Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Esok hari penamaan calon akan diadakan di DTC. Sudah menjadi lumrah sehari sebelum pilihan raya bermula, pasti ramai yang bersengkang mata untuk memastikan jentera PRK akan terus bergerak seiring dengan masa. PRK memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyayangi mahasiswa sebagai darah dan dagingnya sendiri. Susah senang sama dilalui. Menjadi bulan dari menjadi lilin. Berdasarkan itu, saya yakin Pro-Mahasiswa akan berjaya memenangi undi pemilh kali ini. Walau dianggap sebagai ekstremis oleh pihak Penggerak Mahasiswa,namun Pro-M mampu tenang dan melatah. Tidak seperti jentera Penggerak Mahasiswa yang melatah dan sanggup melakukan kekejaman seperti mengugut, merampas harta orang, menumbuk malah mahu membunuh pun ada. Macam-macam ada. Inikah pemimpin yang anda perlukan? Inikah pemimpin yang boleh membantu rakyat mahasiswa. Adakah kita akan menjadi mahasiswa beku akal? Penggerak Mahasiswa tidak bergerak di atas landasan keadilan. Mereka bukan membiarkan kemungkaran berleluasa malah turut sama menyertainya. Mereka langsung tidak mahu menegakkan hukum Islam yang syumul malah memperlekehkan lagi. Mereka turut menggunakan pihak Keselamatan sebagai kuda tunggangan mereka bagi menekan Pro-M. Saya berpendirian bahawa Pro-M samada menang PRK atau syahid kerana memperjuangkannya. kita perlu yakin dan percaya bahawa Allah bersama kita pasukan keadilan agama, bangsa, kampus dan negara. Percayalah, jika Pro M menang janji manifesto PRK akan dilaksanakan tanpa ragu-ragu. Kami berdiri di atas tikar keadilan yang kuat. Kami akan pastikan Pro-M akan mendapat undi majoriti dalam PRk kali ini. Semoga Allah akan memberikan kekuatan pada diri Pro-M. Sedangkan naga akan dilawan, inikan pula cicak mengkarung. Kita akan menang, kita akan menang, revolusi telah bermula, Islam akan bengkit di bumi Uni Malaya ini. Takbir! Allahuakbar.

0 Responses so far.

    Followers