Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi




Pada 2 minggu lepas, saya sempat untuk melihat debat VP USA antara Sarah Palin, Republikan dan Joe Biden, Demokrat. Namun, saya amat terkejut dengan kedua-dua pemimpin ini. Mereka telah ditanya 2 soalan panas. Pertama, Adakah mereka menyokong perkahwinan satu jantina yakni gay dan lesbian. Kedua, adakah mereka menyokong Israel? Jawapan yang diberi cukup memeranjatkan saya. Mereka berdua menyokong penuh gay dan Israel. Alasan mereka cukup mudah, mereka mahu menjaga sekutu mereka dan rakyat Amerika. Ini cukup untuk meletakkan mereka di dalam keadaan yang cukup bahaya. Joe Biden juga telah menyelar Hamas sebagai pengganas. Saya cukup marah dengan mereka berdua lalu saya menutup TV dan menelefon sahabat saya, Saudara Hasbie Muda dari PMIUM. Saya katakan mereka berdua tidak layak menjadi pemimpin kerana kebodohan mereka dalam memahami sosial normal masyarakat. Saya juga bertindak menulis hari ini kerana merasakan ada sesuatu yang akan menarik saya untuk menghebahkan pada sahabat semua. Nampaknya Palestin takkan aman buat masa ini jika dua VP ini menjadi pemimpin USA. Jadi kita telah lihat melalui Demokrasi Barat yang menekan Islam dan meletak kumpulan Islam seperti HAMAS sebagai pengganas. Sebab itu saya bertanya, kebijaksanaan atau kebodohan yang membawa USA pada hari ini. Anda boleh membawa komen anda mengenai isu ini. Silakan.






0 Responses so far.

    Followers