Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Showing posts with label UM. Show all posts
Showing posts with label UM. Show all posts

by

Syahrel Bin Zamzuri
Noreni Dalila Abdullah
Ummi Afifah Jasmi 
  •  A single product or process architecture that dominates a product category – usually 50 percent or more of the market.  
  •  A dominant design is a “de facto standard”, meaning that while it may not be officially enforced or acknowledge, it has become a standard for the industry.
  • Many industries exhibit increasing returns to adoption, meaning that the more a technology is adopted, more valuable it becomes.The more they are used, the more they are improved.A technology that is adopted usually generates a revenue that can be used to further develop and refine the technology.
  • Greater knowledge and understanding of the technology growth, may then enable improvements both in the technology itself and its application.
  • As a technology becomes more widely adopted, complementary assets are often developed that are specialized to operate with the technology.    
  • Complementary goods - additional goods and service that enable or enhance the value of another good.
  • Example: the value of a video game console is directly related to the availability of complementary goods such as video games, peripheral devices, and services such as online gaming.
  • ARE WINNER TAKE ALL MARKETS GOOD FOR CONSUMERS?????

Jurucakap SPKUMPENULIS MENGUTUK DAN MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENGANJURAN KONSERT ADAM LAMBERT YANG DIJADUALKAN PADA ESOK 14 OKTOBER 2010 DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.

SEMUA ORANG KENAL DAN TAHU BAGAIMANA AKSI DAN SIKAP ADAM LAMBERT DI PENTAS.SEORANG YANG KONSISTEN MEMPAMERKAN AKSI LUCAH,LIAR,MELAMPAU SEHINGGA DIA SENDIRI TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH MASYARAKAT BARAT!!!

KERAJAAN SEHARUSNYA MENAPIS HIBURAN INI SEDALAM-DALAMNNYA KERANA AKAN MENCEMARKAN MARUAH NEGARA YANG KAYA DENGAN ADAB DAN NILAI KETIMURAN.

RANCANGAN TELEVISYEN BARAT SEPERTI GOOD MORNING AMERICA PERNAH MEMBATALKAN RANCANGAN ADAM LAMBERT KERANA MEMBANTAH PERSEMBAHANNYA YANG DIANGGAP KETERLALUAN.

ADAM LAMBERT JUGA ADALAH SEORANG ARTIS YANG SECARA TERBUKA MENGAKU SEBAGAI GAY DAN PENGAMAL HOMOSEKS, TETAPI DIA TURUT MEMPAMERKAN AKSI GAY`NYA DENGAN MENCIUM DAN MENGUCUP PENARI LELAKI SERTA MENGAYAKAN TARIAN SERTA AKSI LUCAH BERSAMA KUMPULANNYA.

BUKAN SAHAJA MASYARAKAT ISLAM TETAPI MASYARAKAT BARAT TURUT MENOLAK NORMA-NORMA NEGATIF YANG TELAH DI BAWA OLEH PENYANYI INI.JUSTERU,APAKAH PIHAK PENGANJUR HANYA MELIHAT KEUNTUNGAN SEMATA-MATA TANPA MELIHAT KESAN NEGATIF KE ATAS PENGANJURAN KONSERT INI.

KERAJAAN SEHARUSNYA MENGGUNAKAN KUASA YANG ADA PADANYA UNTUK MENGHARAMKAN KONSERT INI DIADAKAN DI MALAYSIA.HIBURAN ITU TIDAK SALAH, TETAPI KALAU TERLALUAN DAN BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM MAKA TETAP SALAH!!!!

TIDAK ADA KEUNTUNGAN PADA MASYARAKAT JIKA KONSERT INI DITERUSKAN,TETAPI ADALAH SATU JALAN UNTUK LEBIH MENGHANCURKAN NILAI DAN ADAB KEMANUSIAAN TERUTAMA KEPADA GOLONGAN MUDA YANG MUDAH TERPENGARUH.

BUDAYA GAY MUNGKIN BELUM BERLELUASA DI NEGARA KITA,TETAPI PENULIS YAKIN NATIJAH DARIPADA KONSERT YANG DIANJURKAN INI AKAN MENYEBABKAN KERUNTUHAN MORAL YANG LEBIH PARAH KEPADA GOLONGAN MUDA DI NEGARA INI.

KALAU PENGANJURAN INI DITERUSKAN JUGA DENGAN JAMINAN DARIPADA PIHAK PENGANJUR BAHAWA ADAM LAMBERT AKAN MENJAGA TATASUSILA DAN TIDAK KETERLALUAN.

TETAPI KESANNYA JUGA TETAP ADA,KERANA MASYARAKAT TAHU BAGAIMANA SIKAP ADAM LAMBERT ITU SEBENARNYA.INILAH YANG DIKATAKAN MINDA MASYARAKAT SUDAH TERJAJAH DAN DIPASUK DENGAN HIBURAN YANG BAKAL MERUNTUHKAN SEBUAH INTITUSI MASYARAKAT.

SEMOGA ADAM LAMBERT KEMBALI KEPADA KEBENARAN DAN DIBERIKAN HIDAYAH UNTUK KEMBALI KELANDASAN YANG BENAR!!!!!

“HAPUSKAN PENJAJAHAN HIBURAN KE DALAM MINDA MASYARAKAT“

-Penulis merupakan Jurucakap Sekretriat Presiden Kolej (SPKUM). Merupakan penulis blog http://asriblog.blogspot.com/



“Kami sangat kecewa, hati kami hancur. Kami tidak tahu hendak tinggal dimana selepas ini” Luah seorang penghuni kolej kediaman keempat yang tidak mahu dikenali selepas mendapat tahu tidak tersenarai untuk menetap di kolej itu lagi pada semester akan datang.

“Kami dah beri segalanya pada kolej kami. Banyak projek kolej kami turut serta. Namun tidak sangka nasib kami dibalas sebegini” ujarnya sambil ditenangkan oleh saudara Hafiz Ilyas. Mahasiswa itu juga mempersoalkan kenapa pelajar yang tidak aktif masih boleh menetap di kolej. Sedangkan beliau tidak dapat. Adakah wujud pilih kasih dalam hal ini?

Akhirnya, 5 orang wakil MPMUM turun menemui Pengetua Kolej, Dr Salihin Baba bagi menyelesaikan kes ini. Mereka adalah Siti Zuraini, Mohd Hafiz Ilyas, Mohd Syahid, Siti Nadzirah dan Nur Dalilah. Tidak terlihat kelibat YDP MPMUM sesi kali ini, saudara Khairul Anwar.

Turut sama dalam pertemuan kali ini adalah seorang penyelia kolej dan Presiden kolej. Perbincangan berakhir dengan Pengetua Kolej meminta penuntut kolej terbabit mengemukakan surat rayuan. Jika ada kekosongan pada semester hadapan, mereka akan diberi keutamaan.

Wakil MPMUM bagaimanapun berharap perkara sebegini tidak akan berulang. Mereka berharap pada masa akan datang pihak pengurusan kolej boleh memberitahu dengan lebih jelas mengenai sistem mata merit kepada penghuni kolej agar tidak tersalah faham pada masa akan datang.


mohd syahid“Kami berharap pihak pengurusan Kolej pada masa akan datang akan memberitahu kepada penghuni kolej dengan lebih jelas mengenai sistem mata merit ini kepada penghuni kolej” tegas Mohd Syahid, Exco Kebajikan dan Aduan MPMUM.


Beliau juga meminta kepada mahasiswa lain yang mempunyai masalah seperti itu untuk menghubungi beliau secepat mungkin.

“Kita mahu kebajikan semua mahasiswa dijaga” katanya lagi.

Um-Today cuba mendapat maklum balas dari Jurucakap SPKUM, saudara Fahmi Adilah, namun tidak dapat dihubungi sehingga kini

Sumber UM-today.

______________________________________
KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com

Universiti Malaya 16 Apr 2.30 pm- Bantah APCO! Pendirian mahasiswa Universiti Malaya (UM) berkenaan isu APCO adalah tetap dan tegas. Mahasiswa UM hari ini berkumpul dihadapan masjid Ar-Rahman dan mengadakan speaker corner bagi menyatakan pendirian mereka menolak sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Malaysia menggunakan khidmat APCO.

DSC00847“Perbelanjaan yang digunakan untuk membayar khidmat kepada APCO adalah sangat mahal, itu adalah satu pembaziran. Bukankah baik jika wang itu diberikan kepada mahasiswa” ujar bendahari PMIUM, saudara Mohd Khairul Nizam B Md Isa.

Beliau juga mengatakan mahasiswa tetap dengan pendirian mereka membantah sekerasnya tindakan kerajaan menggunakan wang itu untuk dilaburkan kepada badan perundingan APCO dan wang itu akan digunakan untuk membunuh orang Islam Palestin.

DSC00856
“Kita mahasiswa tidak mahu hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri apabila hal APCO ini berkait rapat dengan keselamatan negara” tegas wakil SMM saudara Zul Amirul.

Beliau mengatakan tindakan kerajaan menggunakan khidmat badan perundingan seperti APCO ini hanya akan membocorkan rahsia keselamatan negara kepada negara luar terutamanya negara laknat Israel.

Speaker corner itu disambut dengan laungan takbir dan laungan “hidup-hidup mahasiswa” dan diakhiri oleh bacaan doa memohon keberkatan daripada setiausaha agung PMIUM, saudara Syafiq Bin Badrisyah.-

*Sumber Um-today.com

Pilihanraya Kampus (PRK) yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu lepas telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masa depan demokrasi di Malaysia.

Tindakan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang diterajui oleh Timb. Naib Canselor (TNC) HEP universiti yang bertempur secara terang-terangan dengan gerombolan anak muda yang merasakan diri mereka berhak untuk dipilih sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa (MPP/MPM), telah merobek-robek nilai sebenar yang harus dimainkan oleh HEP selama ini.

HEP yang seharusnya memainkan peranan secara adil selaku jawatankuasa PRK ternyata telah mengecewakan kebanyakan mahasiswa yang mencintai perjalanan demokrasi ini yang seharusnya pada mereka berlaku secara telus & adil.

Tidak hairanlah di kebanyakan universiti-uninersiti utama di Lembah Klang, mahasiswa bangkit meluahkan ketidakpuasan hati mereka kerana benar-benar sedar bahawa mereka telah ditipu & dibodohkan.

Tidak cukup sekadar penyelewengan amanah yang dilakukan oleh pihak HEP, mahasiswa juga telah dibuli dengan satu sistem pengundian yang sangat tidak masuk akal iaitu sistem e-undi. Mekanisme perjalanan yang kabur & tidak dipercayai secara 100%, diburukkan lagi dengan penipuan jelas seperti apa yang berlaku di UPM.

Di UPM, keputusan yang terpapar sebaik sahaja pengundian ditutup, jauh berlainan dengan keputusan yang diumumkan secara rasmi selepas itu. Bahkan HEP sanggup pula untuk membatalkan kemenangan 7 mahasiswa yang didakwa bertanding atas entiti kumpulan.

Hal yang lebih kurang sama berlaku di UKM apabila keputusan akhir yang diumumkan berlainan daripada keputusan yang terzahir di peringkat awal.

Segala elemen-elemen ini ternyata telah mengundang kemarahan berganda di peringkat mahasiswa. Demonstrasi, rapat umum, bantahan terbuka, pendudukan pusat pentadbiran & perfailan kes di mahkamah selama seminggu ini dilihat merupakan menifestasi sebenar kepada kemarahan mahasiswa.

Mungkin banyak lagi tindakan-tindakan mencabar yang bakal dilakukan oleh mahasiswa dalam seminggu dua ini. Pastinya di peringkat seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu aksi hebat yang bakal dijelmakan oleh gerombolan mahasiswa ini.

Semua itu pastinya sukar. Namun dengan keyakinan yang utuh terhadap nilai-nilai keadilan dalam perjuangan yang dilagangkan, kita cukup yakin bahawa mahasiswa pada generasi ini akan terus melakar sejarah & landskap baru dalam perjuangan gerakan mahasiswa!

Hidup mahasiswa & anak muda Malaysia!

Shazni Munir

, Posted by Pro-M at 6:08 PM

PUTRAJAYA: Pilihan raya kampus seharusnya dijalankan dengan lebih telus dan sistematik agar ia mampu berfungsi dengan lebih efektif sesuai dengan statusnya yang diadakan di gedung-gedung ilmu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata pilihan raya kampus adalah proses pendidikan politik bagi pelajar, justeru ia wajar menerima sambutan hangat setiap kali diadakan.
Menurutnya, rakyat khususnya mahasiswa harus melihat pilihan raya kampus sebagai satu proses untuk melahirkan hasil atau produk yang terbaik, sekaligus memenuhi objektif yang disasarkan.
"Apa yang perlu menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ialah kalau boleh, jangan ada kerusi yang dimenangi tanpa bertanding kerana kalau ada, ini menunjukkan penyertaan mahasiswa sangat rendah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan sekumpulan sembilan pelajar dari lima buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di kementeriannya di sini hari ini.
Para pelajar berkenaan telah ditahan polis semasa berhimpun secara haram di ibu negara pada 23 Jan lalu kerana membantah proses pilihan raya kampus yang didakwa tidak adil termasuk undian secara elektronik.
Dilaporkan mereka adalah antara 200 mahasiswa dari IPTA di sekiar Lembah Klang yang menyertai bantahan tersebut.
Empat daripada sembilan pelajar tersebut ialah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dua pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan masing-masing seorang dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.
Menurut Saifuddin, kementeriannya pada dasarnya berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya di semua IPTA walaupun berpendapat ia boleh mencapai tahap yang lebih baik.
"Kesemua calon yang bertanding juga dilihat mematuhi etika dan peraturan berkempen dengan mengenengahkan isu-isu luar tanpa menggunakan isu bersifat peribadi," katanya.Mengenai tindakan yang bakal diambil ke atas sembilan pelajar terbabit, beliau berkata ia bergantung kepada budi bicara pihak universiti.
"Kementerian tidak akan mencampuri tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka kerana ia tertakluk di dalam bidang kuasa pihak universiti, namun diharapkan ia akan memberikan keadilan kepada semua.
"Begitu juga dengan tindakan oleh pihak polis kerana kes tersebut masih dalam siasatan. Kita serahkan kepada pihak polis untuk membuat keputusan," katanya. - BERNAMA

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com

, Posted by Pro-M at 6:42 PM

dikemaskini 4.30pm Mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang tidak puashati dengan keputusan pilihanraya kampus UM minggu lalu bercadang untuk mendapatkan bantuan guaman Majlis Peguam untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

Penasihat Pro-Mahasiswa (pro-M) UM, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, sehingga ini, pihaknya belum lagi memutuskan tarikh dan masa untuk menemui majlis tersebut.

"Ada pihak-pihak berkenaan mencadangkan supaya berjumpa Majlis Peguam untuk mendapatkan nasihat guaman.

"Sehingga ini, ada kecenderungan untuk membawa perkara itu ke mahkamah," katanya kepada Malaysiakini.

Pihaknya juga, kata Shazni, akan turut mendapatkan pandangan dan nasihat daripada beberapa ahli akademik dan peguam berhubung perkara itu.

Menurut Shazni, terdapat beberapa perkara yang akan diketengahkan oleh kumpulan tersebut berhubung dakwaan mereka meragui pelaksanaan sistem mengundi berkumputer (e-undi) Khamis lalu.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang mengkaji sama ada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) adalah pihak paling absah untuk mengendalikan pilihan raya kampus itu.

Ditanya sama ada pihaknya memikirkan implikasi terhadap tindakan mereka itu, termasuk dikenakan tindakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Mohd Shazni berkata:

"Mahasiswa mempunyai hak untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Bagi mahasiswa, terpulang kepada mereka untuk mendakwa kita melalui AUKU atau tatatertib universiti".

Khamis lalu, keputusan pilihan raya kampus UM digantung susulan ratusan mahasiswa daripada pro-M berdemonstrasi dan menuduh berlakunya penyelewengan.

Keesokan harinya, kumpulan pro-M meneruskan demonstrasi di hadapan pejabat Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon. Ghauth kemudiannya berunding dengan 10 mahasiswa berhubung perkara tersebut yang berlanjutan selama lebih empat jam.

Dalam rundingan tersebut, Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M melantik perunding bagi menguji sistem undian elektronik (e-undi) yang didakwa mereka dimanipulasikan.

Ghauth juga berjanji pilihan raya kampus akan diadakan semula jika terbukti berlakunya penyelewengan.

Bagaimanapun semalam Ghauth dilaporkan berkata keputusan pilihan raya Khamis lalu, sah dan kekal serta tidak perlu diadakan pilihan raya semula.

Ia ekoran siasatan pihaknya mendapati tiada masalah dengan sistem pengundian berkomputer (e-undi) dan bantahan mahasiswa tidak memberi kesan kepada keputusan tersebut.

Sehubungan itu kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) kekal menguasai UM dengan memenangi 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.

Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.-Malaysiakini
______________________________________
KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com

18 Safar 1431H
http://pemuda.pas.org.my

Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di dalam Pilihanraya Kampus (PRK) sesi 2009/2010 di IPTA seluruh negara yang berlaku semalam, khususnya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kekecohan dan bantahan yang berlaku tidak lain berpunca dari pengendalian PRK oleh pihak pengurusan universiti yang memang sejak dari dulu dipertikaikan kewibawaan dan keberkecualiannya (impartiality). Ianya adalah akibat sikap pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang mengambil sikap memihak kepada kumpulan pelajar tertentu hingga menjadikan demokrasi kampus bahan lawak semata-mata.

DPPP sekian lama berpendirian bahawa soal pemilihan kepimpinan mahaasiswa seharusnya ditentukan sendiri oleh mereka secara bebas dan terbuka. Strategi menggugut dan memaksa mahasiswa untuk hanya mengundi sesuatu kumpulan adalah penghinaan terhadap maruah para mahasiswa selain dari mencabul hak asasi mereka. Begitu juga sikap memihak yang amat ketara yang ditunjukkan oleh kebanyakan pentadbir universiti yang menyokong kumpulan pro Aspirasi di kampus-kampus hingga hanya kumpulan tersebut diberi ruang yang luas untuk berkempen dan mendekati pelajar dan pada masa yang sama menafikan hak tersebut kepada kumpulan pro Mahasiswa. Bagaimana universiti-universiti di Malaysia ingin mencapai tahap universiti bertaraf dunia jika dalam hal menentukan pemimpin mereka pun mahasiswa diperlakukan seumpama kanak-kanak. Mungkin seluruh dunia akan memperlecehkan Malaysia jika mereka mengetahui beginilah caranya kita membentuk dan mengajar barisan pelapis kepimpinan negara untuk menang pilihanraya dengan cara mengugut dan menekan lawan.

Oleh yang demikian DPPP mendesak supaya:

1) Semua keputusan PRK di kampus-kampus yang mahasiswanya mempertikaikan proses perjalanan pilihanrayanya digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidak adilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini.

2) Sekiranya jawatankuasa ini mendapati terdapat ketidak adilan dan pencabulan demokrasi di dalam PRK kampus tersebut, maka PRK hendaklah diadakan semula dikampus-kampus yang berkenaan.

3) Pengendaliaan PRK di kampus-kampus tidak diletakkan secara eksklusif pengendaliannya di bawah Unit HEP, tetapi di bawah satu Suruhanjaya Pilihanraya Kampus yang dilantik oleh Senat Universiti dari kalangan ahli-ahli akademik terkemuka dan kakitangan kanan universiti tersebut yang tidak dipertikaikan kewibawannya. SPRK ini hendaklah diberi kuasa untuk melantik para petugas untuk negendalikan pilihanraya dari kalangan kakitangan universiti.

4) Peraturan perjalanan Pilihanraya hendaklah diperkemaskan dan digubal selaras dengan standard universal perjalanan pilhanraya yang adil dan telus.

5) Para mahasiswa yang bertanding hendaklah diberi hak sama rata untuk berkempen serta melantik agen-agen mereka untuk memantau dan mengikuti dari dekat proses pembuangan undi dan pengiraan undi.

6) Proses pengiraan dan penjumlahan undi serta pengumuman keputusan pilihanraya hendaklah diadakan secara terbuka dengan dipantau oleh calon-calon atau agen-agen mereka bagi mengelakkan sebrang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

7) Para pegawai universiti, pengetua-pengetua kolej kediaman, felo-felo dan juga para dekan dan pensyarah dilarang sama sekali menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk memaksa para mahasiswa menyokong mana-mana calon yang bertanding.

8) Pemantau pilihanraya dari luar seperti dari SUHAKAM, MAFREL dan Majlis Peguam hendaklah dibenarkan untuk memantau seluruh perjalanan PRK.

AHMAD SABKI YUSOF,

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Pusat

Harakahdaily.net/-

, Posted by Pro-M at 10:40 AM
Berikutan bantahan mahasiswa yang berlaku di Universiti Malaysa terhadap e-undi atau e-vote. Suka untuk saya gambarkan kenapa e-undi ini tidak diyakini. Saya tidak merujuk kepada sistem undi mana-mana universiti tetapi saya merujuk kepada sistem e-undi secara umum mengikut kefahaman saya dan budaya rasuah yang serius di negara kita.

E-undi adalah penggundian yang tidak menggunakan kertas. Ia melibatkan semakkan identiti pengundi dan pengiraan hasil undian seseorang pengundi. Keraguan terhadap manipulasi adalah seperti berikut :

1. Identiti pengundi ditentukan oleh sistem. Sistem ini merujuk kepada pengkalandata(database) yang telah dibina. Biasanya identiti ini merujuk kepada nombor kad pengenalan atau nombor metrik pelajar. Apabila nombor kad pengenalan atau nombor metrik dimasukkan dalam sistem maka sistem akan menyemak dengan data dalam pengkalandata. Persoalannya :

a. Apakah data itu betul ? Bagaimana mengesahkan data dalam pengkalandata? Siapa yang mengesahkannya? Apakah pengundi hantu tidak boleh dimasukkan dalam daftar tersebut?
b. Jika telah disahkan pun adakah ia tidak boleh ditindankan(replace) data tersebut dengan data-data yang telah dimanipulasi ?
2. Hasil pengundian seseorang pengundi akan dikira bagi menentukan siapakah yang menang dalam sesuatu pertandingan itu. Kiraan ini sepenuhnya dibuat oleh sistem. Persoalannya :
a. Apakah sistem kiraan ini tidak boleh diganggu oleh pihak lain ? Siapa yang boleh mengesahkan ia bebas daripada manipulasi sedangkan ia dikendalikan oleh sistem yang tidak boleh bercakap dengan kita.
b. Apakah tidak boleh kiraan data dimanipulasi ? Contohnya jika calon A menang kemudian hasil undian calon A dibuang. Akhirnya calon B yang menang. Siapa yang boleh mengesahkan ianya tidak boleh berlaku? Sistem tidak boleh bercakap dengan kita.

Bekas Mahasiswa Malaysia...
Mahasiswa Bebas Pilihanraya Kampus
______________________________________
KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com

at 2/01/2010 01:28:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

, Posted by Pro-M at 11:00 AM
SHAH ALAM - Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin yang menyifatkan tindakan sekumpulan mahasiswa berdemonstrasi di hadapan pejabat Naib Canselor UM kelmarin selepas kalah pada pilihan raya kampus (PRK) sebagai tidak matang.



Pengerusi pro-Mahasiswa (pro-M), Mohd Shafie Hashim mendakwa, kenyataan Khaled itu membuktikan Menteri itu bukan seorang pemimpin rakyat dan mempunyai ego serta tidak ada perikemanusiaan terhadap penindasan.

“Kenyataan beliau memperlekehkan mahasiswa dengan ungkapan tidak ‘matang’ dan ‘tidak boleh terima kekalahan’ dan kenyataan tersebut jelas menunjukkan keegoan seorang pemimpin rakyat yang tidak ada perikemanusiaan terhadap penindasan yang berlaku kepada mahasiswa yang juga sebahagian di bawah tanggungjawabnya.

“Jika begitu, sebenarnya Datuk Khaled juga tidak matang kerana mengeluarkan kenyataannya tanpa menyelami apa yang mahasiswa rasai,” katanya menerusi kenyataan media kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Mohd Shafei, pro-M jelas dengan prinsip perjuangannya yang hanya mahu menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman terhadap apa sahaja yang berlaku.

“Pro-M tidak ‘bias’ pada mana-mana pihak, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Dalam Konteks Pilihan raya Kampus di UM kali ini, kita berhadapan dengan sistem E-voting yang masih baru dan diragui lagi ketelusan dan integriti yang tiada pada pengendalian dan pengurusan sistem berkenaan.

“Dalam masa yang sama PRK UM berhadapan dengan pentas perlawanan yang tidak adil sehingga berlaku banyak penindasan yang sangat teruk dan atas perkara itu, Pro-M bangun mempertahankan kebenaran sehingga mendapat keputusan yang baik daripada Naib Canselor untuk menyiasat dan tangguh segala keputusan pilihan raya yang sebelum ini telah diumumkan,” katanya.

Katanya, menang atau kalah bukan ukuran tetapi mahasiswa tegas dan tetap pendirian di atas perjuangan untuk mempertahankan kebenaran dan keadilan sehingga menumbangkan segala kezaliman dan penindasan.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin berkata tindakan sekumpulan mahasiswa UM yang berdemonstrasi di hadapan pejabat Naib Canselor selepas kalah pada PRK Khamis lalu sebagai tidak matang.

Katanya, kumpulan Pro-M perlu menerima kekalahan dan menghormati pilihan majoriti kerana PRK merupakan suatu proses demokrasi.-sinar harian.

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com

at 2/01/2010 01:25:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

, Posted by Pro-M at 11:06 AM
SHAH ALAM - Penolakan mahasiswa terhadap sistem pengundian berkomputer (e-undi) yang dilaksanakan sepanjang Pilihan raya Kampus di seluruh intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu diberikan perhatian serius universiti dalam memastikan sistem berkenaan diterima umum memandangkan kaedah berkenaan adalah pendekatan terkini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, universiti terlibat perlulah mengkaji masalah yang dihadapi pihaknya berikutan bantahan mahasiswa dipremis mereka sedangkan masalah berkenaan tidak melibatkan universiti lain.

"Buat masa ini hanya Universiti Malaya (UM) menerima bantahan keputusan e-undi dan tidak timbul isu yang sama di IPTA lain.

"Jadi tidak timbul isu e-undi, sebaliknya pihak Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) universiti berkenaan perlu mengembalikan keyakinan mahasiswa dalam melaksanakan sistem ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Karangkraf di sini, semalam.

Menurutnya, perkara itu hanya timbul selepas mahasiswa hilang keyakinan terhadap pengurusan universiti dari segi ketelusan dalam melaksanakan e-undi.

"Sepatutnya, universiti perlu memainkan peranan mereka sebagai badan yang bebas dan telus sebagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika melaksanakan pengundian.

"Di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) e-undi adalah yang terbaik dan harus diteruskan, oleh yang demikian sekiranya ada bantahan kita berpendirian universiti perlu memainkan peranan mereka menerangkan mahasiswa tentang manfaat dan kaedah perlaksanaannya

"Berhubung kes ini, KPT telah mengarahkan pihak universiti menyelesaikan perkara ini dan masih menunggu keputusan mengenainya," katanya.

Dalam sidang medianya selepas itu, beliau berkata, pengurusan universiti diminta supaya bertindak adil dan tidak menyingkirkan sembilan mahasiswa yang ditahan polis kerana menga-dakan demonstrasi membantah proses pilihan raya kampus di ibu negara Sabtu lepas.

"Setiap universiti mempunyai pelbagai bentuk tindakan tatatertib di mana tindakan buang pelajar adalah jalan terakhir. Saya harap ia tidak akan sampai ke tahap itu.

"Mengikut artikel 7 Per-lembagaan Persekutuan, ada menyebut tidak ada dwi dakwaan terhadap rakyat Malaysia selepas didapati bersalah,” katanya.- Sinar Harian.

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com

, Posted by Pro-M at 7:16 AM


Pro Student (Pro-S) yang sebelum ini mengatakan mereka kelompok mahasiswa yang 'berkecuali' menampakkan taring apabila jelas mereka sebenarnya Penggerak Mahasiswa(GERAK).

Mereka yang hanya dikenali melalui blog sebelum ini memaparkan berita-berita umum di blog mereka tanpa menunjukkan menyebelahi mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, blog tersebut kelihatan hilang arah apabila secara jelas berkempen untuk calon GERAK belakangan ini.

Beberapa berita yang berbau fitnah juga mula dipaparkan di blog tersebut yang jelas memberikan imej buruk kepada Pro-Mahasiswa. Akuan "Pro-Student adalah satu kumpulan mahasiswa dari Universiti Malaya yang cuba meluaskan minda dan pemikiran mahasiswa tentang isu-isu di kampus. Pro-Student tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi cuba membawa kepada kebebasan mahasiswa untuk berfikir,tidak dikongkong mana-mana pihak atau badan" yang boleh dilihat di ruangan About Author di blog mereka dilihat sudah tidak relevan lagi.

Terdahulu Pro-S hanya memaparkan berita-berita yang neutral walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya.-ProMkini
______________________________________

KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com

, Posted by Pro-M at 10:45 AM



KUALA LUMPUR, Jan 22 — Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan “kerajaan” Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) malam tadi, buat tahun ke-12 berturut-turut.
Bagaimanapun dalam pilihan raya kampus itu yang diadakan semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa mengalami kemerosotan lima kerusi berbanding sesi pengajian sebelum ini.
Dalam pemilihan MPP sesi pengajian 2009/10 ini, mereka memperoleh 15 kerusi daripada 29 kerusi yang dipertandingkan.
Baki dimenangi oleh calon kumpulan yang mengelar diri mereka Pro-Mahasiswa, Bebas dan pelajar asing menerusi lima kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.
Sesi lalu mereka memperoleh 20 daripada 29 kerusi di MPP.
Wakil kumpulan Pro-Mahasiswa di peringkat UIAM, Mohd Zaki Shukri memberitahu The Malaysian Insider bahawa calon-calon pihaknya berjaya mengekalkan kemenangan dan penguasaan berturut-turut sejak tahun pengajian 1998/99.
“Walaupun menang 15 kerusi, kami yakin boleh memperoleh sokongan calon-calon Bebas dalam pentadbiran MPP,” katanya.
Ditanya sebab penurunan kerusi yang dimenangi kali, Zaki menjelaskan ia kemungkinan berkaitan dengan kempen “agresif” kumpulan Pro-Aspirasi, antaranya menggunakan cara-cara berkempen yang tidak diizinkan oleh pengurusan universiti.
“Mungkin pelajar tertarik dengan cara-cara kempen mereka dan mungkin mereka lebih menonjol dengan cara kempen mereka... bagaimanapun kami akan membuat kajian untuk memperbaiki kedudukan kami tahun depan.
“Kami juga akan membuat aduan kepada pengurusan universiti mengenai cara kempen kumpulan Pro-Aspirasi,” kata beliau lagi.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia juga berkaitan dengan penurunan peratusan keluar mengundi di peringkat MPP.
“Maklumat yang kami terima peratusan keluar mengundi cuma 59 peratus berbanding 87 peratus sesi lalu.... ini juga mungkin salah satu punca.
“Mengapa peratusan keluar mengundi ini terlalu rendah, juga satu situasi yang perlu dikaji,” katanya.
UIAM juga mengadakan sudut pidato umum, julung kali, menjelang pilihan raya kampus semalam.
Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) Selangor.
Pada hari penamaan calon tiga hari lalu barisan calon Pro-Mahasiswa memenangi 12 daripada 21 kerusi MPP yang dipertandingkan tanpa cabaran. Ia yakin akan memperoleh empat lagi kerusi pada hari pengundian 27 Jan ini.
Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam melancarkan Misi-10 untuk menguasai MPP.
Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu Ahad lalu.
Khamis depan sebanyak enam universiti awam lagi akan mengadakan pilihan raya.

______________________________________
KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com

6 Safar 1431H
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Kumpulan Pro-Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) Selangor membantah keputusan pihak universiti memansuhkan sesi kempen dan hari pembuangan undi bagi pilihan raya kampus berkenaan kerana kumpulannya telah memenangi 12 daripada 21 kerusi yang dipertandingkan.

Pengerusinya, Ahmad Syukri Che Abdul Razak berkata, meskipun Pro-Mahasiswa berjaya menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kampus itu, namun mereka tetap mahu sesi kempen berjalan seperti biasa bagi mendapatkan respons masyarakat kampus berhubung kemenangan mereka tanpa bertanding.

"Pro-Mahasiswa bersuara keras bahawa kami ingin mendapat mandat daripada masyarakat kampus dengan menghidupkan minggu kempen.

"Calon yang menang tanpa bertanding akan turun kepada masyarakat kampus pada minggu kempen ini bagi mendapatkan pandangan mereka sama ada bersetuju dengan kemenangan Pro-M tanpa bertanding atau ingin menuntut supaya diadakan juga pilihan raya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Proses penamaan calon semalam, menyaksikan Pro-Mahasiswa berjaya menguasai 12 daripada 21 kerusi yang dipertandingkan dan tambahan satu lagi kerusi apabila pihak universiti membuat keputusan mengisytiharkan Pro-Mahasiswa menang tanpa bertanding bagi satu fakulti yang ditandingi seorang calon individu.

Ia merupakan kemenangan kedua kumpulan Pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus tahun ini apabila kumpulan itu telahpun berjaya menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu, Ahad lalu.

Ditanya sama ada situasi berkenaan disebabkan adanya unsur boikot daripada pihak lawan, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

"Mungkin ada unsur boikot di atas situasi ini kerana calon yang pernah bertembung dengan Pro-Mahasiswa dalam isu yuran Kuis sebelum ini, memang ada perancangan untuk menghantar calon mereka tapi masa pencalonan tidak datang.

"Persepsi kami, mungkin ada unsur boikot daripada pihak mereka," katanya lagi.

Menurut beliau juga, pihak universiti telah membuat keputusan memansuhkan hari kempen dan mengisytiharkan kemenangan kepada Pro-Mahasiswa hari ini.

Sepatutnya kempen bermula hari ini dan hari pengundian berlangsung pada 28 Januari depan.

Harakahdaily.net/-

, Posted by Pro-M at 9:25 AM

siswi2Bukit Angkasa 7 Jan 07:43a.m : Dianggarkan lebih RM 20,000 kerugian yang dialami selepas rompakan yang dilaporkan berlaku semalam pada jam 12.10 tengahari di sebuah rumah mahasiswa di kawasan perumahan Blok 21 Bukit Angkasa.
Kejadian ini disedari jam 1.20 petang ketika seorang penghuni pulang ke rumah dan melihat keadaan semak seperti digeledah.
Rompakan tersebut berlaku ketika rumah berkenaan tidak berpenghuni.


hafiz“Mangsa ialah siswi dari Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (APMUM),” jelas Mohd Hafiz Ilyas, Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) melalui penggilan telefon pagi ini.

Hafiz bergegas ke kawasan perumahan berkenaan setelah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut.

Bersama beliau juga ialah Mohd Fadzil Jamal (Pengerusi Biro Penginapan Kolej Kediaman dan Luar Kampus MPMUM), Maryam Muneerah (HELWA MPMUM) dan Mohd Zaki (Wakil Fakulti Akademi Pengajian Melayu).

siswi
Rumah yang didiami oleh 9 orang mahasiswi. Pihak polis bergegas ke tempat kejadian setelah menelefon dan laporan polis dibuat.
Antara barang yang hilang 6 laptop, kamera, barang kemas serta duit sewa rumah.

Di peringkat tuan rumah berkenaan dimaklumkan telah berjanji akan memasang jeriji besi dengan kadar segera bagi mengelakkan kes ini berulang kembali.

Wakil majlis perwakilan mahasiswa berkenaan dimaklumkan telah member sumbangan kepada mangsa.

Fadzil“Kita tengah usahakan (untuk) pohon bantuan ihsan dari HEP (Hal Ehwal Pelajar) dan APM (Akademi Pengajian Melayu UM) bagi ringankan beban yang ditanggung mereka. Dan kita gesa diperingkat Pengetua Luar Kampus dan PUSPITA memandang serius kes yang berlaku ini,” respon Fadzil yang dihubungi pagi ini.

Hafiz memaklumkan bahawa ramai pelajar universiti berkenaan yang tinggal di kawasan berkenaan terutamanya mahasiswi.

Beliau berjanji akan menghidupkan kembali komuniti kebajikan luar kolej pada masa akan datang bagi memelihara kebajikan pelajar universiti berkenaan yang tinggal di luar.-UMtoday
______________________________________
KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com

, Posted by Pro-M at 12:05 PM

[kemas kini] 6 Jan, Petaling Jaya : Penghuni dua buah rumah sewa masing-masing milik sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya (UM) ahli Persatuan Mahasiswa Menyokong Pro-Mahasiswa (PMMPM) gempar semalam apabila mendapati halaman rumah mereka disimbah cat.


"kenapa ada orang buang cat kat rumah kami. Saya ingat nak kunci pintu pagar. Tengok-tengok ada pula cat tumpah kat depan rumah." ujar seorang mahasiswi penghuni rumah berkenaan.

"kami pun tak pasti lah kenapa ada orang dendam kat kami sampai nak simbah cat pula. Pastu macam ada bau minyak sikit. Tak kan la sampai diorang nak bakar sekali rumah ni"Ujarnya.

Sementara itu, penghuni rumah sewa kedua yang dilaporkan juga berlaku kejadian yang sama berkata, simbahan cat tersebut dipercayai dilakukan ketika ketiadaan mereka di rumah.

"Kami semua pergi makan malam. Balik-balik je ada benda (cat) tu kat depan rumah. Pelik, siapa pula yang dah tak ada kerja nak buang cat kat rumah orang ." Farid, penghuni rumah.


"Dekat-dekat nak PRK (Pilihanraya Kampus) ni memang banyak kejadian pelik. Rumah kena simbah cat la, kepala babi kat surau la, surat layang la, rasuah calon la, serbu rumah, geledah rumah macam-macam lagi la." Ujarnya lagi.

Terdahulu, kejadian yang sama juga pernah berlaku kepada salah sebuah rumah tersebut. Bagaimanapun sehingga sekarang orang yang bertanggungjawab membuang cat tersebut masih belum dikenal pasti. Pro-Mkini

______________________________________
KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com


Abdul Rahim Sabri
Dis 31, 09
12:14pm
Kira-kira 50 mahasiswa Universiti Malaya (UM) berkumpul di pejabat asrama Kolej Kediaman kelapan - Kolej Kinabalu - untuk menuntut penjelasan berhubung kenaikan yuran kolej kediaman bagi semester ini.

Pihak pentadbiran telah menaikkan yuran kolej kediaman sebanyak RM200 lagi dan menjadikan jumlahnya meningkat kepada RM1,400.

Exco kolej kediaman Majlis Perwakilan Mahasiwsa (MPMUM), Fadzil Jamal (kanan) bersama tiga orang lagi sedang berada di dalam pejabat pengetua kolej tersebut berhubung perkara itu.

Mereka dilihat masuk ke pejabat pada jam 11.50 pagi dan keluar 15 kemudiannya.

Mereka memberitahu Malaysiakini bahawa pengetua, Dr Zulqarnian Mohamed tiada di pejabat dan pihaknya telah membuat temujanji untuk menemuinya Isnin ini.

Surat temujanji dengan dengan Dr Zulqarnian telah dihantar Fadzil telah dihantar petang ini.

Kira-kira 50 pelajar menyertai perhimpunan itu dengan membawa tiga kain rentang yang bertulis Kenaikan yuran membebankan mahasiswa,Jangan naik yuran kolej dan MPMUM bersama pelajar kolej 8.

Selain kolej kediaman kelapan, pihak pentadbiran turut menaikkan yuran kediaman bagi kolej kediaman keempat, juga sebanyak RM200 kepada RM1,400.

Fadzil berkata, setakat pihaknya dimaklum oleh pelajar dua kolej kediaman berkenaan berhubung kenaikan bayaran yuran tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada yuran kediaman bagi kolej-kolej kediaman yang lain, juga dinaikkan.

Sementara itu, bendahari MPMUM, Ahmad Syazwan Mohd Hasan pula berkata, beliau dapat bercakap dengan pengetua kolej kediaman ke-8 melalui telefon.

Katanya, pengetua tersebut memberitahunya bahawa pihak pentadbir kolej berkenaan telahpun menghantar surat kepada pejabat bendahari UM untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Pengetua itu memberitahu saya berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan yuran kerana ia sepatutnya dikira berdasarkan jumlah tujuh minggu belajar, tetapi ia dikira berdasarkan 10 minggu dalam satu semester," katanya.

Berikutan itu, kata Ahmad Syazwan (kanan), pengetua berkenaan telah memberi jaminan wang lebihan itu akan dikembalikan kepada pelajar.

Bagaimanapun, katanya, pengetua tersebut tidak pasti bila wang lebihan itu akan dikembalikan.

"Sebab itulah kami mahu bertemu beliau Isnin untuk mengetahui bila wang tersebut akan dikembalikan," katanya.

Pulau Pinang 16 Disember 04:30p.m │ Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diingatkan supaya tidak menyalahgunakan istilah ‘antarabangsa’ pada setiap program yang mereka anjurkan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, jika menyebut antarabangsa, maka sebahagian peserta yang menghadiri program antarabangsa yang mereka anjurkan mestilah datang dari negara luar.

dato-saifuddin

“Saya telah banyak menghadiri program anjuran IPT yang disebut sebagai antarabangsa tetapi bilangan peserta luar negara hanya dua hingga tiga orang sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Antarabangsa Pengajian Tinggi, di sini hari ini.

Forum empat hari itu yang berakhir hari ini dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) yang dihadiri 213 peserta dari 32 buah negara.

Saifuddin turut mengingatkan IPT supaya memilih pendekatan yang benar-benar relevan dengan budaya dan tradisi di Malaysia khususnya dalam pengukuran tahap kecemerlangan masingmasing.

“Bukan semua kaedah dan pendekatan yang diguna pakai oleh universiti di Eropah dan Amerika Syarikat sesuai dengan budaya dan tradisi negara kita.

“Oleh itu setiap universiti di negara ini harus ada cara sendiri untuk mengukur tahap kecemerlangan ilmu agar sesuai dan relevan dengan amalan di negara kita,” katanya.

Saifuddin berkata, Kementerian Pengajian Tinggi juga telah memulakan sistem setara sejak 2006 iaitu piawaian yang digunakan untuk mengukur perkembangan setiap IPT di negara ini.

“Sistem ini juga merupakan salah satu komitmen kementerian dalam pengukuran tahap kecemerlangan ilmu yang sesuai dengan keperluan budaya dan tradisi kita,” katanya. – BERNAMA

sowpkasih
Lembah Pantai 21 Nov 10 p.m | Rindu pada Al-Fateh ni’.Demikian kata Muhammad Saufi merujuk kepada anak saudaranya berumur satu tahun setengah yang turut hadir sejurus selepas dibebaskan bertemu keluarganya di pejabat polis Lembah Pantai awal petang tadi.

Sebelum ini Muhammad Saufi Jelani, 21, pelajar Akademi Pengajian Islam (API), ditahan di bangunan peperiksaan universiti itu sejurus selesai menduduki kertas akhir peperiksaan hujung semester yang kemudiannya ditahan reman sehari sehingga hari ini.

Sekurang-kurangnya 30 rakan Muhammad Saufi kelihatan menunggu pembebasannya di luar pejabat polis berkenaan selepas tidak dibenarkan masuk oleh pegawai yang bertugas.

Bendahari Majlis Perwakilan Mahasiswa UM , Ahmad Syazwan Mohd Hassan yang turut hadir ketika itu memberitahu,mereka mula menunggu seawal jam 11 pagi kerana dimaklumkan oleh pihak polis akan membebaskannya pada jam 12 tengah hari.

Walaubagaimanapun,hanya pada pukul 1 petang, Muhammad Saufi dilihat baru dibawa masuk oleh sebuah van polis yang dipercayai dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Briekfield.

Kakak dan abang ipar Muhammad Saufi tiba di pejabat polis berkenaan pada pukul 12.20 bersama anak sulung mereka Muhammad Al-Fateh menyambut pembebasan Muhammad Saufi .

Muhammad Saufi akhirnya dibebaskan dengan ‘jamin mulut’ di pejabat polis tersebut pada jam 2 petang.21112009071

Ketika ditanya mengenai dua kes yang dituduh terhadapnya berbanding satu kes terhadap OKT yang lain sebelum ini, Muhammad Saufi sempat tersenyum seketika sebelum mengulas ringkas.

“Saya pun tak tahu apa kesalahan saya sampai kena tuduh dua kes sekaligus.Tak masuk akal langsung.”

Mengenai Pengalamannya di dalam lokap pula, Muhammad Saufi berkata :

‘tapi apa yang saya perhatikan, ruang dan potensi sebar dakwah dalm lokap ni amat besar(tertawa).

‘Sebab kebanyakannya (tahanan) sudah insaf terhadap kesalahan yang mereka buat dan inilah masa yang amat sesuai kita bagitahu pasal keluasan rahmat dan kasih Allah.’

Muhammad Saufi akan disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan seperti empat rakannya berhubung insiden contengan dan simbahan petrol selain siasatan sama terhadapnya berhubung kes kepala khinzir yang diletakkan di Akademi Pengajian Islam pada 16 Januari lalu.

Dalam perkembangan berkaitan,sumber dalaman memberitahu bahawasanya pegawai penyiasat ingin berjumpa dengan Mohd Izudin Hilmi iaitu OKT yang pernah ditahan sebelum ini.

Media cuba menghubungi Mohd Izzudin Hilmi untuk mengesahkan perkara tersebut walaubagaimanapun gagal.-Mahasiswakini

kemaskini 6.40pm Seorang pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak enam bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan, berjaya ditangkap hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco perhubungan luar Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Syafie Hashim memberitahu Malaysiakini di kampus tersebut, beliau cuba menelefon Muhammad Saufi untuk mengesahkan tangkapan tersebut tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar Akademi Pengajian Islam (API) itu sedang disiasat.

Sementara itu exco penerbitan PMIUM Farid Jalpah ketika dihubungi petang ini berkata Muhammad Saufi dipindahkan ke balai polis Bukit Jalil dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Farid tiba ke IPD bersama dua pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Hafiz Ilyas dan Mohd Aizat Mohd Salleh kira-kira 2.30 petang tetapi gagal menemui Muhammad Saufi selepas dipindahkan dari balai Jalan Pantai Baru.

Kakak dan abang ipar Muhammad Saufi, yang tidak dinamakan, turut berada di IPD dan memaklumkan bahawa suspek telah dibawa ke balai polis Bukit Jalil.

Difahamkan Muhammad Saufi dihantar balai polis tersebut kerana lokap di IPD tersebut sudah penuh.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini, pelajar API itu akan bermalam di lokap sebelum dibawa ke depan majistret untuk tahanan reman esok.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan kuliah utama API.

Selain kes menceroboh dewan tersebut awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Mahkamah menetapkan 7 hingga 11 Disember depan untuk perbicaraan kes mereka berdua pelajar.

Pada 18 Julai lalu, presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin - pelajar tahun akhir API - ditahan sebelum polis memberkas Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah, di kafeteria API pada 12 Ogos.

Dipercayai tiga pelajar ini, termasuk Muhammad Saufi, akan dibicarakan bersama dua tertuduh awal, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen.

MalaysiaKini/-

    Followers