Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Ini adalah sambungan artikel bertajuk Melayu atau Islam. Kini telah muncul rancangan Realiti TV baru iaitu Gadis Melayu di TV9 dekat di hati. Namun adakah program ini sesuai untuk kita menontonnya. Kita lihat tujuan utama yang ingin ditunjukkan di sini adalah untuk mencari perempuan Melayu yang mempunyai ciri-ciri kemelayuan yang tiada tolok bandingannya. Lalu dicarilah di seluruh Malaysia semua perempuan Melayu yang sebenarnya tak tahu apa itu ciri Melayu Asli. Entahlah, aku sebenarnya pening kepala melihat gelagat wanita Melayu ni. Kita ni mungkin bangsa yang nak glamor kot tanpa kenal Halal atau Haram. Aku nampak banyak sangat keburukan yang ada dari kebaikan. Sebab seperti antum semua tahu bukankah haram untuk seorang wanita membuka auratnya. Ini aku tengok macam-macam gaya rambut ada. Hai pening-pening. Lagi pulak ditambah pula dengan gaya yang langsung tiada ciri Islam. Walaupun ada wanita bertudung namun ini tidak menampakkan ciri Islam di dalam diri. Aku rasa diorang hanya nak wajah yang cantik dan ciri bangsa Melayu yang unik itu. Aku rasa tiada keperluan untuk nak baca Al-Quran ker, bernasyid ker atau apa sahaja hiburan yang Islam. Korang tengoklah video ni ok, langsung tidak menitikberatkan Keislaman. Apa nak jadi anak bangsa agamaku ni?



0 Responses so far.

    Followers