Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Pada hari ni aku mendengar khatib membacakan khutbah mengenai kejumudan yang sering disalahertikan oleh golongan politikus dalam Malaysia ketika ini. Sudah menjadi lumrah dalam dunia ketika ni apabila ada umat Islam yang cuba membagunkan Islam secara keseluruhan maka dia digelar anti-pembangunan, jumud dan sebagainya. Ini menyebabkan Islam mula diperlecehkan oleh orang Islam sendiri. Bukan mereka tak tahu bahawa Islam mereka hanya di Keteper(Kartu Tanda Pengenalan). Ini menyebabkan Islam mula hancur disebabkan oleh golongan jin Afrit ini. Sepatutnya kita menyokong Islam tanpa berkompromi dalam soal mengenai Islam itu sendiri. Apa yang Al-Quran dan Hadith suruh kita buat, kita kena buat. Maka kita harus ingat hanya Islam yang tulen sahaja dapat membawa kita ke arah kecemerlangan yang hakiki baik duniawi mahupun ukhrawi. Sabda RAsulullah s.a.w: "Bekerjalah kamu seolah kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seolah kamu mati esok hari."

semalam aku tengok cerita tamil sivaji. Memang best dan ada nilai kenegaraan yang harus dijadikan contoh. memang betul apa yang dikatakan oleh sivaji. Kemiskinan bukan disebabkan negara tak ada duit. Tapi duit yang ada disimpan dan tak bayar cukai. Macam mana sebuah kerajaan nak hidup sekiranya rasuah dan wang haram terus berleluasa dalam negara. Ini juga turut berlaku dalam Malaysia terutama parti pemerintah kita. Terlalu banyak wang haram yang disembunyi dan tidak ditakrif. Oleh itu, kerajaan kekurangan duit untuk pembangunan dan terpaksa menaikkan harga minyak dan sebagainya. Kalau duit haram ini dapat dibanteras maka kita akan ada duit untuk pembangunan. Maka dalam Islam adanya zakat bagi membantu golongan yang memerlukan atau asnaf zakat. Kita harus sedar Bahawa duit yang kita ada harus disucikan melalui zakat. maka kita akan mendapat keberkatan dari Allah.

Malam semalam aku pergi mengikuti tazkirah di Surau An-Nur. Aku seronok kerana dapat berjumpa seorang guru yang boleh berkongsi dengan kami yang muda ni. Dari sini baru aku tahu bahawa siapa yang aku patut gelarkan sebagai Kekasih. Katanya, menurut Hadis Rasulullah telah menggambarkan 4 ciri kenapa wanita disunting menjadi isteri. Pertama, kecantikannya. Kedua, keturunannya. Ketiga, Hartanya dan keempat, agamanya. Maka pilihlah agama sesungguhnya itu yang baik untuk kamu. Kini aku tahu bagaimana ciri seorang wanita untuk menjadi isteri. Agama merupakan ciri utama dalam mencari pasangan. Sunnah untuk kita berkahwin kerana perkara ini baik dan menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Selain itu kita akan mendapat rezeki yang lebih dan keredhaan Allah hanya Allah yang memberi Bahagia pada kita. Berkahwin mampu mengelakkan diri dari perkara yang terkutuk yang terkutuk dan memudaratkan diri.

Malam ni kat tempat aku ada jamuan hari Raya. Namun aku macam tak nak gi jer. Sebab aku rasa nanti aku masuk ke dalam maksiat yang nyata jer. Adakah patut Hari Raya ditambah dengan unsur yang melalaikan seperti hedonism dan maksiat berterusan. Sudahlah tu dijemput pula artis yang tiada nilai nasihat langsung. Sepatutnya dipanggil lah artis nasyid yang memberi lagu nasihat dan bermanfaat pada jiwa kita dalam menyelami maksud Aidilfitri itu. Ini tidak hai pening2. Sudahlah begitu, majlis akan diadakan pada jam 7.45 malam. Adakah patut sahabat seagama rasa. Ini kerana sudah terlalu dekat dengan waktu Isyak kan tak patut. Ni lah yang saya geram sangat kerana terlalu nakkan hiburan yang tiada henti dan melampau serta tiada unsur nasihat ini waktusoalat berjemaah diketepikan. Tak guna betullah. Apa pandangan anda?

Pada bulan ini ada dua perayaan besar, Hari Raya Aidilfitiri dan Deepavali. Dua perayaan besar yang disambut oleh penganut agama Islam dan Hindu masing-masing. Kita hidup pelbagai agama dan kaum lalu memang menjadi tradisi kita dalam meraikan antara satu sama lain. Namun apa yang patut kita lakukan apabila kita mahu meraikan rakan kita orang Hindu. Mengikut pendapat Datuk Hasan Din, kita boleh mengucapkan dan mengunjungi rumah sahabat Hindu tersebut namun tidak sampai mengikut segala upacara keagamaan mereka. Ini bertepatan dengan prinsip" Untuk kamu agamamu dan untuk Aku agama ku." Oleh itu jangan kita pula yang berlebih dalam meraikan hari kebesaran agama lain. Jangan kita yang lebih meneguk arak sampai merah muka dalam meraikan mereka. Jangan pula kita berkompromi dalam sola akidah dan prinsip kita. Seorang tokoh Islam yang hebat bernama Salahuddin Al-Ayyubi telah meraikan seorang tenteranya yang beragama Kristian ketika malam Krismas. Ini menunjukkan Islam itu agama damai dan bersatu. Oleh itu marilah kita bersama menjaga agama Islam yang indah ini dan meraikan sahabat berlainan agama tanpa meruntuhkan sedikit pun akidah kita pada Allah.
Allah sebenar Illah.
Takbir, Allahuakbar.


Semalam aku berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan dua orang tokoh agama yang berlainan personaliti dan usia. Dato Dr Hasan Din dan juga Saudara Hisomuddin Bakar dua tokoh yang membincangkan topik Islam itu............ISLAM. Dan saya juga rasa amat bertuah kerana saya kini lebih memahami dan mendalami Islam bagi memudahkan saya sayang dan mempertahankan Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Paling mudah Islam itu hanya Islam tiada tambahan kepada nama Islam itu. Islam itu ada pada semua perkara baik politik, sosial dan sebagainya. Begitu mudah kan. Namun kita harus ingat bahawa dengan dunia Kapitalisme sekarang Islam mula diperkotakkan. Bermaksud muncul golongan Islam, sekular dan sebagainya. Isu ini telah menggugat hubungan antara manusia dan juga keluarga. Ini yang boleh menimbulkan pandangan serong masyarakat terhadap Islam yang Tulen. Semoga Islam dapat kembali kelandasan yang betul.
"If Buddhism had Ali's Nahjul Balaghah and Hussein's battle, the whole world would be Buddhist" - Dalai Lama


Di dalam hidup manusia, yang penting

ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan


selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi

sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat, negara kita
menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi

hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila
pembangunan pun meningkat,

kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan

meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-
tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat

tumbuh macam kulat. Apabila

tempat-tempat maksiat tumbuh macam
kulat, KETIKA ITU manusia mula

mengubah tabiat. Apabila manusia telah

mengubah tabiat,

ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,

sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang

baik ada yang bertukar jadi

jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,

orang miskin pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak
dapat minum madu telan jerla

minyak gamat.



Yang lelaki, budak budak muda pakai
seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.


Yang perempuan, pakai mini sekerat.

Suka pakai baju ketat.

Suka sangat menunjukkan pusat.

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti
tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan
lagi dahsyat.

Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-
sekat.
Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu

kita tengok bayi dibuang di

merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA

MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia umat Muhammad dah masuk

jerat.

Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para

sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat! .

Berangkat menuju ke negeri akhirat.



Di sana kita akan ditanya apa yang kita

buat.

Masa tu, sindri mau ingat.



Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

Zaman muda mu, apa yang telah mu


buat...?

Harta benda anta, dari mana anta

dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?



Semoga ianya dapat mengingatkan kita


supaya segera


meninggalkan maksiat dan

memperbanyakkan ibadat.


(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy

Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga,
saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat

kita akan menjadi sebuah masyarakat

yang bukan sahaja maju dari segi

duniawi malah ukhrawi. Insya-
Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!

Allahhuakbar!

satu hari,
Cinta & Kawan berjalan2 dalam Village....
tibe2 Cinta terjatuh dlm telaga..Kenapa???
Kerana....
Cinta itu BUTA...
lalu Kawan Pn ikut Terjun dlm telaga..
Kenapa???
Kerana...
Kawan akan buat ape sahaja demi Cinta!!
Di dlm telaga,
Cinta hilang...
Kenapa???
Kerana....
Cinta Itu Halus,mudah hilang kalau x dijaga,
sukar dicari apatah lg dalam telaga yg gelap....
Sedangkan Kawan masih Tercari2 dimana Cinta n Terus menunggu..
Kenapa???
Kerana.....
Kawan itu Sejati n akan Kekal sebagai
KAWAN YANG SETIA....


Hari ini saya dapat khabar yang mengejutkan. Tok Guru Nik Aziz yang merengkap Mursyidul Am PAS masuk hospital kerana sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Maklumlah usia tok guru dah lanjut mungkin ada sedikit tekanan yang menyebabkan tok guru masuk hospital. Bila saya dapat khabar itu saya terkejut kerana dah lama saya tak dengar khabar dari tok guru. Semoga tok guru sentiasa sihat dalam Lindungan Allah.











Pada minggu ini berlaku perebutan paling buruk dalam sejarah apabila dua negara memulakan perang kecil di antara kawasan Kemboja dan Thailand. Ini disebabkan oleh perebutan kuil lama yang dipanggil Preah Vihear yang menjadi kuil Hindu di Kemboja pada zaman Khmer dulukala. Apabila UNESCO mengisytiharkan kuil ini sebagai Warisan Dunia, Thailand mula memerangi Kemboja kerana tak puas hati dengan deklarasi itu. Oleh itu bermula episod konflik yang buruk yang boleh mengancam hubungan antara Perdana Menteri kedua-dua Negara, Somchai Wongsawat dan Hun Sen. Diharapkan mereka dapat bekerja sama dengan baik dalam menyelesaikan masalah ini.


Hari ini berlaku satu pecah rekod Artis Himdustan pertama dapat gelaran Datuk, Shah Rukh Khan. Gelaran ini diberi oleh Kerajaan Melaka. Namun ini telah menimbulkan kontroversi dan persoalan. Pertama, mengapa dia. kenapa tak beri pada tokoh lain yang lebih layak seperti Syeikh Yusof Qaradawi atau Syeikh Tantawi mahupun Syeikh Mahmoud Siyam. Mereka adalah tokoh Islam tulen kenapa tak diberi gelaran Datuk pada mereka. Kenapa dia?
Kedua, kenapa alasan tak munasabah? Beri gelaran datuk kerana dia mempromosikan negeri Melaka dalam filemnya. Itu pun beberapa tahun dulu. Diulangi dulu ye dulu. Kenapa??????????????????????????
Kalau itu alasannya maka bodohlah Melaka kerana memilihnya.
Ketiga kenapa ada orang yang menyokong perkara ini?????????
Ini pelik dan hairan ini.
tak pernah dalam sejarah kita ada orang hindustan terima Gelaran Datuk.
Bukan setakat pembangkang tentang, SENIMAN pun tentang jugak.
Lagipun ramai artis, pengarah dan orang filem yang veteran yang lebih layak terima gelaran itu. Di mana rasional. Oleh itu orang UMNO udahlah tu.
Bawak memikir sikit nanti susah faham.




Pada hari ini Mesyuarat raja-raja Melayu telah menegaskan supaya jangan dibangkitkan soal Kontrak Sosial kerana ini boleh menganggu kestabilan negara. Berita ini dipetik dari Utusan Malaysia.

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

> > > Mesej: TANDA 40 HARI
> > > Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
> > > akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
> > > akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
> > > Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
> > > persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
> > > kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
> > > memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
> > > yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
> > > Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
> > > mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
> > > dicabutnya.
> > > TANDA 7 HARI
> > > Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
> > > musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
> > > tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
> > > TANDA 3 HARI
> > > Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
> > > iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
> > > berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
> > > banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
> > > memandikan kita nanti.
> > > Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
> > > orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
> > > dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
> > > dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
> > > Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
> > > sukar ditegakkan.
> > > TANDA 1 HARI
> > > Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
> > > denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
> > > menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
> > > harinya.
> > > TANDA AKHIR
> > > Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
> > > di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
> > > akan naik ke bahagian halkum.
> > > Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
> > > diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
> > > kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
> > > akan mematikan pula.
> > > Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
> > > forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
> > > Saling berpesan2lah sesama



Semalam aku menonton !957: Hati Malaya. Cerita itu bagus pada pandanganku mengisahkan dua pejuang kemerdekaan Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman. Aku hairan mengapa perlu kedua pemimpin ini dipertunjukkan sebagai pemimpin yang tak sebulu. Namun setelah aku mendalami cerita ini, barulah ku tahu. Ideologi cara perjuangan keduanya amat berbeza. Namun prinsipnya tetap sama mahukan kemerdekaan dari Inggeris. Prinsip ini digunakan oleh setiap pejuang kemerdekaan baik Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan sebaginya. Namun ada antara mereka ini telah dicop pengganas oleh Inggeris. Ketika tahun 1950-an, dengan darurat yang masih berkuasa dan komunis yang menguatkan tindakan ganasnya, Tunku telah membawa kita ke Jalan Kemerdekaan. Namun kata Ibnu Khaldun, "Menjaga merdeka itu lebih payah dari mencarinya." Aku tahu UMNO pada zaman itu adalah UMNO yang sejati dan tiada korupsi. Namun setelah masa berlalu, UMNO mula lari dari prinsip perjuangannya sendiri. Sebab itu aku mula lari dari UMNO dan menyokong PAS di bawah Ayah Chik, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sekiranya ada pemimpin yang seperti Dato Onn dan Tunku dalam UMNO lagi tentu aku masih bersama UMNO. Namun Pas telah menunjukkan bahawa masih ada lagi pemimpin seperti Dato Onn dan Tunku. Kini kalaulah Dato Onn dan Tunku hidup lagi mungkin mereka akan kesal dengan UMNO sekarang.

Pada hari ini saya akan sediakan sahabat semua dengan sebuah kartun dari tanah Palestine. Kisahnya berkaitan dengan Fatah dan Hamas. Dalam kartun ini Hamas digambarkan sebagai singa manakala Fatah sebagi Tikus. Saksikan.


Ketika saat itu
Dikau sudah terbaring
Tiada saat muda
Mahupun saat bersuka ria
Hanya tua memisahkan dikau dari maut
Apakah dikau sudah lupa
Dikau dulu datang dari setitik nutfah
Yang bertukar menjadi alaqah
Kemudian kau diberi roh
Yang akhirnya membentuk dirimu sebagai insan
Apakah dikau lupa sebelum kau hidup di dunia
kau singgah di rahim bonda
oleh itu Kau akan singgah di barzakh dulu sebelum ke Mahsyar
Wahai teman
Insafilah diri
sebelum saat itu tiba
tika kau tiada daya upaya lagi


Pada hari ini aku gembira kerana kerajaan telah turunkan harga minyak. Walaupun tak banyak hanya 15 sen namun ini banyak bantu aku dalam bermacam perkara. Namun aku masih tak puas hati pasal masa naik dulu bukan main tinggi melangit harganya. Namun bila nak turun punyalah lambat dan sikit pulak tur. Aku bukan apa sentimen rajyat sekarang kat Parti Pembangkang. Kalau nak katakan pihak BN tak bagus namun dalam soal ini BN kena buat sesuatu.

JB Jeyaratnam, seorang tokoh pembangkang yang disegani baik lawan mahupun kawan. Beliau adalah salah seorang tokoh politik yang paling kuat menentang ketidakadilan yang dilakukan oleh parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat iaitu PAP. Beliau membuka sejarah politik Singapura apabila menjadi ahli Parlimen Pembangkang yang pertama di dewan Parlimen Singapura apabila menang di kerusi Anson. Sejak itu, beliau terus mengkritik PAP dan Lee Kuan Yew, PM Singapura. Namun beliau menghadapi masalah apabila didapati bersalah tidak mengisytiharkan akuan Parti Pekerjanya. Beliau dipaksa letak Jawatan dan dipenjara selama beberapa tahun. Namun dengan bantuan Majlis Privi di London beliau bebas. Sejak itu beliau lebih kuat mengkritik PAP. Beliau turut menggelar Lee Kuan Yew sebagai The Hatchet Man of Singapore. Namun pada 30 September 2008 beliau menghembuskan nafas trakhir akibat sakit tua dan sakit jantung. Singapura kehilangan seorang pemimpin pembangkang yang berkarisma tinggi. Namun perjuangan kini akan diteruskan bagi melawan politik sempit PAP.


Aku geram sangat hari ni sebab pada minggu lepas aku dapat berita yang kini orang Yahudi telah buat hal lagi di Al-Quds. Kali ini melibatkan polis Israel kerana mereka didapati telah minum arak dan juga berzina dalam Masjid. Aku baling surat khabar tu dan aku benci pada Israel. Namun aku tak dapat berbuat apa-apa pun kerana aku masih belum cukup kuasa untuk melawan mereka. Namun mungkin dengan sedikit kebijaksanaan melalui blog ini aku akan dapat membantu dari jauh. Tapi aku sedih kerana masih ada lagi umat Melayu yang tak sedar diri bahawa mereka itu Islam dan bukannya kafir. Namun aku lihat mereka lebih Amerika dai USA. Mereka langsung tak tahu apa itu Palestin, Al-Quds atau Hamas. Mereka hanya tahu artis Barat dari Syeikh Akmad Yassin. Mereka hanya tahu kumpulan Jonas Brothers dari Kumpulan Hamas. Itu yang aku sedih sangat tu. Dahlah tu, mereka menjadi orang yang paling kuat menentang sebarang perubahan yang aku lakukan sekiranya melibatkan Islam. Mereka ingat kalau pakai kot, Baju, tali leher tu mereka dah maju. Aku tahu tu namun bagi orang yang pakai serban, kopiah atau baju yang lebih Islamik mereka tak bagi. Katanya itu hanya untuk orang tua sahaja. Kita yang muda boleh joli katak. Hai sedih sedih.

INi aku sediakan video untuk hangpa semua. Insafilah diri ok. Man Jadda wa Jadda.

Pada minggu lepas aku terkejut apabila dapat tahu kebiadapan Polis Israel di dalam Al-Aqsa yang aku sayangi. Mereka bertindak untuk minum arak dan melakukan zina dalam Masjid ini. Aku tahu mereka amat benci dengan Islam namun jikalau kesucian Al-Aqsa diperkosa aku takkan berdiam diri sahaja. Aku gunakan blog ini sebagai cara untuk mengajak orang ramai mengingati dan juga mengajak mereka untuk terus membenci zionis serta melawan mereka.

Ini adalah sambungan artikel bertajuk Melayu atau Islam. Kini telah muncul rancangan Realiti TV baru iaitu Gadis Melayu di TV9 dekat di hati. Namun adakah program ini sesuai untuk kita menontonnya. Kita lihat tujuan utama yang ingin ditunjukkan di sini adalah untuk mencari perempuan Melayu yang mempunyai ciri-ciri kemelayuan yang tiada tolok bandingannya. Lalu dicarilah di seluruh Malaysia semua perempuan Melayu yang sebenarnya tak tahu apa itu ciri Melayu Asli. Entahlah, aku sebenarnya pening kepala melihat gelagat wanita Melayu ni. Kita ni mungkin bangsa yang nak glamor kot tanpa kenal Halal atau Haram. Aku nampak banyak sangat keburukan yang ada dari kebaikan. Sebab seperti antum semua tahu bukankah haram untuk seorang wanita membuka auratnya. Ini aku tengok macam-macam gaya rambut ada. Hai pening-pening. Lagi pulak ditambah pula dengan gaya yang langsung tiada ciri Islam. Walaupun ada wanita bertudung namun ini tidak menampakkan ciri Islam di dalam diri. Aku rasa diorang hanya nak wajah yang cantik dan ciri bangsa Melayu yang unik itu. Aku rasa tiada keperluan untuk nak baca Al-Quran ker, bernasyid ker atau apa sahaja hiburan yang Islam. Korang tengoklah video ni ok, langsung tidak menitikberatkan Keislaman. Apa nak jadi anak bangsa agamaku ni?



Adakah kita sedar tentang diri kita sendiri? Adakah kita tahu bahawa kita Islam atau tidak? Yang kita tahu ialah saya Melayu. Ramai yang berpendapat bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu di Malaysia. Apakah kita sedar bahawa kita perlu mempertahankan Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita lebih mempertahankan Melayu dari Islam. Apakah kita lupa bahawa Islam telah membawa Melayu keluar dari jurang sosial Kasta dalam Hindu yang kejam ketika zaman Melaka dulu. Kita juga mungkin telah melupakan bahawa Islam telah membawa sinar kepada Kerajaan Melayu di Acheh, Perlak dan Samudera. Kita harus ingat bahawa Islam telah berjaya memayungi 2/3 dunia dahulu. Namun, akibat semangat Nasionalis atau Kebangsaan yang melampau telah menjatuhkan Daulah Islamiah Uthmaniyyah. Apakah kita mahu perkara ini berulang kembali kepada agama kita sekarang. Ingat dan fikirlah bahawa Islam harus diletakkan di tempat yang paling atas sekali. Majulah agama demi diri dan negara. TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR.


Peta mengenai UMAT ISLAM DI DUNIA.



Orang Melayu Islam kini mula ketinggalan di belakang kaum lain. Kita kalah dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial. Namun, kita mula jadi jaguh dalam Rempit, seks bebas, rosak akhlak dan sebagainya. Kita hilang arah disebabkan Islam yang kita anuti Islam ChaCha Marba(campur Aduk). Islam muncul dengan pelbagai nama, seperti Islam Hadhari, Islam Madani dan sebagainya. Namub Kita lupa Islam sebenarnya ialah Islam Samawi yang diturunkan Allah melalui Nabi Muhammad S.A.W yang diturunkan Al-Quran 30 juzuk. Itu yang perlu kita ikut. Namun ada golongan yang menyatakan Islam hanya akan membekukan pemikiran Melayu. Itu pandangan bodoh dan cenderung pada Musuh Allah. Islam ini telah dibawa Kaum Muda pada permulaan Nasionalisme di Tanah Melayu menerusi Syed Sheikh Al Hadi menerusi Al-Ikhwan dan Al-Imam. Mereka berjuang untuk menegakkan ijtihad dan melawan taqlid buta. Islam akan membawa kita kepada kejayaan. Sabda Rasulullah, "Bekerjalah kamu sebagaimana kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seolah kamu mati esok hari". Marilah kita bersama menegakkan Islam dan Kalimah Allah di muka Bumi INI. Ingat, fityan! Hidup ini harus terus berjihad untuk menang atau syahid. Kita mampu mencapai keseimbangan duniawi dan ukhrawi.




Buah duku seiras langsat


Raga dibawa sambil dikendong


Kalau rasa jauh dari Islam mudah tersesat,


Marilah balik pada Islam tulen berbondong-bondong




Takbir, Allahuakbar




Hasil Nukilan-Himura45




Nampaknya tak lama lagi akan berlaku peperangan ideologi antara PRO M dan REVO M bagi mendapatkan kerusi di Majlis Perwakilan Mahasiswa UM. Pro M telah dilihat mula menunjukkan taringnya dan ini amat menyukakan hati kecilku. Ini menunjukkan Tuhan amat sayang pada hamba-Nya yang merintih bagi mendapat kejayaan. Aku bukan baik sangat pun, tapi aku menyokong pada kebenaran dan keadilan. Aku tak mahu UM dikuasai puak sekular bodoh yang menolak Islam dari politik. Dahlah bodoh, sombong pulak tur. Sakit hati aku dibuatnya. Aku mengharapkan kemenangan Mutlak PRO M nanti. Walaupun banyak taktik kotor nanti, Allah pasti akan tolong kita. Itu aku pasti. Semoga anta dan anti semua keluar mengundi nanti OK. Pastikan UM dikuasai Islam. Takbir, Allahuakbar.




Pada 2 minggu lepas, saya sempat untuk melihat debat VP USA antara Sarah Palin, Republikan dan Joe Biden, Demokrat. Namun, saya amat terkejut dengan kedua-dua pemimpin ini. Mereka telah ditanya 2 soalan panas. Pertama, Adakah mereka menyokong perkahwinan satu jantina yakni gay dan lesbian. Kedua, adakah mereka menyokong Israel? Jawapan yang diberi cukup memeranjatkan saya. Mereka berdua menyokong penuh gay dan Israel. Alasan mereka cukup mudah, mereka mahu menjaga sekutu mereka dan rakyat Amerika. Ini cukup untuk meletakkan mereka di dalam keadaan yang cukup bahaya. Joe Biden juga telah menyelar Hamas sebagai pengganas. Saya cukup marah dengan mereka berdua lalu saya menutup TV dan menelefon sahabat saya, Saudara Hasbie Muda dari PMIUM. Saya katakan mereka berdua tidak layak menjadi pemimpin kerana kebodohan mereka dalam memahami sosial normal masyarakat. Saya juga bertindak menulis hari ini kerana merasakan ada sesuatu yang akan menarik saya untuk menghebahkan pada sahabat semua. Nampaknya Palestin takkan aman buat masa ini jika dua VP ini menjadi pemimpin USA. Jadi kita telah lihat melalui Demokrasi Barat yang menekan Islam dan meletak kumpulan Islam seperti HAMAS sebagai pengganas. Sebab itu saya bertanya, kebijaksanaan atau kebodohan yang membawa USA pada hari ini. Anda boleh membawa komen anda mengenai isu ini. Silakan.







Somalia sebuah negeri yang berpecah akibat perang saudara yang berlaku sejak kejatuhan Prisiden Siad Barre. Negeri ini telah menghadapi perpecahan disebabkan tiada satu pemimpin yang mampu untuk menyatukan kesemua pemimpin yang berpecah-belah ini. Peperangan ini telah menyebabkan banyak infrastuktur di Somalia musnah. Namun ini adalah ujian bagi penduduk Somalia. Pada 1996 UIC atau Islamic Court of Somalia bangkit bagi membantu Somalia mencapai keamanan sebenarnya. Mereka ini adalah golongan yang mengikuti Islam yang sebenarnya dan cuba melindungi Somalia melalui penaklukan Mogadishu. Namun USA dan Habsyah telah berpakat menyerang UIC dan memaksa mereka kelura dari Ibu KOTA MOGADISHU. Oleh itu jihad telah dilancarkan bagi menentang Ethiopia dan seluruh Somalia digegarkan dengan panggilan Jihad itu. Namun pada 28 Disember 2006 UIC akihrnya berundur ke Sempadan Kenya setelah kejatuhan Mogadishu kali ke 2.

Assalamuailaikun lama sudah kita tak berjumpa Ana nak ucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri sudah lama tidak kemukan post terbaharu. Ini adalah post permulaan pada bulan ini semoga sentiasa aman dan tenteram ok.

    Followers