Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan penduduk sekitar Bukit Gasing akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung pembinaan projek pembinaan dua blok kondominium 26 tingkat di Bukit Gasing.

Memorandum tersebut akan diserahkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad di pejabatnya jam 2 petang ini.

Pengurus Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Mohd Ridhuan Othman berkata, projek berkenaan terletak bersebelahan dengan kawasan 'Jajaran Hijau Bukit Gasing' yang diwartakan pada tahun 1960 sebagai kawasan larangan untuk pembangunan.

"Ia dikhuatiri akan memberi kesan jangka panjang kepada alam sekitar, flora dan fauna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bukit Gasing terletak bersempadan antara Kuala Lumpur dan Selangor dan projek berkenaan akan dijalankan di sebelah kawasan Kuala Lumpur, tambahnya.

Menurutnya lagi, penduduk sekitar juga telah mengutip 912 tandatangan bagi membantah projek pembangunan tersebut untuk diserahkan kepada Ahmad Fuad.

Mohd Ridhuan berkata, projek berkenaan masih belum dimulakan kerana Ahmad Fuad memerlukan maklum balas atau bantahan daripada penduduk sekitar.

Jelasnya, memorandum bantahan tersebut adalah kali pertama daripada Nurul Izzah (kanan).

Katanya, berdasarkan papan tanda yang diletakkan di kawasan projek berkenaan, tarikh tutup membuat bantahan akan tamat esok selepas dibuka sejak 12 hingga 14 Julai lalu.

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 50 NGO termasuk persatuan penduduk bertemu dan membincangkan masalah dan kesan sekiranya projek pembangunan dilaksanakan di situ.

Manakala Ahmad Fuad pula dilapor berkata bahawa Bukit Gasing adalah antara empat bukit yang tidak akan dimajukan untuk sebarang pembangunan.

0 Responses so far.

    Followers