Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Showing posts with label Biografi. Show all posts
Showing posts with label Biografi. Show all posts

HAMKA ATAU HJ ABDUL MALIK KARIM AMRULLAH ADALAH SEORANG ULAMA YANG DISEGANI. BELIAU DILAHIRKAN DI RANAH MINANGKABAU, SUMATERA PADA 16 FEBRUARI 1908 BERSAMAAN 13 MUHARRAM 1326H. BELIAU ANAK YANG BIJAK NAMUN NAKAL. BELIAU SANGAT SUKA PADA SENI SASTERA MELAYU DAN TIDAK MUDAH MENGALAH. BELIAU PERGI KE MEKAH TANPA MEMBERITAHU AYAHANDANYA. BELIAU JUGA SUKA BERPIDATO DAN KEHEBATANNYA BERPIDATO MEMBUAT SEMUA ORANG YANG MENDENGAR JUGA TURUT TERPIKAT.

BELIAU SANGAT ANTI PENJAJAH DAN PERNAH TERPAKSA BERSANDIWARA KERANA TERPAKSA KETIKA ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN DI INDONESIA. BELIAU BERSAHABAT DENGAN SUKARNO DAN PERNAH DIPENJARA JUGA KERANA SUKARNO. BELIAU AMAT TEGAS DALAM HAL BERKAITAN ISLAM TERUTAMA KETIKA INDONESIA CUBA MAHU MELAKSANAKAN PANCASILA YANG DILIHAT HAMKA ATAU LEBIH MESRA DIPANGGIL BUYA HAMKA BERCANGGAH DENGAN ISLAM. INI MENGAKIBATKAN BELIAU MERINGKUK DALAM PENJARA DAN MASYUMI PERTUBUHAN GERAKAN ISLAM YANG BERPENGARUH DI INDONESIA DIHARAMKAN. MALAH BELIAU PERNAH BERSELISIH PENDAPAT DENGAN PRAMOEDIYA ANANTA TOER, SEORANG PEMIKIR RADIKAL SOSIALIS. KETIKA IDEOLOGI NASAKOM ATAU NASIONALIS, AGAMA DAN KOMUNIS DIBAWA SUKARNO, HAMKA TERUS BERSIKAP RADIKAL TERHADAP IDEOLOGI KOMUNIS YANG MERUPAKAN IDEOLOGI MENOLAK AGAMA DAN ALLAH SECARA TOTAL.

NAMUN BELIAU BUKAN SEORANG PENDENDAM DAN SUKA MENCARI SAHABAT DARI MUSUH. BUKTINYA DAPAT DILIHAT KETIKA BELIAU MENGISLAMKAN BAKAL SUAMI KEPADA ANAKANDA PRAMOEDIYA, ASTUTI. INI KERANA PRAMOEDIYA SENDIRI MENYURUH MEREKA DATANG KEPADA BUYA HAMKA UNTUK BELAJAR TENTANG ISLAM. BUYA HAMKA SANGAT SUKA MENULIS. ANTARA KARYA TERKENAL BELIAU ADALAH TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WICJK.


NAMUN ALLAH LEBIH SAYANGKAN BUYA HAMKA APABILA BELIAU MENINGGALKAN DUNIA INI PADA 24 JULAI 1981 JAM 10.37 PAGI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN DENGAN TENANG. SEHINGGA KINI LEGASI PENINGGALAN ALMARHUM BUYA HAMKA SANGAT DIMINATI OLEH PENDAKWAH DI SERATA NUSANTARA SAMA ADA DI MALAYSIA ATAU INDONESIA. SEMOGA ALLAH MELETAKKAN ROH ALMARHUM DI KALANGAN ORANG SOLEH.

 SUMBER DARI WIKIPEDIA DAN BUKU BUKU PTS KARYA PAK ABDUL LATIP TALIB

KATA HIKMAH BUYA HAMKA "SAAT KAU DILAHIRKAN ORANG LAIN KETAWA DIKAU MENANGIS, BERJUANGLAH SAMPAI KAU MATI, ORANG LAIN MENANGISIMU KAU TERSENYUM DALAM KEMATIANMU"



  • Recep Tayyip Erdogan (Templat:IPA-tr; dilahirkan pada 26 Februari 1954) adalah Perdana Menteri Turki sejak 14 Mac 2003. Beliau adalah pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah memenangi pilihan raya umum Turki 2007 dan 2011. Beliau sebelum itu merupakan Datuk Bandar Istanbul dari 1994 hingga 1998.
  • Erdogan dilahirkan di di Kasimpasa, Istanbul. Keluarganya dikatakan berketurunan pendatang dari Georgia yang menetap di Batum dan Rize. Semasa lawatan beliau ke Georgia pada 2004, Erdogan telah melawat tempat asal-usul nenek moyangnya di sana. Kehidupan kanak-kanaknya dihabiskan di Rize sehingga berumur 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Imam Hatip dan Universiti Marmara dalam jurusan ekonomi dan sains pentadbiran. Erdogan dikatakan seorang pemain bola sepak profesional sejak berumur 16 tahun.
  • Awalan 1970-an, Erdogan bekerja di Istanbul dengan syarikat pengangkutan perbandaran iaitu IETT. Aktif politik dengan menyertai Parti Penyelamat Negara yang telah diasaskan oleh Necmettin Erbakan. Negara Turki berhadapan dengan situasi tegang kerana parti Necmettin yang condong kepada Islam telah ditentang dan dibubarkan oleh tentera Turki yang sekular dan kononnya mahu menyelamatkan negara. Sebenarnya ketika itu, tentera Turki bimbang pengaruh mereka akan berkurang dan tidak dapat menyertai Kesatuan Eropah.
    • 1980 berlaku Rampasan kuasa di Turki oleh tentera Turki dan beberapa parti telah diharamkan /dibubarkan termasuklah Parti Penyelamat Negara ( National Salvation Parti). Necmettin telah dihadapkan ke mahkamah Tentera Turki kerana cuba memecah-belah negara itu dan meninggalkan sistem sekular yang diamalkan selama ini.
      Erdogan telah meninggalkan IETT dan bekerja di sektor swasta. Beliau kemudian menyertai perkhidmatan tentera yang diwajibkan bagi semua warga Turki .
      Pada 1985 dalam pilihan raya tempatan, Erdogan terpilih sebagai wakil parlimen dari wilayah Istanbul dan menjadi calon untuk jawatan Datuk Bandar di daerah Beyoglu. Tetapi gagal memenangi pilihan raya daerah.
      Erdogan menjadi calon buat beberapa kali bagi wilayah Istanbul lewat 1980-an. Erdogan tidak mendapat cukup undi pada pilihan raya 1991.
      Erdogan terpilih sebagai ahli Parlimen dari wilayah Istanbul tetapi dibatalkan kerana sistem undi yang baru.
      • Istanbul merupakan bandar pelancongan yang menarik jutaan pelancong dari negara-negara Islam dan Eropah sendiri.
        Pada 27 Mac 2004 , ketika pilihan raya tempatan diadakan, Erdogan ditunjuk oleh Erbakan sebagai Datuk Bandar Istanbul atas tiket partinya. Parti Kebajikan menjadi sebuah parti yang kuat dan buat pertama kali Erdogan menjadi Datuk Bandar kepada Greater Istanbul atau Presiden Majlis Metropolitan Istanbul.
        Sebagai Datuk Bandar, Erdogan menonjolkan ciri-ciri popular dan pentadbiran yang berkesan dan paling layak untuk jawatan Perdana Menteri suatu ketika nanti. Semua warga Turki mahu Turki dirombak oleh Erdogan. Banyak dasar-dasar yang silap diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini terutamanya campurtangan tentera.
        Bagi Erdogan, bersalam dengan wanita diperlukan bagi merapatkan hubungan silaturrahim. Tetapi selepas itu beliau akan memohon keampunan kepada Tuhan.
        Erdogan dilihat pro Islam pada 1998. Erdogan menjadi salah seorang dari 200 datuk bandar yang wujud di Turki. Beliau menjadi idola dan hero kepada jutaan pengundi yang pro Islam.
        1997 -Parti Kebajikan dituduh tidak mengikut Perlembagaan Turki . 1998 Erdogan bersama lain-lain pemimpin Parti Kebajikan melancarkan kempen di seluruh negara. Puak sekular yang mendokong Reformasi Ataturk melihat Parti Kebajikan telah belot terhadap Perlembagaan Turki yang menjadi peraturan paling tinggi. Perlembagaan Turki telah memansuhkan sistem khalifah sejak Empayar Ottoman . Puak fundamentalis Islam mestilah disekat. Tetapi Erdogan mendakwa dirinya seorang konsevatif agama.
        Erdogan dituduh menanamkan kebencian dalam beragama pada 1998 berikutan mengubahsuai sajak nukilan Ziya Gokalp 1913. Oleh itu Erdogan telah dipenjarakan selama 10 bulan .
        Setelah Parti Kebajikan dibubarkan, parti lain ditubuhkan iaitu Parti Kebaikan ( Virtue Party) pada 1999.
        Erdogan menjadi pemimpin kepada puak konservatif moderat ini atau reformis ini. Kemudian Parti Pembangunan dan Keadilan ditubuhkan pada 14 Ogos 2001.
        Pada Sabtu, 31 Januari 2009, Recep Tayyip Erdogan menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF 2009) berhubung konflik di Gaza di Davos, Switzerland.Ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Israel , Shimon Peres . Pengerusi majlis ialah David Ignatius, penulis Washington Post. Erdogan hanya diberi 12 minit untuk berucap sementara Peres diberi 25 minit.
        Ucapan Perez mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir. Antara ucapan Prerez ialah “Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.”
        Kesal dengan tepukan gemuruh para hadirin dan masa singkat itu menyebabkan Erdogan menempelak ; “Kamu bunuh mereka.Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah.Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri Israel berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.” Erdogan meninggalkan majlis itu. [1]
        Kepulangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul disambut oleh rakyat Turki sebagai wira .Tindakan Erdogan itu menyamai tindakan Nikita Khrushchev yang membaling kasut di PBB pada 1960. [2][3]
        Pilihan raya umum Turki pada 3 November 2002 merupakan kali pertama Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) diterajui Erdogan. AKP menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kelemahan ekonomi tradisional, gempa bumi 1999 dan isu-isu besar lain.
        AKP ternyata menguasai 34.3 % undi tetapi Erdogan dihalang menjadi Perdana Menteri kerana pelbagai 'kesalahan' sebelum ini termasuk ubahsuai sajak Ziyad Gokalp 1913. Sebaliknya Abdullah Gül menjadi PM sehingga Erdogan layak bertanding pilihan raya kecil pada 2003 dan menjadi ahli parlimen. Abdullah Gul kemudian memberi 'lorong' kepada Erdogan, dan dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Presiden Turki, Ahmet Necdet Sezer.
        Pada pilihan raya umum Turki 2007, Erdogan dan AKP mengekalkan kuasa dengan memenangi 46.7% undi popular, cuma kali kedua parti memerintah menang dengan undi lebih besar. Pada [i;lihan raya Jun 2011 pula, mereka mendapat 49.8% undi.[4]




         
       



  1. Lahir : Aradan, 28 Oktober 1956
  2. Jabatan : Presiden Iran yang keenam
  3. Pendidikan : Gelar doktor dalam bidang teknik dan perencanaan lalu lintas dan transportasi Universitas Sains dan Teknologi Iran (IUST)
  4. Beliau pernah menjadi Gabenor Wilayah Ardabil (1993-1997) dan Datuk Bandar Tehran pada 2004.
  5. Beliau dilihat sebagai memberikan kesan yang berbeza kepada iklim politik sejagat. Sejak hari pertama beliau bertanding sebagai presiden sehingalah kemenangannya sebagai presiden pada 3 Ogos 2005, kenyataan dan pandangannya menjadi perhatian dan perkiraan.Sebahagian besar penganalisis mengaitkan kemenangan besar Ahmadinejad dengan sikapnya yang populis walaupun konservatif. Mereka mengaitkan kemenangannya dengan imej 'Mardomyar' atau sahabat rakyat sehingga golongan sederhana pun mengundi beliau walaupun mengetahui beliau sangat keras berpegang kepada khattul-Imam (garis-garis perjuangan yang ditetapkan Almarhum Imam Khomeini).Kehidupan presiden yang miskin itu, dengan hanya sebuah kereta Paykan buatan Iran yang buruk dan sebuah rumah buruk, ternyata menarik perhatian ramai. Ahmadinejad hidup sederhana seperti pemimpin-pemimpinnya, Imam Khomeini dan Ayatullah Sayyid Ali Khamenei (Rahbar).
  6. Semasa hayatnya, Imam memilih kehidupan yang sukar walaupun di puncak kuasa. Ketika menjadi pemimpin nombor satu di Iran, pernah berlaku berlaku bekalan elektrik terputus. Para pembantu membawa minyak ke rumah sewaan Imam untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan pemanas atau heater berfungsi.
  7. Namun, Imam menolak. Kalau rakyat dan mustadh'afin menggigil kesejukan, Imam bertanya, mengapa pula dia harus bersenang-senang memasang pemanas?
  8. Begitu juga dengan Rahbar. Pernah berlaku tetamu-tetamu yang menziarahinya dihidangkan dengan minuman yang sepatutnya berais tetapi tanpa ais. Apabila ditanya, mengapa tiada ais? Pembantunya memberitahu, "peti ais rosak, belum ada duit lagi nak dibaiki". Terpulanglah sama ada hendak mempercayainya atau tidak, pemimpin nombor satu Republik Islam Iran yang kaya dengan minyak, salah satu kuasa minyak terbesar di dunia, tidak ada duit hendak membaiki peti aisnya yang rosak!Itulah juga jalan hidup yang dipilih oleh Ahmadinejad. Ketika menjadi pemimpin besar dan boleh mendapatkan wang semahu hati kalau dia mahu, Ahmadinejad pernah menegur anaknya kerana terlalu lama mengakses Internet kerana, "abah tak cukup duit nak bayar bil Internet banyak-banyak". Begitu keterlaluan untuk diterima sebagai kebenaran?
  9. Sebab itulah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, ketika menyimpulkan mengapa orang-orang seperti Ahmadinejad diberi perhatian dan perkiraan, berkata, "orang gerun kepada dia sebab dia yang perintah dunia, bukan dunia yang perintah dia". Maksudnya pesona kemewahan dunia tidak mampu menumpaskannya.
  10. Sambil mengakui pandangan itu, pandangan Almarhum Dr Kalim Siddique ketika menilai kejayaan Imam Khomeini mungkin lebih tepat. Menurut Dr Kalim, Imam berjaya kerana beliau berpegang dengan sistem nilai dan logiknya sendiri, yang terbentuk dalam pengajian dan kemudian komitmennya sebagai ulama di hauzah-hauzah dan husainiyah-husainiyah (pusat-pusat pengajian Islam).
  11. Beliau tidak membiarkan dirinya menjadi lembu yang diikat tengkuknya dengan sistem nilai dan logik Barat.
  12. Jika beliau terlalu bimbang dengan pandangan, logik serta sistem nilai Barat, dunia mungkin tidak menyaksikan kejayaan Revolusi Islam. Perjuangan Imam sendiri mungkin tidak akan mendapat apa-apa dan tidak akan mencapai kejayaan, jika beliau tunduk dan patuh kepada peraturan, sistem nilai, logik serta disiplin ilmu Barat.
  13. Memilih kehidupan yang susah itu sendiri sebenarnya mencerminkan Imam, Rahbar dan Ahmadinejad berpegang kepada sistem nilai dan logik yang berlainan. Ketika logik umum para pemimpin dunia, termasuk sebahagian ulama dan pemimpin di Iran sendiri, memilih sistem nilai yang mahukan para pemimpin menunjukkan kehebatan dan kehidupan yang penuh kilau-kemilau kononnya "supaya dihormati musuh," mereka memilih sistem nilai dan logik yang samasekali berlainan.
  14. Mereka mungkin mencontohi logik dan sistem nilai yang dipegang oleh Sayyidina Husain r.a. yang berlainan dari logik dan sistem nilai orang-orang awam.
  15. Ketika Ibnu Umar r.a. menasihati Husain supaya jangan menempah maut dengan melakukan bara'ah atau pemisahan diri dari kepimpinan Yazid, Husain memilih logik seorang syahid yang percaya bahawa di atas titisan darahnya akan berlaku islah terhadap kehidupan beragama masyarakat yang dinodai pemerintahan yang dilihatnya sebagai bejat dan akan berlaku juga kebangkitan yang lebih hebat - Revolusi Islam Iran, yang menumpaskan Shah si badut dan boneka Israel dan Amerika yang durjana, berpegang kepada pendirian "setiap hari adalah 'Asyura dan setiap tempat adalah Karbala".
  16. Begitu juga Ahmadinejad. Beliau memilih untuk berpegang dengan logik dan sistem nilainya sendiri yang dibentuk oleh madrasah Khomeini dan Revolusi.
  17. Dalam mempertahankan hak yang sah negaranya untuk memajukan tenaga nuklear, beliau memilih untuk merongkai belenggu sistem nilai dan peraturan yang dipaksakan kuasa-kuasa besar yang jahat yang memperkudakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  18. Malah dalam menilai sejarah pun, Ahmadinejad dengan berani mengemukakan logik dan sistem nilainya sendiri dengan menyatakan Holocaust adalah suatu cerita dongeng untuk kepentingan dan niat jahat Zionis. Beliau malah mengajak ahli-ahli sejarah, ahli-ahli sains dan pakar pelbagai bidang yang berkaitan untuk bersidang dan menilai kebenaran Holocaust.
  19. Ahmadinejad dan para pemimpin yang dikasihinya memberikan pelajaran yang amat mudah kepada seluruh ummah. Jika mahu berjaya sebagai ummah yang Rabbani, mencapai kemuliaan diri serta tidak dipandang enteng oleh musuh-musuh, berpeganglah kepada sistem nilai, logik dan disiplin ilmu dari khazanah agama kita sendiri, Islam.

at 4/13/2013 07:51:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


  1. Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini (Bahasa Parsi: روح الله موسوی خمینی Rūḥollāh Mūsavī Khomeynī) (17 Mei 1900[1] - 3 Jun 1989) adalah seorang ulama Shia muslim dan pemimpin Revolusi Iran pada tahun 1979. Beliau berjaya menyingkirkan Shah Mohammad Reza Pahlavi dan kerajaan kuku besi Shah Mohammad. Seterusnya Khomeini mengasaskan Republik Islam Iran dan menjadi Pemimpin Agung pertama sehinggalah kewafatan beliau.
  2. Ruhollah dilahirkan dalam keluarga Ayatollah Seyyed Mostafa Musavi dan Hajieh Agha Khanum di pekan Khomein, 300 km dari bandar Tehran. Kelahiran beliau sama ada pada 17 Mei, 1900[1] atau 24 September 1902.[2] Beliau digelar sayyid dan juga didakwa merupakan keturunan nabi Muhammad SAW menerusi keturunan Imam Mousa Kazem. Datuk sebelah bapa beliau, Seyyed Ahmad Musavi Hindi dilahirkan di Kintur, sebuah kampung di Wilayah Barabanki, Uttar Pradesh, India. Beliau berhijrah ke Iran pada tahun 1834 dan membeli sebuah rumah di Khomein pada tahun 1838. Datuk sebelah ibu Khomeini pula ialah Mirza Ahmad Mojtahed-e Khonsari, seorang ulama dari Iran Tengah. Beliaulah yang mengharamkan orang Islam untuk menggunakan tembakau berikutan pemberian monopoli perdagangan tembakau oleh Shah kepada syarikat Inggeris. Ini merupakan titik permulaan penglibatan ulama dalam politik Iran.
  3. Bapa Khoemeini dibunuh ketika Khomeini masih berumur lima tahun. Sejarahwan mendakwa kematian bapa beliau berpunca daripada konflik tempatan dan tiada kena mengena dengan Shah Iran. Khomeini kemudiannya dibesarkan oleh ibu beliau dan juga ibu saudara beliau. Ketika beliau berumur 15 tahun, kedua-duanya meninggal dunia pada tahun yang sama. Khomeini mula belajar Quran ketika berumur enam tahun.[3] Beliau mendapat pendidikan awal di rumah dan juga di sebuah sekolah tempatan dan dibawah penjagaan Mullah Abdul-Qassem dan Sheikh Jaffar. Beliau juga turut dijaga oleh abang beliau, Ayatollah Pasandideh.[4] Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di sebuah seminari Islam di Arak, sebuah kota di Iran pada tahun 1921. Khomeini memilih seminari itu kerana ia dibawah pimpinan Ayatollah Sheikh Abdol-Karim Haeri-Yazdi. (Murid kepada seorang ulama terkenal dari Najaf, Iraq) 
  4. Tahun berikutnya, Ayatollah Haeri-Yazdi memindahkan seminari itu ke Qom dan Khomeini turut sama berpindah ke sana. Selepas tamat pengajian, beliau mula membuat kajian mengenai undang-undang Sharia, Filasafah Islam dan juga ilmu mistik Irfan dan menerbitkan buku-buku mengenai kajian beliau.Walaupun ketika awal pengajian beliau, Khomeini tidak aktif dalam politik, tetapi kajian dan buku-buku terbitan beliau membuktikan bahawa beliau percaya yang ulama haruslah melibatkan diri dalam politik. Beliau adalah antara ulama-ulama Iran yang pertama membangkang sistem sekular pada 1940 an. Gelaran marja kemudiannya dianugerahkan kepada beliau pada tahun 1963, berikutan kawafatan Ayatollah Seyyed Husayn Borujerdi.
  5. Apabila Shah Reza Pahlavi dimahkotakan menjadi Shah Iran, golongan ulama ditindas melalui polisi anti ulama dan juga Revolusi Putih beliau. Kebijakan ini kemudiannya diteruskan oleh putra beliau, Shah Mohammad Reza Pahlavi.[5] 
  6. Pada Januari 1963, Shah Iran mengumumkan projek "Revolusi Putih". Projek merangkumi enam perkara dalam permodenan Iran iaitu reformasi tanah, pemulihan dan pemeliharaan hutan negara, menswastakan badan kerajaan, memperbaiki kondisi hak-hak wanita, perkongsian keuntungan dalam industri, dan memerangi buta huruf. Walaupun tujuan polisi ini baik, tetapi pelaksanaannya menggugat kedudukan ulama Iran. Pada November 1964, beliau mengkritik Shah kerana memberi pelindungan diplomatik kepada pegawai tentera Amerika. Ini menyebabkan beliau dibuang negeri pada bulan yang sama. Ayatollah Khomeini menghabiskan banyak masa dalam buangan beliau di Najaf, Iraq tetapi kemudiannya dipindahkan ke Neauphle-le-Château di Perancis selepas naiknya Saddam Hussein. Ketika di Najaf, Khomeini banyak memberi ucapan dan syarahan mengenai negara Islam dan kemudiannya menerbitkan Hokumat-e Islami: Wilayat al-Faqih, sebuah buku yang kemudiannya menjadi asas kepada Republik Islam Iran.
    • Ketika didalam buangan, Khomeini enggan pulang ke Iran selagi Shah Mohammad Reza masih memerintah[6]. Pada 16 Januari, 1979, Shah Mohammad meninggalkan Iran atas alasan untuk percutian. Tetapi beliau tidak pernah kembali selepas itu. Dua minggu selepas itu, Imam Khomeini pulang semula ke Iran dan ketibaan beliau di Tehran disambut dengan meriahnya oleh penduduk Iran.
    • Selepas jatuhnya monarki Pahlavi, Iran diperintah oleh kerajaan sementara yang dikepalai Shapour Bakhtiar. Walau bagaimanapun, kerajaan ini tidak dipersetujui oleh Khomeini.[8] Pada 11 Februari, Khomeni melantik Mehdi Bazargan sebagai perdana menteri Iran. Tindakan ini menyebabkan kerajaan Iran berpecah kepada dua, iaitu kerajaan sementara Shapour Bakhtiar dan kerajaan revolusi Khomeini dan akhirnya berlakulah pergeseran antara dua kumpulan ini. Kerajaan Bakhtiar kemudiannya kalah dalam persaingan ini apabila ketenteraan mengisytiharkan untuk berpendirian neutral.[9]. Pada 30 Mac, 1979 dan keesokan harinya, sebuah referendum diusulkan bagi membentuk sebuah Republik Islam dan cadangan ini mendapat sokongan 98% penduduk Iran. Abolhassan Banisadr pula dilantik oleh Khomeini untuk menjadi presiden Iran pertama. 
    • Ayatullah Khomeini Meninggal Dunia pada 3 Jun 1989. 




     


  1. Sayyid Qutb merupakan seorang tokoh pejuang di dalam dunia Islam malah juga dikenali di negara-negara Barat. Beliau telah meninggalkan banyak sejarah tentang kehidupannya bermula daripada kelahirannya sehinggalah beliau meninggal dunia. Semangat juangnya dalam menegakkan Islam dengan mengharungi segala cabaran dan dugaan serta tidak pernah putus asa telah menjadikannya seorang tokoh Islam yang terkemuka.
  2. Sayyid Qutb merupakan salah seorang pemimpin gerakan Ikhwan Al-Muslimin di Mesir. Penulisan beliau banyak berkaitan dengan persoalan pemikiran Islam dan juga akidah Islam. Sayyid Qutb lebih memberi tumpuan kepada pembetulan akidah sebelum pembetulan sistem kerajaan. Idea-idea yang dilontarkan dalam penulisannya amat bernas dan cukup bersemangat untuk membangkitkan pemuda-pemuda Islam bagi gerakan dakwah kepada masyarakat. Sebahagian besar dari hayat beliau banyak dihabiskan dibawah bayangan Al-Quran.
  3. Walau bagaimanapun, perjalanan hidupnya sebagai seorang pejuang Islam tidak pernah aman daripada ancaman pelbagai pihak. Namun begitu, beliau terus yakin dan tabah dalam usaha memperjuangkan agama Islam. Kepada umat Islam pada masa kini harus menjadikan beliau sebagai contoh dan motivasi dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk mengukuhkan agama Allah SWT. 
  4. Nama sebenarnya ialah Sayyid Qutb Ibrahim Hussain Syazali. Qutb merupakan gelaran bagi keluarganya. Beliau dilahirkan di sebuah kampung iaitu Mosya di Assyut pada 9 Oktober 1906 sewaktu Mesir berada di bawah pemerintahan tiga kuasa besar yang sering bertelagah iaitu raja-raja dari keturunan Muhammad Ali (1805-1956), penjajah Inggeris (1882-1956) dan Parti al-Wafd (1919-1956).  
  5. Pengalaman hidupnya banyak berkait dengan nilai-nilai barat yang cuba mengetepikan persoalan agama dan ketuhanan. Walau bagaimanapun beliau lahir dalam keluarga yang beriltizam dengan ajaran Islam. Beliau mendapat bimbingan yang lebih bercorak Islam daripada kedua ibu bapanya yang berada dalam suasana Islam di sebuah perkampungan Islam. Bapanya Haji Ibraim Qutb merupakan seorang petani yang patuh kepada pegangan agama dan kuat beribadah. Begitu juga dengan ibunya iaitu Fatimah binti Hussain Uthman.
  6. Sayyid Qutb berasal dari sebuah desa di Hulu Mesir. Terdapat keterangan bahawa moyangnya berasal dari India. Walau bagaimanapun perkara ini dinafikan oleh adiknya iaitu Muhammad Qutb. Haji Qutb Ibrahim yang merupakan bapanya berasal daripada keluarga berada dan sangat dihormati di desanya. Beliau mewarisi sebilangan harta daripada tanah-tanah pertanian berserta warisan pimpinan keluarga. Begitu juga beliau adalah pemimpin masyarakat di desanya.
  7. Bapanya ini memiliki sifat-sifat yang mulia. Beliau suka menerima tetamu dan berbelanja untuk anak-anak dan keluarga tanpa rasa kikir. Beliau sebenarnya memiliki  beberapa orang khadam. Mereka adalah fakir miskin di desanya. Sebahagian mereka mempunyai tali persaudaraan yang jauh dan sebahagian lagi adalah jiran-jirannya. Khadamnya ini tidak sampai taraf hamba, tetapi menjadi pembantu keluarganya. Mereka ini sama ada pembantu kerja-kerja di rumah atau pun pembantu kerja-kerja di ladang. Beliau melarang khadam-khadamnya itu menghina diri di hadapannya. Oleh itu, beliau menolak panggilan “Tuan” sebaliknya senang dipanggil “Haji” di kalangan tua dan “Pak Cik Haji” di kalangan muda. Beliau juga memberi layanan baik kepada pekerjanya dan pekerja-pekerja dari jauh yang datang mengambil upah di ladangnya,  makanan yang dihidangkan kepada mereka adalah sama dengan makanan yang dimakan oleh keluarganya.
  8. Ibu dan bapanya mempunyai lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan iaitu Sayyid, Muhammad, Nafisah, Aminah, dan Hamidah. Sayyid Qutb menggambarkan ayahnya sebagai seorang yang sangat mencintai Allah SWT. Ibunya, Fatimah binti Hussain Uthman merupakan seorang wanita yang mulia dan sering bersedekah, menyediakan makanan kepada orang-orang yang membaca al-Quran di rumahnya dan kepada orang-orang yang bekerja di ladang mereka. Fatimah menanamkan asas-asas keimanan terhadap anak-anaknya dan beliau mahukan mereka menjadi orang yang taat terhadap perintah Allah SWT. Beliau amat cinta kepada al-Quran dan beliau mahukan anak-anak lelakinya menghafaz al-Quran.
  9. Sayyid Qutb memperoleh pendidikan awalnya dalam suasana dan persekitaran kampung daripada ibu bapanya yang kuat berpegang kepada agama. Beliau mula memasuki sekolah rendah di kampungnya pada tahun 1912 hingga 1918. Keistimewaan yang dimiliki oleh beliau ialah dapat menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun lagi. Pada masa itu, menjadi suatu  kebiasaan bagi keluarga yang kuat beragama di Mesir menghafaz seluruh al-Quran terutamanya keluarga yang berhasrat menghantar anak mereka belajar di Universiti al-Azhar. 
  10. Malangnya, pada tahun 1919 Sayyid Qutb tidak dapat meneruskan pelajarannya kerana Mesir pada masa itu menghadapi zaman revolusi. Keadaan ini memberi peluang beliau mengkaji pelbagai bidang ilmu. Ibu bapa beliau mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk mempunyai anak-anak yang cerdik dan pintar yang mendapat pendidikan yang tinggi. Berikutan itu, keluarga Sayyid Qutb berpindah meninggalkan kampung halaman mereka dan menetap di Helwan, sebuah bandar satelit Kaherah. Oleh kerana beliau dibesarkan dalam suasana kampung yang tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur moden, maka beliau tidak mudah dipengaruhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang terdapat di bandar.
  11. Sayyid Qutb menyambung kembali pelajarannya di peringkat sekolah menengah di Kaherah iaitu di Tajhiziah Dar al-‘Ulum. Mereka yang diterima masuk belajar hanyalah mereka yang  berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Dar al-‘Ulum (sekarang Universiti Kaherah). Sebagaimana al-Azhar yang merupakan pusat Pendidikan Islam, Dar al-‘Ulum juga merupakan institusi pengajian tinggi dalam bidang Sastera dan Pendidikan.
  12. Seterusnya, peringkat kedua kehidupan Sayyid Qutb ialah ketika beliau tinggal di Kaherah sehinggalah memasuki alam perkejaan. Beliau berpindah ke Kaherah pada tahun 1921 ketika berumur 14 tahun dan tinggal di Zaitun. Kemudian beliau menyambung pelajaran dengan memasuki Maktab Perguruan Abd al-Aziz bermula dari tahun 1922 sehingga tahun 1925.  
  13. Setelah menamatkan pengajiannya di Maktab Perguruan, Sayyid Qutb meneruskan pengajiannya di Dar al’Ulum pada tahun 1925. Kemudian beliau berjaya memasuki Universiti Dar al-‘Ulum atau sekarang dikenali sebagai Universiti Kaherah pada tahun 1929 dan berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1933 dengan memiliki Sarjana Muda dalam bidang kesusasteraan (Pendidikan). Sebaik sahaja menamatkan pengajiannya, beliau dilantik menjadi profesor di kolej itu kerana menghargai keilmuannya.
  14. Sayyid Qutb bukan sahaja aktif dalam dakwah dan perjuangannya, malahan beliau juga merupakan seorang yang hebat dalam bidang penulisan dan muncul sebagai seorang penulis hebat yang tiada tandingannya. Beliau turut mencipta nama dan menjadi pengulas politik dan sosial yang terkenal, pemikir agung Islam dan pentafsir al-Quran. 
  15. Sejak awal lagi, iaitu sebelum penyertaannya dalam Ikhwan Muslimin, pemikiran dan kehidupan Sayyid Qutb melalui beberapa peringkat perubahan. Pada masa itu, Sayyid Qutb memulakan penulisannya dengan menghasilkan buku-buku sejarah dan penulisan untuk bacaan kanak-kanak. Selain itu, satu siri buku yang berkaitan dengan kisah-kisah nabi berjaya diterbitkan bersama-sama rakannya Abd al-Hamid Jaurda Assehar. 
  16. Penulisan Sayyid Qutb pada peringkat awal ini mendapat sambutan kerana beliau berjaya menyampaikan cerita-cerita ini dalam bentuk yang menarik. Sifat dan akhlak yang mulia cuba dibajai dalam jiwa kanak-kanak melalui penulisannya agar generasi baru ini sentiasa berpegang teguh dengan contoh teladan dan akhlak yang sempurna seperti yang ditunjukkan oleh para nabi dan wali. Walaupun terdapat penulis lain yang menghasilkan cerita untuk kanak-kanak seperti Kamil Gilani, namun kehebatan yang dimiliki oleh Sayyid Qutb tidak dapat ditandingi. Hal ini terjadi kerana beliau menyampaikan penulisannya dengan begitu unik dengan gaya bahasanya yang mudah, senang, lancar dan mampu menarik perasaan pembaca. Pada masa yang sama Sayyid Qutb turut menulis sajak dan puisi Islam. 
  17. Seterusnya kegiatan penulisan yang diceburinya berkembang dengan baik. Bidang ini pun mula berkembang dan berubah, walaupun pada hakikatnya pada masa itu usianya masih muda remaja. Karyanya yang pertama diterbitkan iaitu Asywak (duri-duri) mengisahkan tentang kasih sayang mutlak yang berakhir dengan sebuah tragedi. Pembaca kisah ini akan dapat merasakan mereka berada bersama-sama seorang insan yang berperibadi mulia dan mempunyai akhlak yang luar biasa indahnya. 
  18. Penulisan Sayyid Qutb tidak terhenti di situ malahan beliau terus menghasilkan dua buah buku lagi dalam bentuk cereka. Karya tersebut ialah Tift min al-Qaryah ( Anak Dari Desa)  dan al-Madinah al-Mashurah (Kota Kerahmatan). Dalam karyanya yang pertama, Sayyid Qutb menceritakan kehidupannya semasa masih di alam kanak-kanak dan keadaan persekitaran beliau pada masa itu. Dalam karyanya itu Sayyid Qutb cuba menukilkan kesederhanaan dan ketulenan hidup di desa sepertimana yang telah beliau lalui sebelum ini. 
  19. Sayyid Qutb memberi sumbangan dalam idea-idea kritikan beliau dengan jelas boleh dilihat berdasarkan pandangannya terhadap gambaran Islam mengenai Allah SWT, alam, kehidupan dan manusia. Antara yang dibincangkan adalah perkara-perkara yang berhubung dengan Islam dengan lebih jelas. Selain itu, beliau turut mentafsirkan gambaran Islam dalam bacaan yang lebih realistik, sepertimana tulisannya iaitu Tafsir fi Zilal al-Quran.
  20. Dalam buku Kritikan Sastera, beliau membincangkan idea serta pandangannya mengenai Sastera Islam. Antaranya ialah, sastera atau seni yang lahir daripada gambaran Islam berkaitan dengan kehidupan menunjukkan bahawa tidak banyak menggambarkan kelemahan manusia, dan pendedahannya juga tidak meluas dan menyeluruh. Menurut beliau, Islam tidak menolak seni tetapi tidak boleh menerima beberapa gambaran salah yang diberikan oleh seni itu. Sepatutnya, seni sastera lebih menunjukkan kehidupan masyarakat mengikut pandangan Islam  yang telus dan menyeluruh. Dalam buku Ciri-ciri Gambaran Islam, beliau membincangkan tujuh ciri antaranya ialah ketuhanan, kemantapan, keseluruhan, keseimbangan, positif, realiti dan tauhid. Buku ini adalah satu cara untuk mengenal pasti ciri-ciri gambaran Islam dan nilai-nilai yang menggambarkan sistem realiti kehidupan serta dasar pemikiran seni yang boleh diambil daripada gambaran telus dan menyeluruh yang berkaitan dengan kehidupan. 
  21. Tunggak utama yang membawa dan melahirkan ciri-ciri yang lain adalah ciri ketuhanan. Segala gambaran kehidupan yang diberikan oleh sasterawan hendaklah mempunyai ciri-ciri ketuhanan ini bagi menjelaskan bahawa alam dan manusia dicipta oleh Allah SWT. Segala yang ada di dalam alam ini serta kehidupan manusia akan kembali kepada Allah SWT. Sayyid Qutb membincangkan pengertian manusia dalam gambaran Islam serta hubungannya dengan alam dan Penciptanya. 
  22. Beliau juga menyatakan bahawa gambaran Islam yang mempunyai ciri kemantapan tidak akan sesat dan menyesatkan orang lain. Sasterawan boleh memberikan gambaran yang bebas, tetapi hendaklah berasaskan kepada paksi ketuhanan dalam apa-apa jua keadaan. Bagi menjelaskan ciri ini, beliau menyatakan hakikat yang perlu dicapai seperti berikut:
                            i.            Hakikat kewujudan Allah s.w.t
                          ii.            Hakikat alam ciptaan Allah s.w.t
                        iii.            Hakikat keabadian hanya untuk Allah s.w.t
                        iv.            Hakikat keimanan syarat penerimaan amalan
                          v.            Hakikat Islam adalah agama Allah s.w.t
                        vi.            Hakikat keutamaan manusia daripada semua makhluk      
  23. Semasa hayatnya, lebih dua puluh buah karya telah dihasilkan olehnya. Antara karya Sayyid Qutb adalah meliputi pelbagai bidang seperti sastera, pendidikan, politik, ekonomi, kemasyarakatan, falsafah dan keagamaan.
  24. Antara buku kesusasteraannya ialah :
    1.      Muhimmah al-Sya’ir fi al-Hayah
    2.      Al-Taswir al-Fanni fi al-Quran
    3.      Masyahid al-Qiyamah fi al-Quran
    4.      Al-Naqd al-‘Arabi - Usuluhu wa Manahijuhu
    5.      Naqd Kitab Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr
    Buku memorinya ialah :
    1.      Tifl min Qaryah
    2.      Al-Atyaf al-Arba’ah
    3.      Asywak
    4.      Al-Madinah al-Mashurah
    Buku-buku pendidikan dan pelajarannya ialah :
    1.      Al-Qisas al-Dinny
    2.      Al-Jadid fi al-Lughat al-‘Arabiyyah
    3.      Al-Jadid fi al-Mahfuzat
    4.      Rawdah al-Atfal
    Himpunan buku kemasyarakatan, ekonomi dan Islam ialah :
    1.      Al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam
    2.      Ma’rakah Islam wa ‘I-Ra’s al-Maliyyah
    3.      Al-Salam al-‘Alami wa ‘I-Islam
    4.      Nahwa Mujtama’ Islami
    5.      Fi Zilal al-Quran
    6.      Khasa’is al-Tasawwur al-Islamiyy
    7.      Al-Islam wa Musykilah al-Hadarah
    8.      Dirasat Islamiyyah
    9.      Hadha al-Din
    10.  Al-Mustaqbal li hadha al-Din
    11.  Ma’alim fi al-Tariq 
      
    • Selain daripada judul yang dicatatkan di atas, terdapat lebih tiga puluh judul karyanya yang tidak dibukukan. Kebanyakan karya tersebut adalah rencana yang bercorak kritikan serta ulasanya terhadap karya-karya daripada penulis yang lain. Secara umumnya zaman penulisan beliau dapat dibahagikan kepada zaman sebelum menyertai Ikhwan dan zaman selepas menyertainya. Zaman penulisan buku-buku ini juga berkait rapat dengan peringkat-peringkat kehidupan peribadinya. Bagaimanapun,secara umumnya zaman penulisan ini dapat dibahagikan kepada zaman sebelum menyertai Ikhwan dan zaman sesudah menyertainya. 
    • Memang jelas Sayyid Qutb pada tahun-tahun sebelum 1940-an lebih cenderung menumpukan penulisannya hanya kepada seni sastera semata-mata tanpa menghubungkannya dengan roh agama. Hal ini dapat dilihat kepada buku-bukunya seperti Muhimmah al-Sya’ir fi al-Hayah(1993) ,dan Naqd Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr(1939).
    •  Pada dekad 1940-an setelah mengalami kesedaran kembali kepada Islam, kecenderungannya kepada seni sastera masih kuat, tetapi beliau cuba memasukkkan unsur baru iaitu roh Islam. Hal ini dapat dilihat dari buku-buku al-Taswir al-Fanni fi al-Quran (1945), dan Mayahid al-Qiyamah fi al-Quran (1947). 
    • Menjelang akhir dekad 1940-an, Sayyid Qutb menjadi lebih serius dalam kehidupannnya. Menjelang penyertaannya dalam Ikhwan (1951), beliau telah menghasilkan sebuah buku berupa kajian kemasyarakatan dan perbandingannya dengan system Islam iaitu al-‘Adalah al-Ijtima’iyyah fi al-Islam yang diterbitkan pada tahun 1949. Selepas menganggotai Ikhwan, beliau telah diamanahkan mengetuai Lujnah Da’wah yang bertanggungjawab menyebarkan idea Ikhwan. Oleh itu, beliau berusaha menghasilkan beberapa buah buku berasaskan fikrah Islam seperti Ma’rakah ’I-Islam wa ’l-Ra’s al-Maliyyah (1951) , al-Salam al-‘Alami wa  ’l-Islam (1951) ,Fi Zilal al-Qur’an (1952) dan Dirasat Islamiyyah (1953).
                Selepas beliau dipenjarakan pada tahun 1954 sehingga dihukum mati pada tahun 1966, beliau menghasilkan buku-buku Hadha al-Din, al-Mustaqbal li hadha al-Din, Khaza’is al-Tasawwur al-Islamiyy wa Muqawwimatihi, al-Islam wa Musyakilah al-Hadarah, Fi Zilal al-Qur’an  cetakan kedua dan Ma’lim fi al-Tariq. Buku yang terakhir ini telah menjadi bahan bukti tuduhan terhadapnya bahawa beliau mengkafirkan pemerintah dan menganggap masyarakat yang menyokong pemerintahan tersebut sebagai Jahiliyyah. Oleh itu, beliau dikatakan menyeru umat Islam supaya menggulingkan pemerintah. Berdasarkan tuduhan inilah beliau dijatuhi hukuman mati.
                Berdasarkan ulasan ‘Adil  Hamudah mengenai sebab-sebab hukuman yang dikenakan  ke atas Sayyid Qutb, bahawa Sayyid Qutb mengutarakan persoalan Uluhiyyah dan Hakimiyyah di dalam Tauhid umat Islam. Persoalan-persoalan yang diutarakan oleh Sayyid Qutbini menurut beliau seperti mana juga tuduhan yang dibuat oleh rejim Gamal ‘Abdul Nasir, ialah perbuatan mengkafirkan orang Islam. Perbuatan seperti ini menurut mereka adalah satu perbuatan jenayah yang dapat membawa huru-hara kepada masyarakat. Lebih jelas lagi, pernyataan-pernyataan Sayyid Qutb di dalam Ma’lim fi al-Tariq dan Fi Zilal al-Quran mengenai hak-hak Allah dari sudut Rububiyyah, Uluhiyyah dan Hakimiyyah adalah seruan revolusi supaya menggulingkan kerajaan.
    Tanggal waktu fajar Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966, beliau dijatuhi hukuman gantung setelah didapati bersalah oleh "Mahkamah Tentera" yang telah ditubuhkan oleh kerajaan revolusi di zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah pengadilan yang hitam dan banyak mengorbankan orang2 yang tak berdosa. Hukuman gantung tetap dilaksanakan secara mendadak ke atas beliau tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan menolak secara tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Almarhum Faisal Ibn Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya beliau dibebaskan dari hukuman gantung dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut oleh kerajaan Mesir.

    " Tangan yang mengangkat kalimah syahadah ini tidak akan tunduk pada taghut! "
    (kata2 yang diberikan oleh Syed Qutb ketika dipujuk oleh Presiden supaya kembali tunduk pada mereka)
            

at 4/12/2013 08:06:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


  1. As-Syahid Ustaz Abdul Qadir Audah merupakan pakar hukum dan hakim yang berkeahlian dalam bidang Fiqh. Buku beliau yang terkenal, at-Tasyri‘al-Jina’i fil Islam Muqarrinan bil Qanun al-Wadhi’ telah menjadi fenomena dan menciptakan perubahan yang besar pada pemikiran kaum intelektual di Mesir karena buku ini telah memperlihatkan keunggulan Hukum syariat atas undang- undang konvensional. Buku ini telah menjadi referensi ulama’, ahli fiqih, praktisi hukum dan dosen di berbagai universitas. 
  2. Beliau seorang yg pakar dalam perundangan islam. buku2 karangan beliau menjadi rujukan dan kajian para sarjana islam serta para ulama'. merupakan orang kanan Imam Hassan Al-Banna. orang hebat yang turut serta dalam perancangan strategi Ikhwanul Muslimin semasa perang di Terusan Suez meletus. 
  3. Abdul Qadir Audah seorang tokoh gerakan Ikhwanul Muslimin dan sangat berpengaruh di Mesir dimana pada tahun 1954, ade satu perhimpunan besar-besaran  (insyaAllah jd gak di malaysia 9 julai ni) bg menuntut Pres.Muhammad Najib  (bukan PM Najib ye..) bebaskan tahanan dan tegakkan hukum syariat di Mesir. Keadaan jd huru-hara. bg menenangkan keadaan, Pres. Muhammad Najib mintak Abdul Qadir Audah untuk menyuraikan himpunan tersebut. Dengan tenang beliau minta rakyat yg berhimpun bersurai dan mereka mematuhi akhirnya bersurai dengan aman. 
  4. Tetapi, General Jamal Abdul Nasser tak puas hati dan merancang supaya Abdul Qadir Audah ditangkap. Beliau dimasukkan ke dalam penjara dan diseksa. Pelbagai tuduhan yg direka-reka bg melenyapkan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. sehingga akhirnya Abdul Qadir Audah dihukum gantung bersama 5 lagi pejuang Ikhwanul Muslimin.
  5. Ketika terjadi perselisihan antara Ikhwanul Muslimin dengan Gagasan Perwira Revolusi iaitu Gamal Abdul Nasir, Gamal Abdul Nasir telah meluahkan permusuhannya, pembohongannya, mengingakari semua janji dan persepakatan yang dibuat olehnya, mengkhianati amanah serta mengepung Ikhwanul Muslimin. Ustaz Abdul Qadir Audah ketika itu sebagai Wakil Am Ikhwanul Muslimin mengeluarkan manifesto bersejarah yang dpanggil Hadza Bayanu linnaas yang menyatakan menolak semua dakwaan Gamal Abdul Nasir, pembohongan, pendustaan, dan tuduhannya. 
  6. As-Syahid Abdul Qadir Audah menjalankan aktiviti dakwah dan tanggungjawabnya di dalam Jemaah Ikhwan Al-Muslimin sehinggalah beliau syahid di tiang gantung pada 7 Disember 1954 atas arahan Gamal Abdul Nasir yang sangat dendam kepada Ustaz Abdul Qadir Audah kerana kedudukannya dan kekuatan peribadi As-Syahid. Abdul Qadir Audah dijatuhkan hukuman mati bersama rakan-rakannya yang mulia iaitu: As-Syahid Muhammad Farghali, As-Syahid Yusuf Thal'at, As-Syahid Ibrahim Ath-Thayyib, As-Syahid Mahmud Abdul Latif, dan As-Syahid Hindawi Duwair. 
  7. Pelaksanaan hukuman gantung terhadap keenam-enam Syuhada' ini berlangsung satu demi satu di penjara Mesir selama 3 jam. Pada hari itu, kebencian dan kemurkaan memenuhi penjuru dunia Islam. Gamal Abdul Nasir secara zalim telah memilih untuk membunuh secara zalim keenam-enam pejuang Islam atas dasar kebencian. Ketika Penguasa mengiringi Abdul Qadir Audah bersama rakan-rakan syuhada' yang lain untuk dijatuhkan hukuman mati, Hakim As-Syahid Ustaz Abdul Qadir Audah maju ke tiang gantungan dengan berani dan hatinya mendekatkan diri kepada Allah dengan menerima takdirnya. Perkataan terakhir yang beliau ucapkan sebelum pelaksanaan hukuman mati ialah: "Darahku akan menjadi laknat atas pemimpim-pemimpin revolusi".
  8. Allah mengabulkan doa As-Syahid Abdul Qadir Audah dan tiada seorang pun di antara orang yang zalim ini selamat dari seksaan Allah di dunia. Mereka mengalami tragedi secara berturut-turut. Gamal Salim, yang merupakan Ketua Mahkamah telah menderita penyakit Saraf. Saudara Gamal Salim iaitu Shalah Salim juga dihukum Allah dengan ginjalnya tidak berfungsi hinggakan air kencing tertahan serta mati keracunan. Syamsu Badran dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Kaunselor Abdul Hakim Amir mati bunuh diri. Hamzah Basyuni terlanggar trak hingga tubuhnya koyak-rabak bertebaran di tanah. Al-Askari Ghunaim ditemukan mati di tengah kebun. Ash-Shaul Yasin pula telah diserang untanya sehingga retak tulangnya dan mati. Dan banyak lagi pemimpin-pemimpin yang zalim dihukum Allah atas kezaliman mereka. Kita lihatlah Allah menunjukkan Kekuasaan-Nya terhadap mereka yang berani melakukan kezaliman. Gamal Abdul Nasir yang masih hidup, maka kehidupannya dipenuhi dengan ketakutan dan keresahan tidak kira dalam lena atau terjaga. Bahkan kuburnya digenangi aliran air. Semua ini patut menjadi iktibar bagi orang-orang yang menginginkan kezaliman agar bertaubat kepada Allah. 

  1. Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama “Nurs”, di timur Anatolia. Nama “Nursi” ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan. Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman). 
  2. Pengalaman pendidikan yang telah beliau lalui telah membukakan fikirannya untuk memikirkan cara untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bersepadu. Ketika itu, dunia sedang memasuki satu zaman baru yang membawa angin perubahan. Satu zaman di mana sains dan lojik memainkan peranan penting. Beliau berpendapat ilmu agama perlu diajar di sekolah-sekolah moden dan sekular, sebaliknya ilmu sains moden pula perlu diajar di sekolah-sekolah agama. Katanya, “Dengan cara ini, para pelajar di sekolah moden dilindungi dari kekufuran dan para pelajar di sekolah agama akan dilindungi dari sikap taksub”. 
  3. Dalam usaha merealisasikan cita-citanya, beliau telah pergi ke Istanbul sebanyak dua kali. Kali pertama adalah pada tahun 1896 dan kali keduaya adalah pada tahun 1907. Beliau cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid agar membina sebuah universiti di Anatolia yang mengajar ilmu agama dan ilmu sains secara bersepadu.
  4. Ketika bercakap dengan Sultan Abdul Hamid, Badiuzzaman menggunakan bahasa yang agak kasar sehingga menyebabkan beliau dibicarakan di mahkamah tentera. Di mahkamah tentera pula, beliau masih menggunakan bahasa yang sama. Lantaran terkejut dengan hal ini, para hakim mahkamah tentera telah menghantarnya ke sebuah hospital sakit jiwa untuk diperiksa. Walaubagaimanapun, doktor yang memeriksanya melaporkan “Jika Badiuzzaman gila, maka tidak akan ada seorang manusia siuman pun di dalam dunia ini”. Dengan ini, beliau pun dibebaskan.
  5. Sering kali Badiuzzaman menjadi sasaran tuduhan (fitnah) yang bertentangan dengan niat dan cita-citanya. Ketika berlakunya pemberontakan Mac 31, 1909, beliau telah ditangkap dan dibicarakan di mahkamah tentera atas tuduhan mencetuskan kekacauan. Sebenarnya, beliau telah cuba mententeramkan keadaan dan telah berjaya melakukannya pada sesuatu peringkat tertentu. Ketika mayat-mayat orang yang dihukum gantung masih di tiang gantung di luar tingkap mahkamah, Badiuzzaman telah berjaya berhujah mempertahankan diri dan akhirnya telah dibebaskan. 
  6. Selepas itu, beliau kembali ke Timur Anatolia dan melawat kawasan-kawasan terpencil untuk menerangkan kepada rakyat bahawa gerakan pembebasan yang sedang ditubuhkan di Turki tidak bertentangan dengan Islam. Beliau telah memberitahu mereka bahawa semua bentuk pemerintahan kuku besi (diktator) ditolak oleh undang-undang Islam. Perundangan Islam akan berkembang dan menunjukkan kemuliaannya di dalam suasana yang bebas merdeka. Kemudian beliau telah mengumpulkan syarahan-syarahannya itu di dalam sebuah buku bertajuk Perbahasan.
  7. Pada musim sejuk tahun 1911, Badiuzzaman pergi ke Damsyik untuk menyampaikan khutbah di Masjid Umayyad. Para pendengarnya termasuklah 100 ulama yang terkenal. Dalam ceramahnya, beliau berkata bahawa tamaddun sebenar yang berada pada Islam akan berdiri tegak di dunia moden ini. Selepas itu, beliau pergi ke Istanbul sekali lagi untuk meneruskan usahanya agar sebuah universiti didirikan di Anatolia Timur. Badiuzzaman merupakan wakil bagi timur Turki yang mengiringi Sultan Muhammad Resyad melawat Rumelia (daerah Balkan). Ketika di Kosovo Metohija, di mana Sultan bercadang untuk membina sebuah universiti, beliau pun berkata, "Kawasan Timur lebih memerlukan sebuah universiti kerana ia merupakan pusat Dunia Islam." Beliau berjaya meyakinkan Sultan Muhammad Resyad agar menyediakan peruntukan sebanyak 19,000 lira untuk tujuan itu. Beliau kemudian pergi ke Van dan meletakkan batu asas universiti tersebut. Tetapi malangnya, pembinaan universiti tersebut tidak dapat disiapkan kerana Perang Dunia Pertama meletus.
  8. Dalam Perang Dunia Pertama, Badiuzzaman menjadi pemimpin pasukan sukarelawan di medan perang Kaukasia dan Anatolia Timur. Keperwiraan yang telah ditunjukkan oleh beliau di medan pertempuran mendapat pujian dari para panglima Tentera Turki Uthmaniah, termasuklah Anwar Pansya, Menteri Perang dan Ketua Turus Tentera ketika itu. Pasukannya telah digelar “Pasukan Topi Bulu”. Pasukan ini telah menggerunkan tentera Russia dan pengganas Armenia. Di medan perang inilah beliau telah menulis tafsirnya yang bertajuk “Isyaaratul I'jaz” di dalam bahasa Arab. Karyanya ini ditulis ketika beliau menunggang kuda di barisan hadapan dan di dalam kubu-kubu pertahanan. Tafsir ini kemudianya mendapat penghargaan daripada para ulama terkenal.
    Dalam satu pertempuran menentang pencerobohan tentera Rusia, Badiuzzaman dan 90 orang pegawai lain ditawan. Beliau dihantar ke khemah tahanan perang di Kostromaa, iaitu di barat laut Russia dan ditahan di situ selama 2 tahun.
  9. Badiuzzaman pernah dijatuhkan hukuman tembak sampai mati kerana menghina Jeneral Nicholas Nicolavich, Ketua Turus Tentera Rusia di medan perang Kaukasia, yang juga merupakan bapa saudara Czar, Raja Russia. Walau bagaimana pun, hukuman itu kemudianya dibatalkan. Peristiwa itu adalah seperti berikut:
  10. Pada satu hari, Jeneral Nicholas Nicolavich melawat khemah tahanan tersebut dan berjalan di hadapan Badiuzzaman tetapi ulama itu tidak bangun menghormatinya. Bila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, beliau lantas berkata, “Saya seorang ulama Islam dan di dalam hati saya ada iman. Sesiapa saja yang ada iman di dalam hatinya adalah lebih mulia daripada mereka yang tiada. Saya tidak boleh bertindak bertentangan dengan iman saya.” Akibat dari peristiwa itu beliau kemudianya dibicarakan di mahkamah tentera dan dijatuhkan hukuman mati. Sebelum hukuman dijalankan, beliau telah sempat bersolat di hadapan pasukan penembak. Jeneral Nicholas Nicolavich melihat kelakuannya itu dan datang kepadanya untuk meminta maaf. Jeneral itu berkata beliau kini telah sedar bahawa Badiuzzaman bertindak demikian kerana ingin berpegang teguh kepada imannya. Beliau pun meminta maaf atas gangguan tersebut. Sungguh sedih sekali kerana penghormatan yang diberikan oleh orang Russia, musuh lama orang-orang Islam tidak ditunjukkan oleh sebahagian orang-orang Turki yang telah menyebabkan beliau menjalani hidup yang penuh dengan berbagai penderitaan.
  11. Kekacauan yang meletus kerana Revolusi Komunis, memberi peluang kepada Badiuzzaman untuk melepaskan diri. Selepas melalui satu perjalanan yang jauh, beliau pun sampai ke Istanbul dalam tahun 1918. Di Istanbul, beliau dianugerahkan sebuah pingat penghormatan atas sumbangannya di medan perang. Anuar Pasya, telah menawarkan kepadanya beberapa jawatan di dalam kerajaan tetapi beliau menolak. Namun begitu, atas cadangan pihak tentera beliau dilantik menjadi anggota Darul Hikmah Al Islamiah tanpa pengetahuanya. Beliau tidak membantah kerana jawatan ini adalah jawatan ilmiah semata-mata
  12. Semasa negara Turki diceroboh oleh tentera penjajah selepas kalah dalam Perang Dunia Pertama. Badiuzzaman telah menunjukkan penentangan yang terang-terangan kepada penjajah British. Hal ini hampir membuatkan nyawanya melayang. Di antara kata-kata yang ditujukan kepada pihak British yang ditulis di dalam akhbar harian ialah, “Wahai anjing yang dianjingkan ke peringkat anjing yang tertinggi” dan “Ludahlah muka British yang terkutuk dan tidak tahu malu itu”. Lantaran itu beliau menjadi sasaran komplot bunuh pihak British. Dengan pertolongan Allah beliau terpelihara daripada ancaman tersebut dan terus berhadapan dengan tugas dan cabaran-cabaran baru yang sedang ditunggunya.
  13. Dalam tahun 1922, kerajaan Turki telah menjemputnya ke Ankara tetapi beliau menolak. Akhirnya, selepas dijemput sebanyak 18 kali, barulah beliau bersetuju pergi ke Ankara. Beliau disambut oleh Dewan Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Turki) di Ankara dengan penuh istiadat. Walaubagaimanapun, beliau mendapati apa yang ada di Ankara tidaklah serupa dengan apa yang diharapkannya. Kebanyakan para perwakilan di Dewan Perhimpunan Kebangsaan lalai menunaikan kewajipan agama. Pada 19 Januari 1923, beliau mengeluarkan satu kenyataan untuk para perwakilan mengajak mereka menunaikan kewajipan bersolat. Hasilnya ialah, pada mulanya 50 hingga 60 daripada mereka mula menunaikan solat dan kemudiannya angka ini semakin bertambah.
  14. Badiuzzaman menghabiskan masanya selama lapan bulan di Ankara dan kemudian ke Van. Beliau menghabiskan dua tahun di Van dengan mengasingkan diri, beribadat dan berzikir. Sementara itu, satu pemberontakan berlaku di timur Turki. Para pemberontak meminta sokongan Badiuzzaman kerana beliau sangat berpengaruh di kalangan rakyat tetapi beliau menolak dengan berkata, “Pedang hendaklah digunakan ke atas musuh dari luar. Ia bukanlah untuk digunakan di dalam negeri. Hentikan usaha kamu itu kerana ia akan gagal. Ia akan mengakibatkan beribu-ribu orang lelaki dan wanita yang tidak bersalah terbunuh lantaran tindakan beberapa orang penjenayah”. 
  15. Sekali lagi Badiuzzaman difitnah dan mengakibatkannya dibuang ke Burdur. Di Burdur, beliau dikenakan pengawasan ketat dan menderita akibat penindasan dari pihak berkuasa. Hal ini langsung tidak menyekatnya dari menyebarkan kebenaran iman kepada orang ramai di sekelilingnya dan mengumpulkan segala hasil penulisannya dalam bentuk buku. Kegiatannya ini telah dapat dikesan lalu dilapurkan ke Ankara dan satu rancangan diatur untuk menyekatnya. Pihak berkuasa kemudiannya menghantarnya ke Barla pula, sebuah tempat terpencil di bahagian tengah Anatolia. Tempat tersebut dikelilingi bukit-bukau dan mereka berharap Badiuzzaman akan  mati di situ dalam keadaan tidak bermaya dan keseorangan.  
  16. Sebenarnya penyebaran iman bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Berdakwah juga bukanlah satu jenayah yang melayakkan nyawa seseorang diancam. Namun begitu, hal ini dianggap satu jenayah pada ketika itu. Pada masa itu, kezaliman menyelubungi negara Turki dengan segala kegelapan dan kezaliman. Azan telah diharamkan. Beratus-ratus masjid telah digunakan untuk tujuan bukan keagamaan. Perancangan telah dijalankan untuk memutuskan negara Turki daripada zaman silamnya yang terkenal dengan segala nilai-nilai akhlaknya yang mulia. Sesiapa yang bercakap mengenai agama memerlukan keberanian. Ketua Jabatan Percetakan Kerajaan boleh mengarah sidang pengarang akhbar memotong sebarang makalah yang menyentuh isu agama dalam tempoh 10 hari atas alasan merbahaya kerana boleh menyemai konsep agama di dalam pemikiran para belia.
  17. Dalam suasana beginilah Badiuzzaman Said Nursi memasuki bahagian kedua hidupnya yang digelarnya "Said Jadid” (Said Baru). Bahagian kedua dalam hidupnya ini ditumpukan sepenuhnya kepada penulisan dan penyebaran mengenai iman dan Islam. Kebenaran iman ialah kebenaran sejagat yang terpenting. Membangkitkan semula iman dan Islam menjadi matlamatnya apabila beliau berkata, “Saya akan buktikan kepada dunia bahawa Al-Quran ialah matahari rohani yang tidak akan luntur dan tidak akan padam”. Maka itulah yang diperjuangkannya. Badiuzzaman tidak mati keseorangan di Barla tetapi yang muncul ialah “Said Jadid” yang seumpama matahari, menyinari dunia sains dan budaya. Semenjak itulah, beliau telah menyinari berjuta-juta manusia dengan cahaya iman.  
  18. Di Barla, pengawasan ketat dan penindasan sedang menunggu Badiuzzaman. Musuh-musuhnya masih belum mengenalinya lagi. Inilah orang yang ditakuti tentera Russia ketika Perang Dunia Pertama. Inilah orang yang sanggup meludah ke muka orang British yang menjajah Istanbul. Inilah orang yang berjaya terlepas dari tali gantung sebanyak beberapa kali. Walau bagaimanapun, mereka kemudian mengenalinya juga apabila terpaksa berkata, “Segala apa yang kami lakukan selama 25 tahun yang lepas tidak berjaya menyekat Said Nursi dari meneruskan kegiatannya”. Beliau telah menghabiskan hidupnya di Barla selama 8 tahun setengah di bawah penindasan yang dahsyat. Dalam tempoh tersebut, beliau sempat menulis 3 suku daripada Risale-i Nurnya. Tafsirnya ini kesemuanya ditulis dengan tangan kerana pengarang dan para pelajarnya tidak mampu menyediakan belanja percetakan. Sekalipun mereka mampu, mereka tidak diberi kebebasan berbuat demikian. Tugas menulis tafsir ini dengan tangan adalah kerja merbahaya pada ketika itu. Mereka yang melakukannya telah disiksa di dalam penjara dan balai-balai polis. Pada masa yang sama, berbagai usaha dijalankan untuk menyekat orang ramai dari menghubungi Badiuzzaman. 
  19. Sebanyak 600,000 naskah ditulis dengan tangan. Ketika itu penulisan atau penyebaran walaupun hanya 1 karya agama bukanlah sesuatu yang sesiapa pun berani lakukan. Inilah perjuangan berani yang berterusan yang menjadi pilihan Badiuzzaman dan para pelajarnya. Apabila keadaan di mana Risale-i Nur ditulis dan disebarkan ke seluruh Anatolia diambil kira, maka betapa benar kata Maryam Jameelah, “Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa apa saja keimanan Islam yang masih ada di Turki pada ketika itu adalah atas usaha tanpa penat dari Badiuzzaman Said Nursi”. Mereka yang memahami intipati iman melalui Risale-i Nur mencapai tahap keimanan yang kental sehingga mampu menunjukkan keberanian dan keperwiraan Islam yang hebat. Badiuzzaman, yang mewakili roh Risale-i Nur sendiri telah menjadi pemimpin bagi ratusan ribu pelajar dan kini telah mencapai jutaan pelajar yang menghayati karya tersebut. Beliau menjadi contoh kepada orang-orang Islam lain di Turki ketika itu. Beliaulah penyokong mereka di hari-hari yang penuh bahaya, seumpama seorang ketua tentera yang memberi galakan kepada tenteranya melalui keberanian dan kewibawaannya sendiri. Dengan ini, mereka pun berjaya menghilangkan ketakutan dan syak wasangka dari hati orang ramai dan maruah negara dikembalikan. Mereka telah membawa harapan dari kelegaan dan menyelamatkan orang-orang Islam daripada rasa cemas dan kecewa.  
  20. Pada tahun 1935, Badiuzzaman bersama 125 orang pelajarnya telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Jenayah Eskisehir. Dalam tempoh perbicaraan berlangsung, mereka terpaksa menghabiskan selama 11 bulan di dalam penjara Eskisehir yang penuh dengan penderitaan. Walaupun begitu, mereka masih membawa harapan dari kelegaan dan menyelamatkan orang-orang Islam daripada perasaan cemas dan kecewa. Badiuzzaman kemudianya dipindahkan ke Kastamonu selama 7 tahun. Di sana, Beliau masih terus menulis dan menyebarkan Risale-i Nur. Oleh sebab beliau dan para pengikutnya tidak diberi kebebasan, mereka telah menubuhkan rangkaian pengirim Risale-i Nur yang dinamakan “Posman Nur” (Nurju). Hasilnya, Posman Nur telah berjaya menyebarkan sebanyak 600,000 naskah Risale-i Nur ke seluruh Anatolia. Pada tahun 1943, beliau bersama 126 orang pelajarnya telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Jenayah di Denizli. Kali ini beliau dituduh mencetak secara rahsia satu risalah di Istanbul mengenai kewujudan Tuhan. Perjuangannya tidak pernah reda sama ada dalam buangan mahupun di penjara. Di dalam penjara, beliau telah bertindak memulihkan para banduan dan penjenayah yang dianggap tidak berguna oleh masyarakat. Beliau juga telah berjaya menghasilkan karya-karya baru walaupun kertas dan pen tidak dibenar masuk ke dalam penjara. Jadi, karyanya ditulis atas cebisan-cebisan kertas yang dikoyak dari kampit-kampit kertas. Karyanya kemudian diseludup keluar di dalam kotak-kotak mancis. Karyanya yang berjudul “Buah-buah Iman” telah ditulis dengan cara ini. Perbicaraan di Denizli berakhir dengan keputusan beliau dibebaskan sebulat suara. Tetapi ini tidak bermakna beliau telah diberikan kebebasan sepenuhnya. Atas arahan daripada pihak berkuasa di Ankara, beliau pun dihantar ke sebuah bandar lain bernama Emirdag. 
  21. Bagi Badiuzzaman, Emirdag juga sama dengan tempat-tempat yang lain. Sekali lagi beliau diawasi, ditindas dan diancam. Namun begitu, beliau terus memperjuangkan iman dan Islam. Tenmpohnya di Emirdag sekali lagi berakhir dengan penangkapanya. Kali ini beliau bersama dengan 53 pelajarnya telah ditahan dan dihantar ke Mahkamah Jenayah Afyon untuk dibicarakan. Beliau dipenjarakan di penjara Afyon selama 20 bulan. Kekejaman di penjara ini adalah lebih teruk berbanding yang lain. Badiuzzaman ketika itu berumur 75 tahun dan sedang menderita berbagai penyakit. Pihak berkuasa telah meletakkannya di sebuah bilik penjara bersendirian yang mempunyai tingkap-tingkap pecah walaupun beliau uzur. Di dalam bilik penjara bertingkap pecah inilah Badiuzzaman menghabiskan dua musim sejuk yang sangat mencabar. Apabila melihat musim sejuk pun tidak dapat membunuhnya, maka musuhnya telah meracuninya (ada pendapat mengatakan beliau diracun sebanyak 19 kali). Ketika beliau menderita kesakitan akibat racun tersebut, beberapa orang pelajarnya memberanikan diri untuk menolongnya tetapi telah dibelasah dengan kejam sekali. Akhirnya hukuman ke atas Badiuzzaman telah dibatalkan oleh Mahkamah Agung. Walau bagaimanapun, Mahkamah Agung telah mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Mahkamah membatalkan hukuman tersebut setelah Badiuzzaman dan para pengikutnya menghabiskan tempoh penjara yang sama panjang dengan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Afyon. Lapan tahun kemudian, akhirnya dalam tahun 1956, Mahkamah tersebut mengistiharkan mereka tidak bersalah selepas mereka menghabiskan dua tahun dalam penjara yang teruk. Pilihanraya bebas dan adil yang pertama telah diadakan di Turki pada tahun 1950. Sistem pelbagai parti telah menggantikan sistem 1 parti. Pemerintahan kejam Parti Republikan Rakyat yang tidak suka pada agama telah tamat. Pelbagai bentuk kebebasan dan hak mula diikhtiraf. Satu zaman baru telah bermula bagi sejarah Republik Turki. Pengharaman ke atas azan telah dibatalkan dalam sidang pertama parlimen baru Turki. Dalam tahun-tahun berikutnya, Badiuzzaman terlibat dalam hanya 1 perbicaraan saja. Dalam perbicaraan di Istanbul ini, beliau tidak ditahan. Keputusannya ialah beliau dibebaskan sebulat suara. Selepas hampir seabad berkhidmat untuk iman dan Islam, Badiuzzaman Said Nursi kembali ke rahmatullah pada pagi 23 hb. Mac, 1960. Beliau telah pergi dengan penuh kemuliaan dan kemenangan. Hasil karyanya akan terus menyinari abad ini dan abad-abad yang mendatang. Kasih sayang yang dipupuknya akan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi untuk selama-lamanya. 
  22. Berikutnya adalah beberapa petikan yang di utarakan oleh tokoh-tokoh Islam ketika ini keatas Badiuzzaman dan Risale-i Nur:

    Dalam sejarah Islam, tiga pergerakan Islam berikut telah bangkit dan meyerupai satu dengan yang lain di mana setiap satunya telah memainkan peranan yang  besar dalam memelihara keimanan orang-orang Islam : 1. Pergerakan Imam Rabbani, Shaykh Ahmad Sirhindi di India.  2. Pergerakan Abdulhamid ibnu Badis di Algeria  3.  Pergerakan Badiuzzaman Said Nursi di Turki.

    Prof. Abdul Wadud Celebi
    (Universiti Al-Azhar,Mesir)

    Saya percaya bahawa penulisan dalam Risale-i Nur sahajalah yang melihat dengan secukupnya dan menyeluruh kepada kosmos seperti keadaaannya yang sebenarnya, menyampaikan keimanan dengan pentafsiran Al-Quran seperti yang dikehendakki oleh Rasul kita, mencari sebab penyakit yang menjangkiti manusia moden dan menawarkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan sepenuhnya. Sesungguhnya saya berkepecayaan bahawa pengarang Risale-i Nur layak untuk di gelar Mujaddid.

    Dr. Colin Turner (Telah memeluk Islam)
    (Universiti Manchester,England)

                

    Followers