Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Darurat bahagian 1

Parti Komunis Malaya atau PKM telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1930. Namun pertubuhan ini mula bergiat aktif dalam politik negara ketika era Perang Dunia Ke 2 pada 1939-1945. Parti ini kebanyakannya terdiri dari orang Cina yang telah didoktrinasikan oleh fahaman komunis Maoisme yang menyatakan bahawa petani adalah kuasa sebenar revolusi. Pada zaman itu, Jepun telah menawan Tanah Melayu dan banyak membawa kesengsaraan terutama kepada orang Cina yang ketika masih berperang dengan Jepun di Tanah Besar China ketika itu. Oleh itu, PKM mula menubuhkan MPAJA(Malayan People Anti Japanese Army) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga. Ini kerana simbol mereka adalah Bintang berbucu tiga yang melambangkan tiga kaum utama Tanah Melayu. Namun keahlian untuk PKM sendiri dikuasai oleh kaum Cina dengan hampir 90 peratus kadernya adalah golongan muda Cina. MPAJA juga turut dibantu oleh British yang membekalkan senjata, latihan ketenteraan dan turut sama membantu usaha penentangan dengan penubuhan Sekolah 101. Namun prinsip utama PKM adalah untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya dan menghalau British keluar. Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

0 Responses so far.

    Followers