Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

18 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH, 1 JUN, Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) Saudara
Mohd Hafez Sabri mendesak agar Kerajaan Malaysia
menghentikan serta merta penggunan APCO serta agensi dan konsultan
yang berkaitan dengan Israel. APCO yang mula bertapak di Malaysia pada
1 September 2009.

Menurut beliau, Jika benar kerajaan Malaysia mengutuk tindakan Israel
merampas dan menyerang kapal 'Mavi Marmara' serta mengakibatkan
kematian dan syahidnya 16 orang aktivis dan cederanya lebih 32 orang
atas misi untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi penduduk GAZA,

Kerajaan Malaysia perlu buktikan dengan jelas dengan memberhentikan
serta merta khidmat APCO yang bernilai bernilai RM20 juta itu.
Konvoi kapal Freedom Flotilla dalam perjalanan membawa lebih 10,000
tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Konvoi ini membawa kira-kira
10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal
Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media,
ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan
juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

IPMM mewakili generasi anak muda mencadangkan beberapa usaha yang
mesti digerakkan untuk menunjukkan konsistensi kita dalam berhadapan
dengan isu yang membabitkan hak kemanusiaan.

Menurut beliau lagi, pihaknya menggesa agar rakyat Malaysia menyatakan
bantahan samada menyertai himpunan untuk menyerahkan memorandum di
setiap pejabat konsul Israel dan kedutaan Amerika, Menulis surat
kepada Perdana Menteri Malaysia selaku Penaung kepada Tabung Bantuan
Kemanusiaan Palestin berhubung dengan tindakan lanun menyerang kapal
konvoi supaya memanggil siding trgempar OIC dan mengheret Israel ke
muka pengadilan.

Sehubungan dengan itu Menurut Pengarah Hubungan Luar & Antarabangsa
Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Abdul Rahman Jabir beliau juga
turut menggesa agar Anak muda mesti bangkit dalam menyokong perjuangan
rakyat Palestin untuk survival mereka untuk mempertahankan tanah air
dan hak mereka. Memetik ucapan beliau “ Ini soal kemanusiaan yang
harus kita dokong bersama, Generasi muda perlu meneliti usaha seorang
aktivis kemanusiaan daripada Amerika, Rachel Corrie, 23 tahun. pada 6
tahun lepas yang nekad meninggalkan Amerika dalam misi untuk membantu
Gaza dan akhirnya mati dibunuh ketika beliau nekad menghalang
bulldozer rejim Zionis daripada meroboh rumah-rumah Palestin. Malah,
satu yayasan telah ditubuhkan iaitu Rachel Corrie Foundation for Peace
& Justice. Corrie tidak pernah kenal patriotisme yang buta. NGO anak
muda dan seluruh pertubuhan non partisan mesti menjiwai semangat anak
muda ini.”

Selain itu Institut Pemikir Muda Malaysia juga menggesa supaya
Parlimen membuat sidang khas berhubung dengan isu serangan tentera
rejim Zionis supaya resolusi dapat dikeluarkan. Bagi gerakan anak muda
ini sekarang bukan masanya hanya sekadar mengutuk serangan dan
mengeluarkan kenyataan yang tipikal dan bosan setiap kali peluru
membunuh nyawa rakyat yang tidak berdosa di bumi Palestin.

Pihak IPMM juga menggesa agar rakyat Malaysia teruskan member
sumbangan derma dan bantuan kemanusiaan dengan menyokong sebarang
usaha yang dibuat oleh Viva Palestin. Penyertaan rakyat dan pelajar
Malaysia dalam konvoi Viva Palestin pada Disember 2009 lepas perlu
dicontohi walaupun telah digagalkan daripada memasuki Gaza atas maksud
kemanusiaan.

0 Responses so far.

    Followers