Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

JB Jeyaratnam, seorang tokoh pembangkang yang disegani baik lawan mahupun kawan. Beliau adalah salah seorang tokoh politik yang paling kuat menentang ketidakadilan yang dilakukan oleh parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat iaitu PAP. Beliau membuka sejarah politik Singapura apabila menjadi ahli Parlimen Pembangkang yang pertama di dewan Parlimen Singapura apabila menang di kerusi Anson. Sejak itu, beliau terus mengkritik PAP dan Lee Kuan Yew, PM Singapura. Namun beliau menghadapi masalah apabila didapati bersalah tidak mengisytiharkan akuan Parti Pekerjanya. Beliau dipaksa letak Jawatan dan dipenjara selama beberapa tahun. Namun dengan bantuan Majlis Privi di London beliau bebas. Sejak itu beliau lebih kuat mengkritik PAP. Beliau turut menggelar Lee Kuan Yew sebagai The Hatchet Man of Singapore. Namun pada 30 September 2008 beliau menghembuskan nafas trakhir akibat sakit tua dan sakit jantung. Singapura kehilangan seorang pemimpin pembangkang yang berkarisma tinggi. Namun perjuangan kini akan diteruskan bagi melawan politik sempit PAP.


0 Responses so far.

    Followers