di Mesir terdapat hampir 6,000 pelajar kita yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang terutama agama dan perubatan, sudah tentu mereka terdedah dengan pelbagai aliran dan fahaman perjuangan serta pergerakan atas nama Islam.

"Namun, kita mempunyai pegawai-pegawai yang sentiasa mengawasi dan berkerjasama dengan pelbagai pihak agar pelajar kita tidak terlibat dengan sebarang gerakan yang melampau," katanya.

Beliau berkata lagi :

Beliau diminta mengulas kebimbangan kemungkinan para pelajar terutama yang mengikuti pengajian di beberapa negara terutama Mesir, Jordan dan Syria terpengaruh dengan pergerakan ekstrem termasuk kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Saya mencabar beliau, sekiranya benar kenyataan ini dibuatkan berdasarkan bukti, silakan untuk membuktikan kedua-dua bukti tadi. Bertambah parah apabila kakitangan kerajaan di Mesir yang bernama Khairi, telah mendakwa bahawa Ikhwanul Muslimin adalah nama lama bagi JI. Beliau menulisnya di dalam Facebook beliau.

Khairi Jalalluddin : Jihad yang sering disalah ertikan oleh puak militan JI atau nama lamanya Ikhwan Muslimin. (17 Jun, 11.04 pm)

Tuduhan-tuduhan mengarut seperti ini perlu dibersihkan. Sila buktikan kewujudan militan di Mesir, sila buktikan pengaruh militan yang boleh menyerap pemikiran Melayu di Mesir dan sila buktikan Ikhwanul Muslimin itu adalah nama lama bagi JI.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

at 6/20/2010 03:03:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

Drs. Khalil Idham Lim


Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu,jumaat lepas.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Namun PM 1Malaysia Razak berkata pemberian notis tiga bulan sebelum mengadakan pilihan raya untuk membolehkan parti bertanding membuat persiapan, tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Katanya tidak pernah melakukannya dan ia juga bukan sebahagian daripada peruntukan perlembagaan, kata Perdana Menteri merujuk kepada permintaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tak pernah kita bagi tiga bulan...(dan) tidak pernah menjadi sebahagian daripada peruntukan perlembagaan... (dan) tidak pernah menjadi satu amalan (pada masa lepas)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Mursyidul Am PAS itu.

Apapun isunya sekarang ialah semangat dan amalam demokrasi di Malaysia semakin menunjukkan ke tahap yang lebih rendah . Banyak pencabulan demokrasi yang telah meletakkan tahap kepercayaan rakyat terhadap demokrasi negara ini semakin diragui oleh rakyat.

Peranan SPR misalnya yang dilihat sebagai sebuah badan bebas yang tidak lagi bebas banyak memihak kepada BN setiap kali Pilihanraya, kecil atau umum.

Apalagi cadangan yang sangat baik dari Tok Guru yang saya lihat telah lama diamalkan dinegara lain termasuk kebanyakan negara jiran dan rantau Asean ini.

di Indonesia perkara yang sama telah lama diamalkan, kenapakah tidak boleh dilakukan di Malaysia?

Jawapannya mudah sahaja, BN sesungguhnya sangat takut kehilangan kuasanya bila setiap kali berlaku pilihanraya. kerana itu semuanya mestilah digembeling dan disalah gunakan untuk memasti kuasannya dikekalkan dengan apa cara sekalipun.

Perdana Menteri Najib pastinya akan mengintai waktu yang sesuai untuk umumkan tarikh pilhanraya terutama semasa Pakatan Rakyat dilhat lemah dan BN dalam keadaan sangat bersedia.

Perlulah diingat, gelombang perubahan semakin besar dan terasa. Sekali ini saya yakin BN sudah tidak mampu lagi melakukan penipuannya bagi kekal berkuasa. Mudah-mudahan seperti kata perpatah "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua" sama-sama kita saksikan bila tidak ada daya lagi BN boleh menipu dan ianya tetap akan disungkurkan didalam Piliharaya akan datang.

4 Rejab 1431 H

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.

"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.

Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.

Malaysiakini/-

at 6/17/2010 04:10:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

4 Rejab 1431 H

DAP Perak akan mengadakan satu perhimpunan di Malim Nawar dalam waktu terdekat bagi memberi penerangan kepada orang ramai berhubung tindakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) kawasan itu, Keshvinder Singh yang mengumumkan keluar dari parti itu semalam.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (kiri, berbaju gelap), berkata perhimpunan itu akan diadakan di Kampung Baru Mambang Di Awan.

Ia dijangka dihadiri anggota parlimen Jelutong Karpal Singh, ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, katanya.

"Mesyuarat DAP negeri yang diadakan di Wisma DAP di Ipoh lewat malam semalam turut memutuskan untuk menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat DAP di kawasan Malim Nawar yang akan dirasmikan Jumaat ini.

Buat sementara ini, pusat itu akan diketuai ADUN Keranji, Chen Fook Chye," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Semalam, Keshvinder yang juga seorang peguam mengumumkan keluar dari DAP untuk menjadi wakil rakyat Bebas disebabkan kecewa dengan pimpinan pembangkang di Perak yang berpolitik berlebihan sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Nga yang juga ahli parlimen Taiping berkata beliau mahu berdebat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung langkah kerajaan membenarkan perjudian bola sepak di negara ini.

Malaysiakini/-

at 6/17/2010 04:10:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

4 Rejab 1431 H
oleh: ibnuirfadzil.blogspot.com

Artikel ini berikutan daripada beberapa kenyataan beberapa orang yang tidak asing seperti Tun Mahathir Mohamed, yang menghalalkan judi dengan beberapa perkara yang diukur dengan akal, walhal ia perlu dinilai dengan cara yang tepat di sisi syara’.

Antara kenyataan yang disiarkan di dalam berita ialah (link) :

"Pendapat kami, dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa, yang boleh disalurkan untuk membantu program kemasyarakatan dan aktiviti seluruh negara," katanya.

Dalam kenyataannya itu, George juga berkata, langkah itu akan membantu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan juga pulangan kepada kerajaan -- pada jumlah boleh mencecah "jutaan ringgit."

"Apa yang kerajaan sedang lakukan ialah meneliti satu situasi ekonomi yang sekiranya tidak dieksploitasi atau dikawal, boleh menjadi medan pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan maksiat, pengedaran dadah dan lebih banyak jenayah berat yang lain.

"Mengenai bantahan daripada pihak tertentu pula, kami berpendapat bahawa bantahan itu setakat ini hanyalah bermotifkan politik dan untuk keuntungan politik sahaja.

"Amat penting bagi kita untuk melihat isu ini daripada perspektif ekonomi, daripada melihat daripada kaca mata politik," katanya lagi.

Di dalam artikel kali ini, saya tidak ingin untuk membincangkan tentang “halal atau tidak harta tersebut digunakan untuk negara”. Tetapi apa yang saya ingin bincangkan ialah situasi yang berkaitan dengan pemikiran politik ekonomi yang telah menghalalkan judi, mengikut perspektif siasah syar’iyyah.

Daripada berita di atas, kita dapat mengetahui bahawa duit hasil judi yang berjuta-juta ringgit itu akan menjadi keuntungan negara. Maka, mereka berpandangan ia adalah satu perkara yang bermanfaat dan sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan. Maka, daripada ulasan ini, dapat kita simpulkan kepada beberapa isi.

Pertama

Pemikiran Existentialisme telah mengatakan ketuanan kepada diri manusia, sehingga mereka meletakkan baik dan buruk itu berdasarkan apa yang disukai oleh diri sendiri. Apa yang dirasakan baik pada diri sendiri, maka ia dianggap baik. Sedangkan di dalam Islam meletakkan perbezaan di antara baik dan buruk berdasarkan perspektif syara’, bukan dengan ukuran otak manusia.

Maka, mereka seperti menggunakan pemikiran ini, dalam menghalalkan judi berdasarkan “kebaikan” dan manfaat yang mereka perolehi, sedangkan perkara tersebut adalah haram. Maka, mereka mengukur baik dan buruk itu berdasarkan otak manusia semata-mata, bukan lagi berdasarkan syara’

(Sumber : Falsafah Moden, Dr Ahmad Abduh Hamudah al Jamal, cetakan Universiti al Azhar)

Kedua

Kepentingan (maslahah) untuk masyarakat perlu diukur kepada beberapa perkara berikut :

1. Kepentingan itu hendaklah tidak bercanggah dengan matlamat pensyariatan (maqasid syariah).

2. Sekiranya bercanggah, ia tidak dinamakan kepentingan, bahkan ia adalah kerosakan (mafsadah). Judi adalah satu perkara yang bercanggah dengan matlamat pensyariatan (maqasid syariah)

Maka judi diletakkan sebagai kerosakan, bukan lagi kepentingan (maslahah). Maka di sana terdapat pertimbangan di antara dua perkara, iaitu :

1. Sekiranya menghalalkan judi, akan menyebabkan kerosakan (mafsadah).

2. Sekiranya menyekat perjudian, merupakan kepentingan (maslahah).

Maka, secara jelasnya kita perlu menyekat judi kerana ia merupakan kepentingan dan ia juga menolak kerosakan. Sekiranya kita menghalalkan judi, akan menyebabkan kerosakan, dan bertentangan dengan kepentingan manusia (maslahah). Maka, sudah pasti ia perlu ditolak serta merta, kerana jelas bertentangan dengan maqasid syariah.

Timbul persoalan, sekiranya duit tersebut digunakan untuk kebajikan dan kebaikan, bukankah ia satu kepentingan untuk rakyat? Maka, jawapannya ialah “perkara yang bercanggah dengan maqasid syariah bukanlah satu kepentingan untuk rakyat, tetapi ia adalah satu bahana yang besar”.(As Siasah asy Syar’iyyah, Dr Yusof al Qaradhawi, cet. kedua Maktabah Wahbah, hal. 87)

Ketiga

Syariat tidak boleh diukur dengan akal manusia. Bahkan menghalalkan judi adalah satu bentuk perkara yang bercanggah dengan akal manusia sendiri. Sudah terang, judi itu akan menyebabkan harta dimakan secara haram, persengketaan, kezaliman, penipuan dan sebagainya.

Maka, akal yang tidak sihat akan mengatakan bahawa persengketaan itu adalah bagus, kezaliman itu juga satu bentuk amalan yang baik, dan sebagainya. Sudah pasti, mereka yang menghalalkan judi, juga mereka yang menghalalkan kezaliman. Agama manakah yang membenarkan kezaliman selain daripada Yahudi?

Yahudi mengamalkan konsep “matlamat menghalalkan cara”. Iaitu gunakanlah cara apa sekalipun, asalkan matlamat tersebut tercapai. Tidak kira cara yang digunakan tersebut menzalimi manusia atau tidak. Maka, menghalalkan kezaliman adalah salah satu bentuk amalan Yahudi.

Membenarkan judi seolah-olah membenarkan kezaliman berlaku. Akal yang sihat manakah akan meredhai kezaliman? Adakah kita dibenarkan melakukan kezaliman terhadap harta orang ramai, untuk mendapatkan keuntungan berjuta ringgit? Jawapannya ialah, “matlamat tidak menghalalkan cara”.

(sumber : al Yahud, Tarikhan Wa Aqidatan, Dr Kamil Sa’fan, cet. Pertama Darul I’tisom)

Keempat

Judi akan menyebabkan akidah dan pegangan manusia mudah goyah. Iaitu dengan mengamalkan konsep tilik nasib. Atau menanti nasib. Maka, perkara ini diharamkan oleh Allah SWT, kerana ia bercanggah dengan maqasid syariah (matlamat digariskan syariat), iaitu syariat digariskan untuk memelihara perkara-perkara berikut :

1. Syariat digariskan untuk menjaga akidah dan pegangan manusia. Maka, dengan berjudi boleh menyebabkan akidah dan pegangan seseorang itu goyah. Mereka tidak yakin dengan Allah SWT hasil daripada didikan tilik nasib seperti judi ini. Maka, Islam tetap melarang judi walaupun ia memberikan pulangan

2. Syariat digariskan untuk menjaga harta sesama manusia. Maka, dengan berjudi akan menyebabkan harta manusia bercampur di antara harta yang diusahakan, harta yang diambil secara zalim, harta hasil daripada perbuatan yang haram dan sebagainya. Maka, ia bercanggah dengan matlamat syariat itu diletakkan.

Kita akan dapati bahawa judi hanya mendatangkan keuntungan dalam jangkamasa yang terdekat, tetapi ia akan menyebabkan ekonomi Malaysia mengalami parah yang teruk untuk jangkamasa akan datang, akibat pengamalan judi yang telah dicetuskan tahun ini.

Kesimpulan

Maka, sekiranya menghalalkan judi dengan beralasan keuntungan yang berlipat ganda, jelas bercanggah dengan syara’. Perkara ini perlu diketahui sebelum kita membincangkan “adakah harta hasil judi itu boleh digunakan untuk kebajikan?”. Kesimpulan awal mengatakan bahawa keuntungan hasil judi adalah mafsadah (kerosakan) bukanlah satu kepentingan (maslahat).

Maka, apabila menghalalkan judi itu menyebabkan kerosakan, dan bukan satu maslahat, kenapa ia perlu diperjuangkan untuk dilaksanakan juga? Antara kerosakan yang boleh kita lihat pada hasil daripada judi berjuta-juta ringgit ini ialah :

1. Masyarakat akan lebih cenderung untuk berjudi, dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan parah. Apatah lagi ia dilakukan sendiri oleh kerajaan untuk mendapat kewangan negara, dan mereka berasa bahawa judi itu mendatangkan hasil.

2. Masyarakat akan didoktrin dengan pemikiran materialisme, hasil daripada wang yang banyak daripada hasil judi. Maka, mereka akan melihat bahawa judi adalah salah satu amalan yang baik untuk memulihkan ekonomi, apatah lagi ekonomi negara.

3. Berlakunya penafian Syariat Islam secara besar-besaran, dan dibuat secara terang-terangan. Maka, apabila maksiat yang besar dilakukan oleh kerajaan secara terbuka, masyarakat akan berasa bertambah selesa untuk melakukan maksiat secara peribadi dan individu.

WaLlahua’lam
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

at 6/17/2010 04:08:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

4 Rejab 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan
tindakan tidak bermoral K. Keshvinder Singh, Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Malim Nawar daripada DAP yang telah
mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang dilihat
telah mengkhianati amanah rakyat dan tidak layak menjadi Yang
Berhormat dengan tindakkannya tersebut.

DPPN Pk mendesak agar Keshvinder meletak jawatan jika beliau
benar-benar menghormati rakyat yang telah memilihnya. DPPN Pk
juga mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) menyiasat tindakkan tidak bermoral yang telah dilakukan
oleh Keshvinder tersebut yang memungkinkan gejala rasuah berlaku.

MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2 Rejab 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH, 14 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa komitmen PAS untuk menegakkan keadilan adalah satu agenda utama yang tidak pernah padam dalam prinsip perjuangan PAS sejak dari awal penubuhannya lagi. Menurut beliau, hanya dengan meletakkan prinsip keadilan yang di bawa oleh Islam dalam segala sudut kehidupan maka segala permasalahan yang
timbul di dunia ini akan dapat diselesaikan.

Beliau juga menyatakan dengan terbentuknya Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai salah satu sayap penting perjuangan PAS, perkara ini menunjukkan bahawa orang-orang bukan Islam menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi kepada PAS bagi membawa keadilan untuk seluruh rakyat di Malaysia, hal ini kerana orang bukan Islam kini jelas bahawa Islam yang yang diperjuangkan PAS adalah satu perjuangan yang mulia ,bersih, adil lagi berakhlak .

Beliau menambah lagi, PAS kini sudah bersedia bagi menggantikan UMNO sebagai parti melayu yang meninggalkan ajaran Islam, bagi beliau UMNO masih lagi mengekalkan ketidakadilan dalam segala sudut perjuangannya samada dalam bidang, social, politik, pemerintahan, ekonomi dan sebagainya.

Justeru itu, PAS kini dilihat sebagai Parti yang terbaik untuk menggantikan UMNO yang hampir 53 tahun memerintah Negara, namun sehingga kini UMNO masih tidak dapat membawa prinsip keadilan kepada orang melayu dan bukan melayu dalam agenda perjuangan mereka jelas beliau.

Beliau juga yakin bahawa PAS mampu memimpin rakyat dalam membentuk gelombang keadilan yang telah ditawarkan Islam sejak sekian lama bagi merealisasikan sebuah masyarakat yang adil dan harmoni bagi mendapat kerahmatan dari ALLAH SWT.

at 6/15/2010 04:52:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

3 Rajab 1431H.


SUBANG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Perak Keshvinder Singh (gambar) daripada DAP keluar parti dan menjadi ahli Bebas.

Beliau berkata pada satu sidang media di Holiday Villa Subang di sini sebentar tadi

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kononnya kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Sehubungan dengan itu saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini bagi menjawab tohmahan yang tidak berasas yang didakwa oleh Keshvinder .

Disamping ini saya berharap semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat terus bersabar dan bertenang dengan berita terbaru ini. tumpuan Pakatan Rakyat ialah tidak lain dari menumpukan sepenuhnya gerakkerja untuk menumbangkan BN dalam Pilihanraya akan datang.

28 Jamadil Akhir 1431H.
Harakahdaily

PENGKALAN CHEPA, 11 Jun: Muktamar PAS kali ke-56 pada sebelah petang ini diteruskan dengan perbahasan ucapan dasar presiden.

4.53 petang: Perwakilan Kedah, Ustaz Ahmad Izzat Mohd Shauki sedang membahaskan ucapan dasar presiden.

Beliau menyeru semua pimpinan PAS di semua peringkat menonjolkan keadilan Islam agar PAS dilihat hebat oleh kawan dan lawan.

Pimpinan dan ahli PAS juga digesa menjaga rahsia parti bagi mengelakkan PAS dilihat berbalah sesama sendiri.

"Sekarang semua orang tahu nak jatuhkan Umno perlu naik kapal PAS", katanya.

PAS perlu mempunyai satu mekanisma mengurus kepelbagaian pandangan denga baik agar dilihat bersepakat.

Beliau juga menggesa pimpinan semua peringkat perlu wala' kepada pimpinan walaupun perkara tersebut tidak disukai.

Berhubung PRU-13, beliau mencadangkan calon Pakatan Rakyat ditapis sebelum dipilih bagi mengelak gejala lompat parti.

Selain itu beliau juga mahu pemimpin PAS memberi pandangan tuntas berhubung isu lompat supaya PAS dilihat memandang berat isu tersebut.

PAS juga katanya perlu menggunakan strategi yang disenangi semua kaum pada PRU-13.

4.26 petang: Perwakilan Perak, Drs. Khalil Idham Lim mengemukakan usul tahniah dan penghargaan serta menyokong ucapan dasar presiden.

Beliau berkata keadilan Islam terserlah dengan kehadiran DHPP pada muktamar kali ini sekaligus membuktikan sifat Islam sesuai untuk semua bangsa.

Beliau juga berkata Umno telah membawa malapetaka dahsyat apabila telah menghapuskan tulisan jawi, merobohkan sekolah agama dan meluluskan lesen judi.

Beliau berjanji Pakatan Rakyat Perak akan bekerja kuat merampas kembali pemerintahan negeri Perak.

Dalam pada itu beliau mencadangkan semua pimpinan PAS termasuk ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri berusaha menyampaikan mesej 'PAS for All'.

"Kalau bukan Islam berbondong-bondong menyokong PAS, kenapa orang Islam tak mahu menyokong PAS", katanya.

Beliau turut membentangkan beberapa cadangan yang boleh dilakukan oleh PAS untuk membantu Palestin.

"PAS perlu memainkan peranan yang lebih serius bagi memastikan hak rakayat Palestin dikembalikan kerana rakyat Malaysia masih kabur mengenai penderitaan rakyat Palestin", katanya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan seberapa ramai pendakwah disediakan bagi memberikan penjelasan mengenai masjid Al-Aqsa di Palestin yang ditawan oleh rejim zionis Israel.

4.05 petang: Perwakilan Terengganu Saiful Bahari Mamat menyokong ucapan terima kasih kepada kepada ucapan dasar presiden yang dikemukakan Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah sebentar tadi.

Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS yang berjaya mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Beliau berkata golongan bukan Islam telah menerima kepimpinan Ulama' dalam PAS. Ini ujarnya merupakan satu kejayaan PAS membuang momokan yang digunakan Umno Barisan Nasional untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Beliau menyeru pimpinan PAS mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain termasuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi memastikan parti terus kukuh.

Beliau turut menggesa agar tarbiyah di kalangan pimpinan dikukuhkan bagi mengelak isu lompat parti.

"Yang lompat bukan ahli biasa tapi di kalangan pimpinan", katanya.

PAS sebagai parti government in waiting digesa mewujudkan hubungan baik dengan istana dan Sultan.

PAS Terengganu juga katanya yakin dapat mengambil alih pemerintahan negeri itu dan meminta pimpinan PAS mereka strategi.

at 6/12/2010 02:50:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

29 Jamadil Akhir 1431H.

Drs. Khalil melancarkan Pasukan pilihan sebagai juara Piala Dunia 2010 Pemuda PAS Kawasan Jeli iaitu Argentina sempena dengan Ceramah Isu Semasa yang diadakan di Batu Melintang malam tadi.

Penyampaian sumbangan jersi Argentina dari Pemuda PAS Kawasan kepada wakil-wakil UPU setempat

Drs. Khalil sedang menyampaikan ceramahnya.

21 Jamadil Akhir 1431 H

KUALA LUMPUR, 4 Jun: PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga, rakan-rakan seperjuangan dan penduduk Acheh di atas pemergian Tengku Hasan Muhammad Di Tiro, 85, (gambar) ke rahmatullah, semalam di sebuah hospital di Banda Acheh.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, almarhum yang merupakan pengasas kumpulan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) adalah antara tokoh terpenting yang terlibat dalam perjuangan wilayah Acheh sehingga akhirnya perdamaian dicapai pada bulan Ogos 2005 yang lalu.

“Pemergian beliau ini bukan sahaja dirasai oleh seluruh keluarga, rakan dan penduduk Acheh, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pendukung PAS.

“Ianya mengimbas kembali hubungan baik yang dijalin di antara Almarhum Tengku Hassan dengan kepimpinan PAS sejak puluhan tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, ternyata kepulangan kali kedua beliau ke Acheh pada 17 Oktober 2009 adalah merupakan kepulangan terakhir sebelum beliau menemui Allah Subhanahu Wataala.

Beliau yang juga Ahli parlimen Marang berkata, hasrat Tengku Hasan beliau untuk melihat suatu keamanan di Acheh akhirnya berjaya dicapai dalam ruang umur beliau.

“Bagi pihak seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS, saya merakamkan ucapan takziah dan berharap seluruh keluarga, rakan dan penduduk Acheh dapat bersabar dengan ketentuan Allah ini.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya lagi.

Almarhum yang dikenali dengan Hasan Tiro, meninggal dunia di Hospital Zainoel Abidin Banda Aceh, pada jam 12.02 waktu Indonesia Barat, sehari selepas beliau diberikan kembali status sebagai warganegara Indonesia.

Beliau yang dilahirkan di Pidie, Aceh, pada 25 September 1925 telah memohon untuk mendapatkan kembali kewarganegaraan Indonesia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, beliau memegang pasport Sweden dan tinggal dalam buangan di Stockholm sejak tahun 1979 akibat konfrontasi dengan kerajaan Indonesia yang dipimpin Presiden Soeharto ketika itu.

Harakahdaily/-

at 6/04/2010 10:39:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

21 Jamadil Akhir 1431 H

Kampung Baru adalah 100 peratus milik orang Melayu tanpa kompromi dan tidak boleh dibuka kepada bangsa lain kerana ia "satu-satunya aset Melayu-Islam di tengah-tengah Kuala Lumpur".

Ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali berkata cadangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk membuka pemilikan sebanyak 40% kepada bukan Melayu di kawasan tersebut amat dikesali.

"Selama 110 tahun pemilik dan pewaris mempertahankan Kampung Baru meski pun dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit disekelilingnya.

"Tiada sebab untuk mereka melepaskan pegangan kerana kelemahan kerajaan yang memerintah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penduduk kawasan itu rela membangunkan Kampung Baru dengan cara dan kemampuan sendiri daripada membiarkan aset bersejarah itu terlepas akibat himpitan pembangunan.

Dr Lo' Lo' berkata cadangan pembahagian itu hanya menyerlahkan kegagalan kerajaan mempertahankan kampung itu "walaupun UMNO mengaku sebagai pejuang dan juara Melayu".

Beliau sebagai wakil rakyat untuk kawasan itu turut menggariskan beberapa perkara yang menurutnya perlu diberi perhatian dalam proses pembangunan tanah tersebut, antaranya:

- Menyalurkan dana khas daripada kerajaan tanpa penglibatan swasta atau pelabur-pelabur asing bagi memberi keyakinan kepada pemilik dan pewaris akan dapat mengekalkan aset mereka.

- Memastikan Pembangunannya mesti berimbang antara pembangunan fizikal, mental dan spiritual.

- Menjadikan Kampung Baru sebagai pusat sehenti Melayu di mana segala-segalanya berkaitan bangsa itu, termasuk kebudayaan, konsep kejuruteraan, ekonomi, sosial, kesenian dan sejarah Melayu terdapat di situ.

Malaysiakini/-

at 6/04/2010 10:38:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

21 Jamadil Akhir 1431 H

Nak buat kenduri kahwin tapi bimbang tak cukup gula? Jangan khuatir.Setidak-tidanya di Terengganu, gula yang diperlukan boleh dibeli di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri dengan syarat anda perlu tunjukkan kad jemputan kahwin.

"Kita minta bawalah kad jemputan, bukan sebagai bukti tetapi kita ingin tahu bila dan berapa banyak gula yang diperlukan untuk majlis itu, senang untuk kita agihkan kerana kita jangkakan ramai yang akan adakan kenduri sepanjang cuti sekolah ini," kata Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut beliau, peniaga yang ingin mendapatkan bekalan bahan berkenaan pula boleh mengemukakan lesen perniagaan masing-masing.

"Kita jangkakan bekalannya sebanyak 2,400 metrik tan sebulan yang kita ada mencukupi untuk kegunaan seluruh negeri," katanya.

Menurut beliau orang ramai boleh mendapatkan bekalan bahan itu di pasar raya dan kedai runcit seluruh negeri.

"Jika ada peruncit atau pemborong yang enggan jual gula sedangkan mereka ada simpan bahan itu, kita minta pengguna laporkan segera. Kita ingin banteras golongan yang menimbulkan masalah ini," katanya.

Abdul Ghani berkata satu unit khas yang dikenali sebagai 'rescue team' juga sentiasa memantau masalah kekurangan bekalan gula di seluruh negeri.

"Unit ini akan menghantar gula ke mana-mana lokasi yang mengalami kekurangan gula, termasuk di kawasan luar bandar. Untuk tujuan ini PPDNKK mendapat kerjasama daripada penghulu kampung," katanya.

Malaysiakini/-

at 6/04/2010 10:36:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

21 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Genap setahun selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu, sekumpulan penduduk berkumpul di lokasi tersebut malam tadi bagi mengenang "kerugian duit rakyat" akibat kejadian tersebut.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu Mohd Fauzi Abu Samah yang menganjurkan program itu berkata pihaknya kesal dengan cara tragedi tersebut ditangani yang seolah-olah "tiada siapa yang dipertanggungjawabkan".

"Orang kenang sesuatu itu bukan yang baik sahaja. Firaun pun dikenang kerana kejahatannya. Kita berhimpim kerana tidak mahu rakyat lupa.

"Jangan ingat selepas (ahli politik) keluarkan kenyataan, lepas itu orang tak ingat lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut mereka turut membakar bendera Israel kerana membantah serangan berdarah negara Yahudi itu terhadap kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza pada pagi Isnin lalu.

Selepas setahun dibina, stadium bernilai RM292 juta yang disasarkan sebagai venue utama sukan negara pada Jun tahun lalu mengejutkan banyak pihak apabila ranap menyembah bumi.

Dalam kejadian tersebut, bumbung stadium yang menempatkan pintu A, B, dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan runtuh.

Ia dilaporkan berpunca daripada kegagalan semua pihak yang dilantik membina Stadium mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Fauzi berkata pihaknya sedang mendapatkan nasihat peguam bagi membawa kes tersebut di muka pengadilan jika tiada tindakan terhadap pihak terbabit dalam 'kecuaian' itu.

Bagaimanapun ketika sentimen anti-Israel yang sedang meluap-luap ekoran serangan tenteranya terhadap flotila pro-Palestin, demonstrasi itu seperti 'menukar haluannya' apabila tiga bendera Israel dibakar penduduk yang hadir.

"Kebetulan ada kes serangan tentera Israel ini, kini tunjukkanlah juga bantahan kita terhadap mereka," kata Mohd Fauzi.

Mampat juga akan melancarkan tabung bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dalam masa terdekat ekoran kegagalan flotila Mavi Marmara ke Semenanjung Gaza, tambahnya.

Malaysiakini/-

at 6/04/2010 10:34:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

21 Jamadil Akhir 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Lain pula ulasan dari Senator Dr. Awang Adek Hussein bila katanya Malaysia tidak akan bankrap pada 2019 seperti Greece meskipun subsidi berjumlah RM74 bilion setahun diteruskan, yang juga Timbalan Menteri Kewangan .

Awang Adek mengulas pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika pemberian subsidi kepada rakyat diteruskan.

Mana satu yang betul Awang Adek atau Idris Jala ?. saya kira kedua-duanya tidak betul sebab mereka mengeluarkan pandangan tanpa kajian yang sangat terperinci . Dan pandangan saya diluar kotak kajian itu, ialah negara benar-benar akan dan terus bankrap sekiranya terus diperintah oleh UMNO dan BN.

Awang Adek berkata keadaan ekonomi negara pada masa itu tidaklah begitu teruk seperti yang digambarkan iaitu seolah-olah negara tidak mampu membayar hutang jika kerajaan berhasrat meneruskan pemberian subsidi.

Hakikatnya, langkah untuk memansuhkan subsidi ialah bagi mengurangkan kadar defisit negara serta membolehkan kedudukan kewangan negara lebih stabil, katanya.

"Negara tidak akan bankrap. Mana boleh bangkrap sekalipun subsidi diteruskan, tetapi dengan cara itu (mansuhkan subsidi) boleh mengurangkan beban hutang dalam negara yang ditanggung oleh semua rakyat," kata Awang Adek.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Kewangan, di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan Kubang Kerian di sini, semalam.

Beberapa hari lepas, Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri, berkata ia boleh berlaku kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.

Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009. Namun begitu apalah salahnya mengembalikan keuntungan negara kepada rakyat kerana asalnya semuanya datang dari rakyat. Rakyatlah yang menghasilkan produktiviti dan hasil negara. merekalah pembayar cukai dalam pelbagai bentuk.

Disamping pemberian subsidi adalah pengembalian nikmat hasil negara terutamanya hasil minyak dan gas untuk meringan bebanan rakyat, apalah salah nya jika subsidi diteruskan. Isu bankrap adalah isu untuk menghalalkan tindakan kerajaan menarik subsidi yang sekian lama dinikmati oleh rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju dengan pandangan Idris itu.

Alahai Malaysia yang kita cintai, beginilah nasib rakyatnya yang akan terus tertekan setiap kali BN diberikan mandat untuk meneruskan teraju negara. Barang naik, tarik subsidi dan berbagai masalah timbul dan yang jadi mangsa adalah rakyat bawahan.

Untuk kali ini marilah kuatkan tekad untuk turunkan BN dari tampuk pemerintahan Negara, gantikan dengan Pakatan Rakyat yang akan menyelamatkan negara dari bankrap.

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

GAS (Gerakan Anti Samy) semalam baru sahaja menyemburkan `gas'nya walaupun disedut dengan pantas oleh geng-geng Samy. Maka, GAS pun dianggap gagal kerana jauh dari sasarannya untuk mengumpulkan lebih kurang 15 ribu para penyokongnya agar boleh bikin Samy kecut perut. Ternyata yang hadir dikatakan hanya sekitar 3, 500 sahaja yang masih ada `gas' untuk berdepan dengan Samy. Tentu Samy dan juga GAM (Gerakan Anti Mugilan) bersorak besar dengan keaiban yang diterima oleh GAS yang dikatakan `proksi' Umno itu.

Kita yang berada di luar ini hanya menonton drama demi drama oleh parti-parti komponen Bn ini setelah MCA baru selesai menayangkan drama mereka.

Kita penuh yakin bahawa drama-drama ini akan berterusan sehingga Pilihanraya Umum ke 13 nanti kerana kebanyakan pemimpin di dalam parti komponen Bn telah mulai kenal wajah Umno.Jika mereka boleh mempromosikan GAS dan GAM, kita juga akan cuba mempromosikan GAB pula. GAB (Gerakan Anti Bn) sebenarnya telah lama berjalan dan kini telah mula menampakkan hasilnya, cuma jenama GAB sahaja yang belum dipromosikan secara meluas. Mungkin tidak salah jika pimpinan di dalam PR mula memperkenalkan jenama terbaik GAB ini.

Kita jangan peduli samada GAS atau GAM yang berjaya, samada Samy akan berundur atau tidak, yang penting adalah GAB akan beroleh kejayaan. Nampaknya mereka semakin bimbang dengan keutuhan PR apatah lagi melihat kepada kesefahaman di antara PAS dan DAP yang sukar untuk kepala otak pimpinan Umno memikirkannya.

Najib kini dilihat tiada arah di dalam dasar dan prinsipnya yang kejap-kejap berubah. Najib perkenalkan MEB kununnya untuk menandingi dasar PR, tetapi baru berdepan dengan beberapa desakan NGO yang diketuai oleh Ibrahim Al-Kataki, Najib terketar-ketar mengumumkan bahawa sebenarnya MEB belum muktamad. Rupa-rupanya selama ini Najib bercakap benda yang belum muktamad. Inikah PM yang dikatakan Obama Presiden Amerika memujinya dan ingin mencontohi dan belajar dasar ekonomi dari Najib?

Percayalah, apabila Najib berdepan dengan kaum bukan Melayu nanti, Najib akan memaklumkan bahawa MEB sudah dimuktamadkan. Tidak hairanlah jika rakyat bukan Melayu kini semakin tidak mempercayai apa jua yang keluar dari mulut Najib. Di dalam kenyataan beliau berkenaan MEB yang belum muktamad itu, Najib pun menyebut betapa Islam sendiri pun memerintahkan berlaku adil tidak mengira apa jua bangsa dan agama. Mengapa Najib tidak menyebut tentang lesen judi bola yang diluluskannya itu? Tidak berjumpakah Najib tentang ayat Al-Quran berkaitan judi?

Pemimpin yang terlalu banyak berbohong dan retorik akhirnya cepat diketahui rakyat. Tidak seperti pemimpin PR yang konsisten apabila menyebut tentang dasar dan perjuangan kepada rakyat. Bahkan, pemimpin PR sanggup berdebat bila-bila masa sahaja dengan pemimpin Umno berkaitan apa jua dasar agar kesemua rakyat berbilang kaum tahu dan menilai dasar siapakah yang lebih adil. Masalahnya, belum ada sejarah Najib berani untuk berdebat dengan pemimpin PR. Kerana apa? Ini adalah kerana Najib terlalu banyak hipokrit serta terlalu banyak membohongi rakyat.

Najib gagal di dalam semua aspek kerana itu dikatakan bahawa negara ini menuju ke arah bankrap. Tiada siapa pun di kalangan menteri beliau yang mampu membantunya bahkan lebih ramai hanya mendekati Najib untuk mencium tangannya sahaja. Jika dahulu Umno menuduh ekonomi negara terganggu kerana perjuangan reformasi yang dibawa oleh DS Anwar, kini dikatakan pula negara akan bankrap kerana adanya dasar subsidi kerajaan kepada rakyat selama ini. Begitulah lintang pukangnya bacaan ekonomi Najib sehinggakan beliau benar-benar hilang idea untuk membangunkan negara ini. Untuk menguatkuasakan larang penjualan rokok 14 batang pun tidak menjadi dan bertangguh, apa mahu diharapkan dengan dasar yang lebih besar?

Tiada cara lain lagi melainkan GAB perlu diperkuatkan. Bukan sahaja Najib perlu disingkirkan dari memimpin negara ini bahkan Bn juga mesti dinyahkan. Jika mereka sendiri sudah tidak yakin untuk membangunkan negara dengan berbagai dasar yang lintang pukang, rakyat perlu memilih kerajaan baru untuk menyelamatkan negara ini.

at 6/01/2010 04:35:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: safarizal saleh

28 Mei 2010 (IPOH) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur telah berjaya merintis menubuhkan Jawatankuasa Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Kawasan Parlimen Ipoh Timur bersama Pemuda Sosialis DAP dan Angkatan Muda PKR yang pertama di negeri Perak.

Hadir semasa pertemuan bagi menubuhkannya ialah Salman Saleh, Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Perak; Ray Ng, Timbalan Ketua DAPSY Ipoh Timur dan Megat Muhamad Faizal Megat Yunus, Ketua AMK Ipoh Timur.

Antara yang turut hadir ialah Ahmad Faisal Mohd Puaid, Timbalan Ketua Pemuda PAS; Ahmad Shahril Jalaludin, Naib Ketua Pemuda PAS; Hui Chung Chun, Setiausaha DAPSY dan Safarizal Saleh, Ketua Penerangan yang juga Setiausaha Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak.

Kejayaan menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur ini akan memantapkan lagi kerjasama kompenen di dalam Pakatan Rakyat kelak. Sekretariat ini juga telah merancang untuk mengadakan pelancarannya pertengahan bulan Julai ini nanti.

Sekretariat ini juga merancang untuk mengadakan program-program bersama termasuk dengan YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur.

at 6/01/2010 04:35:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: safarizal saleh

30 Mei 2010 (IPOH) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah mengorak langkah melancarkan program Gotong-Royong Rakyat sebahagian daripada konsep Negeri Bekerbajikan yang bertujuan membantu rakyat telah di lancarkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi baru-baru ini.

Program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Pemuda PAS Perak. Hadir sama semua pimpinan Pemuda PAS Perak dan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh negeri Perak.

Kelainan program ini di DUN Manjoi ialah dengan mengadakan program kursus menghapuskan Aedes yang semakin membiak luas di sekitar Jalan Juara, Kampung Manjoi.

'Kita akan sama-sama bekerjasama membersihkan dan berusaha menghapuskan Aedes yang amat berbahaya' nyata Zawawi di dalam ucapan perasmiannya

Manakala Zairul Azrun Zainal Abidin yang juga Ketua Pemuda PAS Tambun pula berkata 'kita berharap dengan usaha gotong-royong ini akan menghapuskan Aedes yang mengacam kita sekarang ini'

'Program seumpama ini telah kita rancang dan seluruh kawasan Parlimen akan kita adakan program yang sama' tegas Salman Saleh selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Perak.

Gotong-Royong Rakyat ini adalah medium untuk Pemuda PAS bersama dengan rakyat seluruhnya bagi mempertejemahkan konsep bekerbajikan yang selama ini di bawa oleh Pakatan Rakyat.

DUN Manjoi yang di pilih bagi tujuan pelancaran yang akan digerakkan ke seluruh kawasan Parlimen dalam bentuk program yang sama. Ianya juga sebagai usaha Pemuda PAS untuk membuka ruang bersama rakyat.

    Followers