Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi



Orang Melayu Islam kini mula ketinggalan di belakang kaum lain. Kita kalah dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial. Namun, kita mula jadi jaguh dalam Rempit, seks bebas, rosak akhlak dan sebagainya. Kita hilang arah disebabkan Islam yang kita anuti Islam ChaCha Marba(campur Aduk). Islam muncul dengan pelbagai nama, seperti Islam Hadhari, Islam Madani dan sebagainya. Namub Kita lupa Islam sebenarnya ialah Islam Samawi yang diturunkan Allah melalui Nabi Muhammad S.A.W yang diturunkan Al-Quran 30 juzuk. Itu yang perlu kita ikut. Namun ada golongan yang menyatakan Islam hanya akan membekukan pemikiran Melayu. Itu pandangan bodoh dan cenderung pada Musuh Allah. Islam ini telah dibawa Kaum Muda pada permulaan Nasionalisme di Tanah Melayu menerusi Syed Sheikh Al Hadi menerusi Al-Ikhwan dan Al-Imam. Mereka berjuang untuk menegakkan ijtihad dan melawan taqlid buta. Islam akan membawa kita kepada kejayaan. Sabda Rasulullah, "Bekerjalah kamu sebagaimana kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seolah kamu mati esok hari". Marilah kita bersama menegakkan Islam dan Kalimah Allah di muka Bumi INI. Ingat, fityan! Hidup ini harus terus berjihad untuk menang atau syahid. Kita mampu mencapai keseimbangan duniawi dan ukhrawi.




Buah duku seiras langsat


Raga dibawa sambil dikendong


Kalau rasa jauh dari Islam mudah tersesat,


Marilah balik pada Islam tulen berbondong-bondong




Takbir, Allahuakbar




Hasil Nukilan-Himura45



0 Responses so far.

    Followers