Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Setelah sebulan berpuasa, menahan godaan dan hawa nafsu, maka kita telah tiba di kemuncak kemenangan kita, Aidlifitri dan takbir akan dilaungkan menandakan kemenangan kita. Namun berlaku salah anggap kerana di Malaysia, takibir dilaungkan secara perlahan dan berbunyi sedih. Sudah-sudahlah tu berbunyi sedih. Takbir adalah kejayaan dan kita seharusnya bersemangat menyambut Aidilfitri ini kerana kita akan kembali kepada fitrah manusia iaitu makan dan minum dan sebagainya. Kita juga harus melakukan kunjungan dan berdakwah pada masa yang sama bagi menyuburkan Islam di mata Dunia. Hubungan kita dengan ALLAH dan hubungan dengan manusia harus diutamakan agar silaturrahim dapat dijalinkan dengan sempurna. Selain itu, kita juga harus tahu bahawa kini jihad telah harus tertanam di dalam jiwa kita. Jika tidak kita akan kembali kepada tabiat lama yang buruk yang mungkin boleh menjejaskan kita. Maka berpuasa sunatlah 6 hari di bulan Syawal agar kita mendapat Barakah dari Rabbul Alam. Selamat Hari Raya, takbir , ALLAHUAKBAR.


0 Responses so far.

    Followers