Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

USA kini menghadapi masalan krisis kewangan apabila banyak syarikat kewangannya muflis atau menghadapi risiko untuk muflis.Laporan akan dibawakan selepas hari raya nanti.

Updated
Pada ketika ini USA sedang menghadapi masalah sub-prima yang menmufliskan industri kewangan di US. Namun, masalah ini berlaku apabila masalah korupsi dan pengurusan yang salah telah menjatuhkan syarikat kewangan itu sendiri. Masalah yang datang selepas itu hanya menguatkan kesan korupsi tersebut. Akibatnya, kerajaan Amerika terpaksa mengambil alih sebahagian daripada syarikat tersebut. Anehnya, ini adalah kaedah yang dipakai oleh Malaysia dalam menghadapi kegawatan ekonomi 1998 yang dikritik oleh US. Namun, bak kata orang, kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. USA akhirnya terpaksa mengambil pendekatan ini dengan mengeluarkan pelan penyelamatan bernilai USD700 billion bagi menyelamatkan syarikat seperti AIG. Mereka sendiri telah melanggar prinsip Kapitalis yang tidak melibatkan kerajaan. Sangat bodohlah USA yang pernah mengatakan "Kami Polis DUnia", Namun tidak mampu menghadapi krisis ini. Apa pula pandangan anda?



I wish
The Land of Hope
The Land that serve me and others

I wish if someone
Coming to me
And holding my hand as Muslim
I wish
If I die people will cry for me and i will smile in my death
I wish
To see Islam unite as a ummah
Unite as brothers and sisters
I wish
To make my brothers and sisters in Islam
Proud and will take care of each other
Islam will stand all the way.



at 9/24/2008 08:50:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Setelah sebulan berpuasa, menahan godaan dan hawa nafsu, maka kita telah tiba di kemuncak kemenangan kita, Aidlifitri dan takbir akan dilaungkan menandakan kemenangan kita. Namun berlaku salah anggap kerana di Malaysia, takibir dilaungkan secara perlahan dan berbunyi sedih. Sudah-sudahlah tu berbunyi sedih. Takbir adalah kejayaan dan kita seharusnya bersemangat menyambut Aidilfitri ini kerana kita akan kembali kepada fitrah manusia iaitu makan dan minum dan sebagainya. Kita juga harus melakukan kunjungan dan berdakwah pada masa yang sama bagi menyuburkan Islam di mata Dunia. Hubungan kita dengan ALLAH dan hubungan dengan manusia harus diutamakan agar silaturrahim dapat dijalinkan dengan sempurna. Selain itu, kita juga harus tahu bahawa kini jihad telah harus tertanam di dalam jiwa kita. Jika tidak kita akan kembali kepada tabiat lama yang buruk yang mungkin boleh menjejaskan kita. Maka berpuasa sunatlah 6 hari di bulan Syawal agar kita mendapat Barakah dari Rabbul Alam. Selamat Hari Raya, takbir , ALLAHUAKBAR.




Written on September 9, 2008 – 6:53 am | by nasa-peace

Ikhwah wa akhwat yang di sayangi Allah.
Di Malaysia ada sebuah jemaah baru yang menisbatkan kelompok mereka sebagai kelompok yang menegakkan Al-quran dan Sunnah. Mereka menyatakan sudah banyak jemaah yang telah bertapak di Malaysia ini tetapi tidak mendatangkan hasil. Mereka menyatakan Parti Islam SeMalaysia sebuah jemaah yang tidak memerhatikan tarbiah sehingga ada pengikut mereka yang bertakbir tangan kanan tetapi tangan kiri pegang rokok. Mereka menyatakan pula Tablig mempunyai gerak kerja yang mantap tetapi kekurangan ilmu, buku rujukannya cuma Fadhail Amal, itu sahaja. Maka mereka muncul tidak bernama kerana meraka menyatakan bahawa mereka adalah generasi pengganti sebagaimana yang dinyatakan didalam al-Quran:
kemudian Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka Yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan Yang kamu akan lakukan. (Yunus,10:14)
Bermula dengan seorang diri ketua mereka mula menyebarkan dakwah setelah beberapa tahun mendapat tarbiyah daripada …………. di Indonesia. Beliau menyebarkan dakwah yang benar-benar mudah di hadam oleh generasi muda yang ingin mencari ilmu islam. Dengan berbekalkan Materi Tarbiyah, memoir Hasan Al-banna dan buku-buku yang seangkatan dengannya menjadi bahan utama dalam halaqahnya, bisa membuat hati-hati generasi muda terkesima di dalam lumpur yang pekat. “Dicari susu terjumpa teh susu”. Maka dengan susah payah, bertahun-tahun akhirnya dakwah beliau tersebar meluas hapir 80 peratus di seluruh universiti di Malaysia. Penulis berterima kasih kepada beliau kerana menyampaikan dakwah ini, kerana dakwah ini membawa penulis KE jalan sunnah tetapi bukan ATAS jalan sunnah. Bahan pertama yang penulis dapat adalah Ukhwah Islamiah. Sungguh mudah bahan itu untuk difahami, ia disampaikan oleh seorang pelajar ………… yang menyambil jurusan Kejuruteraan. “Ini sungguh menakjubkan, seorang jurutera meceritakan tentang islam”. Itulah perasaan penulis pada kali pertama mengikuti halaqah.Penulis mula mengikuti dakwah mereka pada tahun 2004 di …………Pada mulanya ramai yang terkagum dengan pengisian yang diberikan oleh “abang-abang” semasa minggu suai mesra (MSM), tetapi setelah habis MSM kami terpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan mengikuti silivus usrah daripada KISAS, manakala yang tinggal bersama kami pada ketika itu cuma 5 orang, kami pula menanti Abang-abang untuk memberi solusi masalah yang kami hadapi ini. Maka datanglah seorang Abang yang dari jauh menaiki motor ke Matrik kami memberi taujih.
Kami 5 orang itu dikumpulkan maka dilantik seorang ketua, pada ketika itu penulis merasa pelik, siapa dia ni, nak kata islamic takde gaya langsung tetapi, kami semua taat. Maka setelah selang masa beberapa hari kami berkumpul, kami mula membuat carta organisasi agar dapat memudahkan gerak kerja kami ini. kurang seminggu 2 orang daripada kami keluar halaqah, yang tinggal cuma 3 orang, maka selang beberapa minggu keluar lagi seorang tinggal 2 orang. Ketua kami bijak berdakwah, beliau berjaya merekrut seorang sahabat penulis yang begitu berpengaruh, maka dengan keberdaanya dakwah mula gencar.Maka kami mula merekrut orang dengan cara memberi tazkirah, taklim, tayangan, ziarah dan mengajak ke halaqah. Stratergi sungguh mantap. Kami berjaya mengumpul hampir 20 lebih pemuda-pemuda yang cintakan islam untuk bersama kami. Pasti pembaca pelik bagaimana kami boleh berbuat begitu, bagaimana kami bergerak. Kami ada satu team khusus yang dipanggil Ahli syura. Ahli syura inilah yang membincangkan gerak kerja perjalanan dakwah di Matrik. Kami cuma akan memberi musykilah kepada Murabbi sekiranya kami mempunyai masalah. Maka murabbi itu akan memberikan taujih kepada kami. Maka dakwah kami terus berjalan dan berkembang. Kami di didik untuk membuka medan baru selepas habis Matrik, maka kami di arah untuk pergi ke …………
Dan disinilah kami mula menyebarkan sayap dakwah kami yang baru. Masa berlalu tanpa kami sedari, sehinggalah penulis akhirnya ternampak rupanya susu yang penulis cari selama ini, bukanlah susu asli tetapi teh susu. Setelah 4 tahun, barulah kini penulis faham kenapa semakin lama dijalan dakwah mereka, semakin mudah futur, kerana mereka yang keluar nampak apa kesalahan jemaah ini. Maka disini penulis menyertakan beberapa kesalahan dalam jemaah mereka:
1. Mereka meyatakan dakwah adalah berdasarkan ijtihad, sedangkan siapa mereka untuk berijtihad, adakah mereka sudah cukup ilmu untuk berijtihad?
Imam Ahmad Ibn Hambal menyatakan ketika beliau ditanya apakah seorang yg hafal 100 ribu hadis boleh berijtihad sendiri, Imam Ahmad menjawab : ‘Belum boleh’. Lalu beliau ditanya lagi : ‘apakah seorang yg hafal 200 ribu hadis boleh berijtihad sendiri’ , Imam Ahmad menjawab : ‘Belum boleh’. Ketika beliau ditanya kembali : ‘apakah seorang yg hafal 400 ribu hadis boleh berijtihad sendiri’ , lalu Imam Ahmad menjawab : ‘boleh’

Mereka menyatakan ini dakwah, kita perlu ikut fiqh waqi. Apa yang mereka faham dengan fiqh waqi’? sedangkan usul fiqh pun tidak pernah diajar.
2. Mereka membuat suatu ketetapan kepada semua ahli jemaah untuk memenuhkan mutabaah mereka. Ada beberapa amalan yang perlu dilakukan antaranya ialah:
• Al-mathurat 1 hari 2 kali pagi petang
• Baca Al-quran 1 hari 1 juzu’
• Tahjud satu hari sekali
• istigfar 70 kali sehari
• Dhuha
• ziarah
Betul amalan-amalan ini pernah dilakukan oleh para sahabat kecuali mathurat, tetapi penulis bertanya, kenapa perlu amalan-amalan ini ditanya disetiap kali halaqah?. Jawapan daripada mereka Nabi Muhammad pernah bertanya kepada para sahabat, hari ini siapa yang ada memberi derma, lalu Abu Bakar mengangkat tangan dan seterusnya. Penulis minta supaya dinyatakan apakah martabat hadith ini? Adakah setiap hari Nabi Muhamad bertanya kepada para sahabat. Kalau tidak pun adakah Nabi Muhammad tanya seminggu sekali pada para sahabat? Maka syariat mana yang mereka ambil?
Al-Mathurat, benar didalamnya ada hadith shohih tetapi ada hadith maudhu dan ada yang tidak bersumber. Kenapa ini yang perlu dijadikan zikir harian? Adakah ini zikir yang Nabi Muhammad dan para sahabat amalkan setiap hari? Kenapa dibaca secara berjemaah. Kata Manhaj salaf, perkara bid’ah di buat, salafkah itu. Tidakkah mereka pernah mendengar tegahan Ibnu Mas’ud terhadap orang yang berzikir beramai-ramai. Kenapa tak praktik ilmu yang ada.Alasannya, supaya orang lebih bersemangat, tidak tidur.Adakah islam didasari semangat atau fakta? Sudah hafalkah zikir-zikir dan doa-doa yang shohih dalam kitab-kitab hadith muktabar, contoh Hisnul Muslim? Alasan, kita pelajar, banyak benda kena buat. Kenapa kalau beraitan tentang islam, kita letak tingkat kedua, yang berada diatas-atas (Level Penggerak) baca sendiri atau, masih ada berjemaah terutama semasa program?. Mana akidah salafnya? Berdalil menggunakan Al-quran dan sunnah, betulkah pernyataan ini?
3. Infak adalah wajib kepada semua penggerak. 2.5 peratus daripada duit pinjaman ……. atau biasiswa wajib diinfakkan kepada dakwah. Syariat mana yang mereka ambil ini? 2.5 peratus lebih kurang macam zakatlah. Betulkah zakat, tetapi kenapa meletakkan ketetapan Wajib? betul ke salah, penulis ingin bertanya? Kemana pergi duit itu? ke pusat, itulah jawapannya. apa pulangan pada yang menginfak?……tiada…. konsepnya sanggup berhutang untuk menginfak…. syariat mana ni? Islamkah? Mereka berdalil dengan ayat quran:
Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari apa Yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) Yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang Yang zalim( al-Baqarah,2:254).

Betul ayat ini tidak pernah salah tetapi mereka yang menetapkan itu yang salah. Contohlah sekiranya ada diantara penggerak yang tidak cukup duit untuk bayar infak, maka dia dikira berhutang dengan dakwah. Dia perlu membayarnya di semester yang akan datang. Betul atau salah? maka syariat mana yang mereka guna. Adakah Nabi Muhammad menetapkan jumlahnya sebegitu? Kenapa Infak Abu Bakar dan Umar berbeza?

4. Mereka menggunakan akal didalam memberikan huraian ayat-ayat al-quran, kerana menyatakan mereka mengambil ayat-ayat yang jelas, iaitu ayat-ayat yang muhkam. Maka penulis bertanya adakah ini method salafussoleh? atau method sayyid qutb( moga Allah mengampuninya). Adakah dengan senang ambil zahir ayat tanpa mengetahui ashabul nizul, hadith-hadith berkaitan dan penerangan para sahabat? Mungkin disebabkan ambil ayat muhkam, dengan lancangnya seorang daripada mereka dengan sambil lewa menTADABUR surah 4:59 dengan menambah perkataa taat sebelum perkataan pemimpin pada ketika muqoyam di perak tahun 2008 baru-baru ini. Jawapan mereka, itu individu. Penulis tanyakan kembali siapa pula murabbinya, kenapa tidak ditegur? Senang-senang aplikasi ayat al-quran:

Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran?….(an-Nisa,4:82)
dan
dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?(al-Qamar,54:22)

Jawapan syubhat yang diberikan oleh ketua mereka bila diajukan orang menyatakan mereka guna otak terangkan ayat quran ialah “Nasib baik guna kepala otak, kalau kepala lutut?” sambil disambut dengan gelak ketawa pengikut yang ghulu.

5. Mereka memberitahu kepada anak halaqah supaya jangan memberitahu siapa murabbi mereka sekiranya ada orang yang bertanya. Adakah ini yang dicontohkan oleh para sahabat. Selepas kewafatan Rasulullah, untuk memelihara kebenaran dan kesucian Islam, maka terwujudlah ilmu sanad, maka apabila seseorang memberitahu tentang ilmu yang dikatakan ilmu islam maka orang akan bertanya siapa gurumu.Maka penulis bertanya lagi syariat mana yang mereka ambil? Mungkin mereka ambil syariat sebelum Nabi Muhammad, dalam kisah Ghulam, yang gurunya kata jangan beritahu pada orang sekiranya orang bertanya. Bukankah setelah kenabian Nabi Muhammad segala syariat sebelumya adalah termansuh? Tidak tahukah mereka?

6. Murabbinya adalah dikalangan orang-orang biasa yang tidak ada basic agama yang kuat. Hafalan quran dan hadith tidak sampai ke mana, tetapi musykilah diajukan pada mereka. Merekapun mengeluarkan pendapat dengan suka hatinya.Ada orang offer belajar kitab, tidak mahu pula kerana lain management. Penulis ingin bertanya, Imam Malik ada ke kata kat Imam Syafie jangan belajar dengan orang lain, mereka management lain. Tak boleh. Kalau pergi juga maka akan berlaku pertindanan arahan dakwah, nanti pening(alasan). Tapi sebenarnya takut orang tahu kebenaran. Sekali lagi penulis tanya syariat mana yang mereka ikut?

7. Pemimpin mereka adalah dikalangan mereka yang kurang ilmu janji taat pada pemimpin atasan dan tidak banyak soal.Dengan alasan solat ada imamnya dan musafirpun ada ketuanya. Penulis tanyakan apa ciri-ciri seorang imam, adakah siapa-siapa boleh jadi imam? Bukankah yang pertama adalah orang yang betul-betul faqih dengan sunnah dan yang terakhir seorang yang lebih tua. Itu imam, yang berdiri belakang imam? Sama juga, ke tidak pernah tahu? Bermusafir pula, bolehkah orang yang menjadi ketua dalam bermusafir itu seorang yang tidak tahu arah jalan, tidak pandai baca peta? Maka mananya dikatakan mengikut sunnah. Iku sunnah ke Punah?

8. Soalan cepu emas. Ada atau tidak dikalangan AHLI JEMAAH mereka USTAZ? Ada? tidak ada. Maka bagaimana hendak tahu apa yang mereka bawa itu sunnah atau tidak? Jawapan mereka. Kita masih dalam membina, suatu hari nanti kita akan hantar ikhwah wa akhwat ke Madinah dan Mekah untuk menuntut ilmu, sekarang pun kita sudah ada team ustaz (yang bukan ustaz) yang di minta bersedia untuk ke luar negara. Penulis bertanya kembali adakah ini method yang benar, kita buat satu ketetapan kemudian cari-cari dalil yang membenarkan ketetapan itu, atau kita cari dalil baru buat ketetapan? Jadi mana satu yang mereka guna? Dalam kondisi mereka mereka buat ketetapan, kemudian cari dalil yang boleh menyokong. Syariat mana yang mereka ambil?

9. Benar atau tidak jemaah ini menyatakan bahawa kita akan suatu hari nanti membuat demonstrasi besar-besaran sebagaimana di Indonesia. Pemimpin sekarang bemasalah, lebih-lebih lagi pemimpin sebelum ini (atau peulis salah faham). Tidakkah mereka baca hadith peringatan Nabi Muhammad ini:

Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya
oleh para sahabat tentang para pemimpin yang
berhukum dan menyelisihi hukum tersebut,
mereka berkata:

Wahai Rasulullah, tidakkah kita tentang mereka
dengan pedang?
Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda:

“ Tidak, selama mereka menegakkan
shalat pada kalian”
(HR Muslim (3/1482-1482 no. 1855) dan lain-lain dari hadits Auf bin Malik Al-Asyja’i Radhiyallahu ‘anhu)

Maaf, penulis terlupa, mereka tidak pernah jumpa hadith ini, maka mereka dimaafkan, tetapi sekiranya mereka malas nak cari? Terpulang pada Allah yang memberi balasan. Merekakan buat ketetapan baru cari dalil. Maka syariat mana yang mereka ikut?

Biarlah penulis tolong jawabkan, syariat yang mereka ambil adalah dari Ikhwanul Muslimin (ke salah?) daripada sebuah pertubuhan politik dakwah Indonesia yang telah para ulama salaf menyatakan kesalahan dan kebatilan jemaah ini.Uthimin, ibn Baz, Al-banni, Sholeh Fauzan al-Fauzan dan banyak lagi yang menyatakan firqah ini sesat.Siapa mereka yang menyatakan kesesatan Ikhwanul Muslimin ini. ambil contoh albani, Imam Albany meneliti dan menyusun kitab-kitab fenomenal yang sangat luar biasa besarnya, seperti : Silsilah as-Shahihah, Silsilah adh-Dhaifah, Shahih Abu Dawud dan Dhaifnya, Shahih Ibnu Majah dan Dha’ifnya, Shahih Riyadhus Shalihin, Shahih dan Dhaif Adabul Mufrad, Shahih dan Dhaif Jami’us Shaghir dan kitab-kitab hadits lainnya… belum lagi tahqiq dan takhrij beliau terhadap kitab-kitab fiqh, seperti Tamamul Minnah ta’liq terhadap Fiqhus Sunnah karya Syaikh Sayid Sabiq –rahimahullahu-, Takhrij dan Ta’liq Kitabus Sunnah, dan lain-lain, ada lagi dalam bidang aqidah seperti Ta’liq dan Syarh ath-Thawiyah, Kitabul Iman, dll, dalam bidang sirah : Takhrij Fiqhus Sirah, Syamail Muhammadiyah, dan lain-lain… Belum lagi Himpunan Fatawa beliau yang sedang naik cetak berjumlah tidak kurang dari 40 Jilid, kemudian kaset-kaset muhadharah beliau yang tidak kurang 7000 judul… ( Ikhwan ada ker…….). Bahkan DR. Abdullah Azzam yang datang meminta fatwa kepada Imam Albany dan Ibnu Bazz tentang permasalahan jihad di Afghonistan. Maka siapa yang menyokong Ikhwanul Muslimin? Siapa? Nyatakan. Apa kitab mereka? Jawapan mereka Qardawi. Berapa banyak Ulama menegur kesalahan Qardawi? Hingga Syeikh Mu’bil menulis sebuah kitab yang berjudul ”Mendiamkan Anjing yang Melolong”. Siapa Syeikh Mu’bil, cari sendiri, belajar-belajarlah membaca tulisan ulama-ulama terdahulu dan masa kini yang berpegang kepada manhaj salaf.

Ikhwah wa akhwat, penulis menulis begini bukanlah untuk merendahkan atau menjatuhkan, tetapi adalah untuk membuka minda supaya kita sama-sama mencari kebenaran dan berada di ATAS jalan sunnah. Carilah kebenaran sebelum nyawa berada di hujung kerongkong. Kembalilah kepada Manhaj Salafusoleh yang sebenarnya.


Hasil Nukilan: Nasa_peace


Islam merupakan agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. Tidak ada agama lain yang paling tinggi selain agama ini. Namun dalam memahami Islam, kita juga perlu memahami sedikit tentang sains. Islam adalah agama fitrah yang boleh diterima oleh setiap masyarakat. Namun masih ada yang tidak faham hatta kerana dimomokkan oleh masalah ekstremis Islam. Kita kena memahami bahawa Islam agama perdamaian dan semua orang tentu nak damai sama ada di hati atau lahirnya juga. Namun untuk itu, kita harus melihat ke belakang bagi memahami Islam dan sains. Jika kita lihat nabi telah mengatakan jihad itu bukan sahaja bersifat defensif tapi juga ofensif, di negara Malaysia jihad ofensif itu dilihat dari segi demokrasi. Pertarungan berasaskan pemikiran dan ideologi. namun kita harus meletakkan kalimah allah paling tinggi di muka bumi ini.

Semenanjung Korea ialah sebuah kawasan yang terbahagi kepada 2 sejak berakhirnya Perang Korea 58 tahun lalu. Akibat perbezaan Ideologi, melalui persidangan Potsdam dan Yalta dua kuasa besar dunia USA dan USSR membahagikan Korea kepada 2 iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Namun pemimpin di 2 Korea ini, Kim Il Sung dan Sygnman Rhee bercita-cita untuk menyatukan semananjung ini. Pada 1950, Kim Il Sung melancarkan perang bagi menyatukan Korea.

Ini akan menjadi sejarah paling pahit dalam sejarah Korea yang dikenali dengan nama Perang Korea. Perang ini berlangsung selama 3 tahun 3 hari bermula dari 1950-1953. Perang ini telah mengorbankan 4 juta orang. PBB turut menghantar tentera bagi mengimbangi keadaan kuasa di sana. Turki adalah negara Islam yang menghantar tentera yang akhirnya menjadi korban di Korea.
Pada tahun ini genaplah 58 tahun perang ini berakhir. Namun adakah lagi sinar di Korea bagi menyatukan 2 Korea yang terpisah ini? Isu berkaitan nuklear dan ideologi masih membelenggu Semenanjung Korea. Apa pandangan anda dalam isu ini?

at 9/19/2008 03:34:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


Mungkin tajuk ini agak provokatif dan mengancam. Namun ini hakikat yang sedang dihadapi oleh dunia zaman jahiliah moden ini. Adakah ramai yang menjadi perempuan atau hanya betina semata-mata. Ini memeningkan kita kaum lelaki kerana sudah ramai wanita yang menjadi betina semata. Perempuan menjaga dan melindungi maruah sebaliknya perempuan menjualnya. Adakah kamu wanita perempuan atau betina. Adakah anda menjaga maruah atau menjualnya. Hakikat ini diakui oleh seluruh dunia. Sehingga terbit satu pepatah yang menyatakan Kekuatan lelaki itu terletak pada wanitanya, jiak baik, maka baik lah dia jika sebaliknya maka teruklah lelaki itulah. Oleh itu jagalah maruah mu wahai wanita agar tidak jatuh taraf kepada betina dan jagalah perhubungan dan batasan mu juga wahai annisa'.

SAPP telah mengesahkan untuk keluar dari pakatan Barisan Nasional. Presidennya Datuk Yong Teck Lee telah mengeluarkan kenyataan itu dalam satu sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam. Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh SAPP bahawa parti itu telah hilang kepercayaan dalam BN dan pakatannya. SAPP keluar dari Pakatan BN setelah mendapat keputusan dari Majlis Tertingginya. Namun masih terdapat sebahagian dalam SAPP yang tidak bersetuju dengan Datuk Yong Teck Lee terutamanya Timbalan Presidennya. Ini telah menunjukkan berlaku kelemahan pada BN terutama selepas berlaku Tsunami Politik pada pilihan raya umum ke 12 Mac lalu. Adakah kelemahan ini akan menjatuhkan BN? ini dinafikan TPM Dato' Seri Najib Tun Razak yang menganggap SAPP ibarat duri yang berjaya dikeluarkan dari daging. Apakah pandangan anda tentang isu ini?

at 9/18/2008 04:01:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

Universiti Malaya adalah merupakan salah satu dari unversiti yang terulung di Malaysia. Namun di sebaliknya satu kebiadapan melampau sedang berlaku di sini. Pada minggu ini, Pesta Tanglung sedang berlangsung bersama dengan Bazaar Ramadan. Namun, Pesta ini didapati tidak menghormati perasaan dan sensitiviti agama Islam. Ketika waktu berbuka puasa telah tiba mereka sengaja memasang muzik secara kuat sehingga menganggu umat Islam yang ketika itu baru sahaja selesai berniaga dan mula berbuka puasa. Bukan itu sahaja apabila mereka ditegur mereka hanya mendengar dan tidak mengambil perhatian langsung terhadap teguran itu. Ini amat memalukan dan menyebabkan kemarahan di kalangan Umat Islam Di Um terutamanya Persatuan Mahasiswa Islam UM(PMIUM). Satu laporan telah diajukan kepada Bendahari Agungnya, Saudara Hasbie Muda berhubung perkara ini dan beliau akan membawa perkara ini kepada pihak HEP untuk tindakan lanjut. Ini merupakan perkara serius yang boleh membawa kepada keretakan hubungan kaum sekiranya sensitiviti umat Islam tidak dijaga. Apakah perasaan dan cadangan anda dalam menghadapi situasi sebegini? Sila Beri Komen Anda.


USSR atau Kesatuan Republik Soviet Sosislis adalah satu dari lima kuasa besar dunia yang pernah bermusuhan dengan USA dalam perang dingin. USSR adalah negara yang berlandaskan ajaran komunis Leninsm, Stalinism, dan Marxism. Negara ini muncul pada 17 Oktober 1917 apabila Bolsheviks menyerang Duma atau Parlimen yang ketika itu dikuasai oleh Perdana Menteri Kerensky. Namun Lenin berjaya merampas Duma dan mengumumkan kepada dunia kelahiran negara USSR. Lenin telah dianggap sebagai penyelamat Rusia dan kawasan sekitarnya. Namun hakikatnya Lenin merupakan pembunuh yang paling kejam dalam sejarah dunia.

Walaupun begitu USSR tidak mampu menghalang sinar Islam di kawasan Kaukasus terutamanya di Chechnya, Selatan dan Kawasan wilayah Dagestan dan seluruh Kaukasus. Oleh itu, berlaku operasi untuk mengeluarkan Islam dari wilayah ini. Begitu ramai umat Islam yang dibunuh walaupun poster propaganda menunjukkan keadilan kepada semua. Namun sebaliknya yang berlaku.













Pada bulan April 1990 USSR jatuh disebabkan pengaruh ekonomi yang lemah. Ini menyebabkan pemimpinnya Mikhail Gorbachev hilang negara dan hidup seperti dalam buangan. Kita tahu begitu teruknya fahaman komunis ini. Namun kin Rusia bangkit semula melalui peperangan dengan Georgia salah satu negara bekas USSR. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku sila beri komen tentang isu ini.




    Followers