Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi



Written on September 9, 2008 – 6:53 am | by nasa-peace

Ikhwah wa akhwat yang di sayangi Allah.
Di Malaysia ada sebuah jemaah baru yang menisbatkan kelompok mereka sebagai kelompok yang menegakkan Al-quran dan Sunnah. Mereka menyatakan sudah banyak jemaah yang telah bertapak di Malaysia ini tetapi tidak mendatangkan hasil. Mereka menyatakan Parti Islam SeMalaysia sebuah jemaah yang tidak memerhatikan tarbiah sehingga ada pengikut mereka yang bertakbir tangan kanan tetapi tangan kiri pegang rokok. Mereka menyatakan pula Tablig mempunyai gerak kerja yang mantap tetapi kekurangan ilmu, buku rujukannya cuma Fadhail Amal, itu sahaja. Maka mereka muncul tidak bernama kerana meraka menyatakan bahawa mereka adalah generasi pengganti sebagaimana yang dinyatakan didalam al-Quran:
kemudian Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka Yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan Yang kamu akan lakukan. (Yunus,10:14)
Bermula dengan seorang diri ketua mereka mula menyebarkan dakwah setelah beberapa tahun mendapat tarbiyah daripada …………. di Indonesia. Beliau menyebarkan dakwah yang benar-benar mudah di hadam oleh generasi muda yang ingin mencari ilmu islam. Dengan berbekalkan Materi Tarbiyah, memoir Hasan Al-banna dan buku-buku yang seangkatan dengannya menjadi bahan utama dalam halaqahnya, bisa membuat hati-hati generasi muda terkesima di dalam lumpur yang pekat. “Dicari susu terjumpa teh susu”. Maka dengan susah payah, bertahun-tahun akhirnya dakwah beliau tersebar meluas hapir 80 peratus di seluruh universiti di Malaysia. Penulis berterima kasih kepada beliau kerana menyampaikan dakwah ini, kerana dakwah ini membawa penulis KE jalan sunnah tetapi bukan ATAS jalan sunnah. Bahan pertama yang penulis dapat adalah Ukhwah Islamiah. Sungguh mudah bahan itu untuk difahami, ia disampaikan oleh seorang pelajar ………… yang menyambil jurusan Kejuruteraan. “Ini sungguh menakjubkan, seorang jurutera meceritakan tentang islam”. Itulah perasaan penulis pada kali pertama mengikuti halaqah.Penulis mula mengikuti dakwah mereka pada tahun 2004 di …………Pada mulanya ramai yang terkagum dengan pengisian yang diberikan oleh “abang-abang” semasa minggu suai mesra (MSM), tetapi setelah habis MSM kami terpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan mengikuti silivus usrah daripada KISAS, manakala yang tinggal bersama kami pada ketika itu cuma 5 orang, kami pula menanti Abang-abang untuk memberi solusi masalah yang kami hadapi ini. Maka datanglah seorang Abang yang dari jauh menaiki motor ke Matrik kami memberi taujih.
Kami 5 orang itu dikumpulkan maka dilantik seorang ketua, pada ketika itu penulis merasa pelik, siapa dia ni, nak kata islamic takde gaya langsung tetapi, kami semua taat. Maka setelah selang masa beberapa hari kami berkumpul, kami mula membuat carta organisasi agar dapat memudahkan gerak kerja kami ini. kurang seminggu 2 orang daripada kami keluar halaqah, yang tinggal cuma 3 orang, maka selang beberapa minggu keluar lagi seorang tinggal 2 orang. Ketua kami bijak berdakwah, beliau berjaya merekrut seorang sahabat penulis yang begitu berpengaruh, maka dengan keberdaanya dakwah mula gencar.Maka kami mula merekrut orang dengan cara memberi tazkirah, taklim, tayangan, ziarah dan mengajak ke halaqah. Stratergi sungguh mantap. Kami berjaya mengumpul hampir 20 lebih pemuda-pemuda yang cintakan islam untuk bersama kami. Pasti pembaca pelik bagaimana kami boleh berbuat begitu, bagaimana kami bergerak. Kami ada satu team khusus yang dipanggil Ahli syura. Ahli syura inilah yang membincangkan gerak kerja perjalanan dakwah di Matrik. Kami cuma akan memberi musykilah kepada Murabbi sekiranya kami mempunyai masalah. Maka murabbi itu akan memberikan taujih kepada kami. Maka dakwah kami terus berjalan dan berkembang. Kami di didik untuk membuka medan baru selepas habis Matrik, maka kami di arah untuk pergi ke …………
Dan disinilah kami mula menyebarkan sayap dakwah kami yang baru. Masa berlalu tanpa kami sedari, sehinggalah penulis akhirnya ternampak rupanya susu yang penulis cari selama ini, bukanlah susu asli tetapi teh susu. Setelah 4 tahun, barulah kini penulis faham kenapa semakin lama dijalan dakwah mereka, semakin mudah futur, kerana mereka yang keluar nampak apa kesalahan jemaah ini. Maka disini penulis menyertakan beberapa kesalahan dalam jemaah mereka:
1. Mereka meyatakan dakwah adalah berdasarkan ijtihad, sedangkan siapa mereka untuk berijtihad, adakah mereka sudah cukup ilmu untuk berijtihad?
Imam Ahmad Ibn Hambal menyatakan ketika beliau ditanya apakah seorang yg hafal 100 ribu hadis boleh berijtihad sendiri, Imam Ahmad menjawab : ‘Belum boleh’. Lalu beliau ditanya lagi : ‘apakah seorang yg hafal 200 ribu hadis boleh berijtihad sendiri’ , Imam Ahmad menjawab : ‘Belum boleh’. Ketika beliau ditanya kembali : ‘apakah seorang yg hafal 400 ribu hadis boleh berijtihad sendiri’ , lalu Imam Ahmad menjawab : ‘boleh’

Mereka menyatakan ini dakwah, kita perlu ikut fiqh waqi. Apa yang mereka faham dengan fiqh waqi’? sedangkan usul fiqh pun tidak pernah diajar.
2. Mereka membuat suatu ketetapan kepada semua ahli jemaah untuk memenuhkan mutabaah mereka. Ada beberapa amalan yang perlu dilakukan antaranya ialah:
• Al-mathurat 1 hari 2 kali pagi petang
• Baca Al-quran 1 hari 1 juzu’
• Tahjud satu hari sekali
• istigfar 70 kali sehari
• Dhuha
• ziarah
Betul amalan-amalan ini pernah dilakukan oleh para sahabat kecuali mathurat, tetapi penulis bertanya, kenapa perlu amalan-amalan ini ditanya disetiap kali halaqah?. Jawapan daripada mereka Nabi Muhammad pernah bertanya kepada para sahabat, hari ini siapa yang ada memberi derma, lalu Abu Bakar mengangkat tangan dan seterusnya. Penulis minta supaya dinyatakan apakah martabat hadith ini? Adakah setiap hari Nabi Muhamad bertanya kepada para sahabat. Kalau tidak pun adakah Nabi Muhammad tanya seminggu sekali pada para sahabat? Maka syariat mana yang mereka ambil?
Al-Mathurat, benar didalamnya ada hadith shohih tetapi ada hadith maudhu dan ada yang tidak bersumber. Kenapa ini yang perlu dijadikan zikir harian? Adakah ini zikir yang Nabi Muhammad dan para sahabat amalkan setiap hari? Kenapa dibaca secara berjemaah. Kata Manhaj salaf, perkara bid’ah di buat, salafkah itu. Tidakkah mereka pernah mendengar tegahan Ibnu Mas’ud terhadap orang yang berzikir beramai-ramai. Kenapa tak praktik ilmu yang ada.Alasannya, supaya orang lebih bersemangat, tidak tidur.Adakah islam didasari semangat atau fakta? Sudah hafalkah zikir-zikir dan doa-doa yang shohih dalam kitab-kitab hadith muktabar, contoh Hisnul Muslim? Alasan, kita pelajar, banyak benda kena buat. Kenapa kalau beraitan tentang islam, kita letak tingkat kedua, yang berada diatas-atas (Level Penggerak) baca sendiri atau, masih ada berjemaah terutama semasa program?. Mana akidah salafnya? Berdalil menggunakan Al-quran dan sunnah, betulkah pernyataan ini?
3. Infak adalah wajib kepada semua penggerak. 2.5 peratus daripada duit pinjaman ……. atau biasiswa wajib diinfakkan kepada dakwah. Syariat mana yang mereka ambil ini? 2.5 peratus lebih kurang macam zakatlah. Betulkah zakat, tetapi kenapa meletakkan ketetapan Wajib? betul ke salah, penulis ingin bertanya? Kemana pergi duit itu? ke pusat, itulah jawapannya. apa pulangan pada yang menginfak?……tiada…. konsepnya sanggup berhutang untuk menginfak…. syariat mana ni? Islamkah? Mereka berdalil dengan ayat quran:
Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari apa Yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) Yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang Yang zalim( al-Baqarah,2:254).

Betul ayat ini tidak pernah salah tetapi mereka yang menetapkan itu yang salah. Contohlah sekiranya ada diantara penggerak yang tidak cukup duit untuk bayar infak, maka dia dikira berhutang dengan dakwah. Dia perlu membayarnya di semester yang akan datang. Betul atau salah? maka syariat mana yang mereka guna. Adakah Nabi Muhammad menetapkan jumlahnya sebegitu? Kenapa Infak Abu Bakar dan Umar berbeza?

4. Mereka menggunakan akal didalam memberikan huraian ayat-ayat al-quran, kerana menyatakan mereka mengambil ayat-ayat yang jelas, iaitu ayat-ayat yang muhkam. Maka penulis bertanya adakah ini method salafussoleh? atau method sayyid qutb( moga Allah mengampuninya). Adakah dengan senang ambil zahir ayat tanpa mengetahui ashabul nizul, hadith-hadith berkaitan dan penerangan para sahabat? Mungkin disebabkan ambil ayat muhkam, dengan lancangnya seorang daripada mereka dengan sambil lewa menTADABUR surah 4:59 dengan menambah perkataa taat sebelum perkataan pemimpin pada ketika muqoyam di perak tahun 2008 baru-baru ini. Jawapan mereka, itu individu. Penulis tanyakan kembali siapa pula murabbinya, kenapa tidak ditegur? Senang-senang aplikasi ayat al-quran:

Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran?….(an-Nisa,4:82)
dan
dan Demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka Adakah sesiapa Yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?(al-Qamar,54:22)

Jawapan syubhat yang diberikan oleh ketua mereka bila diajukan orang menyatakan mereka guna otak terangkan ayat quran ialah “Nasib baik guna kepala otak, kalau kepala lutut?” sambil disambut dengan gelak ketawa pengikut yang ghulu.

5. Mereka memberitahu kepada anak halaqah supaya jangan memberitahu siapa murabbi mereka sekiranya ada orang yang bertanya. Adakah ini yang dicontohkan oleh para sahabat. Selepas kewafatan Rasulullah, untuk memelihara kebenaran dan kesucian Islam, maka terwujudlah ilmu sanad, maka apabila seseorang memberitahu tentang ilmu yang dikatakan ilmu islam maka orang akan bertanya siapa gurumu.Maka penulis bertanya lagi syariat mana yang mereka ambil? Mungkin mereka ambil syariat sebelum Nabi Muhammad, dalam kisah Ghulam, yang gurunya kata jangan beritahu pada orang sekiranya orang bertanya. Bukankah setelah kenabian Nabi Muhammad segala syariat sebelumya adalah termansuh? Tidak tahukah mereka?

6. Murabbinya adalah dikalangan orang-orang biasa yang tidak ada basic agama yang kuat. Hafalan quran dan hadith tidak sampai ke mana, tetapi musykilah diajukan pada mereka. Merekapun mengeluarkan pendapat dengan suka hatinya.Ada orang offer belajar kitab, tidak mahu pula kerana lain management. Penulis ingin bertanya, Imam Malik ada ke kata kat Imam Syafie jangan belajar dengan orang lain, mereka management lain. Tak boleh. Kalau pergi juga maka akan berlaku pertindanan arahan dakwah, nanti pening(alasan). Tapi sebenarnya takut orang tahu kebenaran. Sekali lagi penulis tanya syariat mana yang mereka ikut?

7. Pemimpin mereka adalah dikalangan mereka yang kurang ilmu janji taat pada pemimpin atasan dan tidak banyak soal.Dengan alasan solat ada imamnya dan musafirpun ada ketuanya. Penulis tanyakan apa ciri-ciri seorang imam, adakah siapa-siapa boleh jadi imam? Bukankah yang pertama adalah orang yang betul-betul faqih dengan sunnah dan yang terakhir seorang yang lebih tua. Itu imam, yang berdiri belakang imam? Sama juga, ke tidak pernah tahu? Bermusafir pula, bolehkah orang yang menjadi ketua dalam bermusafir itu seorang yang tidak tahu arah jalan, tidak pandai baca peta? Maka mananya dikatakan mengikut sunnah. Iku sunnah ke Punah?

8. Soalan cepu emas. Ada atau tidak dikalangan AHLI JEMAAH mereka USTAZ? Ada? tidak ada. Maka bagaimana hendak tahu apa yang mereka bawa itu sunnah atau tidak? Jawapan mereka. Kita masih dalam membina, suatu hari nanti kita akan hantar ikhwah wa akhwat ke Madinah dan Mekah untuk menuntut ilmu, sekarang pun kita sudah ada team ustaz (yang bukan ustaz) yang di minta bersedia untuk ke luar negara. Penulis bertanya kembali adakah ini method yang benar, kita buat satu ketetapan kemudian cari-cari dalil yang membenarkan ketetapan itu, atau kita cari dalil baru buat ketetapan? Jadi mana satu yang mereka guna? Dalam kondisi mereka mereka buat ketetapan, kemudian cari dalil yang boleh menyokong. Syariat mana yang mereka ambil?

9. Benar atau tidak jemaah ini menyatakan bahawa kita akan suatu hari nanti membuat demonstrasi besar-besaran sebagaimana di Indonesia. Pemimpin sekarang bemasalah, lebih-lebih lagi pemimpin sebelum ini (atau peulis salah faham). Tidakkah mereka baca hadith peringatan Nabi Muhammad ini:

Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya
oleh para sahabat tentang para pemimpin yang
berhukum dan menyelisihi hukum tersebut,
mereka berkata:

Wahai Rasulullah, tidakkah kita tentang mereka
dengan pedang?
Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda:

“ Tidak, selama mereka menegakkan
shalat pada kalian”
(HR Muslim (3/1482-1482 no. 1855) dan lain-lain dari hadits Auf bin Malik Al-Asyja’i Radhiyallahu ‘anhu)

Maaf, penulis terlupa, mereka tidak pernah jumpa hadith ini, maka mereka dimaafkan, tetapi sekiranya mereka malas nak cari? Terpulang pada Allah yang memberi balasan. Merekakan buat ketetapan baru cari dalil. Maka syariat mana yang mereka ikut?

Biarlah penulis tolong jawabkan, syariat yang mereka ambil adalah dari Ikhwanul Muslimin (ke salah?) daripada sebuah pertubuhan politik dakwah Indonesia yang telah para ulama salaf menyatakan kesalahan dan kebatilan jemaah ini.Uthimin, ibn Baz, Al-banni, Sholeh Fauzan al-Fauzan dan banyak lagi yang menyatakan firqah ini sesat.Siapa mereka yang menyatakan kesesatan Ikhwanul Muslimin ini. ambil contoh albani, Imam Albany meneliti dan menyusun kitab-kitab fenomenal yang sangat luar biasa besarnya, seperti : Silsilah as-Shahihah, Silsilah adh-Dhaifah, Shahih Abu Dawud dan Dhaifnya, Shahih Ibnu Majah dan Dha’ifnya, Shahih Riyadhus Shalihin, Shahih dan Dhaif Adabul Mufrad, Shahih dan Dhaif Jami’us Shaghir dan kitab-kitab hadits lainnya… belum lagi tahqiq dan takhrij beliau terhadap kitab-kitab fiqh, seperti Tamamul Minnah ta’liq terhadap Fiqhus Sunnah karya Syaikh Sayid Sabiq –rahimahullahu-, Takhrij dan Ta’liq Kitabus Sunnah, dan lain-lain, ada lagi dalam bidang aqidah seperti Ta’liq dan Syarh ath-Thawiyah, Kitabul Iman, dll, dalam bidang sirah : Takhrij Fiqhus Sirah, Syamail Muhammadiyah, dan lain-lain… Belum lagi Himpunan Fatawa beliau yang sedang naik cetak berjumlah tidak kurang dari 40 Jilid, kemudian kaset-kaset muhadharah beliau yang tidak kurang 7000 judul… ( Ikhwan ada ker…….). Bahkan DR. Abdullah Azzam yang datang meminta fatwa kepada Imam Albany dan Ibnu Bazz tentang permasalahan jihad di Afghonistan. Maka siapa yang menyokong Ikhwanul Muslimin? Siapa? Nyatakan. Apa kitab mereka? Jawapan mereka Qardawi. Berapa banyak Ulama menegur kesalahan Qardawi? Hingga Syeikh Mu’bil menulis sebuah kitab yang berjudul ”Mendiamkan Anjing yang Melolong”. Siapa Syeikh Mu’bil, cari sendiri, belajar-belajarlah membaca tulisan ulama-ulama terdahulu dan masa kini yang berpegang kepada manhaj salaf.

Ikhwah wa akhwat, penulis menulis begini bukanlah untuk merendahkan atau menjatuhkan, tetapi adalah untuk membuka minda supaya kita sama-sama mencari kebenaran dan berada di ATAS jalan sunnah. Carilah kebenaran sebelum nyawa berada di hujung kerongkong. Kembalilah kepada Manhaj Salafusoleh yang sebenarnya.


Hasil Nukilan: Nasa_peace

0 Responses so far.

    Followers