Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Khaulah Azwar

(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memerhatikan pelancaran kerja-kerja mengecat semula Flat Samudera di Gombak)

GOMBAK, 30 Dis: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.

Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.

Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini.

Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta.

"Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ," kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat.

Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya.

"Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama," katanya.

PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera.

“Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan," kata Salehudin.

PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula.

Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pemimpin Pakatan Rakyat sedia bertemu dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi bila-bila masa kerana banyak perkara yang mereka ingin tanyakan berhubung pembelian kelengkapan pertahanan negara.

Menjawab pelawaan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada pemimpin pembangkang untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan soal-soal pertahanan negara, mereka setuju untuk bertemu.

Anggota parlimen (AP) Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar) berkata beliau, anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan anggota Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad adalah ‘lebih daripada bersedia’ untuk mendengar penjelasan beliau dalam beberapa pembelian pertahanan yang terlampau mahal.

Menjawab pelawaan Zahid, Pua berkata Menteri Pertahanan juga harus menjawab pembeliaan 257 APV (kereta tempur berperisai) pada harga RM7.55 bilion. Sebelum ini, Zahid berkata beliau tidak tahu apa-apa mengenai pembelian tersebut.

Lebih mencabar, Pua juga mendesak supaya Zahid memberikan jaminan bahawa kementeriannya adalah terbuka kepada ketelusan dan memberikan jawapan mengenai keengganan kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa parlimen to memantau dan memeriksa pembelian peralatan pertahanan yang dicadangkannya.

“Jika kementerian tersebut tidak sudi untuk dipantau oleh parlimen, badan legislatif negara, maka Zahid tidak hak untuk bercakap mengenai ketelusan,” kata Pua.

Terdahulunya, Pua mengesan kenaikan sebanyak 50 peratus, daripada RM6 bilion ke RM9 billion dalam pembelian harga kapal perang pesisir pantai (LCS) melalui pengumuman penerima tender pembinaan enam LCS Boustead Naval Shipyard (BNS) di Bursa Malaysia.

Pada bulan Februari yang lalu, Zahid sendiri yang mempertahankan pembelian LCS pada harga RM6 billion selepas Pua mendedahkan bahawa harga tersebut terlalu mahal.

Namun, tanpa meneliti kenyataan Pua, Zahid masih mencabar beliau untuk mengemukakan bukti dan menyoal “siapa yang memberikan bayangan bahawa harga pembelian LCS sudah meningkat” dan “Di mana beliau mendapat angka tersebut? Daripada Kua Kia Soong, bekas AP DAP?”.

Pada pendapat Zahid, pembangkang seharusnya tahu bahawa harga LCS yang mahal disebabkan kapal itu akan dibina di Malaysia.

"Harga itu juga termasuk nilai tambah seperti offset program, pemindahan teknologi dan tambahan pula harga kapal tidak tetap kerana ia belum termasuk harga sub sistem pada satu-satu kapal," katanya.

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 30 Dis: Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, beliau merasakan masa untuk bersama MCA dan BN memerintah telah berlalu kerana terlalu banyak penyelewengan berlaku melibatkan wang rakyat.

Eng Hiap Boon (gambar) dan anggotanya meletakkan semua jawatan dalam parti itu beramai-ramai semalam ekoran hilang kepercayaan kepada kepimpinan MCA dan BN.

Tindakan mereka mengakibatkan dua cawangan MCA di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Tindakan Eng Hiap Boon pasti memberikan tamparan hebat kepada pucuk pimpinan
terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang seakan sudah bersedia dengan kekuatan baru untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

Langkah drastik itu juga memberikan kekuatan baru kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk teruskan usaha menyakinkan rakyat dengan berbagai skim batuan hasil lebihan perbelanjaan kerajaan tanpa melihat lagi kebelakang.

"Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat saya menyeru beliau dan ahlinya menyertai DHPP di Pulau Pinang bagi membantu memperkuatkan PAS sekaligus memperkemaskan jentera Pakatan Rakyat yang sedang diperlekehkan oleh Umno dan BN.

"Dewan Pemuda PAS yakin ia satu perkembangan yang positif terhadap Pakatan Rakyat di negeri ini, " jelas Husni dalam kenyataannya.

Dewan Pemuda PAS sendiri katanya, cuba mencari jalan mendekati mereka dengan sokongan DHPP Pulau Pinang bagi menerangkan betapa pentingnya perlawaan tersebut.

Ia amat wajar kerana Malaysia amnya Pulau Pinang kena di selamatkan daripada jatuh semula ke tangan Umno dan BN yang ketagih kuasa.



6 Safar 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada seluruh anak muda khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Saya selaku pimpinan anak muda sudah tentu ingin menyampaikan insprasi anak muda di luar sana yang sebenarnya aset sebenar Negara kita. Pada hari ini bagi kami, sikap anak muda harus berani menegur siapa sahaja demi kebenaran dalam persekitaraan kehidupan harian mereka.

Bagi kami, anak muda adalah sebagai pengimbang sistem Negara kita samada di dalam pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Kita saban tahun dihidangkan di hadapan kita laporan Jabatan Audit Negara yang yang cukup dengan kelemahan dan ketirisan hasil Negara kita selama ini. Termasuk kronisma dan nepotisma dalam pemberi projek Negara sebagai satu penyakit yang membarah.

Negara yang selama ini mengharapkan Pergerakkan PemudaBarisan Nasional (BN) dilihat gagal memimpin dan membela anak muda. Dan yang paling jelas bahawa Mahasiswa ditutup mulut mereka tanpa pembelaan sebenar daripada Pemuda BN. Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kebebasan akademik semangkin hari semangkin tiada penghujungnya.

Dan pada hari ini, kami menyeru agar anak muda adalan benteng terakhir agar semua kemelut dan barah yang selama ini membiak perlu kita sama-sama berusaha memastikan ianya dibersihkan sama sekali. Kami berharap anak muda dalam mengejar dan memburu nilai kehidupan agar jangan mengabaikan nilai Bangsa dan Agama sebagai asas pendinding kemajuan. Ayuh anak muda, kita bimbing Negara yang tercinta ini dengan ketelusan, maruah dan cita-cita sayangkan Agama dan Negara kita yang merdeka!

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia).



2 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS hari ini menghantar surat kepada Kementerian Luar Negeri bagi menuntut agar diadakan sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) berhubung pergolakan di Syiria.

Pengerusi Lajanah Antarabangsa PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata gesaan itu perlu memandangkan keganasan oleh pasukan tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad terhadap rakyatnya masih berterusan meskipun beliau sudah berjanji tidak akan bertindak sedemikian.

Surat tersebut dihantar pagi tadi ke Pejabat Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra, Putrajaya.

"Kita tahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab telah mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan krisis ini.

"Malaysia juga perlu memainkan peranannya dengan lebih berkesan dengan menuntut OIC mengadakan sidang kemuncak tergempar dengan segera," katanya pada sidang media di Pejabat Harakah di sini.

Pergolakan yang bermula Mac 2011 lalu dianggar telah mengorbankan 5000 nyawa rakyat negara itu.

Terbaru semalam sahaja dilaporkan 30 orang terbunuh dalam satu pertempuran di bandar Homes.

Kerajaan Syiria pimpinan Presiden Bashar Al-Assad sebelum ini telah berjanji untuk tidak bertindak ganas terhadap rakyatnya.

Bagaimanapun episod pembunuhan demi pembunuhan berlaku menyaksikan kerajaan itu tidak pernah menepati janji mereka.

Hari ini juga seramal 50 orang pemerhati Liga Arab dihantar ke Syiria untuk memastikan Presiden Bashar Al-Assad menepati janjinya.

Tahniah Ikhwan Mesir

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin juga turut mengucapkan tahniah kepada Ikhwan Mesir ekoran laporan awal yang mendakwa parti itu menang lebih besar melebihi 50 peratus dalam keputusan pengundian pusingan kedua pilihan raya parlimen di negara itu.

"Tentunya keputusan ini akan memudahkan parti Ikhwan menubuhkan kerajaan dan menjadi lebih kuat dan stabil.

"Bagi pihak PAS, Timbalan Pegerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Syed Azman (Syed Ahmad Nawawi) kini sedang berada di Mesir bagi memantau perkembangan tersebut," katanya.

Pengundian fasa kedua berlangsung 14 Disember lalu merangkumi sembilan buah wilayah iaitu Giza, Menoufia, Sharqiah, Ismailiah, Beni Suef, Suez, Buhairah, Sohag dan Aswan.

Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang mewakili Ikhwanul Muslimin dikatakan mempunyai peluang cerah dalam pilihanraya fasa kedua ini.

Parti tersebut setakat ini telah mendahului dengan kemenangan sebanyak lebih 50%, diikuti Parti An-Nur, Pakatan Liberal dan Parti Wafd.

Harakah Daily



2 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PKR hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta semua anggota parti itu berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution berkata, SMS itu menggunakan namanya dengan mendakwa beliau telah mengeluarkan suatu surat pekeliling mengarahkan semua ahli parti hadir.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

"Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, anggota PKR dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

Harakah Daily



2 Safar 1433H. [MOD] -

BAYAN LEPAS, 27 Disember: Pentadbiran negeri yang bersih juga antara aspek penting bagi menentukan nasib rakyat terbela, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Green Cleaneer Penang di Sungai Batu, Bayan Lepas semalam.

Katanya, kebersihan bukan sahaja dikaitkan dengan keindahan alam ciptaan Allah s.w.t malahan kebersihan dari segi pentadbiran juga menjadi daya tarikan apatah lagi pelaburan yang boleh meninggikan lagi pendapatan negeri yang berharap penuh pada sektor perindustrian dan pelancungan.

Ujarnya lagi, rakyat akan bertambah sihat apabila mereka dapat rasakan kelainan apabila lebihan pendapatan hasil kerja kuat rakyat dibahagikan pula kepada semua penduduk walaupun tidak seberapa.

"Itulah kualiti kerja Kerajaan Negeri masa kini. Kita mementingkan kebersihan dari semua segi tidak hanya tertumpu pada keindahan alam semata-mata. Cara itu boleh membuatkan rakyat bertambah sihat, " jelasnya.

Green Cleaneer anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibeberapa lokasi sebelum ini berjaya merealisasikan Pakatan Rakyat yang mahukan Pulau Pinang diserikan kembali menjadi sebuah pulau yang menjadi tarikan seperti dulu.

Jolokan Pulau Pinang sebagai 'Darul Sampah' beberapa tahun lalu ketika diakhir hayat pemerintahan Barisan Nasional (BN) cuba dipulihkan dengan penganjuran majlis seperti ini.

Selain menghijaukan kembali lokasi yang dulunya kering kontang tanpa pokok yang sesuai majlis tersebut juga mengeratkan kerjasama yang lebih gemilang sesama agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan penduduk setempat.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim ketika berucap berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) sebelah pulau lebih menonjolkan program seumpama ini untuk menyemai pendidikan di kalangan para remaja khususnya tentang kepentingan menjagai kebersihan.

Baginya sebagai Ahli MPPP, bersedia membantu mana-mana pihak untuk melaksanakan projek berkenaan. MPPP akan menyediakan beberapa peralatan untuk menjayakanya.

"MPPP memang menggalakan orang ramai menganjurkan program seumpama itu demi memastikan Pulau Pinang indah, bersih, nyaman dan tenteram, " terangnya.

Sebelum itu Dato' Saleh Man diberikan peluang menanam beberapa batang pokok hadapan flat Taman Vanila Sg Batu, Teluk Kumbar.

Berbagai pihak turut mengadakan pameran antaranya ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, PasukanPolis, Pendaftran Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Parit dan Salliran (JPS), Jabatan Kesihatan Negeri dan pemeriksaan kesihatan oleh sebuah NGO.

Turut serta berucap dalam majlis berkenaan ialah Penyelaras Dun Bayan Lepas, Cikgu Asnah Hashim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Harakah Daily



2 Safar 1433H. [MOD] -

Baru-baru ini mahasiswa melakar satu lagi sejarah baru apabila berjaya melakukan perhimpunan aman bagi menuntut kebebasan akademik dari Masjid Jamek dan berarak hingga ke bangunan PWTC.

Enam tuntutan yang ingin dibawa gerakan ‘Bebas’, iaitu mansuhkan AUKU, akta 174 dan akta 555, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan bebaskan mahasiswa berpatisipasi dalam politik.

Mengenali isu tindakan Adam Adli yang menukarkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan bendera logo Bebas, saya kira isu adalah tidak perlu diperbesarkan.

Sepatutnya tuntutan yang dibawa mahasiswa untuk memansuhkan AUKU dan kembalikan hak dan autonomi mahasiswa perlu dibincangkan oleh semua pihak bukannya membincangkan perkara yang remeh itu.

Biarlah mahasiswa melakukan kesilapan semasa zaman mahasiswanya supaya mereka tidak melakukan kesilapan di masa mereka menjadi pemimpin masa hadapan. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk mematangkan diri dan menimba pengalaman terbaik.

Kepada rakan-rakan pro-aspirasi yang melakukan demonstrasi di Putrajaya baru-baru ini bagi menyokong kepimpinan YAB Dato’ Seri NajibTun Razak dan mendesak Dato’ Saifuddin Abdullah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi saya ucapkan tahniah kerana berjaya menggunakan ruang demokrasi untuk menyatakan pandangan.

Namun saya ingin mengingatkan, janganlah mahasiswa menjadi budak suruhan untuk kepentingan mana-mana pihak. Mahasiswa mempunyai idealisme dan pendirian tersendiri bukannya menjadi seperti "lembu dicucuk hidung" yang mudah dikawal pihak lain.

Kita ketepikan ideologi politik masing-masing sebentar untuk kita bersatu bersama-sama dalam memperjuangkan nasib mahasiswa, rakyat dan kesejahteraan negara.

Adakah kita sanggup melihat kegagalan kerajaan sekarang dalam mengurus tadbir negara sehingga banyak berlaku penyelewengan harta rakyat berterusan di masa akan datang.

Pengagihan kekayaan negara hanya berlegar di kalangan golongan ‘elit’ dan kroni sahaja. Dalam masa yang sama majoriti rakyat menghadapi tekanan kehidupan yang kian menghimpit dengan kesan peningkatan harga barang dan paras gaji yang rendah.

Saya juga ingin berpesan kepada mana-mana parti politik samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat supaya lebih telus dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat dan negara.

Budaya gangsterisme dan politik kotor mestilah ditolak dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adab sopannya.

Mahasiswa dan anak muda merupakan penentu undi dalam pilihan raya akan datang. Kita lakukan sedikit pengorbanan untuk melakukan perubahan demi memastikan keadilan dan kemakmuran negara dapat dilaksanakan.

*Penulis adalah Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU)

Harakah Daily



27 Muharram 1433H. [MOD] -


Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris Mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ.

Pegawai berkenaan, diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut.

Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.

Malaysiakini/-



28 Muharram 1433H - RAKYAT Korea Utara membanjiri Kim Il Sung Square bagi memberikan penghormatan terakhir kepada bekas pemimpinnya, Kim Jong il di Pyongyang, Jumaat (waktu tempatan). Malah, jutaan rakyat negara itu di kawasan perkampungan dan bandar seluruh negara turut berkabung. Imej diambil menerusi televisyen KRT - Foto AP

Dr M akui Malaysia pinjam dana Bank Dunia
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau namun menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan berkenaan untuk mendapatkan dana.

Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir, menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999.

"Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa dia tahu apa yang dia kata itu benar.

mahathir ebook launching 091211 02Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman daripada Bank Dunia," katanya lagi dalam tulisan di blog beliau, chedet.co.cc, semalam.

Katanya lagi, Malaysia enggan menerima dana pinjaman International Monetary Fund (IMF) daripada Bank Dunia kerana "bantuan yang dikatakan itu akan memburukkan lagi keadaan."

Mahathir mengambil alih kedudukan sebagai menteri kewangan selepas Anwar dipecat dan dipenjarakan pada 1998.

Katanya lagi, pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, ketika Anwar masih menjadi menteri kewangan, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.

Sebanyak USD100 juta turut ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.

Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD60,000 manakala satu pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD244 juta dikeluarkan.

Kedua-duanya diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan.

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 21 Dis: Rakyat sepatutnya tidak terpengaruh dengan propaganda hanya BN boleh memerintah dan mengurus kerana selama ini prestasi parti itu menunjukkan sebaliknya termasuk di Pahang.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, ini terbukti dengan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Pahang yang menunjukkan tidak berlaku peningkatan serta anak-anak syarikat kerajaan negeri banyak yang rugi.

Nasruddin yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, dulu ada anak syarikat kerajaan yang dikira mampu membuat untung iaitu Pahang Cement yang memegang 51% saham.

“Tetapi syarikat yang punyai prospek itu kemudiannya dijual semua sahamnya kepada takan kongsinya YTL kini bertukar menjadi YTL Cement. Apabila projek yang untung dan sangat berpotensi pada masa depan itu dijual sedangkan simen merupakan produk keperluan utama untuk pembangunan.

“Ada juga projek lembu tenusu di ladang seluas 446 hektar milik anak syarikat kerajaan negeri, bayangkan syarikat yang membuat cagaran bank RM20 juta itu hanya mengeluarkan dadih dijual di pasar malam.

“Mak saya buat dadih modal RM150 saja, kenapa ladang sebesar itu yang diberikan oleh anak syarikat kerajaan negeri hanya usahakan dadih?

“Mana pelan pasal projek itu dulu, kenapa tidak diusahakan jadi susu tepung?” soal Nasruddin.

Nasruddin berkata, pelabuhan Kuantan yang dulu milik anak syarikat kerajaan negeri turut terlepas kepada pihak lain.

Berceramah di majlis anjuran Pemuda PAS Temerloh di Kampung Chatin di sini, Nasruddin berkata, pendapatan kerajaan negeri juga cukup mengecewakan.

“Dalam bajet yang dibentangkan menteri besar baru-baru ini kerajaan hanya peruntukkan lebih kurang RM69 juta perbelanjaan pembangunan dari sumber negeri tetapi terpaksa meminjam lebih RM54 juta dari Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna Kerajaan BN Pahang gagal menjana sumber kemewahan hasil yang ada menyebabkan hutang negeri sudah menjangkau RM2.3 bilion. Inikah yang dikatakan pandai memerintah?” soalnya.

Sementara itu, kira-kira 300 pendengar yang hadir terpukau menonton filem pendek “Oleyy!” karya Pemuda PAS Pusat.

Mengenai filem yang popular di internet itu, Nasruddin berkata ia merupakan filem pendek ke 17 di dunia paling ramai ditonton dalam talian dan pada hari pertama pelancaran sahaja iaitu pada 15 Disember ia sudah ditonton oleh lebih 150,000 pelayar internet.

Turut berceramah Ketua Lajnah Kebajikan Negeri, Hassanuddin Salim, Setiausaha Pemuda PAS Pahang, Junaidi Ishak dan Bendahari DAP negeri, Woo Chee Wan.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Dis: “Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan,” tegas AJK PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa (gambar).

“Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, beliau menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.

Katanya, dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga.

“Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Bachok.

Justeru, jelas Nasharudin lagi, dakwaan kononnya beliau ‘terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno’ adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas.

Menurutnya, sepanjang pembabitannya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah beliau ungkapkan bahawa akan menyertai Umno.

Justeru, ujarnya buat kesekian kalinya beliau menegaskan bahawa tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.

“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.

“Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS,” jelasnya lagi.



21 Muharram 1433H. [MOD] -

Kuala Lumpur, 17hb Dis 2011. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato’ Hj. Harun Taib meminta agar semua ahli PAS tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain sesama ahli jamaah kerana kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain.

Demikian tegas beliau ketika mengulas tentang perkembangan terkini PAS sepertimana yang hangat diperkatakan oleh media massa sejak mutakhir ini.

"Menyayangi ahli kita adalah satu tanggungjawab syar'ie dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jamaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan 'mengekal'kan mereka dalam jamaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjamaah, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam" ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir.

“Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jamaah sepertimana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam” tegas beliau lagi.



21 Muharram 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 257 lagi cedera selepas kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis semalam menjelang pengiraan undi peringkat akhir pilihan raya Mesir.

Stesen televisyen melaporkan, pertempuran berterusan sepanjang malam di jalan raya yang berdekatan dengan bangunan kerajaan dan Perlimen.

Dua daripada tiga yang terbunuh itu dilaloprkan ditembak mati, kata seorang pegawai kesihatan. - AFP

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini mencontohi semangat juang burung-burung yang menentang pencuri dalam permainan Angry Birds.

Dalam satu kenyataan sempena ulangtahun kedua Angry Birds, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan menyifatkan Angry Birds sebagai permainan yang mengajar rakyat agar bangkit berjuang menghapuskan kezaliman.

"Slogan ‘Jangan Curi !!’ dalam permainan itu adalah simbol kemarahan rakyat terhadap empat pengkhianatan pemimpin terhadap rakyat di Malaysia.

"Ianya adalah penafian hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum, penyelewengan Felda dan langkah penyenaraian Felda Global Ventures yang menggadai nasib peneroka, keraguan daftar pemilih oleh SPR sebagaimana didedahkan oleh Pemuda PAS dan kontroversi projek National Feedlot Centre bernilai RM250 juta sebagaimana dilapor Ketua Auditor Negara", katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Pengarah Institut Polisi Studi dewan itu, Mohd Syahir Sulaiman pula berkata, rakyat negara ini wajar mengambil semangat sama demi menentang budaya korupsi dan pecah amanah di kalangan pemimpin negara.

Angry Birds katanya memberi inspirasi perjuangan mempertahankan hak dengan semangat yang ditunjjukan secara kreatif dan penuh tekad berusaha untuk mendapatkan kembali telur mereka yang dicuri.

"Pada setiap peringkat, Angry Birds perlu meningkatkan keupayaan untuk memecahkan tembok dan helah oleh si pencuri untuk berselindung.

"Ini mengajar kita tiga perkara iaitu; rakyat perlu bangkit menentang kezaliman, pencuri akan ditentang dan pihak yang benar pasti akan mengalahkan pihak yang salah”," katanya.

Media sebelum ini melaporkan ‘Angry Birds’ adalah salah satu daripada carian Google paling popular di kalangan rakyat Malaysia, yang berjaya memecah rekod tertinggi di dalam sejarah permainan video dengan jumlah muat turun melebihi 500 juta, hasil idea permainan yang santai, interaktif, dan mempunyai makna tersendiri.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjelaskan penganugerahan darjah kebesaran Selangor kepada exco kerajaan negeri Datuk Hasan Mohamed Ali adalah sebagai memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan Rakyat negeri itu.

Beliau yang dipertik Bernama berkata, pemberian anugerah itu bukan atas kapasiti Hasan sebagai ahli politik tetapi atas kapasitinya sebagai seorang penjawat awam.

"Penganugerahan kepada Hasan (tengah) disifatkan memberi keadilan kepada parti komponen Pakatan kerana Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang mengandungi tiga parti komponen iaitu PKR, DAP dan PAS," katanya yang dilapor agensi berita itu.

Pada 2009, Sultan Selangor mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas, kiri) yang mewakili PKR, dan darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada 2010 mewakili DAP.

Tahun ini, Sultan Selangor berkenan menganugerahkan DPMS kepada Hasan.

Sehubungan itu kata Khusrin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita kerana mendapati ada pihak cuba mempolitikkan isu pemberian darjah kebesaran Selangor sempena hari keputeraan ke-66 baginda itu.

Permainan Utusan

Penjelasan itu sekaligus menolak telahan kolumnis tetap akhbar Umno Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang membuat andaian anugerah kepada Hasan itu perlu dilihat sebagai satu usaha untuk mengahwinkan PAS dan Umno demi perpaduan umat Islam.

Zaini dalam tulisannya yang disiar di akhbar itu 7 Disember lalu mendakwa Hasan sangat diperlukan untuk memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara PAS-Umno.

Nama Hassan sering dikaitkan oleh Utusan sebagai orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kolumnya itu, Zaini berhujah bahawa di Selangor, faktor Dr Hasan masih lagi penting kerana pengikutnya di dalam PAS sangat besar dan pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar.

Perkembangan itu, menurut Zaini, memberikan kelebihan kepada Dr Hasan bertindak sebagai pemangkin kepada perkahwinan PAS dan Umno.

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Seramai 1,160 orang pemimpin PAS dari seluruh negara melafazkan ikrar bai'ah memikul tanggungjawab kepada perjuangan parti untuk menegakkan perintah Allah di negara ini, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat; Ahli-ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya PAS Pusat; Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.

Selain itu termasuk Yang Dipertua dan Setiausaha PAS kawasan-kawasan: Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri-negeri; Pengarah, Setiausaha dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihanraya PAS kawasan-kawasan; Pengerusi dan Setiausaha Lajnah Tarbiyah PAS negeri-negeri.

Turut serta Pengerusi dan Setiausaha Lajnah Tarbiyah PAS kawasan-kawasan; Pengerusi dan Setiusaha Lajnah Tarbiyah Dewan Ulama negeri, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS negeri; Pengerusi dan Setiausaha Lajnah Tarbiyah Urusan Ulama kawasan, Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat kawasan dan 10 orang wakil Nisa' negeri-negeri.

Bacaan ikrar bai'ah diketuai oleh Pengarah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dengan diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib-Naib Presiden dan pemimpin-pemimpin utama PAS lain bersama-sama pemimpin-pemimpin terbabit.

Lafaz baiah tersebut dibacakan sekitar jam 3.30 petang yang berbunyi: "Alhamdulillahi hirabbil alamin, wassalatu wassalam ala asrafil ambiai warmusalin, waala alihi wa sohbihi ajmain, am ma bad ......

"Dengan nama Allah yang telah mengutuskan rasul-Nya Muhammad sallallahu alaihi wasallam, saya dengan ini berikrar dan berbai'ah bahawa saya akan memikul amanah dan tanggungjawab dalam mengikhlaskan diri kepada perjuangan PAS untuk menegakkan agama/perintah Allah subhanahu wataala dan rasul-Nya.

"Saya juga akan sentiasa menjaga dan memelihara semua perkara yang menjadi kerahsiaan urusan dan perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)".

Ikrar bai'ah itu dilafaz dengan Idris, Abdul Hadi, kepimpinan utama parti dan kesemua pemimpin terbabit berdiri sambil tangan memegang kertas yang bercetak kata-kata tersebut, tetapi tidak dengan mengangkat tangan seperti ikrar-ikrar yang dibuat oleh sesetengah pihak.

Lafaz ikrar bai'ah itu dibuat sempena program Ijtimak Tarbawi Pilihanraya anjuran Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Politik PAS Pusat di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di KUIZM bermula jam 8.00 pagi tadi.

Ijtimak tersebut dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9.15 pagi yang turut menyampaikan ucapannya atas tajuk "Teguhkan Jamaah Teruskan Jihad".

Selepas itu, program diteruskan dengan pembentangan kertas kerja pertama oleh Ustaz Idris Ahmad yang bertajuk "Peranan Tarbiyah Kepada Petugas Pilihan Raya".

Kertas kerja kedua pula dibentangkan oleh Bendahari PAS Pusat yang juga dari Majlis Syura, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang bertajuk "Jihad dan Penghayatannya - Bertekad Memenangi PRU 13".

Manakala majlis penutupnya disempurnakan oleh Abdul Hadi dengan ucapannya yang berkisar atas tajuk "Kesepaduan Fikrah dan Amal Jamaie Dalam Menghadapi PRU 13".

Sebaik sahaja Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang selesai menyampaikan ucapannya yang juga amanatnya selaku Presiden parti, pengerusi majlis terus menjemput Idris untuk memulakan majlis bai'ah yang dibacakan dengan penuh keikhlasan oleh beliau, Abdul Hadi, kepimpinan utama parti dan kesemua pemimpin terbabit.

Perpaduan suara mereka membuatkan Dewan Datuk Fadzil Noor bukan sekadar bergema dengan janji para pemimpin PAS untuk terus berbakti di jalan Allah, tetapi turut menjadi saksi tentang kesepaduan semangat mereka untuk menempuhi pelbagai halangan dalam usaha mendaulatkan agama Allah di tanah air ini.



14 Muharram 1433H. [MOD] -
PAS Miri

Wakil Rakyat Jangan Mungkir Janji Apabila Terpilih
“Kesetiaan penduduk luar bandar terhadap BN tidak boleh dipertikaikan dan perlu dibalas dengan perkhidmatan terbaik oleh wakil rakyat, tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Penyerahan Tangki Air Ke Seluruh Sarawak di Pusat Pentadbiran Baharu Mukah, baru-baru ini." Petikan dari kenyataan ketua menteri Sarawak dalam akhbar Utusan Borneo.

Ketua Menteri Sarawak mengingatkan wakil rakyat BN (Barisan Nasional) yang terpilih agar sentiasa turun padang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang memilih mereka. Satu peringatan yang cukup baik tetapi sayangnya peringatan tersebut tidak dilaksanakan dengan baik oleh wakil rakyat BN yang terpilih maka sebab itulah Sarawak masih mundur dan jauh ketinggalan.

Antara beberapa sebab kemunduran Sarawak adalah seperti berikut.
Wakil rakyat yang terpilih jarang sekali mahu turun padang mendengar keluhan dan masalah rakyat. Sebelum dipilih atau semasa musim pilihanraya mereka selalu turun padang menunjuk muka tetapi setelah menang jarang sekali mahu turun padang mendengar masalah rakyat kecuali ada program yang melibatkan majlis kerajaan bersama rakyat.

Wakil rakyat yang dipilih lebih suka aktiviti mereka disiarkan dalam media massa kerajaan kononnya merekalah yang perihatin terhadap masalah rakyat. Kalau tiada liputan media mereka jarang mahu turun padang untuk mendengar keluhan rakyat.

Wakil rakyat yang dipilih kebanyakannya lebih pentingkan diri sendiri dan parti mereka dari rakyat yang menyokong mereka. Mereka lebih utamakan kepentingan peribadi dari kepentingan rakyat. Sepatutnya wakil rakyat yang terpilih tersebut berjuang mempertahankan hak rakyat bukannya memberi kekayaan hanya kepada keluarga dan kroni-kroni mereka saja.

Jika wakil rakyat yang terpilih tersebut benar-benar jujur,ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugas mereka sudah pasti Sarawak sudah lama maju kehadapan kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

Sarawak yang kaya dengan sumber hasil seperti kayu balak, minyak sawit, petroleum dan sebagainya boleh digunakan sebaik mungkin untuk membangunkan Sarawak tapi sayangnya rakyat Sarawak masih lagi hidup dalam kemiskinan. Kemana perginya hasil sumber asli Sarawak tersebut?

Masalah infrastruktur dan kemudahan asas di Sarawak masih jauh ketinggalan dari semananjung Malaysia. Kenapa perkara ini berlaku? Antara sebab perkara ini berlaku adalah ketirisan dalam pengurusan peruntukan yang disalurkan untuk masyarakat luar Bandar dimana masyarakat luar Bandar yang buta huruf dan tidak mendapat maklumat tentang peruntukan tersebut sudah pasti tidak tahu apa yang berlaku dengan peruntukan tersebut digunakan.

Sarawak akan maju apabila ditadbir oleh wakil rakyat yang benar-benar jujur,amanah dan tidak melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa mereka terhadap rakyat yang sudah memilih mereka.

Wakil rakyat yang terpilih kena ingat siapa mereka sebelum mereka dipilih jadi wakil rakyat atau jadi ketua menteri dan juga jadi menteri, kalau bukan rakyat yang memilih mereka. Janganlah sombong, angkuh dan menyalahgunakan kuasa setelah diangkat jadi pemimpin. Semua ini bersifat sementara saja, jadi gunakan peluang yang ada sekarang untuk berkhidmat untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi.

Pemimpin yang jujur,amanah dan ikhlas berjuang untuk rakyat, jasanya akan terus dikenang walaupun mereka sudah tidak ada lagi tetapi peminpin yang zalim dan menyalahgunakan kuasa, rakyat akan menghina dan mencaci mereka semasa dan selepas mereka tidak berkuasa lagi.

Jadi fikir-fikirlah bagi mereka yang sudah terpilih jadi wakil rakyat agar dapat memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat sebelum semuanya terlambat dan berakhir dengan kehinaan atau kemulian.

Apa yang rakyat mahu adalah wakil rakyat yang dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur, ikhlas, amanah dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee



15 Muharram 1433H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam.

“Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau “komisyen” kepada Perimekar Sdn Bhd.

“Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru.

Bagaimanapun, jelasnya Zahid enggan menerima cadangannya dan mencabar untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan.

Katanya, beliau dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya.

Menurutnya, sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal yang tidak dimaklumkan.

Tambahnya, tiada pertikaian profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut kita di sini, termasuk pasukan kapal selam Malaysia.

“Semua ketidakgembiraan kami adalah mengenai harga, PR dan rakyat Malaysia inginkan yang terbaik untuk pasukan tentera laut kita dan tidak pernah mempersoalkan perkhidmatan cemerlang pasukan terbabit kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, Zahid tidak menyelam bersamanya sebagaimana dijanjikan ekoran beliau menyatakan bahawa terdapat tugas rasmi lain bersama Sultan Johor.

Guan Eng dimaklumkan bahawa tiada blogger lain yang dibawa bersama.

Pada awalnya, kata beliau blogger Papagomo sepatutnya dibawa bersama, tetapi beliau membantah.

Ini, katanya kerana beliau tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya berusia 15 tahun mencabuli rakan sekelasnya.

“Saya tidak pernah berjumpa papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa Papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama," ujarnya.

Tambahnya lagi, Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa tidak menipunya dan juga pihak media.

Bagaimanapun, katanya ekoran penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion di dalam pembelian dan penyelenggaraan 2 kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod ataupun pengalaman di dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam.

Katanya, kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya, keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti.



15 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno, dalam perhimpunan agungnya minggu lalu, bagi mengajak lebih tiga juta ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Menurut Nik Aziz (gambar), istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

“Jihad ini istilah al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

“Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia,” katanya dipetik Harakahdaily.

Ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno minggu lalu, Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya.”

Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Muhyididn menegaskan, pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau.

Malah dalam ucapannya, sambil menyifatkan PAS berhadapan dengan pilihan raya “setiap hari”, Nik Aziz ibaratkan Umno sebagai bas ekspres yang singgah di tengah jalan untuk makan buah-buahan tetapi tidak sampai ke destinasi disasarkan.

“Umno atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur,” kata beliau menyampaikan ucaptama pada Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad dekat sini, hari ini.

“Samalah dengan Umno, nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia,” kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu, Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.

Ini kerana menurut Nik Aziz, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri.

“Tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemerintahan,” katanya lagi.

Nik Aziz juga berkata perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didukung parti itu.

Katanya, akibat memperjuangkan sekular, orang Umno tidak diingatkan mengenai kewajipan melawan hawa nafsu dan menolak pujuk rayu syaitan.

“Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.

“Pilihan raya bukan hanya lima tahun sekali, tapi orang Islam melakukan pilihan raya setiap hari, sepanjang masa.

“Umno tidak pernah didengarkan oleh pemimpin mereka untuk menjauhkan diri dari syaitan,” kata beliau lagi.

themalaysianinsider/-



1950, KOREA SELATAN adalah salah satu negara termiskin di dunia. Setaraf dengan negara-negara termiskin di Afrika dan Asia. Ekonominya hanya bergantung kepada pertanian gara-gara perang dengan Jepun dan Korea Utara

Dalam 4 dekad, Korea Selatan cepat berubah dari negara termiskin, menjadi salah satu negara paling kaya dan tercanggih di dunia dengan nilai ekonomi Trillion dollar.



Tahun 1963, pendapatan perkapitanya cuma $100. Tahun 1995 sudah meningkat ke $10,000. 2007, $25,000. Goldman Sachs meramalkan Korea tahun 2050 nanti akan jadi negara nombor 2 terkaya di dunia, dengan pendapatan perkapita $81,000. Korea, juga tercatat sebagai bangsa dengan pertumbuhan ekonomi tercepat sepanjang sejarah.
Dan inilah keadaan bandar di Korea Selatan yang berubah menjadi kota mewah ini.


Produk-produk elektronik Korea, Samsung dan LG, telah menguasai pasaran dunia. Dari smartphone canggih, television plasma, LCD dan semikonduktor. LG sendiri sekarang adalah perindustrian pembuat panel plasma terbesar di dunia. Samsung, adalah konglomerat terbesar di dunia, yang hanya kalah oleh General Electric.
Industri pembuatan kapal Korea, Hyundai dan Samsung Heavy Industries, adalah yang terbesar di dunia dan mengalahkan Jepun pada tahun 2004. Hyundai, juga menjadi perusahaan otomotif ke 5 terbesar di dunia.
Korea juga telah jadi negara termaju di dunia dalam hal infrastruktur teknologi. Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea telah menikmati jaringan internet 100 Mbpps, siaran television interaktif high-definition, teknologi komunikasi 4G.
Para pemimpin Korea juga punya visi yang sangat maju dalam penyerapan dan pengembangan teknologi. Inilah kunci dari semua bangsa-bangsa termaju. Tahun 1959, kerajaan Korea sudah mendirikan Korean Atomic Energy Commision. Pertengahan tahun 1960, Kementerian Sains dan Teknologi dibentuk. Lalu Korea Institute of Science and Technology yang dibentuk untuk research industri.
Dan setelah itu, proses pembelajaran sains dan teknologi dilakukan secara besar-besaran. Para cendekiawan asing dan segala macam teknologi terbaru dari Barat diserap habis-habisan. Seperti Jepun, R&D digalakkan, orang-orang serta badan-badan research yang unggul diberi dana yang sangat besar oleh kerajaan.
Industri-industri dengan potensi pasaran masa depan yang besar dianalisis dan dikejar habis-habisan, baik oleh kerajaannya dan swasta.
Dan bagaimana cara agar bangsa Korea punya kemampuan yang tinggi untuk menyerap sains dan teknologi ? Kuncinya adalah ….
Pembangunan manusia-manusia unggul!
Manusia-manusia unggul yang punya kemampuan tinggi dalam menyerap ilmu dan teknologi. Pembangunan manusia-manusia unggul, melalui pendidikan unggul. Pendidikan terbaik di dunia.
Sejak lama, pemerintah telah berjuang supaya kanak-kanak Korea memiliki nilai matematik dan sains yang tinggi. Tidak dalam ukuran Korea sendiri, tapi dalam skala global. Jadi sistem pendidikan terbaik di dunia harus dibentuk.
Dan Korea telah berjaya. Tingkat IQ Korea secara nasional adalah yang tertinggi di dunia. Dan kanak-kanak Korea juga memiliki ranking teratas dalam kemampuan matematik, sains, problem solving, dan membaca dalam peringkat OECD, Organisation for Economic Co-operation and Development.
Bagaimana dengan orang kita?
Jangan malu kerana anak-anak kita pun cepat mengikut rentak orang Korea. Malangnya bukan meniru remaja Korea menyerap teknologi terkini tetap apa yang kita serapkan ialah muzik K-Pop mereka.
Remaja kita begitu teruja dengan budaya K-Pop walaupun tidak faham dengan bahasa dan budaya mereka. Ini menunjukkan Korea Selatan sudah maju bukan sahaja ekonomi, sukan malah bidang hiburan yang menjadi taraf dunia.




10 Muharram 1433H. [MOD] -

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur
Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

azlan“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur.



10 Muharram 1433H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Selepas berhadapan kontroversi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menghambur kata-kata kesat kepada peneroka, kini giliran agensi kerajaan itu pula menerima surat saman daripada peneroka.

Menurut Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said, tindakan menyaman Felda itu ekoran peneroka-peneroka dari Gugusan Keratong dan Gugusan Chini 3 tidak berpuas hati kerana mendakwa agensi itu memanipulasikan Kadar Perahan Gred (KPG), lapor KeadilanDaily.

“Seramai 380 peneroka dari gugusan Felda Keratong dan 690 peneroka daripada gugusan Felda Chini 3 menyerahkan borang Warrant To Act melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk menyaman Felda kerana manipulasi KPG.

“Mereka hanya diberikan di antara 18 peratus hingga 19 peratus sahaja peratusan perahan KPG, suatu pengiraan yang sangat rendah dan tidak berpandu kepada realiti sebenar,” kata Suhaimi dalam satu kenyataan.

Katanya, daripada sejumlah peneroka yang menyaman Felda itu sebahagiannya ahli Umno yang sedar akan hak mereka.

“Mereka hanya menuntut hak mereka dinafi dan dimanipulasikan oleh Felda.

Menariknya di Chini 3 sebahagian besar dari kalangan yang mahu memfailkan saman terhadap Felda itu terdiri daripada ahli-ahli Umno.

“Mereka tidak mendapat pembelaan dari Umno, dan mereka memberi jawapan kepada Umno dengan bersama-sama menyertai peneroka-peneroka lain mahu memfailkan saman terhadap Felda,” kata beliau.



10 Muharram 1433H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kesal dengan dakwaan Mohd Kamal Sadin, Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu yang telah memperlekehkan hukum hudud yang digubal Kerajaan Kelantan dengan mengatakan ianya bercanggah dengan hukum Allah.

Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah mengulas kenyataan Mohd Kamal Sadin pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam yang berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Dalam program tersebut, Mohd Kamal Sadin juga mengatakan Undang-Undang Hudud PAS membenarkan liwat ke atas isteri.

“Sehubungan itu, DPPNT mencabar secara terbuka satu debat secara ilmiah diadakan antara Mohd Kamal Sadin dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat berkenaan hukuman Hudud sekaligus menjawab fitnah dan salah faham yang ditimbulkan,” kata Zaidan dalam satu kenyataan di sini.

Tegasnya, DPPNT bersedia pada bila-bila masa dan memberi Mohd Kamal Sadin untuk menentukan masa dan tempat diadakan debat berkenaan.



28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

APABILA isu penyertaan wanita dalam pertandingan ratu cantik kembali memanggil khalayak untuk berdiskusi mengenainya, ia tidak lain seolah-olah berbicara mengenai musim durian, bunga yang lebat, buah menjadi dan bakal mengisi ruang pasaran buah-buahan di seluruh negara.

Ada yang menjadikannya tempoyak, lempuk, keropok dan tidak kurang juga suka makan durian yang segar dan baunya menerjah merata-rata. Apabila musimnya sudah sampai ke penghujung, tumpuan mula beralih kepada hal lain pula.

Begitulah juga pertandingan ratu cantik yang pernah menggegarkan negara lebih 10 tahun lalu apabila tiga peserta pertandingan ratu cantik ditangkap penguat kuasa agama. Namun, kes itu tidak mampu memberi pengajaran apabila dikaitkan dengan hak asasi termasuk pertandingan menyalahi hukum agama.

Mungkin kita lupa setiap perbuatan bertentangan dengan syarak dan menjadi fitnah kepada agama adalah jenayah terhadap agama yang dikelek. Hak asasi individu untuk bertanding akan berkubur apabila seseorang itu menafikan hak umat Islam, iaitu untuk memelihara kesucian agama dianuti.

Menteri berkenaan sekali lagi memberi peringatan wanita Islam diharamkan menyertai apa juga pertandingan ratu cantik.

Setiap wanita Islam dilarang menonjolkan aurat melainkan keadaan darurat, apatah lagi dalam keadaan yang mengundang ghairah atau berlumba-lumba untuk kelihatan cantik dan menawan.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan demikian pada 1997. Mungkin orang awam tidak menyedarinya kerana kesedaran mengetahui fatwa agama terkini pada masa itu tidak begitu tinggi dan kurang disebarkan media.

Walaupun tidak difatwakan secara khusus, pertandingan ratu cantik yang menghendaki peserta membuka aurat serta dipertontonkan kepada umum untuk diadili adalah jelas haram dan berdosa.

Fatwa pengharaman oleh Majlis Fatwa Kebangsaan jelas menegaskan pertandingan ratu cantik bertentangan dengan agama Islam dan apa-apa jenis pertandingan serupa, walaupun bukan dinamakan pertandingan ratu cantik dilarang.

Walaupun begitu, larangan itu hanya bersifat nasihat kerana selagi fatwa tidak diwartakan di setiap negeri, undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan dan tiada pihak berhak menyekat aktiviti berkenaan daripada terus dianjurkan.

Perlu diingat, wanita Islam bukanlah alat pertandingan. Banyak perkara boleh dijadikan mainan, tetapi bukan wanita Muslimah. Wanita Islam perlu memiliki sifat tawaduk dan tidak membanggakan diri, apatah lagi menunjukkan kebatilan kepada orang lain.

Islam adalah agama yang dibangunkan atas paksi kemuliaan yang menolak kesombongan. Justeru, Islam menyeru umatnya sentiasa rendah hati dan tidak cintakan populariti.

Banyak cara untuk menonjolkan kecantikan dan keperawanan Muslimah sebenar. Tentulah ia berbeza dengan cara wanita bukan beragama Islam kerana perbezaan kepercayaan dan budaya.

Paras rupa setiap wanita Islam yang disucikan dengan kemuliaan hati, kelembutan tutur kata dan tindak-tanduk, sudah cukup mengagumkan setiap mata memandang. Amal salih mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya menjadikan wanita Islam istimewa dalam kelasnya tersendiri.

Itulah yang menjadikan wanita Muslimah dicintai Allah SWT dan disayangi setiap orang yang mengenalinya.

Hadis diriwayatkan Muslim: “Sesungguhnya jika Allah SWT mencintai seorang hamba, Dia memanggil malaikat Jibril seraya berfirman: Sesungguhnya Aku telah mencintai si fulan maka cintailah dia. Lalu Jibril mencintainya dan kemudian Jibril menyeru penghuni langit: Sesungguhnya Allah SWT mencintai si fulan maka cintailah dia. Lalu penduduk langit mencintainya.

Kemudian ia disambut dan diterima penduduk bumi. Dan jika Allah SWT membenci seorang hamba, Dia memanggil malaikat Jibril seraya berfirman: Sesungguhnya Aku telah membenci si fulan, maka bencilah dia. Lalu Jibril membencinya, kemudian Jibril menyeru penghuni langit: Sesungguhnya Allah SWT telah membenci si fulan maka bencilah ia. Lalu penduduk langit membencinya, kemudian di dibenci penduduk bumi.”

Justeru, Muslimah perlu mengambil iktibar daripada setiap peringatan disampaikan Allah SWT melalui perantaraan sama ada yang disedari atau tidak.

Setiap larangan yang diseru melalui apa juga jalan dakwah secara langsung atau tidak langsung, melalui penguatkuasaan undang-undang ataupun tidak perlu dijadikan benteng kukuh supaya tidak runtuh, sekali gus membinasakan dinding akidah dan keimanan kepada Allah SWT.

HARIAN METRO/-



28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH, 24 Nov: Hutang kerajaan negeri Barisan Nasional Perak amat mengejutkan kerana telah meningkat hampir RM1 bilion pada tahun ini.

Secara khusus, hutang negeri tahun lalu yang berjumlah RM903.8 juta telah meningkat sebanyak RM72 juta dalam masa 12 bulan sahaja untuk menjadikannya RM975 juta pada masa ini.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (gambar) berkata, jumlah hutang itu lebih besar daripada segala program kerajaan seperti skim kredit mikro, bantuan rumah, bantuan barangan makanan, bantuan wang tunai musim perayaan, skim Tabaruk dan program kluster ekonomi keluarga, lapor Roketkini.

“Semua program untuk rakyat hanya berjumlah RM19 juta sahaja,” katanya membahaskan Bajet 2012 bagi negeri Perak, semalam.

Menurutnya, sikap suka berhutang telah dimulakan oleh BN sejak sedekad lalu apabila hutang negeri naik mendadak dari hanya RM182 juta pada tahun 2000 kepada RM975 juta tahun ini.

“Jumlah hutang ini adalah kenaikan sebanyak 535 peratus! Jika ada lagi pihak yang masih membisu atau memilih untuk berpura-pura, saya rasa mereka perlu insaf dan kembali ke pangkuan jalan.

“Bah kata pepatah Melayu, jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis berkata, kerajaan BN perlu menjelaskan tentang hutang RM72 juta yang dicipta dalam masa 12 bulan lalu.

Nga juga mempertikaikan defisit bajet RM50.14 juta dan yan kos perbelanjaan kerajaan RM915 juta kerana jumlahnya terlalu besar bagi Perak.

Menurutnya, keadaan itu tidak seimbang dengan laporan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, yang mencatatkan bahawa Perak kini mempunyai paling ramai bilangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Mengikut laporan itu, katanya, Perak kini mempunyai 192,000 keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM2,300, iaitu mewakili 12.2 % dari semua keluarga yang berpendapatan rendah.

“Jumlah tersebut adalah paling ramai di seluruh tanah air kita. Ini jelas terbukti selepas 54 tahun di bawah BN, bukan sahaja BN gagal menerajui negeri kita menuju ke paras pendapatan yang bermaruah, sebaliknya ramai rakyat kita masih hidup melarat khususnya orang Melayu,” tambah beliau.

Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping menjelaskan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat Perak selama setahun sejak pilihan raya umum 2008 hingga rampasan kuasa oleh BN pada Februari 2009 adalah jauh lebih baik daripada salah urus dan salah keutamaan BN.

Beliau memberi contoh di mana semasa pemerintahan Pakatan Rakyat, kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk memilih ketua kampung di semua 817 kampung Melayu tradisonal di mana sekitar 30 peratus dimenangi oleh warga kampung yang menyokong Umno.

Bagaimana pun, setelah rampasan kuasa di Dun Perak, kerajaan Umno BN yang zalim telah memecat semua ketua kampung yang dipilih oleh rakayat dan digantikan sistem perlantikan yang bercorak kuku besi untuk konco-konco mereka sahaja.

“Pemecatan ketua kampung tanpa sebarang pampasan kepada mereka yang mendapat mandat rakyat adalah satu perbuatan yang zalim dan menjijikkan. Apakah salah mereka? Adakah mereka rasuah? Rompak? Curi? Semuanya tidak tetapi mereka tetap dipecat kerana tidak menyokong Umno,” katanya.

Menurutntya, Bajet BN Perak hanyalah pembaziran wang rakyat demi kroni Umno BN di samping bakal menjadikan anak negeri deritadengan hutang yang semakin meningkat.

“Ini adalah bajet defisit beri gula-gula, bajet pancing undi, bajet angkat hutang untuk memperdayakan rakyat. Ini bajet pilihan raya. Namun, rakyat nampak semua ini.

“Jadi ini juga bajet yang akan memenangkan Pakatan Rakyat, insya Allah,” katanya. – Roketkini.com



28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kuching-23 November 2011, Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) hari ini secara terperinci telah meneliti dan memahami bajet Negeri Sarawak yang telah dibentangkan pada persidangan DUN yang lepas oleh Ketua Menteri (KM) Sarawak Pehin sri Hj. Abdul Taib Mahmud. Secara umum, bajet KM tidak terperinci dalam menjelaskan ke mana wang negeri dibelanjakan.

Pembahagian peruntukan lebih kepada sektor-sektor umum dan bukan projek-projek khusus. Bajet KM juga dilihat amat pro-industri dan bukan pro-rakyat. Tiada peruntukan jelas untuk mengurangkan tahap kemiskinan negeri yang dianggarkan pada 27,065 keluarga mengikut PLI sedia ada (2009). Bajet Pakatan rakyat (PR) pula memperuntukkan RM 100 juta khusus untuk golongan miskin ini & tambahan RM 117 juta untuk bonus warga emas.

Ini tidak termasuk program peningkatan pendapatan seramai 250,000 pekerja Sarawak yang berjumlah RM 300 juta (Program ‘Fair Wage’).

Menurut DPPNS lagi, tiada peruntukan jelas untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar-pelajar Sarawak di semua peringkat. Ini berkemungkinan kerana Kerajaan BN Sarawak melihat ini sebagai tanggungjawab Kerajaan Pusat.

Lebih membimbangkan lagi, tiada peruntukan jelas untuk pembangunan Islam dan sekolah-sekolah Islam di Sarawak. Walaupun diterajui oleh KM yang Muslim, masih tiada peruntukan jelas untuk pembangunan Islam dan umat Islam Sarawak.

Bajet KM juga amat fokus kepada pembangunan sektor perindustrian melalui SCORE dan pelancongan dengan peruntukan 56.8% daripada perbelanjaan pembangunan. Walau bagaimanapun, pembahagian antara 2 sektor ini tidak dinyatakan.

Dalam satu perspektif lain, sebenarnya, kedua-dua sektor ini saling bertentangan antara satu sama lain kerana sektor industri selalunya mencemarkan persekitaran dan tidak hijau.

Bukan setakat itu Bajet yang disifatkan hanya melepaskan batuk di tangga ini juga menunjukkan tiada peruntukan yang jelas untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran bagi menyokong SCORE dan berkemungkinan akan menyebabkan lambakan pekerja-pekerja mahir asing akan berlaku di Sarawak jika tiada tindakan serius dari Kerajaan Negeri yang boleh menjejaskan peluang penduduk tempatan. Berikut adalah beberapa butiran dalam bajet KM dan bezanya dengan bajet mesra rakyat PR:

i. Anggaran pendapatan oleh BN dengan ‘growth rate’ = 5% ialah RM4.043 bilion vs
Anggaran pendapatan oleh PR dengan ‘growth rate’ = 4% (lebih konservatif) = RM 4.500 bilion  jelas menunjukkan tahap kecekapan yang rendah oleh BN dalam mentadbir negeri.

ii. Lebihan pendapatan oleh BN hanya RM 79 juta vs PR sebanyak RM 215 juta .
*Walau bagaimanapun terdapat kekeliruan dalam bajet KM ini, di m/s 15 dalam tajuk ‘Expenditure Estimates 2012’ dinyatakan perbelanjaan pembangunan = RM 2.550 bilion

(rujuk poin 1.ii.b) tetapi kemudiannya dalam tajuk ‘Development Expenditure Estimates 2012’ dinyatakan jumlah perbelanjaan pembangunan = RM 3.263 bilion (rujuk poin 3). Jika jumlah RM 3.263 bilion digunakan (tambahan pula, jumlah ini yang diperincikan peruntukan-peruntukannya), sepatutnya bajet ini adalah bajet defisit sebanyak RM 634 juta (-15.7%)!

iii. Pemisahan hasil cukai loteri berjumlah RM 100 juta daripada bantuan-bantuan yang mungkin akan disalurkan kepada rakyat Muslim.

iv. Pendapatan negeri terlalu bergantung kepada hasil tidak boleh diperbaharui iaitu sebanyak 52.9% (perhutanan, petroleum & gas) dan jika hanya petroleum & gas diambil kira, kebergantungan adalah sebanyak 40.3%. Kerajaan negeri gagal mempelbagaikan sumber pendapatan negeri.

v. Tiada peruntukan yang jelas untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran bagi menyokong SCORE.

Justeru DPPNS berharap agar rakyat mula menilai kecekapan KM dan juga Menteri kewangan yang hanya sekadar “melepaskan batuk ditangga” sahaja dalam pengurusan kewangannya. Sedarlah bahawa hasil negeri ini yang begitu kaya disalurkan hanya kepada tumpuan industry semata-mata. Rakyat juga patut sedar bahawa Mereka (BN) tidak lebih hanyalah untuk member kesenangan kepada kroni masing-masing.


Zharudin Narudin/-



26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia membuat satu lagi pembohongan - mengenai isu air semalam - untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

“Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia (Mingguan Malaysia) ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta,” kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook sebentar tadi.

Sehubungan itu Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS berkata, “nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak.”

“Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah.

“Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT,” kata beliau lagi mengulas laporan muka depan Mingguan Malaysia, akhbar edisi keluaran Kumpulan Utusan semalam.

Nik Aziz menulis, “saya telah ditanya pagi tadi selepas mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 (semalam) yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’.

“Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respons terhadap laporan akhbar Mingguan Malaysia yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan,” katanya.

Nik Aziz berkata beliau menganggap masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’ satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

Namun, tegas Nik Aziz, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar.

Sambil berkata akhbar tersebut telah menyorok beberapa fakta sebenar, Nik Aziz menambah, “pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.”

“Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.

“Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan e-coli yang terdapat dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88 peratus. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus),” katanya lagi.

Selain itu kata Nik Aziz, beliau sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi empat peratus, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi e-coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

“Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemuakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011.

“Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?” kata beliau lagi.

malaysian insider/-

    Followers