Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi



Semalam aku menonton !957: Hati Malaya. Cerita itu bagus pada pandanganku mengisahkan dua pejuang kemerdekaan Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman. Aku hairan mengapa perlu kedua pemimpin ini dipertunjukkan sebagai pemimpin yang tak sebulu. Namun setelah aku mendalami cerita ini, barulah ku tahu. Ideologi cara perjuangan keduanya amat berbeza. Namun prinsipnya tetap sama mahukan kemerdekaan dari Inggeris. Prinsip ini digunakan oleh setiap pejuang kemerdekaan baik Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan sebaginya. Namun ada antara mereka ini telah dicop pengganas oleh Inggeris. Ketika tahun 1950-an, dengan darurat yang masih berkuasa dan komunis yang menguatkan tindakan ganasnya, Tunku telah membawa kita ke Jalan Kemerdekaan. Namun kata Ibnu Khaldun, "Menjaga merdeka itu lebih payah dari mencarinya." Aku tahu UMNO pada zaman itu adalah UMNO yang sejati dan tiada korupsi. Namun setelah masa berlalu, UMNO mula lari dari prinsip perjuangannya sendiri. Sebab itu aku mula lari dari UMNO dan menyokong PAS di bawah Ayah Chik, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sekiranya ada pemimpin yang seperti Dato Onn dan Tunku dalam UMNO lagi tentu aku masih bersama UMNO. Namun Pas telah menunjukkan bahawa masih ada lagi pemimpin seperti Dato Onn dan Tunku. Kini kalaulah Dato Onn dan Tunku hidup lagi mungkin mereka akan kesal dengan UMNO sekarang.

0 Responses so far.

    Followers