Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP), dan kemudiaannya dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), bukan sekadar meraih sokongan politik semata-mata, kata Dr. Mujahid Yusof.

Menurut beliau yang juga pengerusi lembaga penasihat DHPP, penubuhan itu bagi membuktikan PAS benar-benar mengamalkan perinsip Islam iaitu menolak perkauman.

"Kita tubuhkan ini bukan untuk meraih sokongan politik, ianya sesuai dengan ideologi PAS itu sendiri sebagai sebuah parti Islam, bukan parti perkauman, melangkaui rasis.

"Kita juga mahu tunjukkan PAS bukan hanya retorik dan bercakap sahaja, tapi kita buat," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh sebuah tv web, Popteevee dalam rancangan "The Fairly Current Show".

Menurutnya lagi, rakyat Malaysia sudah lebih 50 tahun ditanam dengan pemikiran perkauman.

Maka menurutnya, sudah sampai masanya untuk PAS mengambil tanggungjawab melakukan perubahan memecahkan kubu perkauman tersebut.

"Pada tahun 2007, saya pergi ke setiap negeri setiap malam untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS," katanya menceritakan kembali sejarah awal penubuhan KPP.

Temubual penuh beliau dalam rancangan itu boleh dilihat melalui pautan http://popteevee.popfolio.my/default.aspx?c=1

Penyertaan bukan Melayu dalam PAS sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu dilihat banyak memberi perubahan kepada landskap politik parti itu dan juga landskap politik negara.

Tsunami politik pada PRU-12 lalu juga dilihat disumbang faktor sokongan bukan Melayu kepada PAS.

Mei lalu, PAS terus memperkukuhkan kedudukannya apabila mengiktiraf kelab penyokong menjadi DHPP yang kini setaraf dengan Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat.

Sehingga kini mereka mempunyai lebih 20,000 penyokong bukan Melayu dan bukan Islam dalam parti itu.


at 8/30/2010 02:19:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Tindakan kerajaan Kelantan yang mahu memfaikan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan Royalti 5 peratus, terus mendapat sokongan pelbagai pihak.

PAS pusat dalam satu kenyataan menyokong penuh usaha tersebut dan mengarahkan ahlinya hadir hadir ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 30 Ogos ini.

"PAS menyeru agar rakyat, khususnya anak-anak Kelantan dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 30 Ogos ini untuk sama-sama memberikan sokongan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan exco Kerajaan negeri yang akan menghantar writ saman berkenaan," kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Selain itu PAS juga katanya meminta agar Kerajaan Negeri mengheret sekali Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan yang membuat keputusan bagi menghalang Kelantan menerima hak royalti berkenaan.

Menurutnya, kabinet telah cuba menafikan hak rakyat negeri itu sedangkan Akta 144 Petroleum Development Act 1974 memberikan kuasa penuh kepada Kerajaan Kelantan menuntut hak royalti tersebut.

Selain PAS pusat, kepimpinan PAS di peringkat kawasan di seluruh Lembah Klang juga mula menyeru ahli PAS di kawasan masing-masing untuk sama-sama hadir ke mahkamah pada hari tersebut.

Khidmat Pesanan Ringkas SMS, FaceBook dan Twitter dilihat digunakan sepenuhnya menyebarkan maklumat ini.

Selain itu, Penasihat Persatuan Anak-anak Darul Naim (Persada), Wan Johari Wan Omar juga turut mengarahkan seluruh ahli persatuan itu hadir memberi sokongan.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan sokongan terhadap tindakan berani kerajaan Kelantan tersebut.

Kelantan akan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada hari Isnin, 30 Ogos ini jam 9 pagi.

Selesai urusan saman tersebut dibuat, satu majlis solat hajat akan dibuat di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan dijangka diimamkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

17 Ramadhan 1431H.
Zaini Hashimi

Tazkirah Ramadan Setelah penghijrahan baginda Nabi s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraish terhadap umat Islam masih belum reda.

Penyiksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi.

Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraish.

Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraish yang melintas dekat Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.

Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraish yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam.

Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi ancaman ini.

Bagi Quraish, sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.

Untuk itu, Abu Jahl yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraish bersama seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan bergerak menuju Badr.

Sementara kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya meloloskan dari sekatan kaum muslimin.

Abu Sufyan mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahl kembali ke Mekah kerana baginya dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu.

Namun pesanan itu ditolak oleh Abu Jahl beliau segera bersiap untuk berperang bagi menghadapi pasukan Islam Madinah.

Di Badar, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah bersiap siaga sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya, siap menghadapi seribu orang di barisan Quraish yang lengkap bersenjata.

Namun keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah syurga.

Tepat pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.

Satu demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita tersebar bahwa Abu Jahl yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah umat ini tewas di tangan pasukan muslimin.

Dengan terbunuhnya Abu Jahl dan beberapa pemuka Quraish di medan perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih untuk melarikan diri.

Dalam perang Badar, pasukan Quraish menderita kerugian tujuh puluh tewas dan tujuh puluh yang lain menjadi tawanan.

Sementara barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit, dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang menyelamatkan diri.

Suasana pada malam tercetusnya perang di Badar

Malam itu terjadi beberapa keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan akhirnya tertidur dengan puas.

Hujan pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al Anfaal (surat kedelapan) ayat 8:

"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."

Subuh hari, Abu Bakar "menganggu" ibadah Rasul karena kafir Quraish sudah semakin hampir mendekati umat Islam.

Pasukan Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraish sudah kelihatan jelas oleh Rasul, Rasul memanjatkan doa, "Ya Allah! Kaum kafir Quraish yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk mengalahkan mereka."

Rasulullah minta pendapat sahabat sebelum berangkat ke Badar

Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang.

Oleh karena itu merekapun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi karena waktu itu hujan turun.

Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"

"Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah.

"Rasulullah," katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."

Melihat saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik dari sesama mereka sendiri.

Selesai kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah," katanya, "kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.

"Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan.

"Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."

Nabi Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.

Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.

Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraish jauh lebih besar dari kekuatan mereka, jumlahnya tiga lipat ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.

Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu karena bukan pengaruh kebendaan itu yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu siap disamping Nabi, memberikan dukungan, memberikan kekuatan.

Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Medinah.

Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?

Menentukan nasib 70 orang tawanan

Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang ada untuk bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung isu tawanan.

Abu Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.

Walau bagaimanapun, Omar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih mahu mereka terus hidup.

Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakan menerusi ayat 67 surah al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelim ia dapat melumpuhkan musushnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Keesokan harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan sikap Abu Bakr seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Omar seperti Nabi Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tandak-tanduknya.

Akhirnya baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu perlu dihapuskan daripada muaka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.

Mengapa perang ini begitu istimewa?

Pertama, karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.

Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Omar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.

Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.

Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.

Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan.

Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.

Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.

Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang. Kesebelas, sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Keduabelas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka.

Harakahdaily/-

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 25 Ogos: Mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini.

“Writ saman ini dibuat selepas ianya mendapat keputusan pada mesyuarat exco tadi,” ujarnya.

Katanya, saman berkenaan akan dibuat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Husam turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu hadir pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan menyerahkan kepada mahkamah.

“Kita tak bincang pasal jumlah tututan kita, itu terpulang pada mahkamah lah nanti,” ujarnya.

Sementara itu, turut dimaklumkan satu majlis solat hajat dan sidang media akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.

Harakahdaily/-

at 8/26/2010 04:42:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 25 Ogos: Seramai 40 ulama akan mengetuai Munajat Royalti Kelantan bagi memohon tuntutan hak royalti minyak kerajaan negeri itu dikembalikan kerajaan Pusat.

Program secara berkala yang dijangka bermula Disember ini adalah dianjur sekretariat khas royalti yang di bawah Gerakan Bertindak Kebalikan Royalti Minyak (Gegar).

Ketua NGO itu, Md Zulaimi Kazin, dalam sidang medianya memberitahu sebahagian besar anggota mereka disertai oleh para ulamak dari beberapa buah pondok, terutama dari Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh.

Menurutnya, seketeriat yang dipengerusikan Tuan Guru Hussin Ibrahim, dari Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas itu, diadakan bertujuan untuk menyampaikan mesej rakyat menuntut royalti itu melalui golongan ulamak.

Ujarnya, 40 ulama yang akan menyertai misi ini dipilih berdasarkan jasa dan khidmat yang dicurahkan bagi pembangunan ilmu agama di negeri Kelantan.

“ Pemilihan ulama tersebut di buat dari kalangan ulama dipondok-pondok, ulama kawasan dari Dewan Ulama PAS dan ulama di kalangan ahli akademik,” ujarnya lagi.

Tambahnya, para ulama berkenaan juga akan mendoakan kelancaran proses tuntutan di mahkamah sekiranya tuntutan itu dibawa ke peringkat tersebut.

“Paling penting misi ini akan menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Pusat dan Petronas bahawa rakyat Kelantan turut bangkit menuntut hak mereka.

40 ulama tersebut juga katanya akan mendoakan dan bermunajat secara individu selama 40 hari berturut-turut di Kelantan dan kemuncak munajat akan dilakukan selama 40 waktu di Baitullah di Makah.

Sehubungan itu, semua warga negara yang perihatin terutama rakyat Kelantan diseru menyalurkan sumbangan untuk menjayakan program tersebut.

Kutipan sumbangan akan bermula 1 Syawal bersamaan 10 September sehingga 30 November ini.

Harakahdaily/-

at 8/26/2010 04:41:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

16 Ramadhan 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Harapan Mohammad Fadhlullah Abdul Razak, 28, tahanan terbaru ISA untuk beraya bersama keluarga bulan depan mungkin malap.

Menurut Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum memberitahu tentang status tahanan abangnya itu sejak ditahan 36 hari lalu.

Bagaimana pun, katanya, Polis memanggil waris Fadhlullah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok.

"Setakat ini, tidak ada apa-apa lagi tetapi esok, polis panggil kami ke Bukit Aman.

"Saya kerja, kedua-dua ibu bapa saya mungkin pergi melawat abang esok," ujarnya tengah hari tadi pada Harakahdaily.

Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri akan membebaskan abangnya itu sebelum raya ekoran tiada dakwaan yang jelas ke atas abangnya itu.

Difahamkan, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA membolehkan seseorang tahanan tanpa bicara ditahan maksimum selama 60 hari untuk membantu siasatan.

Turut difahamkan, berdasarkan Seksyen 8, ISA, tahanan tanpa bicara itu memberi kuasa kepada seorang Menteri Dalam Negeri untuk mengizinkan seseorang itu ditahan atau sebaliknya.

Lanjutan itu, katanya lagi, pihak pembelaan yang dilantik telah mengfail permohonan habeas corpus atau 'hak untuk bersuara di mahkamah' beberapa hari lalu.

20 Julai lalu, Fadhlullah ditahan di Sungai Buloh oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Menurut laporan Harakahdaily, Hasnol ditahan kononnya demi memerangi keganasan Jamaah Islamiah (JI) dalam negara.

Namun, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri beberapa hari kemudian pada satu kenyataan media di ibu negara mengaku di depan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa Kuala Lumpur komited bersama Washington dalam memerangi keganasan global.

Harakahdaily/-

at 8/26/2010 04:40:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

16 Ramadhan 1431 H
http:haluanpalestin.haluan.org.my

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel.

Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897.

Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar.

Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel.

Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion.

Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah.

Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Harakahdaily/-

14 Ramadhan 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA merasa gembira apabila raja sesumpah Ezam bersedia untuk hadir ke Mahkamah Syariah bagi menghadapi kes Qazaf yang difailkan oleh AMK. Kes Qazaf tersebut adalah berkaitan dengan tuduhan raja sesumpah terhadap DS Anwar yang mana melibatkan juga DS Wan Azizah.

Cuma, usah raja sesumpah sibuk untuk menunjukkan kemahirannya untuk bersumpah di dalam Mahkamah Syariah nanti. Raja sesumpah perlu membawa hujah, fakta, bukti dan saksi untuk menguatkan tuduhannya, bukan hanya bergantung kepada sumpah-sumpah yang lazim beliau lakukan dari dulu, kini dan selamanya.

Andainya beratus kali beliau bersumpah sekali pun, kita sudah kenal siapa mamat Ezam ini.

Beliau sanggup berbuat apa sahaja asalkan DS Anwar diaibkan dan Najib diangkat. Mengapa tiada cabaran dari raja sesumpah untuk Saiful agar Saiful juga bersumpah menafikan hubungan intimnya dengan wanita itu?

Mengapa raja sesumpah juga tidak mencabar rakannya Zahid Md Arip yang mengaitkan Ghani Harun tentang hubungan bersama isteri raja sesumpah sewaktu raja sesumpah di dalam penjara.

at 8/24/2010 01:28:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

14 Ramadhan 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sebagai seorang yang bukan berbangsa Melayu sangat terkilan dengan kejadian yang berlaku dalam isu bacaan khutbah di negeri Pulau Pinang yang sedang hangat dibicarakan sekarang ini. Terkilannya saya kerana pada anggapan saya UMNO telah cuba membina benteng baru untuk mengesahkan bahawa Islam itu hanya untuk orang Melayu sahaja dan dilarang sama sekali untuk bangsa lain khususnya dalam hal mendoakan kesejahteraan kepada bangsa lain.

Kesejahteraan yang saya maksudkan ialah mendoakan bangsa lain di Malaysia supaya mereka mendapat taufik dan hidayah dari Allah, kerana Allah lah yang berhak dalam memberikannya kepada hamba-hambanya yang dia kasihi.

Persoalannya apakah masaalahnya sehingga UMNO tersangat takut dengan doa kepada non muslim. Malah bagi saya membesarkan perkara yang bukan wajib didalam doa itu adalah perkara yang tidak bertanggung jawab demi kepentingan politik sempit UMNO untuk menarik sokongan dan kononnya dia lah pembela Raja melayu dan melayu. Sedangkan kenapakah UMNO sepi membisu bila Rosmah mendapawa dia wanita pertama dengan membelaki Raja permaisuri Agong yang sebenarnya layak dengan gelaran itu. Ini adalah satu contoh dari banyak lagi tingakhlaku dan ucapan pemimpin UMNO yang menghina Raja Melayu dan melayu.

Namun kejadian di Pulau Pinang yang gencar dan sedang diperbesarkan oleh UMNO yang diketui oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Zahid Hamidi memperlihatkan usaha UMNO untuk menyempitkan Islam untuk orang melayu dan dilihat bahawa UMNO cuba membina imejnya dengan cuba menjuarai isu tersebut dengan andaian Melayu akan kembali menyokong UMNO.

Selain itu rasa kesal yang amat sangat apabila Mufti yang menghalalkan rampasan kuasa di Perak dengan cepat mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh khatib yang membaca doa adalah haram. Tanpa usul periksa dan mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu, Harussani telah melakukan kesilapan yang besar dan menyeretnya kepada perhatian umum bahawa cakapnya sudah tidak boleh dipakai sekarang ini.

Sebagai seorang yang bergelar mufti, Harussani sepatutnya perlu menjelaskan doa yang bagaimana yang diharamkan, dan doa yang bagaimana yang di halalkan, atau paling kurang sinonim dengan naman harussani iaitu harus.

Insiden yang berlaku di Pulau Pinang adalah dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Dalam keadaan pandangan bangsa lain yang telah berubah kepada Islam sejak tsunami politik 2008 yang melihat dan menyakinkan keterbukaan Islam sehingga mereka memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Pulau Pinang dan beberapa negeri lain. Kaum Cina di pulau Pinang memberikan sokongan kepada Parti PAS dalam keadaan gabungan Pakatan Rakyat terus diperkuatkan dari saat tertubuhnya gagasan itu di Ipoh pada malam 9 mac 2008.

Sejak dari itu saya melihat bangsa lain semakin memahami dan tidak takut lagi untuk mendekati Islam, sedangkan selama ini UMNO lebih 50 tahun tidak menggunakan peluang dalam tempoh yang panjang itu untuk menjelaskan Islam kepada pemimpin bukan melayu dalam komponen BN.

Yang kedengaran cuma kata-kata celupar dari pimpinan BN, tidak terkecuali dari bangsa Cina atau India, termasuklah pemimpin UMNO sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang terkadang menhina Islam dan hukum hakamnya.

Kemelut yang berlaku di Pulau pinnag saya yakini tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat tetapi akan memperkuatkan lagi gabungan politik yang menjadi harapan masa depan malaysia yang kita sayangi.

Kalau isu dapat ditasngani oleh Pakatan Rakyat dengan baik saya yakin kaum bukan Melayu akan melihat bahawa Islam tidak sesempit yang ditohmah oleh UMNO selama ini.

Apalagi saya kira UMNO sudah kehabisan modal untuk melemahkan Pakatan Rakyat, isu perkauman yang satu persatu diperbesarkan nampaknya tidak menjadi.

Oleh itu saya menasihati diri saya dan semua rakan dalam PR supaya sangat berhati-hati dalam tindakan dan ucapan agar terelak dari UMNO dan BN yang sedang mencari helah untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

13 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: “Otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya PAS terkejut dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

“Cadangan ini dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pelik, katanya Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikannya.

Idris berkata, sepatutnya Perdana Menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, Najib kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini.

Sebaliknya, kata beliau otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikkan harga minyak.

Menurutnya, persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah, ketirisan, beri kepada mereka yang bukan ahlinya, pentingkan kroni, hak keistimewaan orang Umno tidak pernah ada di dalam fikiran mereka untuk diperbaiki supaya khazanah negara dapat dinikmati oleh semua rakyat.

“PAS berpandangan, cadangan ini hanya dicadangkan oleh orang yang tidak mengetahui derita rakyat bawahan di negara ini yang begitu perit, terutama di dalam bulan Ramadhan ini.

“Kenaikan harga barang keperluan naik begitu mendadak seperti indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL),” ujarnya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun di didesak oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Malahan, katanya Khalid bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di negeri itu.

Beliau menambah, sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu.

“Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri,” katanya.

Selangor juga, katanya menolak cadangan projek kroni kerajaan BN dahulu untuk mengambil bekalan air daripada Pahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan kos RM2 bilion sahaja yang dapat menjimatkan wang rakyat berjumlah RM6 bilion.

Harakahdaily/-

at 8/23/2010 12:39:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

13 Ramadhan 1431 H
Oleh: Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 22 0gos: Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah pihak yang mesti dipersalahkan atas kenyataan perkauman dan menghina yang didakwa telah diucapkan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya, Johor pada 12 Ogos lalu, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Umno dan BNlah pihak yang tidak henti-henti mengapi-apikan kebencian perkauman sama ada melalui agensi-agensi kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan Umno BN atau media-media arus perdana yang dikuasai mereka.

Pengetua itu didakwa menyebut bahawa pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing.

"Apa yang berlaku itu adalah akibat dari perbuatan Umno dan BN yang mengapi-apikan perkauman. Ramai rakyat yang termakan hasutan perkauman Umno BN dan tidak boleh dinafikan pengetua itu adalah salah seorang dari mereka.

"Dia berani menghamburkan kata-kata sedemikian mungkin kerana beliau merasa yakin beliau tidak akan diapa-apakan kerana beliau melihat para pemimpin Umno termasuk pegawai khas Perdana Menteri yang dilaporkan berbuat demikian pun terlepas begitu sahaja," kata Salahuddin sambil menuntut supaya dihentikan hasutan-hasutan perkauman termasuk dalam program-program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah kerajaan BN seperti Biro Tatanegara (BTN) dan media-media yang dikuasai oleh Umno BN.

Sebelum ini, kenyataan perkauman seperti itu dilaporkan telah diucapkan oleh pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, Datuk Nasir Safar telah menimbulkan isu perkauman apabila dilaporkan berkata, orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

Beliau telah dilaporkan menyifatkan pendatang India sebagai "pengemis" dan pendatang Cina sebagai "pelacur".

Salahuddin juga mempertikaikan sikap Ketua Pemuda Umno yang juga Pengerusi Pemuada BN, Khairy Jamaluddin yang dilaporkan mengecam keras kenyataan itu.

"Umno dan BN bukan sahaja tidak mahu mengambil tanggung jawab dan berlepas tangan malah boleh pula mengecam pengetua itu. Apa yang dilakukan oleh pengetua itu adalah akibat cetusan api perkauman Umno BN.

"Mengapa biarkan beliau seorang diri menanggung kecaman sedangkan pihak yang bertanggungjawab mencetuskan api perkauman berlepas tangan dan berlagak bersih pula dari perbuatan mengapi-apikan perkauman?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.

Bercakap bagi pihak Pemuda BN, Khairy mengecam keras kenyataan pengetua itu sambil menyifatkan kenyataan itu menonjolkan kejahilan pengetua berkenaan berhubung isu kewarganegaraan serta aspek ritual agama lain di negara ini.

"Sekiranya benar ia terjadi, maka beliau hendaklah didakwa bagi satu hukuman yang keras, di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau seumpamanya, kerana ia langsung tidak boleh diterima sama sekali oleh masyarakat majmuk di negara ini," tegasnya.

Salahuddin mempersoalkan, jika Khairy berani mencadangkan pendakwaan tersebut kepada pengetua itu, mengapa Khairy tidak mencadangkan Nasir didakwa bagi satu hukuman yang keras, di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau seumpamanya, jika benar beliau mengucapkan kata-kata penghinaan itu.

"Jangan hanya orang-orang bawahan sahaja yang hendak dihukum sedangkan pemimpin-pemimpin Umno terlepas begitu sahaja," katanya.

Harakahdaily/-

at 8/23/2010 12:38:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

13 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mohd Ali Hashim

GEORGETOWN, 22 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menyelar tindakan Umno yang menggunakan isu agama dalam keadaan yang begitu terdesak bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

Menurut beliau, Umno diminta supaya segera mengundurkan diri dari terus berperang bagi menangani masalah masyarakat Melayu kerana PAS telah sedia untuk menggantikan mereka dalam apa jua situasi.

Katanya, dalam isu doa dalam khutbah jumaat yang dipolitikkan oleh Umno, mereka perlu mengenal pasti dengan bukti bahawa sememangnya wujud khutbah yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tambahnya, jika ia adalah doa bagi memohon kesejahteraan itu adalah 'standard' dan tidak boleh diubah kepada nama-nama lain.

Namun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata sekiranya doa yang dibaca secara umum untuk diberikah hidayah, itu bukan masalah kerana ia suatu perkara yang biasa apabila rakyat berdoa untuk diberi petunjuk kepada sesiapa sahaja termasuk Ketua Menteri.

Katanya, apa yang menjadikan isu itu satu fitnah Umno terhadap kerajaan negeri ialah perkataan 'ganti' yang digunakan dan ia satu pembohongan besar yang sengaja diperbesarkan untuk menimbulkan kemarahan rakyat di negeri ini.

“Sebagai umat Islam kita boleh berdoa kepada sesiapa sahaja, namun begitu perkataan 'ganti' yang digunakan itu membahayakan kerana ia sudah disalah tafsir oleh sesetengah pihak selain ia melibatkan nama besar Yang di-Pertuan Agong dan Islam,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Tambahnya lagi, Umno bermain dengan isu yang sangat merbahaya dengan mengheret isu agama dan institusi istana bagi memenuhi agenda politik mereka supaya berlakunya kerenggangan antara kerajaan negeri dan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

Harakahdaily/-

11 Ramadhan 1431H.
oleh : Syaikh

RENUNGAN KE-16

Ramadhan Bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Kehidupan Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam penuh dengan ibadah dan pelajaran yang berarti bagi kita, beliau adalah tipe ideal yang sangat baik, baik di bulan Ramadhan atau di bulan lainnya, karenanya marilah kita lihat sejenak kehidupan beliau di bulan yang suci ini.

Sebelum perintah puasa Ramadhan, beliau berpuasa Asyura (tanggal 10 Muharram) dan itu terjadi ketika beliau datang pertama kalinya ke Madinah, di situlah beliau melihat orang-orang Yahudi sedang berpuasa, kemudian bertanya, “Gerangan apa yang membuat kamu puasa hari ini?” Jawabnya, “Kami sedang mengenang hari besar di mana Musa ‘alaihis salam diselamatkan dari kejaran kaumnya; serta tenggelamnya Fir’aun dan bala tentaranya, kemudian Musa ‘alaihis salam berpuasa sebagai rasa syukur, maka kami juga berpuasa sebagaimana engkau lihat pada hari ini.” Berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Kami lebih berhak dan lebih pantas dari kalian.” Maka beliau berpuasa dan menyuruh para sahabatnya untuk berpuasa. (HR. Al-Bukhari Muslim).

Sebagian ulama mengatakan bahwa puasa Asyura itu pada mulanya wajib. Dalam Shahihain diriwayatkan dari hadits Rubayyi’ binti Mu’awwadz radhiallahu ‘anha, katanya: Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam di pagi hari Asyura mengutus seseorang ke perkampungan Anshar sekitar Madinah dengan membawa pesan “Siapa yang pagi hari ini puasa teruskan!, dan siapa yang tidak puasa, puasalah di siang harinya..”, maka kami pun berpuasa, juga kami ajari anak-anak kami untuk berpuasa, mereka dibawa ke mesjid lalu diberi permainan semacam balon, apabila di antara mereka ada yang menangis karena ingin makan kami memberi mainan tersebut sampai menjelang ifthar. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Ketika ada perintah puasa Ramadhan, maka puasa Asyura menjadi sunat, yang mau silahkan berpuasa, tidak juga tidak apa-apa. Tetapi puasa Ramadhan diwajibkan secara bertahap, pertama kalinya diberi pilihan antara puasa dan tidak, dan itu berlanjut sampai turun ayat,

“Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, hendaklah ia berpuasa di bulan itu.” (Al-Baqarah: 185).

Maka jadilah hukumnya wajib, tetapi pada waktu itu tidak dibolehkan makan dan minum di malam harinya manakala ia bangun dari tidurnya.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Al-Barra radhiallahu ‘anhu: Apabila salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam berpuasa, lantas tidur menjelang ifthar kemudian kebablasan (tidak bangun saat adzan Maghrib), maka ia tidak makan di malamnya dan siangnya sampai besok sore, begitu juga dialami oleh sahabat Qais bin Shirmah Al-Anshari, dikisahkan dia berpuasa, di saat menjelang ifthar ia menemui istrinya dan bertanya, “Apakah ada makanan?” jawabnya, “Tidak ada, tunggu sebentar saya carikan,” lalu ia keluar dan mencarinya, tetapi karena sahabat tadi di siang harinya kerja berat, akhirnya dia ketiduran, ketika istrinya datang didapatkan sedang tidur ia tercengang sambil berkata, “Kasihan..” (karena harus puasa terus sampai besok), ketika siang harinya dikisahkan dia pingsan, kemudian peristiwa ini disampaikan kepada Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam maka turunlah ayat,

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu” maka sangat bergembiralah mereka, dan turun lagi ayat selanjutnya,

“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.” (Al-Baqarah: 187).

Tercatat dalam sejarah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam selama hidupnya berpuasa Ramadhan sampai sembilan kali, dan pada tahun kedua hijrah yaitu tahun pertama diwajibkannya puasa Ramadhan, Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam memperbanyak ibadah di bulan yang mulia ini, sehingga beliau pernah puasa wishal (puasa tanpa buka) dua atau tiga hari dikarenakan ingin mengkonsentrasikan ibadahnya. Ketika diikuti oleh para sahabatnya beliau melarangnya sambil berkata, “Sesungguhnya aku bukan seperti kalian, karena Allah telah memberi makan dan minum kepadaku.” Imam Ibnul Qayyim telah berbicara panjang dalam kitabnya Zadul Ma’ad tentang hadits ini, yang mau tahu silahkan lihat.

Nabi shallallahu ‘alaihui wasallam di bulan yang suci ini memperbanyak tilawah Al-Qur'an –sebagaimana telah diterangkan– beliau juga menyegerakan iftharnya dan mengakhirkan sahurnya, kalau dia berbuka, berbuka sebelum shalat Maghrib, dan jika sahur beliau memilih waktu yang tidak terlalu jauh dari shalat Subuh. Beliau pun pernah bepergian di bulan yang mulia ini misalnya untuk perang Badar, Fathu Mekkah dan yang lainnya, beliau pernah berbuka dan beliau juga pernah berpuasa. Dalam Shahih Muslim dikatakan, “Kami (para sahabat) pernah bepergian (di bulan Ramadhan) pada suatu hari yang sangat panas, dan tidak ada di antara kami yang berpuasa selain Rasulullah dan Abdullah bin Rawahah.” (HR. Muslim).

Dalam hadits lain, “Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam tidak pernah mening-galkan puasa ayyamul baidh (tanggal 13, 14, 15 setiap bulannya) di tempat kediamannya atau di saat bepergian.” (HR. An-Nasa’i).

Dalam Shahih Muslim dikatakan, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam pada bulan Ramadhan tahun Fathu Mekkah keluar untuk pergi ke Mekkah, beliau saat itu sedang puasa, begitu juga para sahabat, ketika sampai di sebuah tempat Kura’ul Gomim, beliau meminta segelas air, terus mengangkatnya dan meminumnya, dan hal itu kelihatan oleh para sahabat, kemudian setelah itu dikatakan kepada beliau bahwa ada di antara mereka yang tidak berbuka, lalu beliau berkata, ‘Mereka itu telah membangkang .., mereka itu telah membangkang ..” (HR. Muslim).

Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam pada bulan yang mulia ini sangat dermawan melebihi bulan-bulan lainnya –sebagaimana yang telah dijelaskan– dan tidak kalah pentingnya yang harus kita ketahui adalah masalah yang ada kaitannya dengan hukum, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihui wasallam langsung menjelaskannya dengan amaliyah, di antaranya pada suatu saat beliau punya hadats besar, tiba-tiba waktu Subuh tiba, maka beliau mandi dan terus berpuasa.

Adalah menjadi satu kesalahan untuk kita mendoakan orang bukan Islam ketika kita sedang bersolat Jumaat. Ini menjadi satu kebimbangan kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang kerana isu mendoakan KM Pulau Pinang ketika solat Jumaat ini didedahkan Utusan Malaysia hari ini. Apakah sebenarnya yang berlaku? Mengapa ia boleh terjadi? Jangan kerana mahu politik kuasa, maka kebesaran Islam yang selama ini kita junjung dan tertakluk kepada Perlembagaan Negara kita korbankan. Seperti yang kita tahu, Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi Negeri-negeri Tidak Beraja. Maka kita perlu mengikuti Perlembagaan Negara agar kita tidak dilihat sebagai penderhaka kepada agama dan negara kita sendiri. Namun, kisah ini masih lagi menjadi tanda tanya? Benarkan ada masjid yang mendoakan selain YDP pada sidang khutbah Jumaat? Atau adakah ia juga sekadar mainan politik pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kredibiliti pihak lawan? Kita harapkan agar ada pihak sudi tampil memberi penjelasan agar isu ini tidak disalahertikan oleh rakyat.

9 Ramadhan 1431 H

Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) akan melancarkan kempen anti-zina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi.

Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor, Halimah Ali, berkata kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di Shah Alam yang dijangka dihadiri 3,000 belia.

"Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi.

Halimah berkata, semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari, berkata lapan penternak lembu di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diarah berpindah ke ladang ternakan baru di Sungai Nilam, Hulu Selangor.

Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi mengatasi masalah ternakan yang berkeliaran serta ditempatkan di lokasi yang tidak sesuai seperti berhampiran kediaman, kolej dan di bawah jambatan.

"Kerajaan negeri memperuntukan tanah seluas 32.4 hektar di Sungai Nilam dengan kemudahan infrastruktur lengkap bagi menampung kira-kira 500 ekor lembu milik kumpulan penternak itu. Penternak hanya perlu membina kandang di kawasan tanah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pihak PBT terbabit akan mengeluarkan notis kepada penternak berkenaan dalam masa terdekat ini.

Malaysiakini/-

at 8/19/2010 11:10:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

9 Ramadhan 1431 H
Oleh: Dr Siti Mariah Mahmud

Kelmarin (18 Ogos) satu salinan laporan polis diletakkan di atas meja saya oleh Ketua Wanita DHPP Selangor, Puan Veni. Beliau begitu marah dengan isi kandungan laporan tersebut yang dibuat oleh seorang murid sekolah berbangsa India yang berumur 16 tahun mengenai satu penghinaan dan sifat perkauman melampau guru besar sekolahnya.

Sekolah ini terletak di Darul Umno (Kulai, Johor) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra. Guru besarnya dikatakan telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari seorang terpelajar bergelar pendidik dan seorang kakitangan kerajaan (yang sepatutnya mendokong 1Malaysia PM).

Ucapan guru besar semasa Pelancaran Bulan Kemedekaan di sekolah bermula dengan teguran kepada murid-murid mengenai disiplin telah terkeluar dari tujuan asalnya apabila mengatakan sekiranya murid tidak berpuas hati, yang Cina boleh balik ke Cina ataupun bersekolah di Sekolah Cina, pelajar Cina tidak diperlukan dan yang India pula dihina mengatakan mereka yang memakai 'tali sembahyang' di leher dan di pergelangan tangan seperti anjing.

Orang India dan Cina dikatakan menumpang dalam konsep 1Malaysia. Analogi yang dipakainya ialah seperti seorang yang menumpang kereta orang lain tiada hak di atas kereta yang ditumpangnya. Macam-macam lagi sindiran kepada murid India dan Cina yang dilaporkan oleh murid tersebut.

Bila habis saya membaca laporan polis tersebut, saya faham kalau laporan polis ini tersebar, ia akan membangkitkan kemarahan kaum India dan Cina. Jangan pula lepas ini polis menangkap orang yang membuat laporan dan menyebar laporan polis ini tapi melepaskan pula guru besar yang celupar dan biadap ini.

Ini bukan kali pertama ekstremis atau pelampau Melayu mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan kemarahan kaum lain. Sebelum ini Datuk Hamidah Adun dari Perak, Ahmad Ismail di Pulau Pinang dan Nasir Safar orang kuat PM Najib di Jabatan Perdana Menteri. Mereka semua terlepas dari tindakan undang-undang.

Perkasa sudah memang kita tahu mendapat suaka politik dan kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Mereka semua orang Umno! Kini senarai ini bertambah panjang. Mungkin guru besar ini juga ahli atau penyokong kuat Umno/BN. Sudah pasti dia bukan ahli PAS! Kalau ahli PAS, mungkin beliau akan kehilangan keahliannya.

Rakyat mahu melihat ketegasan pihak polis dan Kementerian Pelajaran mengambil tindakan terhadap beliau supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi di sekolah-sekolah. Jangan setakat tukar sekolah atau dipencenkan awal. Guru sebegini harus dipecat dan juga didakwa di mahkamah. Kalau setakat menuntut maaf dan kemudian melupakan sahaja, percayalah ia akan berulang lagi.

Rakyat sudah melihat kes-kes sebelumnya maka tidak hairan perkara ini berulang lagi. Kumpulan ekstremis Melayu akan mengatakan kenapa saya tidak mendesak tindakan yang sama kepada orang berbangsa Cina seperti Tony Pua yang mencadangkan diskaun pembelian harta mewah ditarik balik atau Kongres Perniagaan Cina yang meminta PM memansuhkan peruntukan ekuiti 30% kaum Bumiputera.

Mungkin mereka merasakan ini menyinggung perasaan Melayu. Kenapa saya tidak rasa begitu?

Bagi saya apa yang dikatakan baru cadangan. Mereka tidak berdaya untuk mengubahnya sebab kuasanya bukan ditangan mereka tetapi di tangan PM atau menteri-menteri lain. Kenapa panik? Sebelum ini pun banyak desakan dibuat oleh pelbagai pihak mengenai pelbagai perkara seperti desakan memansuhkan ISA, tidak pula diikuti oleh kerajaan.

Berlainan dengan penghinaan secara langsung yang membabitkan bangsa dan agama. Kalau orang Cina atau India menghina agama atau bangsa saya tindakan yang perlu diambil juga. Tiada 'double standard' di sini. Malaysia benar-benar memerlukan 'akta anti-perkauman' untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat tidak tergugat oleh kumpulan pelampau bangsa.

Nampaknya orang Melayu begitu keliru dengan konsep 1Malaysia. Tidak menghairankan kerana Tun Mahathir pun tidak faham konsep ini. Rata-rata rakyat yang saya temui memahami 1Malaysia sebagai rakyat dilayan dan menikmati hak dan kekayaan Malaysia sama rata. Tiada kefahaman lain. Umno BN telah gagal menyatukan rakyat Malaysia setelah lebih 50 tahun memerintah.

Selama ini mereka berjaya melaksanakan konsep pemerintah penjajah melalui amalan pecah dan perintah. Ianya berjaya mungkin 4 dekad selepas merdeka. Tetapi rakyat Malaysia terutamanya yang dilahirkan dan dibesarkan dalam satu masyarakat majmuk tidak mungkin menelan lojik 1Malaysia yang menekankan 'hak istimewa' bumiputra tetapi mengatakan rakyat Malaysia dilayan sama rata.

Slogannya bercanggah dengan falsafah dan logik. Bagaimana hendak melaksanakannya kerana ia begitu kompleks dan sukar difahami. Laksana ibu bapa yang mengatakan mereka menyayangi semua anak-anak sama rata tetapi di dalam membesarkan anak-anak melakukan perkara bercanggah misalnya bila membeli beg sekolah ada anak yang dapat membeli beg mahal dan anak yang lain beg murah.

Pasti ibu bapa dilihat sebagai tidak adil dan pilih kasih. Anak-anak akan dapat memahami jika ayah mengeluarkan wang lebih untuk tuisyen adik atau abang yang yang lemah dalam bidang pelajaran pada masa tertentu dan di lain masa pula kakak diberi wang saku lebih jika membantu ibu di dapur. Jadi bukan anak tertentu tetapi keadaan yang menentukan bila keistimewaan atau perhatian diberi ia itu mengikut keperluan.

Sebelum kemerdekaan, kaum India dan Cina yang tinggal di Malaysia tidak mempunyai kerakyatan. Tidak di negara ini tempat mereka bernaung mahu pun di negara asal mereka. They were 'stateless'. Mereka sanggup menerima apa syarat sekali pun untuk menjamin masa depan anak cucu mereka.

Maka apabila syarat untuk mencapai kemerdekaan ialah memberi status 'jus soli' kepada kaum pendatang, pemimpin Cina dan India menerima pelawaan itu walaupun Melayu diberi hak istimewa (fasal 153). Sesungguhnya pemimpin Cina dan India mempunyai pandangan jauh kerana mereka tahu keadaan akan berubah.

Pemimpin Melayu Umno, kerana mahu mudah mendapat kemerdekaan (tanpa menitikkan setitis darah pun) mungkin tidak terlintas dibenak hati mereka yang zaman akan berubah dan generasi akan datang tidak boleh menerima perjanjian datuk nenek mereka. Pejuang kemerdekaan nasionalis dan Islamis lain pada ketika itu juga turut menuntut kemerdekaan.

Namun British yang bertanggung jawab membawa orang India dan juga Cina enggan melayan kumpulan Nasionalis Islam tetapi lebih selesa dengan Umno yang lebih memperjuangkan kuasa elit Melayu.

50 tahun berlalu kita mengharapkan anak-anak yang dilahirkan dari keturunan Cina dan India sekarang boleh menerima perjanjian yang selalu disebut sebagai kontrak sosial. Mereka bukan di dalam zaman datuk nenek mereka yang "stateless". Mereka rakyat Malaysia (Umno/Perikatan yang beri).

Mereka tidak kenal tanah air lain selain daripada Malaysia. Mereka dilahirkan di bumi Malaysia dan mereka mungkin generasi ketiga dan keempat yang tidak pernah kenal datuk nenek mereka. Adakah kita mengharapkan mereka memegang janji setengah abad dahulu sedangkan bukan mereka yang 'menandatangani' perjanjian itu?

Memang ianya sejarah. Kita menghormati sejarah namun anak-anak kita hidup dalam zaman sekarang bukan 1950an.Bangsa lain sudah berubah cara pemikiran mereka tapi bangsa Melayu masih lagi tidak mahu ke hadapan kerana menagih janji lama. Kita masih lagi bermimpi dengan cerita lapuk dan menanam harapan palsu kepada orang Melayu yang keistimewaan Melayu dilindungi oleh perlembagaan.

Kita tidak berlaku adil kepada bangsa kita kerana menggunakan isu bangsa demi untuk mengekalkan kuasa. Kuasa di tangan orang Melayu selama 50 tahun lebih tetapi dalam jangka masa itu Umno telah melepaskan Singapura kerana takut saingan dengan PPP yang diterajui Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew tidak minta kemerdekaan Singapura tapi Umno yang memberinya dengan percuma. Begitulah sejarahnya.

Rakyat Malaysia kini sudah menerima hakikat negara berbilang kaum dan agama. Bagi umat Islam kita tidak dapat menolak takdir. Walaupun pada awalnya pemimpin PAS mungkin tidak bersetuju sepenuhnya dengan syarat kemerdekaan, tetapi selepas mencapai kemerdekaan dapat menerima realiti kemajmukan Malaysia walaupun sering dituduh sebagai ekstremis agama. Tiada salahnya keistimewaan diberikan kepada kaum tertentu jika mereka memerlukan namun usahlah istilah kaum yang menjadi ukuran.

Kalau kita bubarkan "hak istimewa" Melayu pun sekarang, tetapi mengubah polisi kepada yang layak dan yang memerlukan mengikut keadaan (dengan kriteria yang objektif), saya percaya orang Melayu masih menjadi kaum yang terbanyak mendapat perhatian (bantuan) kerajaan dan pada masa yang sama kaum lain dalam kategori yang sama juga akan mendapat pembelaan.

Maknanya bantuan serta keistimewaan tidak lagi bergantung kepada kaum, agama atau jantina tetapi siapa yang memerlukannya dan layak.

Harakahdaily/-

at 8/19/2010 11:07:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

9 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: “Saya memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN,” kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar).

Amaran itu dibuat ekoran resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menggesa kerajaan untuk mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.

Malah, katanya tindakan MCA yang menyokong dan memastikan resolusi tersebut diteruskan membuktikan mereka memperjuangkan politik perkauman yang sempit.

Menurutnya, apa yang diperjuangkan oleh MCA jelas menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional gagal mendapat konsensus yang mantap untuk memerintah negara setelah berlaku penafian 2/3 kuasa majoriti di Dewan Rakyat pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Manakala Pakatan Rakyat pula, ujarnya telah sama-sama bersetuju untuk berpegang teguh dengan Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh PAS, PKR dan DAP pada bulan Disember 2009 yang lalu.

Berdasarkan dasar tersebut, beliau berkata Pakatan Rakyat akan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153.

“Ini membuktikan bahawa PAS, PKR dan DAP tetap akan mempertahankan perkara ini bila menerajui kerajaan nanti,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sebaliknya, dalam konteks hari ini, beliau memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN sehingga ia telah menimbulkan rasa kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia.

Harakahdaily/-

7 Ramadhan 1431 H
Oleh: safarizal saleh

15 Ogos 2010 (KUALA KANGSAR) - PAS Kawasan mengorak langkah dengan penubuhan penaja PAS Cawangan Taman Chandan Putri yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Haji Ayub.

Kejayaan meneembusi kawasan separa elit ini yang menjadikan cawangan PAS yang ke - 36di dalam Kawasan Parlimen Kuala Kangsar. keahlian bagi penaja cawangan ini adalah seramai 57 orang.

Manakala ketua penaja PAS Cawangan adalah Dr Raja Ahmad Al-Hiss yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Dalam ucapan perasmian oleh Haji Salahuddin mengucapkan ucapan tahniah di atas kejayaan penubuhan cawangan ini.

Ini juga membuktikan golongan cerdik pandai sememangnya bersama dengan PAS dan PAS akan terus menjadikannya sebagai parti alternatif bangsa Melayu.

7 Ramadhan 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, raja katak Pasir Mas mengetuai Perkosa memberi amaran kepada Najib. Ini adalah berlanjutan kepada resolusi Kongres Ekonomi MCA yang menuntut agar ekuiti Bumiputera dikurangkan. Kongres tersebut sebelum itu telah dirasmikan oleh Najib.

Raja katak memberi kata dua kepada Najib agar Najib berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan Bumiputera. Jika tidak, Umno akan kehilangan sokongan orang-orang Melayu, katanya. Baca di sini. Apakah selama ini sokongan orang-orang Melayu sudah begitu kuat kepada Umno?

Sebenarnya orang-orang Melayu mahu apa hidup di dunia ini? Mereka hanya perlukan ekuiti 30 peratus itu sajakah? Jika benar, selama 50 tahun lebih Umno berkuasa adakah tercapai 30 peratus itu? Jika tidak, apa yang orang-orang Melayu perlukan di dalam hidup mereka?

Raja katak jangan berfikir serendah itu untuk menggambarkan orang-orang Melayu hanya menuntut ekuiti yang tidak pernah membantu mereka selama ini. Orang-orang Melayu yang masih berpegang kepada ugama Islam, mereka mahukan lebih dari itu terutamanya keadilan dan kesejahteraan. Keadilan dan kesejahteraan hanya boleh dicapai jika Islam yang memerintah.

Berilah selama mana Umno memerintah, selagi mereka menolak Islam sebagai asas perjuangannya nescaya selagi itulah orang-orang Melayu akan gagal. Sekiranya Islam yang memerintah, bukan sahaja Melayu yang selamat bahkan kaum lain juga akan merasa nikmat berada di bawah payung Islam.

Di negara kita, hanya PAS sahaja yang berjuang untuk menegakkan Islam. Justeru itu, marilah bersama PAS untuk kita buktikan bahawa Islam mampu membela semua bangsa dan kaum.

at 8/17/2010 12:50:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

7 Ramadhan 1431 H

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab, dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA) Mohammad Rosly Md Selamat, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang dana syarikat itu berjumlah RM888,000.

Mereka didakwa meluluskan pembayaran wang tersebut ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007 bagi projek pembinaan Restoren Malaysia Dubai sedangkan syarat yang perlu dipatuhi bagi projek itu tidak dipatuhi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Pembangunan Pelancongan Nasional Sdn Bhd (PEMPENA) Tingkat 3, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 41, Jalan Sultan Ismail pada 27 Februari 2007.

Mirza, pada masa itu ahli lembaga pengarah di anak syarikat kementerian pelancongan -Pempena Sdn Bhd - didakwa bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta boleh didenda.

Mirza, 53, mengaku tidak bersalah. Hakim Azizah Mahmud menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dan mengarahkan dia menyerahkan paspot pada 1 September apabila pulang daripada mengerjakan umrah.

Manakala Mohammad Rosly pula dibenarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah pada hari ini sehingga kes selesai.

Beliau kemudian menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes.Mirza diwakili peguam Shashi Menon. Tarikh sebutan kes itu ditetapkan pada 6 September.

Tahun lalu, Mirza dibebaskan daripada tuduhan menerima imbuhan dalam bentuk penjagaan gigi bernilai RM13,860.

Pagi tadi, Mohammad Rosly turut didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana menaja konsert tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

Beliau didakwa bersama bekas pengawal kewangan Lim Khing Thai kerana memberikan RM160,770 "dengan niat jahat" kepada Ummi Hafilda Ali untuk penganjuran konsert pada 15Ogos 2006.

Tuduhan terhadap Pempena pertama kali muncul pada 2 Julai 2008. Malaysiakini melaporkan mengenai memorandum kakitangan Pempena kepada menteri pelancongan ketika itu, Datuk Azalina Othman, mendakwa berlaku rasuah dan pecah amanah oleh dua pegawai kanan syarikat berkenaan.

Antara lain mereka didakwa menerima komisyen apabila membiayai semula kenderaan untuk perkhidmatan teksi mewah, meluluskan beberapa kontrak kepada syarikat RM2 dan kos berlebihan untuk mewujudkan sebuah portal e-pelancongan sekitar RM5 juta.

Beberapa hari kemudian, Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa satu siasatan dalaman sedang dijalankan.

Pada 3 November, beliau mendedahkan bahawa audit PriceWaterhouse Coopers (PWC) telah mengesahkan urusan Pempena yang 'meragukan'.

Laporan siasatan PWC, yang didedahkan oleh ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang MP pada bulan November tahun tersebut, menyatakan bahawa sehingga Jun 2008, Pempena telah melabur RM54.5 juta dalam 24 syarikat, tetapi hanya empat yang memberi keuntungan.

PWC juga menyatakan, sehingga November 2008, projek perkhidmatan teksi mewah (Pets) yang menelan belanja RM18.3 juta, mengalami kerugian sehingga RM7.8 juta.

Malaysiakini/-

5 Ramahdhan 1431H.
Oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul

Barangkali di antara perkara yang penting di dalam kehidupan suami-istri (berkeluarga), kalau pun bukan yang terpenting, adalah memilih calon istri dengan melihat kepada sisi fisik dan moral (akhlak), sekali pun sisi kecantikan wajah, banyak harta dan nasab yang jelas, kalau saja semua kriteria ini terpenuhi atau sebagiannya saja yang disertai dengan akhlak mulia, tentu merupakan kebaikan di atas kebaikan. Adapun jika kriteria-kriteria itu tidak semuanya terdapat pada sang calon atau hanya terdapat sebagiannya, maka sesungguhnya budi pekerti yang luhur dan akhlak mulia harus dijadikan prioritas utama, karena perempuan yang mempunyai budi pekerti yang luhur dan akhlak yang mulia akan selalu dapat dipercaya untuk menjaga diri, harta suami dan pendidikan anak-anaknya. Maka dari itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda, sebagaimana disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu :-

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ: لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ.

“Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, yaitu: karena hartanya, nasabnya (keturunannya), kecantikannya dan karena agamanya. Maka pilihlah perempuan yang komitmen kepada agamanya niscaya kamu beruntung.”

Oleh karena suatu hal yang sangat penting diketahui, yaitu mengenal calon istri dari sisi intilijensi, karena sifat-sifat fisikis dan moral itu biasanya berpindah dari kedua ibu bapak kepada anak-anaknya secara keturunan, maka dari itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

تَخَيَّرُوْا لِنُطْفِكُمْ فَإِنَّ الْعَرَقَ دَسَّاسٌ.

“Pilihlah (istri) untuk anak keturunan kamu, karena masalah keturunan itu sangat peka.”

Dan hak lelaki yang akan meminang adalah mencari tahu semua sifat yang terpuji dan lainnya yang ada apada seorang perempuan (calon), begitu pula hak perempuan adalah meneliti segala sesuatu yang berkaitan dengan seluk beluk kehidupan lelaki yang melamarnya.

Satu perkara penting yang diingatkan Islam kepada kita, yaitu menikah dengan perempuan remaja yang tumbuh di dalam keluarga yang secara moral menyimpang (broken home), karena hal itu berpengaruh besar di masa yang akan datang terhadap kehidupan suami istri, bahkan tehadap keluarga secara keseluruhan. Oleh karena itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

إِيَّاكُمْ وَخَضْرَاءَ الدِّمَنِ. قَالُوْا: وَمَا خَضْرَاءُ الدِّمَنِ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: الْبِنْتُ الْحَسْنَاءُ فِي الْمَنْبِتِ السُّوْءِ.

“Jauhilah perempuan khadhra’ud diman.” Para shahabat bertanya, “Hai Rasulullah, apa yang dimaksud perempuan khadhra’ud diman?” Beliau menjawab, “Gadis cantik jelita yang dibesarkan di keluarga yang buruk.”

at 8/15/2010 11:21:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

4 Ramadhan 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Isu bersatu atau perpaduan sudah lama dilagukan oleh pemimpin negara. Baru-baru ini ditimbulkan lagi oleh pihak tertentu dengan nada yang sama. Tegasnya, isu ini timbul bermusim. Bila berlalu musim itu berlalulah isu itu, bak kata orang sekarang macam biskut, sekejap ada dan sekejap tiada. Mengapa?

Susahkah orang Melayu hendak disatukan? Adakah isu ini sengaja dibesarkan sedangkan realitinya orang Melayu sudah bersatu. Atau adakah bersatu atau perpaduan yang dimaksudkan itu lain daripada yang difahami oleh orang Melayu?

Sebenarnya orang Melayu tidak susah untuk bersatu, buktinya apabila berlaku kematian orang jauh mahupun dekat akan datang berziarah mengucap takziah kepada keluarga itu walaupun mereka tidak pernah kenal. Selepas itu mereka boleh bergaul mesra dengan tetamu yang datang. Di sini sudah wujud kerjasama tanpa terancang.

Begitu juga apabila berlaku kenduri kahwin, semua sanak saudara, rakan taulan dan mereka yang menerima jemputan boleh datang dengan hati yang tenang. Antara tetamu itu dapat berbual mesra tanpa ada sebarang sangka buruk. Malah ada yang boleh bergurau senda yang mencuit hati.

Selain itu orang Melayu juga boleh bersatu dan bekerjasama ketika bergotong-royong untuk membersihkan kampung, taman, masjid dan surau. Berdasarkan itu apakah halangan untuk orang Melayu bersatu dan berpadu pada waktu-waktu lain?

Jawapan mudahnya ialah faham politik sempit dan amalan berpolitik yang tidak secara profesional dalam kalangan orang Melayu menjadi puncanya. Mereka menganggap golongan dalam parti lawan sebagai musuh lalu tidak boleh bertegur sapa kerana benci.

Kita bukan nak salahkan politik, malah politik itu perlu dalam membina negara yang cemerlang. Kita juga tidak salahkan orang yang menyertai parti politik tertentu, tetapi yang salahnya ialah matlamat orang yang menyertai politik itu tidak benar-benar jelas. Matlamat perjuangan parti tidak difahami oleh mereka. Hal ini kerana mereka tidak diberi ilmu tentang kepentingan politik dalam Islam.

Perlu difahami di sini bahawa bersatu dan berpadu adalah tuntutan agama disebut oleh Allah dan Rasul dalam banyak tempat. Bersatu dalam soal bertuhan, bersatu dalam matlamat hidup dan bersatu dalam perjuangan. Namun bersatu dalam konteks ini perlu diasaskan oleh hati yang tulus dan mulus.

Sungguhpun begitu tuntutan bersatu di atas asas itu tidak menghalang daripada umat Islam berfikir dan berhujah dalam sesuatu perkara. Malah Islam mahu umatnya kreatif dalam memberi pandangan dalam memajukan hidup di dunia ini.

Menyedari halangan di atas, usaha menyatukan umat Islam dan mengukuhkan perpaduan orang Melayu dua perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Parti politik berasaskan orang Melayu perlu diberi penjenamaan baru. Parti yang bukan mencipta musuh tetapi mendekatkan dan menjinakkan musuh. Selain itu, politik bukan untuk kepentingan kelompok tertentu tetapi untuk kepentingan rakyat.

2. Penyatuan ummah ini perlu ditaja oleh pihak berkecuali dan tiada berkepentingan dengan mana-mana parti politik.

Sesuai dengan bulan Ramadan, bulan yang boleh menghimpunkan orang Melayu dan Islam di masjid dan surau, sebaiknya perpaduan ini diterjemahkan kepada semua jemaah. Guru-guru yang memberi tazkirah Ramadan harus menyedarkan umat Islam agar mengelak permusuhan. Begitu juga mimbar-mimbar masjid harus memberi ilmu tentang perpaduan ummah.

Perpaduan tersebut seharusnya atas tujuan membina kekuatan ummah, meningkatkan ekonomi dan memantapkan kedudukan bangsa dan memelihara maruah Islam dan umatnya. Kalau semua orang Melayu sedar akan kepentingan itu, tidak mungkin mereka menolak untuk bersatu. Dan percayalah jika dengan bersatu atas dasar ini tidak mustahil orang Melayu yang berada dalam parti yang berlain juga boleh bersatu.

Mereka boleh bersatu dan berpadu dalam memperakui pandangan lawannya jika hujahnya munasabah dan relevan. Tetapi jika pandangan itu berlainan dan tidak elok, dibantu bagi mencantikkannya. Inilah kesan perpaduan yang dikehendaki Islam.

Dalam keadaan sekarang kita seharusnya berhati-hati dengan orang yang berjuang ke arah bersatu atau perpaduan tetapi mempunyai kepentingan politik tertentu. Sebagai contoh, mereka inginkan orang Melayu bersatu supaya menyokongnya dalam pilihan raya akan datang. Maka dengan cara ini kedudukan parti yang satu lagi akan lenyap.

Sudah sampai masanya kesatuan orang Melayu berani menaiktarafkan Islam di negara ini. Orang Melayu perlu bergerak atas semangat Islam, jiwa Islam dan akhlak Islam supaya dengan itu orang bukan Islam akan hormat dan tidak menghina Islam dan umatnya.

Pada masa yang sama orang Melayu seharus tidak menjadi batu penghalang kepada orang lain untuk mengenali Islam dengan sikap kita. Jangan sampai orang lain takut kepada Islam kerana sikap kita yang suka bermusuhan. Jangan juga sampai orang lain membenci Islam kerana sikap buruk yang kita miliki kini. Malah lebih malang lagi kalau ada orang lain yang hendak mengenali Islam, kita gambarkan yang negatif tentang Islam.

    Followers