Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

p1181229

  • Risalah yang menyamakan reka bentuk ukiran di dinding APIUM dengan Logo Zionist Israel (gambar)

    Kuala Lumpur, 18 Jan- Selepas di hangatkan dengan kain rentang di Kolej Kediaman ke-11 yang menyamakan Pro-Mahasiswa dengan Israel, kini muncul tohmahan baru yang menyamakan APIUM dengan Zionist Israel.

    Di dalam risalah terbaru ini, terdapat gambar logo Zionist Israel yang di samakan dengan logo ukiran yang terdapat di dinding Blok C bangunan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

    Turut menjadi sasaran adalah para pensyarah, kakitangan staff sokongan dan pelajar APIUM yang di katakan sebagai agen meracuni pemikiran masyarakat UM supaya melawan pentadbiran UM.

    Di peringkat Pro-Mahasiswa UM menolak tuduhan tidak berasas ini. Hal demikian kerana, diperingkat Pro Mahasiswa sentiasa bersama mendokong visi Universiti yang baik, dan menolak sebarang salah laku dan korupsi demi menjamin nilai dan kredibiliti Universiti.

    Prinsip yang diperjuangkan oleh Pro Mahasiswa jelas dan tegas dan tidak membabitkan campur tangan pihak luar yang boleh mencemarkan imej Universiti tertua ini.

0 Responses so far.

    Followers